Saturday, September 29, 2007

Whateva

" Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta
Lalu engkau pun buat angkara

Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara "


Semalam Mouriey's berbuka kat luar ngan famili. Berbuka kat restoran biasa je. Ramai siot orang... Sesak giler. Pas berbuka, gi shopping jap. Baju adik-adik blom beli lagi. Huhuhu.... Actually Mouriey's pon belum baik demam lagi. Tapi takde la panas sangat. Cuma batuk belum hilang. Suara lak dah tenggelam timbul. Perit tekak nih.....

Ehmmm yang kat atas tu...sesajer letak. Kene je bait-bait dia ngan Mouriey's. Uhuk!! Pedih wooo... Mouriey's tak nak sedey-sedey sangat. Sebab masih terngiang di tinge Mouriey's ni... "Takyah laa awak nangis kerana saya ni....." dan "Janganlah rindu sangat, nanti laen lak jadinya...." Betullah, kalo kita terlalu ikut perasaan, rindu sangat.... last-last jiwa yang parah, merana.

Dah laa, Mouriey's malas ah nak ikutkan perasaan. Dah malas dah nak cari 'CINTA'.... ekekeke.... Orang kata, CINTA tak perlu dicari, sebab CINTA itu akan datang dengan sendiri... Uol's setuju tak? Betul ke? Boleh terima ke fakta tuh? Ehmmm...... Let's wait and see k.... Ari ni tak der apa Mouriey's nak citerkan kat korang. Biarlah hati Mouriey's dan alam maya je yang berkongsi rahsia. Huhuhu..... Tata....

Thursday, September 27, 2007

Demam Lagi


Semalam Mouriey's letih sangat. Seb baik tak ikutkan sangat perasaan ni. Thanx a lot to kat Kak La, my job's partner. Tak tau laa apa jadi kalo dier tak der semalam. Balik umah, mandi.... Baring-baring jap.... Nak ingat pun dah tak guna kan?? Lantak la.... Menambahkan lagi sakit kepala ni ada la. Tapi bila difikirkan balik, mudahkan bagi seseorang nak suruh percaya pada dia, sedangkan dia langsung tak percayakan kita? Mana aci camtu kan? Kan? Huhuhu....

Gi dapur, tolong mak masak. Tak la teringat sangat hal tu. Buat lauk gulai kuning udang, ikang singgang ngan budu. Hehehe.... Walaupun aroma budu dan ikang singgang tu mencuit-cuit rongga hidung nih.... sedikit pun tak berjaya menambat hati Mouriey's. Tak der selera terus. Tak tahu la kenapa..... Mak ada belikan Mouriey's roti john, makan sikit je yang dah potong. Nak muntah lak, muak!

Mouriey's ada call Abang Ujang petang tu. Sesajer call. Lama tak dengar khabar berita. Borak-borak ngan dia jap. Rupa-rupanya dia demam. Kena demam denggi, masuk wad 2 hari. Alahai ciannyer. Asyik demam je. Demam rindu kat Cik Nung la tuh.... Hikhik!! Owhh... ni nak bagitau (saje jer gatal nak bagitau) pasaraya GIANT dah bukak kat Terengganu semalam. Adik ajak gi, giler apa. Dah la haku ni sejuk giler tahap cipan, dengan bersweater, kaki berstoking, muka ni panas cam kene bakar, batuk-batuk lagi, ajak haku ni gi kat tempat air-cond lak. Hawau tol! Tido lewat cket, kol 12 coz tolong mak sembat baju. Cian gak kat mak. Huhuhu..... Sakit kepala!!! Letak je kepala kat bantal, tros lentok. Zzz.....

Wednesday, September 26, 2007

Mungkinkah

" Mengenalinya, Silap aku
Mengasihinya, Silap aku
Menyayanginya, Silap aku
Menyintainya, Silap aku
Hadir dalam hidupnya, Silap aku "

**************************************

Mouriey's kureng sehat hari ni. Demam. Tapi, terpaksa gagahkan diri datang kejer. Coz banyak kejer nak kena settlekan. Cian plak kat member Mouriey's wat keje sorang-sorang. Semalam pun balik umah, tros lentok. Berbuka pon ala kadar je. Takder selera. Awal-awal lagi Mouriey's dah masuk tido. Letih, kepala berat semacam je.....

Datang keje pagi, dengan tubuh lemah longlai..... hati, perasaan dan jiwa Mouriey's plak hancur berkecai. Nak tahu kenapa? Ehmm i think takyah laa uol's tahu. Lagi pun uol's dah boleh agak sendiri what happens to me. Senangnyer kan orang nak hancurkan hati seseorang yang lain. Apa ni?! What the he**?! Kalo soal melibatkan hati dan perasaan, Mouriey's tak pernah buat dono. Mouriey's serius. Mouriey's tak bergurau berkaitan hal-hal yang sebegitu.

