Saturday, June 30, 2007

Jujurlah

hari khamis lepas Mouriey's balik awal. my mom ajak pegi bandar. beli barang-barang jahit. mak Mouriey's ambil upah jahit baju. keesokannya, (Jumaat) cam biasa, aktiviti mingguan... jogging kat Bukit Besar. kali ni best cket, kawan adik ikut serta. rasa heppi laa cket. dalam kol 9.00 dah sampai kat umah. kol 10.30 pagi dah terbungkang atas katil pas goreng nasik untuk adik-adik. ngantuk giler!! terkejut je, tengok jam dah kol 2.00. alamak, terbabas! dah tak sempat nak pegi pasar. just paksa bebudak tu makan nasik goreng jer. hikss!! kol 3.30, pegi umah anak sepupu bertunang. seb baik ada nasik minyak, hehehe..... malamnya Mouriey ngan adik pegi bandar. saja round-round. kebetulan kat pantai Batu Buruk ada Festival Terengganu. Start semalam, 29.06.07 hingga 14.07.07. Havoc betul!! Dah macam mini Genting Highlands laa plak. Mouriey's tengok jer. ingat nak naik buaian pusing je.... alerr cam ferris wheel tuh. adik plak tak nak. huhuhu...sabor je laa. kol 10.30 kitorang blah.


sebenarnya Mouriey's tak tau apa nak tulis. ada benda Mouriey's nak bagitau kat uol's. serba salah dibuatnya. nantilah, bila tiba saat dan ketikanya... Mouriey's bagitau. harap uol's tak terkejut. ehmmm.... Mouriey's nak tanya uol's. susah ke kita nak meletakkan kepercayaan seseorang terhadap kita? cam jenis Mouriey's ni, mudah percaya kat seseorang tu. ye lah, bila cinta menguasai segala-salanya, akibatnya langsung tak terfikir. mengikut pandangan Mouriey's, setiap perhubungan... tak kira lah dalam persahabatan, percintaan or anything else... kita memerlukan kejujuran. be honestly. stop pretending and be yourself. sebab itu, dalam hal-hal berkaitan hati dan perasaan, Mouriey's akan cuba berlaku jujur. luahkan apa yang terpendam. tak kisah apa orang tu nak cakap, yang penting Mouriey's dah berlaku jujur. jujur pada diri sendiri dan orang lain. at least, i'm not selfish! tapi, lain pula ditafsirkan. Mouriey's pernah dijanjikan dengan kata-kata dan janji-janji manis. entah menjadi kenyataan atau tidak. didepan mata sendiri, pun cakap tak serupa bikin, dibelakang, berada jauh dari kita... apatah lagi.

Mouriey's cakap bukan sekadar hentam keromo, tetapi Mouriey's dah melaluinya. dah kena atas batang hidung sendiri. terkadang, Mouriey's rasa bodoh yang amat bila difikirkan balik. Mouriey's tahu, tak semua lelaki macam tu. terdetik juga hati ni, memiliki kekasih hati yang begitu memahami, berlaku jujur dan menyayangi diri ini dengan sepenuh hati. ehmm... mungkin belum sampai waktunya. entah bila akan muncul saat yang membahagiakan itu. berdua menghitung bintang dilangit, berkongsi suka dan duka. setiap malam, hati sering disinggahi rasa pilu. adakah perlu Mouriey's berperasaan begitu?? ingin sekali membenci dirinya, tapi kebencian itu tidak ada Mouriey's.

mungkin ini sudah ketentuan-Nya. seandainya ditakdirkan begitu, Mouriey's redha. di hati ni, tak ada niat untuk berdendam. Mouriey's percaya, suatu hari nanti Allah akan membalikkan hatinya. Mouriey's serahkan segalanya pada yang Maha Esa. setiap manusia dianugerahkan Allah hati dan perasaan. hargailah anugerah itu dan jagalah ia dengan sebaik mungkin sebelum ia hilang untuk selama-lamanya.... (jiwang karets lerr....)

Thursday, June 28, 2007

Hujan Oh Hujan

hye uol's... we meet again. sehari dua ni Mouriey's bzi cket lerr. banyak kejer. terkontang-kanting buat sorang-sorang kejer ni. berlambak!! kebetulan tengahari adik Mouriey's yang no.2 ada datang ngan member dia. baru balik sekolah. perut plak dah berdangdut goyang Inul. lapor siot!! Mouriey's suh diorang pegi beli nasi goreng, tapau je. waa.... terpaksalah belanja diorang lunch walaupun hampir kopak nih. huhuhu.... malas arr nak makan kat warung. tak beshh!! kenyang jugaklah, Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

masa on da way nak balik umah, sempat lagi gi round-round kat pantai airport. hehehe.... cam biasa rutin harian pas balik kejer. masa duk kat pantai tu... dah nampak gelap, mendung je.... awan hitam betul-betul atas kepala ni. tak lama lagi berderai laa hujan. Mouriey's pon cepat-cepat blah, nak elak kena hujan. last-last kene jugak. uhuk.... abis basah lencun Mouriey's... (basoh jeruk orang Ganu kata). seb baik ada kedai runcit kat tepi jalan tu. berhenti kejap kat situ. baju hujan ada, saja tak nak pakai. gatal nak main hujan. hehehe... dah lama tak main hujan ni. besh gak... hikss!!


More Pics @ MySpaceAntics.com


akibatnye, balik umah mak berleteq, gatai duk main hujan. huhuhu.... tak kisah lah, yang penting besh!! hahaha.... malam tadi, Mouriey's kena cema cema (selsema larr....). sampai la ni, duk srott srroott.... waaa... alerr... sok lusa okey laa ni. ubat ada, tak nak telan. bese arr, tak suka makan ubat. udah sakit bebenor baru teringat nak makan ubat. ahaks! tido pon awal, start sakit kepala. kol 10.30 tros masuk bilik, tido sambil peluk my lovely teddy bear.... uhuk!! kroihh....

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Wednesday, June 27, 2007

TERAKHIR KALINYA

KHAS UNTUK SI PEMBENCI KUCING - UJANGMD.