Inilah akibatnya, nak jaga sangat hati orang yang Mouriey's sayang, last-last Mouriey's gak kecewa, merana! Bagai menanam tebu dipinggir bibir.... Manis je mulut bercakap. Mouriey's kalo bleh tak nak salahkan sesiapa. Paper hal pon, Mouriey's patutnya tunding jari ke arah diri Mouriey's sendiri. Bukannya orang lain! Mouriey's sedar.... CUKUP SEDAR yang Mouriey's ni BUKANLAH hebat orangnya, cantik orangnya... Mungkin Mouriey's tidak sepadan dengan si dia.

Mouriey's cuma nak dia tahu bahawa Mouriey's cukup menyayanginya.... senang berkawan dengannya. Tapi mungkin selepas ini, Mouriey's sudah pun tawar hati. Sayang terhadapnya mungkin masih ada, tetapi sukar untuk menjalinkan ikatan persahabatan. Janggal sekali Mouriey's rasakan. Ternyata hitung Mouriey's selama ni yang dia adalah yang terbaik dan jodoh yang telah Allah tentukan untuk Mouriey's meleset sama sekali! Sekelip mata je harapan dan impian Mouriey's musnah. Mulai saat ini, Mouriey's kena terima hakikat yang kami tidak lagi sehaluan. Cukup sekadar kawan biasa.

Dan untuk awak, MAAF kerana hadir dalam hidup awak dan awak menerima saya kerana terpaksa. Saya tak akan merayu, memohon, melutut untuk menagih kasih sayang awak lagi. Awak berhak tentukan hidup awak. MAAF sekali lagi.....

Tuesday, September 25, 2007

Teringat

"Di hari raya.....
terkenang daku kepada si dia,
kampungku nun jauh disana,
ayah serta bondaku...."


Hikss! Cheewah... nyanyi lagu raya tuh. Mouriey's sesajer je. Wat entry nih sambil dengar lagu raya. Barulah excited nak sambut raya. Hakhakhak!! Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk hari yang ke-13 kita menjalani ibadah puasa. Huwaa.... Kuih raya tak buat lagi nih. Kalo sempat, Mouriey's buat banyak. Kalo tak sempat, buat sikit je la. Selebihnya beli je.

Actually Mouriey's kureng sihat cket. Cema-cema larr.... Hukhuk!! Kepala ni asyik bengang je, cam masuk air. Berdengung.... Semalam, Mouriey's berbuka makan ayam pusing je. Malas nk makan nasik. Takder selera. Pastu, adik-adik start main bunga api. Pom pam pom pam!! Bingit tinge nih. Tapi kan, takleh challenge laa zaman Mouriey's kecik-kecik dulu. Time budak-budak nakal. Lagi besh. Muahaha!!

Lagi banyak bunga api. Macam-macam jenis bunga api ada. Sibuk ngan bunyik meriam buluh lagi. Memang havoc satu kampung. Biasanya yang tu bebudak yang dah besar main benda tuh. Tapi takder plak sampai dengar berita ada yang putus jari, kaki ke, tangan ke..... Yang paling besh, time main bunga api tu... Mouriey's suka cucuk kat pokok bunga mak. Sampai berlubang-lubang daun, bunga yang mak tanam. Kehkehkeh.... Satu lagi, budak-budak belasan tahun ni ada cara derang main bunga api. Derang amik plug motor jenis NGK yang dah rosak, ikat perca kain kat ujung plak yang ada lubang tu, and then derang lambung keatas. Bila jatuh atas jalan tar, kuar laa bunyik pommm!!!! Masa tu kalo ader makcik pakcik lalu, mesti kene heart attack punyalah.

Mouriey's memang takut cket ngan bunyik mercun yang kuat-kuat. Tak leh dengar, bingit telinga nih. Ehmm korang jangan tiru lak aksi yang Mouriey's bagitau nih. Mungkin ada dikalangan uol's dah pernah cuba buat aksi ni kan? Hehehe.... Ni dah besor panjang pun, still join adik-adik main bunga api. Teringat laa zaman bebudak dulu. Best siot!! Wakakaka!!

Monday, September 24, 2007

Al-Fatihah


Tadi masa Mouriey's check email, Mouriey's tersentak. Betul ke? Ayahanda pemilik blog Nat a.k.a NatsUmi telahpun kembali ke rahmatullah di IJN. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. Al-Fatihah..... Semoga roh Ayahanda Nat dicucuri rahmat dan tenang disamping-Nya.