MEMANDANGKAN HARI NIE HARI TERAKHIR UJANG BERBLOGGING, MOURIEY'S NAK KASI GAMBAU KUCING TENGAH BYE-BYE KAT UJANG. HAHAHAHA!! UNTUK TERAKHIR KALINYA TERINGIN NAK WAT UJANG SAKIT HATI NGAN GAMBAU KUCING CUTE NIH!! WELL, ALL THE BEST WHATEVER U DO. MAY ALLAH BLESS U ALWAYS.
GOOD LUCK. BYE!!



More Pics @ MySpaceAntics.com

SALAM SAYANG DAN MESRA DARI DIK MOURIEY'S TO ABANG UJANG. HIKSS!!
PEACE NO WAR!!

Renungan Bersama


~ Insya-Allah, Engkau Akan Sembuh ~

PADA suatu ketika datang seorang lelaki datang menemui ulama bernama Sofyan. Selain arif dalam bidang agama, Sofyan juga bijak dalam bidang perubatan.

"Wahai Sofyan, aku menderita penyakit jauh daripada Allah. Tolonglah berikan aku ubat penyembuhnya," rayu lelaki tersebut. Balas Sofyan,

"Wahai saudaraku, hendaklah kamu mengambil beberapa biji buah keikhlasan, daun-daun kesabaran dan perahan kesabaran hati. Letakkan semuanya itu ke dalam wadah ketakwaan, lalu engkau tuangkannya ke dalam cairan rasa takut, kemudian adunkan ia dengan api kesedihan."

"Setelah itu, kau saringlah ia dengan saringan kewaspadaan dan ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah daripada gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan. Sesudah itu, jauhkanlah dirimu daripada rakus dan serakah. Insya-Allah, kamu akan sembuh dari penyakitmu itu."

~ Petikan dari Mastika.

Tuesday, June 26, 2007

Busy

~ Bad Mood Today Plus Busy Memanjang ~



Sunday, June 24, 2007

Duit Duit

Hye uol's. Sebenarnya Mouriey's tak der mood lerr nak wat entry. Perut meragam. Biasalah, cukup bulan.... Kaum pompuan tau-tau jer laa eek. Serba tak kena. Dah laa keje berlambak. My parents plak dah bising-bising suh berhenti kerja. Nak tau kenapa? Sebab tiap-tiap bulan gaji diberi lambat.... Saper yang tak sakit hati? Membebel laa mak Mouriey's. Nak bayar itu, ini... beli barang-barang dapur.... Eii, tension tau duk fikir pasal duit. Duit duit duit!!!

Ingat lagi 2 tahun lepas, keje kat kedai komputer. Kerani pon Mouriey's, technician pon Mouriey's gak. Gaji tak bayar. Lepas sebulan, sebulan.... janji nak bayar tapi hampeh. Habuk pon tarak!! Lepas raya Mouriey's blah gitu je... ngan software komputer
dia, habis Mouriey's rembat. Apa yang boleh Mouriey's jual, Mouriey's jual. Baru padan ngan muka dia. Sakit hati tau. Selama 6 bulan Mouriey's kejer kat situ... selama tu laa Mouriey's tak dibayar gaji. Jumlah gaji dia tak bayar dalam RM 1,500.00. Sewa kedai pon tak abis bayar lagi. Sekarang ni dengar cter dia ada kat KL. Ehmm lantak dia laa, tak kuasa nak layan dah. Dasar *#%$^*&!!

Kadang-kadang Mouriey's rasa Mouriey's ni baik hati lerr. Pastu mudah orang ambil kesempatan, tipu laa, kena klentong.... Dah nasib kot?? Dah buat macam-macam kat Mouriey's, still buat bodoh jer.... Buat muka poyo. My parents plak yang beria-ia pergi carik tokey Mouriey's tu. Ntah ler... mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian nie. Mana nak carik duit lagi ni?? Kan senang kalo jumpa harta karun ke, jumpa uncang emas ker.... Bleh beli kete, bina umah banglo, wat swimming pool....Fuhh bestnyer.... Hehehe!! Ayarkk!! Dah melalut lerr... Chaoss!



Saturday, June 23, 2007

Perpisahan

Ari ni Mouriey's nak dedikasikan sebuah lagu khas buat Abang Ujang (UjangMD). Huhuhu sedey wooo..... ~ Nat, Junkopile, Kak Jie, Gurl, Mayang and then sesaper yang tahu lagu nih, jom nyanyi sama-sama, khas untuk UjangMD. Semoga ditempat baru nanti, jangan lupa kat kitorang disini, study hard and all the best!! Uwaa.....!! Tak der mood ah nak wat entry untuk ari nih. Tunggu je laa esok...

DOA PERPISAHAN
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Surata
n
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpi
sahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
SemogaAllah Meredhai Persahaba
tan Dan Perpisahan Ini.
Teruskan Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu

Thursday, June 21, 2007

Tension / Alone

Semalam, on da way nak balik keje… Mouriey’s singgah kat pantai Airport. Saja lepak-lepak. Tengok laut. Mouriey’s tengok laut, laut tengok Mouriey’s. Hikss!! Sesajer jer…. Duk atas motor scoot kesayangan Mouriey’s sorang-sorang walaupun dah cabuk. Huhuhu… Rasa lega sangat fikiran ni bila tengok laut. Tension pasal kejer pon hilang. Lapang jer otak dan fikiran nie… Bila datang keje, masalah muncul kembali... Huhuhu.

Mouriey’s tak tahu apa nak coretkan. Dalam kepala ni banyak benda duk fikir. Payah betul nak buat orang mempercayai kita kan? Lebih-lebih lagi pada mak ayah kita. Cam mak ayah Mouriey’s ni payah sket lerr. Bukan nak mengutuk, tapi hakikat. Sampai bila dia nak suruh Mouriey’s duduk celah ketiak diorang? Ya Allah… rasa cam nak menjerit jer. Nak bagitau yang kita ni dah besor panjang, dah pandai jaga diri sendiri karang dikata menjawab, lawan cakap orang tua…. Adoih laa!! Kalo ngan ayah, haram… Tak lama ler dapat penampor free. Uol’s bayangkanlah, nak kuor gi pekan pon kena bawak adik, kena bagitau sebab yang munasabah. Nak kuor jalan-jalan pon payah. So, time-time keje camnilah curik masa cket, tu pon lepak kat pantai jer. Meratap nasib diri. Huhuhu….