~ Maaf Kak, Along tak tahu. Along mintak maaf banyak-banyak. Sampaikan salam takziah buat keluarga akak. Dan Along harap Akak tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan seharian.

Mouriey's pun 2 hari ni bzi cket. Mouriey's alhamdulillah sihat, cuma... Ehmmm tak der apalah. Hehehe..... Banyak keje cket, ditambah plak dengan masalah yang melanda diri yang blom settle lagi. Aduss!! So, Mouriey's kene continued balik keje. Berlambak nih..... InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. Sayonara.....

Saturday, September 22, 2007

Gelora

Ehmm korang pernah dengar tak pepatah ni 'kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari' atau 'langit tidak selalunya cerah'? Pernah dengar kan? Mouriey's saja je tanya. Saja suka-suka.... Kat Terengganu sekarang ni cuaca tak menentu. Sesuailah Mouriey's gunakan pepatah ni. Yang dalam hati ni pon, tengah bergelora gak ni. Tak menentu gak... Ada je yang tak kena.... Ader je yang menyakitkan hati. Opss... yang ni berkaitan hati dan perasaan. Biarlah Mouriey's dan Tuhan sahaja yang tahu. Mouriey's dah taknak ikutkan perasaan sangat. Nanti lagi parah. Sesedap mulut dan hati je wat Mouriey's camni. Tergamak dier.....?? Huwaa....

Semalam Mouriey's berbuka kat umah kawan mak. Adik lelaki ngan ayah Mouriey's berbuka kat masjid. Orang Ghanu kata 'NAMAT'. Mouriey's tak reti laa nak explain... Huhuhu. Mouriey's ngan mak gi bazar jap petang tu. Beli lauk yang dah siap masak untuk sahur malam kang, gulai ayam kampung. Pastu Mouriey's beli Young Tau Foo ngan ABC. And then tolong mak sembat baju raya yang orang tempah. Tido awal. Ngantuk ah!! Kroihh.....

Bermulanya....


Ditakdirkan Allah, ditemukan pada suatu hari Si A dan Si B. Setelah tali persahabatan persahabatan bertukar kepada satu jalinan yang lebih mendalam maknanya. Suka dan duka dikongsi bersama. Saat itu Si A berasa amat bahagia dan diri dirasakan begitu dihargai. Walaupun cukup disedari oleh Si B bahawa hadirnya dia kerana mengubat luka dihati Si A, sebagai pengganti kepada 'mereka' yang telah mengecewakan Si A. Si A merasakan Si B adalah pilihan yang tepat untuk dirinya. Semua ciri-ciri lelaki idaman ada padanya.

Ketika Si A menghulurkan tangan, meluahkan apa yang terbuku dihati... 'sudikah awak terima saya?' Ternyata Si B sedikit tersentak dengan permintaan Si A. Setelah dihujani pelbagai persoalan, kenapa, apa, dan bagaimana.... Alhamdulillah Si B menerima Si A seadanya dengan tangan yang terbuka. Si A tidak pula pasti adakah keputusan Si B pada ketika itu berdasarkan simpati dan dalam keadaan waras. Ahh...semua itu tidak penting lagi buat Si A. Apa yang penting, Si A sudah mendapat putera idaman hatinya.

Pepatah mengatakan bahawa langit tidak selalunya cerah.... Si A menyangkakan bahagia dikecapinya akan berpanjangan dan berjalan lancar. Sepertinya Si B baru seminggu yang lalu menyemai benih, menyiramnya setiap hari. Tetapi apabila mula mencambahkan tunas, tidak semena-mena dia telah memijak-mijak pula tunas yang baru itu. Begitulah perumpaan yang tepat untuk Si B pada padangan mata Si A. Kenapa harus jadi begitu? Apa salahku.... Fikir Si A. Hatinya pula sudah hancur luluh.... Mudahnya meremukkan hati ini yang ikhlas mengasihi dan menyayanginya. Mudahnya 'membunuh' kepercayaannya terhadap Si B.

Setiap kejadian di muka bumi Allah yang indah ini, semua ciptaan-Nya bersebab. Tidak ada cipataan-Nya itu yang tidak mempunyai sebab. Contohnya; Nabi Adam a.s memerlukan Hawa. Dan dari mana asalnya Hawa? Dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. Setiap manusia perlukan pasangan hidup. Cuba kita lihat pula ruang diantara jari-jemari kita, terdapat ruang bukan? Untuk apa ruang itu diciptakan? Ruang itu diciptakan untuk diisikan jari-jemari orang lain yakni pasangan kita.