Mouriey’s nak kawen sok-sok tak tau laa camner. Ada sekali tu saja laa acah mak, “Ingat nak kuor jap lagi, nak gi dating.” Mak Mouriey’s pon jawab laa “Hoo dating-datinglah, kang bunting kang…” Ya Allah… masa tu terkedu Mouriey’s dan tros menjawab, (sakit hati tau…) “Owoh…orang dok gatal bu^*t lagi eh nok wak gitu!!” “Haa…menda mung kata?” “Doh dekpong dok caye ngat ke orang. Dok caye sudoh ah!!” tros Mouriey’s masuk bilik. Betul-betul sakit hati, sedih sangat. Bayangkanlah mak sendiri tak percaya kat anak dia. Mouriey’s tahu, my mom sayangkan Mouriey’s, tak nak apa-apa berlaku kat anak dia nih.

Tapi kan, sampai bila harus berkeadaan macam ni?? Hidup rasa terkongkong. Hati sering memberontak, nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. Arghhh tensionnyer!!! Satu lagi pasal boipren-boipren ni. Alahai… lemah semangat Mouriey’s. Ari tuh kemain lagi sibok duk tanya Mouriey’s ni tak der pakwe. Bukannya apa, my mom selalu tengok member Mouriey’s (pompuan lerr…) ‘ngerek’ ~ bonceng motor ngan balak dia. Mouriey’s bagitau laa kat mak, abih kalo ada…n then ajak kuor, bagi ke Mouriey’s ni kuor ngan budak lelaki tu? Jawab mak Mouriey’s ‘Tu kena tanya pok (ayah) mung lah.’ Huk alohh laa… Satu lagi masalah. Kalo bab ayah, dah tau dah…dah tau dah…. Sesi bersoal jawab akan bermula laa. Bengkengnya dari dulu tak abis-abis. Cuma sekarang ni, Mouriey’s kureng cket berinteraksi antara satu sama lain. Ehmmm… Dah lerr, tak de mood dah nak wat entry ni panjang-panjang. Paper pon, tawakkal ajelah pada Allah Taala. Chaoss!!

Wednesday, June 20, 2007

Cute Takk??

Ari nih Mouriey's nak tunjukkan uol's sesuatu. Nampak gambau kat bawah ni?? Cuba eja betul-betul.... M.O.U.R.I.E.Y.'.S kan? kan? Hehehehe.... Cam tak caye jer ader gak bangunan dibina mengikut abjad. Ehmm tak pon kebetulan jer kan?? Hikhikhikdonklie.... Junkopile, pinjam gelak mung kejap!! Ngeehh!! Uol's try laa k. Mouriey's pon dah buatkan untuk Nat , ujangMD n then Junkopile yang jeles. (Suka ati laa mung Junk!!) Hehehe... Harap korang suka laa eek.... Hikss!! Ni website dia : geogreeting.com. Enjoyyy!!!

Klik sini untuk lihat camner bangunan nama ni dibina.

NaTsUmi klik jer

ujangMD klik jer

Junkopile klik jer

Ehmm petang semalam pas balik dari kejer, duk belek-belek surat khabar. pastu terbaca laa pasal Juara AF 5 kita, si Faizal. Lulus jugak akhirnya. Sebenarnya 2 hari sebelum tu, masa on da way Mouriey's nak balik kejer, terserempak ngan orang test kereta. Mouriey's masa tu berhenti kat lampu isyarat. So, bila dia belok kereta tu, terperasanlah muka mamat nih. Faizal AF5 ghopenyerr!!!! Tak sangka betul! Slow jer bawak kereta tu. Mouriey's pon tengok laa dia nih, terkiput-kiput dia... (malu kucing lerr....) Bertentangan mata lagi.... Muahahahaha!!!

Tak leh nak bayangkan muka dia masa tu. Dah lerr muka tu cute, alahai sabor je lerr. First time tengok muka dia secara live. Ahaks!! Dari traffic light tu sampai laa umah Mouriey's duk gelak sorang-sorang. Ahh lantak apa orang nak kata. Tapi kan....cute sangat muka dia... Hehehehe. Pastu Mouriey's bagitau laa kat mak, Mouriey's cakap 'Ma, tengok nih Peja lulus test keta. Alahh, ye tengok muka orang laa ye lulus nih.....' Muahahaha!!! Perasan kan Mouriey's nih?? PERASAN SIOTTTT!! Tau apa mak Mouriey's cakap, 'Hoo yelah tuh. Tengok muka tuah mung!' Kueng kueng kueng..... Alerr tak kisahlah, asal Mouriey's bahagia sudah. Heheheh...

Tuesday, June 19, 2007

Zaman Sekolah

Hye uol’s. Hari nih Mouriey’s nak bercerita pasal Mouriey’s kat sekolah dulu. Teringat zaman sekolah dulu bila baca entry Nat. Hehehe….. Masa kat sekolah rendah dan menengah. Sekolah rendah Mouriey’s lebih kurang 1 kilometer je dari umah. Dari darjah 1 sampailah darjah 4, ayah hantarkan, naik vespa. Hikhikhik!! Darjah 5 dan 6 dah naik basikal sendiri. Kat sekolah tu Mouriey’s ada ayah angkat. Cikgu yang ajar subjek pendidikan Islam. Ustaz Abdul Kadir nama dia. Mouriey’s pon dah lama tak jumpa dia. Bukannya apa, almaklumlah nakal sangat. Selalu jer bergaduh ngan budak lelaki. Siap guna penyapu tu….Hehehe. Last-last meraung jugak walaupun menang dengan bantuan cikgu. Hakhakhak!! Malu beb!! Satu kelas tengok kitaorang duk wrestling. Nasib baik tak tersembam budak tuh dalam longkang. Tu laa, saper suruh cari pasal, berat berkati-kati, menyakitkan hati!!

Pernah kena denda peluk tiang kat kelas sebab tak siapkan homework. Alaa… ok laa tu daripada kena rotan. Pedih wooo!! Tapi malu cket la… tu pon wat muka slumber rock lagi. Dah biasa sangat kena cubit, rotan, ketuk ketampi….. Ehmm ingat lagi satu kejadian, masa tu baru pas kena suntik BCG…. Darjah 6. Dalam kelas Mouriey’s ni ada laa mamat perasan hensem, Mouriey’s tertepuk BCG dia. Apalagi bengang laa dia, sakit laa tu. Mouriey’s dah mintak maaf…tapi dia tak endahkan. Alih-alih dia nak tepuk BCG kita balik…. Nak balas laa konon, tak puas hati nih. Dah laa masa tu kita cakap elok-elok ngan dia mintak maaf, dia pulak cakap lebih kurang je. Masa tu dah mendidih darah ni…. Tetiba datanglah awek ayu lagi cun meleraikan pergaduhan kami masa tu. Member Mouriey’s ni ada hati sebenarnya kat mamat nih. So, dia ambil kesempatan, memperlihatkan ‘keihlasannya’. Huah huah huah!! Lama jugak kitorang tak bertegur sapa. Nak UPSR barulah kitorang baik semula.

Sekolah menengah Mouriey’s pon tak jauh dari umah. Lebih kurang 1 kilometer gak. Naik bas sekolah. Masa tu bayar 20sen jer, skrang kalau tak silap dah 50sen. Lagipun dah lama Mouriey’s tak naik bas. Hehehe….. Mouriey’s bersekolah disitu dari tingkatan 1 hingga 5. Tak tukar kemana-mana. Form 1 hingga 3, Mouriey’s ambil aliran Sains Pertanian. Ehmmm masa form 3 ni Mouriey’s ada berselisih faham ngan budak pompuan nih, satu kelas ngan Mouriey’s. Nak tahu apa sebabnya kitorang berselisih faham? Pasal budak lelaki, pon satu kelas ngan kitorang. Bila teringat balik kan, kelakar plak. Macamlah takder lelaki lain nak tackle. Mouriey’s just berkawan je ngan budak tu, satu kampung ngan Mouriey’s. Selalu buat study group. So, dia jeles gamaknyer. Dia takleh join skali, Hikhikhik!!

Result PMR kureng memuaskan, tapi semua subjek lulus. Alhamdulillah. Form 4, 5 ambil aliran Sains Kejuruteraan. Best coz ada subjek Lukisan Kejuruteraan. Masa form 5, dalam kelas Mouriey’s, ada 39 orang pelajar. 9 lelaki dan selebihnya pompuan. Student lelaki dalam kelas Mouriey’s yang paling rapat ngan Mouriey’s adalah…..jeng jeng… hehehe tapi dia jugak la samseng sekolah tu. Suka menge’pau’, bertumbuk, isap rokok kat belakang surau, datang lewat sekolah, ponteng kelas. Tapi, dia ok sebenarnya. Dia cuma takleh kalau ada orang yang cari pasal ngan dia.

Pernah suatu hari, depan mata Mouriey’s dia tumbuk muka member dia sendiri sebab kurang ajar sangat. Cakap ikut sedap mulut jer. Padan muka. Abih merah, lebam-lebam muka kawan dia ni. Masa tu Mouriey’s tak tau nak buat apa, terkedu!! Walaupun dah nak SPM, Mouriey’s masih lagi main-main. Lebih-lebih lagi bila subjek Maths ngan Sejarah, Ya Allah…boring giler. Mouriey’s ngan sepupu Mouriey’s selalu je ponteng kelas. Lepak kat tangga, tepi bilik kaunseling. Hehehe…. Berani betul. Tapi tak der laa sampai satu sesi tu tak masuk kelas. Kalo time subjek Sejarah ke, Maths ke…. Lagi setengah jam nak abis sesi kelas tu, Mouriey’s cabut ah. Biasanya bagitau cikgu nak gi toilet, pastu tak masuk-masuk dah. Tak pon pakai blah ikut pintu belakang je. Nakal betul masa tu…. Akibatnya, subjek Sejarah Mouriey’s failed. Satu subjek ni je Mouriey’s tak pass. Tak minat. Yang lain-lain tu ok laa, tapi takat kredit dan lulus je. Huhuhu… tulah, main-main lagi. Nak nyesal pon dah tak guna kan?? Biasalah, perangai remaja, budak-budak sekolah, memang nakal.

Tapi kalo diikutkan, budak-budak sekolah sekarang ni makin nakal. Sanggup pukul cikgu sendiri, buat kerja tak senonoh kat sekolah, buat projek kat dalam kelas la, toilet, isshh macam-maca lagi laa. Alhamdulillah, masa Mouriey’s sekolah dulu takder laa sampai camtu. Anak-anak sekarang terlalu moden. Boleh buat apa yang diorang suka. Ehmm… camner laa anak-anak Mouriey’s bila besar nanti? Nauzubillah….. Harap-harap la tak jadi cam diorang. InsyaAllah. Well, let’s wait n see…. Chaoss!!


myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Sunday, June 17, 2007

Movies

Hari ni Mouriey's saja je suka-suka masukkan video clip nih.... Actually movie thriller. Entry?? Malas arr... tak der mood ari nih. Ehmm kat bawah ni ada 2 video clip. Teringin nak tengok cter nih. Mesti besh kan?? Mouriey's nak komen lebih2 pon tak leh... bukannya reti sangat nak komen-komen nih. Tak tengok lagi, camner nak komen. Btol tak? Hehehehe.... Enjoy lerrr. Chaosss!!

Fantastic 4 - Rise of the Silver Surfer


Surf's Up

Saturday, June 16, 2007

KudaKu...:)


Hye uol's.... Pe kabor? Harap uol's sihat sokmo. Ekekeke.... Mouriey's dah okeh cket. Pagi semalam Mouriey's gi jogging kat Bukit Besar. Boleh tahan laa, ramai jugak orang. Petang tu, Mouriey's ngan famili gi lepak kat Pantai Airport (Pantai Teluk Ketapang). Saja duk rileks-rileks... tengok laut yang luas terbentang. Pastu adik Mouriey's yang nombor 3, Ateh gi jalan-jalan. Jalan-jalan di pesisir pantai. Angah (adik yang nombor 2) ngan 2 orang lagi adik ikut sama. Jauh gak gi jalan-jalan. Pastu ada laa pakcik nelayan baru balik dari kelaut. Ada laa sikit tangkapan, masa ada orang duk kerumun. Nak beli ikan ler... Alerrr ikan kecik2 jerr. Si Angah ni plak sibuk duk buang ketam, ketam angin yang duk melekat kat pukat. Dapat 3 ekor. Heheheh.... (Last-last campak balik dalam laut!! Muahaha... ) Bior lerr... Dia pon nak hidup gak. Kalo bawak pon, nak masak... kecik sangat. Buat lekat celah gigi je... Hikss!! ~Mouriey's tak suka makan ketam!

Masa nak balik tu, ayah ada borak-borak ngan member dia. Ada bela kuda. Boleh tunggang sekali lerr... Untuk budak-budak jer... Tapi, haku ni naik jugak!! Muahahaha!! Dah lama siot tak naik kuda. Tu pon ada orang heret kuda. Kalo nak naik sendiri, haram! Tak bergerak ler kuda tu. Ekekeke..... Tak pon, ada yang kena bawak lari dek kuda tu nanti. Haa tak ke naya? Ehmm masa naik kuda tuh, nak cover takut laa kononnya... Mouriey's borak-borak ngan yang tukang heret kuda tu. Mouriey's tanya, apa nama kuda ni, umur berapa? So, dia pon b
agitau laa yang nama kuda tu SOLO, umur 4 tahun. Huah huah huah... Nakal laa plak. Alerr tak kisah laa yang penting Mouriey's heppi. Tak der laa duk pikir sangat pasal mamat tuh... Menyakitkan hati. Selalu je cakap tak serupa bikin. Bila ditanya, cakap haku ni suka mengarut, melalut ntah paper... Malas arr... :(

Thursday, June 14, 2007

Berserah

Semalam Mouriey’s kurang sihat sket. Selsema... cam nak demam je. Tau-tau je laa, Mouriey’s ni bila selsema… Duk leleh jer… Srrott sroottt!! Keje plak bertimbun. Waa… Ditambah pulak dengan resdung. Makin menjadi-jadi. Bila nak tido semalam, mula laa payah. Dah tersumbat lobang hidung ni, sesak napas dibuatnya.

Pusing kanan, pusing kiri… mata ni plak tak nak pejam. Pastu mula laa pikir macam-macam. Banyak sangat benda yang berlaku kat Mouriey’s. Mouriey’s tak tahu kenapa jadi camtu. Kenapa Mouriey’s betul-betul dah tangkap jiwang kali ni. Sebelum ni tak pernah pulak jadi sampai camni. Susah betul nak buang ‘mamat’ ni jauh-jauh dari hidup Mouriey’s. Tentu uol’s pon pernah melalui pengalaman yang camni kan? Memendam perasaan terhadap seseorang dalam diam. Setiap manusia, Mouriey’s percaya… dia akan melalui saat-saat begini.

Manusia juga kadang-kadang ada egonya. Egonya plak adakalanya tak bertempat. Asyik dia je yang nak menang, dia je yang betul. Mouriey’s rasa laa kan…. ‘mamat’ ni ego dia tinggi la. Dah banyak kali Mouriey’s jumpa lelaki yang egonya tinggi. Tapi tak sumer lelaki egonya tinggi, kan? Kan? Pheww…. Ntah laa. Mungkin itu dah sifat semulajadi kaum lelaki. Perempuan plak dengan fiil merajuknya. So hard to explain.

Dan malam tadi, Mouriey’s tidak keseorangan. Mouriey’s ditemani cahaya bulan…. Cerah. Seolah-olah ingin mendamaikan perasaan Mouriey’s yang bergelora diketika itu. Untuk seketika, Mouriey’s berfikir sendirian. Sudah terlalu banyak Mouriey’s sia-siakan kasih sayang Mouriey’s untuk dirinya. Hampir kering airmata kerana sering meratapi nasib diri. Terkadang, Mouriey’s terasa bodoh… teramat bodoh bila menyerahkan cinta dan kasih Mouriey’s kepada orang yang tak pernah menghargai pemberian itu. Dan natijahnya, malu pada diri sendiri dan hidup berulamkan sengsara.

Dan untuk yang entah berapa kali, mengalir lagi airmata ini. Begitu mudah Mouriey’s rasakan airmata ini mengalir, menangisi seseorang yang tak pernah menghargai diri ini. Bukankah ianya sesuatu yang bodoh dan sia-sia?? Pada waktu itu, Mouriey's memohon kepada Yang Maha Esa, "Ya Allah Ya Tuhanku, jika ada jodoh diantara kami, Engkau dekatkanlah hati kami. Jika tiada jodoh, Engkau jauhkanlah hati kami. Amin Ya Rabbal Alamin...." Cahaya bulan pula semakin suram… berlindung dibalik awan. Seolah-olah mengerti dan berkongsi kemelut yang Mouriey’s hadapi ketika itu. Sedang diri disimbahi cahaya purnama yang suram, Mouriey’s terlena kehampaan….

Wednesday, June 13, 2007

Kau Yang Ku Sayang

Waa... semalam dah abis 26 episod cter Kau Yang Ku Sayang arahan pengarah tersohor, Rashid Sibir. Alerr yang ada scene tarik rambut, tampar menampar antara pelakon Lisdawati ngan Rita Rudaini dalam swimming pool tu. Actually Mouriey's tak hadap dari mula, dari episod 1. Mak ngan adik Mouriey's duk hadap sangat coz diorang nak tengok scene tarik rambut tu laa. Nasib baik tak potong. Hehehe....

Mouriey's start melekat depan tv bila tengok cter tu masa episod berapa eek? Lupa laa. Tp seingat Mouriey's masa tu Rita Rudaini (Lia) duk cam kat tepi tasik, mengimbau kembali zaman budak-budak ngan kawan baik dia, Kamal. Tengah syok duk berangan, si Fahrin (Kamal) datang tegur dia coz dia ni nak pi mancing.

Semalam, klimaks dia bila dia nak bertunang tapi belum tahu siapa tunangan masing-masing. Walaupun masa tu hati antara Lia ngan Kamal dah bertaut. Oleh kerana taknak kecewakan their parents, so diorang setuju untuk bertunang dengan pilihan parents diorang. (Huhuhu.... sedey tu. Cam keterpaksaan la plak...) So, untuk terakhir kalinya si Kamal ni call laa orang yang dia sayang ni and then dia cakap kat Lia yang dia sayangkan si Lia ni. Waa... Syoknyer....

Kuasa Allah, siapa dapat menduga. Dah jodoh diorang, akhirnya bersama jugak. Terharu betul... Terasa sampai ke tangkai jantung... Tulah kan, dah jodoh... tak kemana. Takkan lari gunung dikejar. Bukan ada kaki pon gunung tu nak lari... Kat bawah ni ada lagu tema dia. Mouriey's suka sangat dengar lagu ni. Nasib baik jumpa... Hehehe.


Ehmm for u NAT... thank you sooo much for your advice. Apa yang penting, sekarang ni Mouriey's tak lagi rasa beban dihati ni coz Mouriey's dah luahkan apa yang Mouriey's nak luah. Walaupun tidak ketahuan apa kata putusnya....

** Nak download lagu, klik je tajuk lagu.

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Kau yang kusayang
Dari dulu kini dan selama lamanya

Sebelum kenal dirimu

Sebelum jumpa dirimu

Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku selalu membisik

Engkau adalah milikku

Biar lama pun kutunggu

Saat kedewasaanmu

Dan ku tak pernah jemu menantimu

Disaat ku sendiri kubayangkan wajahmu

Terkadang ku berilusi tentang dikau dan aku

c/o
Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan

Dan ku berjanji

Kanku bahagiakan dirimu selamanya

Ku harapkan semua ini

Akan segera terjadi

Dan semoga nanti bukan hanya

Sekadar impian belaka

Ulang c/o

Tuesday, June 12, 2007

Penantian


Semalam, Mouriey's menjenguk diluar tingkap.... melihat bintang-bintang berkerdipan didada langit. Kelihatannya indah sekali... mendamaikan suasana dengan angin malam menghembus perlahan. Untuk seketika Mouriey's merasakan ada sedikit kedamaian dan kelegaan didalam hati, setelah menangisi nasib diri. Entah bila semua ini akan berakhir. Sampai bila harus Mouriey's menanti? Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan.

Sememangnya hari-hari yang Mouriey's lalui kebelakangan ini sering membuatkan Mouriey's tertekan, perasaan tak menentu. Dan Mouriey's sedar, mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku dan membuatkan Mouriey's semakin matang menjalani hidup seharian. Biarlah, biarlah semua ini berlalu. Berlalu seperti debu beterbangan ditiup angin. Kini Mouriey's bangun kembali dengan berpaut pada dahan yang rapuh dan gagahkan diri melalui hari-hari mendatang. Dan untuk insan itu, semoga apa yang dilafazkannya bukan sekadar omongan kosong belaka. Mouriey's harapkan semua ini... esok akan jadi kenyataan bukannya seperti mimpi yang menyerikan kelenaan. Apabila terjaga dari lena, maka hilanglah mimpi indah itu. Jangan... jangan jadikan ia seperti itu. Mouriey's juga berjanji pada diri sendiri, Mouriey'sakan membahagiakan insan yang menyayangi dan membahagiakan diri ini. Mouriey's akan terus menanti dan menanti tibanya saat membahagiakan itu walau hakikatnya menanggung seksa yang mencengkam perasaan.

Hanya padaMu Ya Allah aku berserah.... Apa sahaja yang berlaku selepas ini akan kuterima dengan redha dan dengan hati yang terbuka tanpa memberikan sebarang keluhan. Cukuplah setakat ini Mouriey's menanggung derita dijiwa. Semoga diakhir penantian yang menyeksakan ini memberikan Mouriey's cahaya dan sinar walaupun dalam kesuraman.....

Monday, June 11, 2007

Biarkanlah

Alhamdulillah internet kat Mouriey's keje dah ok dah. Kalau diikutkan, takder mood Mouriey's nak wat entry ari nih. Sebenarnya, Mouriey's sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang nie terhadap Mouriey's. Hidup terasa asing, terkurung, tertekan, fikiran bercelaru. Puas sudah hati ini mengadu pada Yang Maha Esa.

Salahkah Mouriey's untuk jatuh cinta lagi? Adakah Mouriey's harus dipersalahkan kerana sedikit rasa ketidakpuasan hati Mouriey's? Mouriey'skah yang harus dipertanggungjawabkan jika ada diantara mereka-mereka terluka kerana keluhan dan luahan Mouriey's? Mungkin ya.... Mungkin tidak.

Andainya luahan Mouriey's itu membuatkan insan itu terluka, kecewa... ketahuilah... diri ini lebih terkilan dan kecewa! Mulut sememangnya manis berkata2.... tapi Mouriey's telah biarkan semua itu berlalu. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Mouriey's harus merelakan perpisahan ini. Walaupun sukar untuk mengiyakannya. Sesungguhnya Mouriey's harus sedar, bukan selama-lamanya Mouriey's perlu berperasaan begini. Biarlah Mouriey's membawa hati ini menyusuri kembali jalan-jalan yang sepi... dan ditemani kenangannya. Ada ketikanya kenangan itu sekelumit cuma... cukup untuk hati ini mengimbau wajahnya disaat duka. Biarlah pertemuan singkat pada malam itu sekadar menjadi memori yang terindah seumur hidupku....

Sunday, June 10, 2007

Terimalah Hakikat


Hari-hari yang Mouriey's lalui kebelakangan ini terasa sunyi. Disini, dikesempatan ini... Mouriey's ingin luahkan sesuatu yang selama ini terpendam di lubuk hati. Ingin sekali Mouriey's meluahkan padanya apa tidak terluah selama ini. Terkadang, Mouriey's sedar siapa diri ini.... insan yang serba kekurangan untuk menjadi seri dalam hidup seseorang itu dan mungkin sukar untuk ‘dia’ memilih Mouriey's. Seolah-olah menggapai bintang yang bergemerlapan didada langit. Puas Mouriey's gapai namun kecundang jua.

Hebat bukan percaturan hidup ini?? Percaturan hidup yang membuatkan kita jatuh tersungkur berkali-kali.... Namun kembali bangun. Kita sebagai manusia harus tabah dalam meniti hari yang mendatang. Entah apa lagi yang harus tempuhi oleh Mouriey's nanti. Mouriey's juga harus tabah, melupakan dirinya yang begitu mustahil untuk diri ini memilikinya. Walaupun dibibir terukir senyuman, sentiasa berusaha membuatkan orang2 dan mereka2 yang Mouriey's kasihi bergembira, hati Mouriey's yang sakit, pilu.... tiada siapa yang tahu.

Kita sebagai manusia hanya boneka yang sentiasa memainkan peranan masing2 dan menghiburkan manusia alpa yang lain di pentas dunia ini. Biarlah Mouriey's dengan hidup Mouriey's, dan dia dengan cara hidupnya yang sendiri. Memang terlalu sukar untuk Mouriey's membuang jauh2 dari hidup Mouriey's. Seolah2 ia sudah sebati dengan hidup Mouriey's. Kenapalah sumer nie harus terjadi? TIDAK!!! Dah tak larat untuk Mouriey's ikutkan kata hati. Penat sangat.... Penat sebab sering menurut kata hati yang akhirnya kecundang jua.
Dan untuk AWAK, andainya awak dapat baca luahan saya nie, saya nak awak tahu…. Betapa saya sayangkan awak. Tapi saya tahu, kita tak mungkin dapat bersama. MAAFKAN saya jika selama perkenalan kita, ada membuat awak terluka. Maafkan saya.....

~ ***Waa.... jiwangsnyer Mouriey's hari nie.... Huhuhu... Nat, tulung Mouriey'sss!! *** ~
(Mouriey's BENCI bila berperasaan begini..... BENCI SESANGAT!!)

Biarlah sumer ni berlalu. Tak guna jika Mouriey's terus-terusan mengikut kata hati, menangisi sebuah perpisahan yang tiada permulaannya. Mouriey's ni bila jiweng2 karets... mulalah melalut ntah paper. Sebab tu kadang2 Mouriey's lebih suka pendamkan dan menangis sorang diri. Mouriey’s tak reti nak luahkan dalam blog ni. Nanti dikatakan ‘over jiwangs’ plak. Kang tak pasal2 ada yang loya sampai termuntah2 baca entry nih. Yang ni je yang mampu Mouriey's coretkan, rasa ketidakpuasan hati Mouriey's. Dah, malas nak pikiaq lagi dah. Huhuhu... Yang pentingnye, ajal, maut, rezeki dan jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan. Sumer tu kejer Dia, sesungguhnya hanya Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui dan mentadbir sekalian alam.... Wallahua'alam. See ya...

“ Dengan cinta orang bisa menutupi luka
Dengan cinta orang bisa menyembuhkan luka
Dengan cinta orang masih bisa berharap
Kerana cinta manusia masih mempunyai mimpi
Kerana cinta manusia bisa terlukaKerana cinta manusia bisa bahagia.....”

Saturday, June 9, 2007

Maafkanlah

Ehmm semenjak dua menjak ni kan… Tak tau laa apa jadi ngan Mouriey’s. Fikiran ni asyik menerewang je entah ke mana. Tak tau nak cakap apa. Mungkinkah berkenaan dengan hati dan perasaan? Di saat inilah satu persatu wajah insan yang pernah Mouriey’s kasihi suatu ketika dulu muncul di benak Mouriey’s. Dan ketika itu juga air mata mula mengalir membasahi pipi. Mengimbau kembali saat2 indah, janji2 manis yang diucapkan oleh lidah yang tak bertulang….

Dan hampir setiap malam Mouriey’s bertanya pada diri yang sering saja ditemani sang purnama dan bintang yang berkerdipan didada langit. Apa yang aku mahukan sebenarnya? Seorang insan yang benar2 ikhlas menyayangi dan mengasihi diri ini? Ahh… sukar untuk aku memiliki insan sebegitu. Insan yang bernama lelaki sering saja membuatkan aku terluka, sengsara, kecewa, terkilan…. Sukar untuk aku temui insan sebegitu. Lelaki…. hanya mementingkan nafsu semata-mata, memandang kecantikan dan kebendaan…. Fikirku. Ntahlah, mungkin semua lelaki tidak begitu perangainya. Tapi dengan insan yang seorang ini, cukup lain perangainya. Telah banyak kali cuba untuk melupakannya, tapi sukar bagi diri ini untuk melakukan begitu. Mouriey’s harus menerima hakikat bahawa dia tak akan menjadi milik Mouriey’s. Seolah2 Mouriey’s telah menggenggamnya erat dan tak mahu membiarkan dia pergi. Sedangkan hati ini tahu, mungkin Mouriey’s bertepuk sebelah tangan.

Kata orang, cukup hanya menutup telinga jika tidak mahu mendengar namanya, jika tak mahu melihatnya…. Cukup dengan hanya menutup mata. Tapi bila sudah menjadi dari sebahagian jiwa dan hati ini, bagaimana pula? Adakah mahu dicabut keluar hati ini dan ditanam jauh ke pasak bumi?? Tentu sukar, bukan? Dengan hatilah kita terus hidup, membuatkan kita bahagia dan belajar untuk tabah walaupun berkali-kali dilukai dan dikecewakan. Hati merupakan kurniaan Tuhan yang cukup indah. Ia akan berseri dengan kehadiran kasih sayang, bukan sahaja sesama manusia, bahkan untuk Sang Penciptanya juga.

Untuk AWAK, maafkan saya kerana melukai perasaanmu. Tiada niat untuk melukaimu... cuma hanya ingin meluahkan apa yang terpendam. Maafkan saya eek?? :)

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.

Friday, June 8, 2007

GERAMMMM!!

Hye uol’s… How r u?? Long time no see ya?? Hehehe…. Sebenarnya internet kat tempat Mouriey’s keje nih ader prob cket. Tu yang takleh wat entry. Huhuhu…. Rindu sangat kat korang…. Nat, Junkopile, Geng2 BKS…. UjangMD?? Ehmmm tak kot?? Hikhikhik…. Alerr…Gurau jer. Just little bit only… Muahaha.... Hari Ahad lepas, Mouriey’s ngan famili sampai kat umah kol 6.30 petang, bertolak dari Kuantan kol 2.30 petang. Pas round2 kat Kuantan Parade, Taman Zoo Teruntum…. Best la jugak. Shopping?? Tak der laa… Mouriey’s pon sempat beli seutas rantai tangan je kat Kuantan Parade. Haa… masa duk syok round2 tuh… ternampak ler kelibat Akak kita nih… Kak Engku (Raja Azura) tengah duk shopping baju. Untuk anak dier kot? Hehehe… Nak tegur malas lerr… Orang lain wat donno jer… Hikss!! Masa ayah nak parking keta, ternampak Ali XPDC ngan Jefrydin duk minum2 kat cafĂ©. Cam tak caye je jumpa artis. Hehehehe…. Kan kat Pekan ada festival… ehmm Pekan Fest. Tu pasal laa kot ramai jumpa artis.

Actually Mouriey’s tak pegi memana pon. 2 hari asyik busy je manjang. Hari jumaat tu, kena prepare untuk Majlis Cukur Jambul anak sepupu Mouriey’s, si Nabila Aisya. Dah 4 bulan umur dia. Mouriey’s ada amik gambau dia, ada kat bawah nie. Esoknyer plak, buat majlis naik umah baru. Alahai… penat giler. Nasib baik anak beranak ramai. Tu pun kelam kabut dibuatnyer. Bila dah settle sumer, bodek sepupu kuor gi jalan2. Cuma gi lepak kat Teluk Chempedak. Alerr rilex arr bro, sekali sekala untuk anak buah… aper salahnya support cket. Hikss!! Dia ni polis kat Ipoh, Perak. Hehehe… Lelaki ler… Ingat pompuan eek?? Jangan jeles yea WAK…. Adik Mouriey’s lagi 2 orang ada ikut sama. Best tau main air digigi pantai, cheewah… jernih, landai. Tak cam pantai kat Terengganu. Ada takok… Mudah tersembam dalam air. Sepupu ngan adik Mouriey’s yang nombor 3 tu just duduk atas batu jer. Duk perati jer Mouriey’s cam orang sasau duk main air. Hikss!!

Maghrib baru kitorang blah. Haa… kalo uol’s penah pegi Teluk Chempedak, mesti uol’s naik jambatan kat situ, nak pegi ke pantai disebelah sana. Kan kat tepi semak samun tu, gelap. Tapi ader jugak loving couple duk berasmaradana, adegan panas tuh!!! Berani btol diorang. Nie dah sah2 kena rasuk setan ni, ye laa dah Maghrib… mana ada orang berani duk kat situ? Kot yea pun nak lepaskan gian, pegi laa sewa hotel ke, dalam keta pon okeh pe?? Muahahaha!! Tak derlaa menyakitkan mata orang yang lalu lalang… Nak tau apa diorang buat?? Hikss!! Tak yah laa eek… Ekekeke! Nak tau jugak?? Ehmmm alerr cium pipi je laa. Tapi nampak pada budak lelaki tu cam dah ‘g
eram’ sangat kat awek dia tuh… Ishh tak sabor2 dia tuh kan? Hehehe… Kalo ikutkan nak je Mouriey’s hempok kepala budak tu ngan selipar Mouriey’s. Tak senonoh betul. Tapi, tak leh…sabor…sabor.. Ni bukan kampung kita. Lantak laa aper dia nak buat… Kan? Kan?

Ehmm…. Masa on da way nak balik Terengganu, singgah kat pantai lagi. Pantai Teluk Lipat, Dungun. Best. Masa tu dah petang, dalam kol 5 lebih. Best sesangat. Laut yang luas membiru, tenang, berombak kecil menghempas gigi pantai… Terlalu banyak benda yang Mouriey’s nak kongsi ngan laut. Sebanyak mana kita luahkan apa saja yang terpendam, ia tidak pernah bersuara, membantah. Hanya angin dan deruman ombak yang kedengaran. Adakah ianya sebagai satu respons kepada luahan kita? Siapa tahu… Sebolehnya, hati ini tidak mahu menaruh harapan tinggi. Takut nanti seperti membina istana pasir, pastinya akan runtuh dihempas ombak laut. Hati ini keliru, tak ingin lagi rasanya terluka dan kecewa kerana sebuah harapan yang tinggi menggunung. Hanya padaMu aku serahkan, tunjukkanlah dia pemilik jiwa. (Erkk… dah start jiwang dah…:p)

Hari selasa, rabu, khamis… kejer cam biasa. Malam duk lepak umah jer. Actually saat Mouriey’s wat entry nih, sakit sangat hati nih. Nak tau kenapa? Tak yah la…tak penting pon. Terasa sangat diri ni diperbodohkan dan diperkotak-katikkan. Itulah, janji manis dari lidah tak bertulang. Ke Mouriey’s sendiri yang perbodohkan diri sendiri? Ehmmm…..?? Sakit hati ni hanya Allah yang tahu. Siapa yang wat Mouriey’s sakit hati? Tak yah ler uol’s tahu saper hamba Allah tu… rentikan lerr…. Malas nak ungkit lagi. GERAMMMMM!!!!

Nie laa dia Baby Nabila Aisya duk ngan Auntie dia, Mak Long....
(Waa... huduhnya panggil nama tu.. Terasa tua diri ini. Hikss!!)