Teringat Si A pada satu cerita; Kisah Bunga dan Rama-Rama. - Seorang lelaki meminta pada Allah agar diberikan BUNGA dan RMA-RAMA. Namun, Allah memberinya KAKTUS dan ULAT. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaanya. Kemudian, dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan tidak lagi memepersoalkannya. Setelah suatu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. lelaki ini amat terperanjat dari pokok KAKTUS yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula BUNGA yang cantik.

Dan daripada ULAT yang terselindung, telah bertukar menjadi seekor RAMA-RAMA yang cantik. Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul! Cara Allah sentiasanya cara yang terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH pastinya Allah mengurangkan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Apa yang anda pinta, tak semestinya apa yang diperlukan! Allah tidak akan gagal dalam memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini adalah BUNGA hari esok!

ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA.

Oleh itu, Si A tidak lagi mengharap pada Si B. Mungkin terdapat hikmah disebalik semua yang berlaku. Apa yang penting kini, cerita Bunga dan Rama-Rama telah membuka matanya. Hendak turutkan mata yang menipu atau kata hati yang sentiasa benar...... Si A tetap gagahkan diri meneruskan hidup dan akan terus berdoa supaya permintaannya akan dipenuhi....

~ Nukilan Noor Hatida Mamat, K. Trg.


Friday, September 21, 2007

RENUNGAN

RENUNGAN

Ø KEBENCIAN TIDAK AKAN DAPAT DIMUSNAHKAN DENGAN KEBENCIAN, MELAINKAN DENGAN KASIH SAYANG.

Ø CINTA ITU TERBAHAGI LIMA; CINTA MANUSIA KEPADA TUHAN-NYA, CINTA MANUSIA KEPADA DIRINYA, CINTA KEPADA ORANG KERANA KECANTIKANNYA, CINTA KEPADA ORANG KETINGGIAN BUDINYA & CINTA KEPADA ORANG YANG BERJASA KERANANYA.

Ø KEHIDUPAN INI TIDAK AKAN MEMBERI SEBARANG MAKNA SEKIRANYA KITA TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN UNTUK MENCUBA SESUATU.

Ø KEMAHUAN LAKSANA SEBILAH PEDANG YANG TAJAM, MAMPU MERINTIS JALAN DI HUTAN YANG TEBAL.

Ø HATI SEORANG YANG BODOH TERLETAK PADA MULUTNYA, TETAPI MULUT SEORANG YANG BIJAK TERLETAK DIHATINYA.

Ø BERFIKIRLAH SEPERTI MANUSIA YANG BERTINDAK, DAN BERTINDAKLAH SEPERTI MANUSIA YANG BERFIKIR.

Ø BARANGSIAPA YANG SUKA BERGURAU MAKA DIA AKAN DIPANDANG REMEH.

Ø SATU KESALAHAN BESAR YANG BOLEH ANDA LAKUKAN DALAM HIDUP ANDA IALAH TERUS MENERUS BIMBANG YANG ANDA AKAN LAUKAKAN KESALAHAN.

Ø NILAI KITA TERLETAK PADA TINDAKAN, BUKAN DENGAN KATA-KATA.

Ø ORANG YANG SALING MENCINTAI TIDAK AKAN MENYIMPAN RAHSIA ANTARA MEREKA. TETAPI SELALU MEMBAHAGIKAN RASA SUKA DAN DUKA UNTUK DISELESAIKAN BERSAMA.

Ø ANDA SELALU MELIHAT SESUATU PERKARA DAN BERTANYA, KENAPA? TETAPI SAYA SELALU MIMPIKAN PERKARA YANG TIDAK ADA DAN BERKATA, KENAPA TIDAK?

Ø KETINGGIAN IMAN ITU IALAH SABAR KERANA HUKUM ALLAH DAN REDHA DENGAN TAKDIR ALLAH.

Ø JANGANLAH HENDAKNYA KECINTAAN KAMU TERHADAP SESUATU ITU MEMBUATKAN ANDA MENJADI LUPA DAN KEBENCIAN ANDA TERHADAP SESUATU ITU MEMBUATKAN ANDA HANCUR.

Ø BERKEMUNGKINAN YANG KAMU CINTAI ITU TERSIMPAN KEBURUKAN DIDALAMNYA DAN BERKEMUNGKINAN YANG KAMU BENCI ITU TERSIMPAN KEBAIKAN DIDALAMNYA (AL-QURAN)

Ø HANYA MEREKA YANG BERANI SAHAJA SANGGUP MENGAKU DENGAN JUJUR DAN TANPA RASA TAKUT BERHADAPAN DENGAN APA YANG DITEMUI OLEH MINDA YANG JUJUR DAN LOGIK.


*********************************

Thursday, September 20, 2007

So Bored...


Semalam Mouriey's letih sangat. Sempat wat taik mata.... Kehkehkeh. Mouriey's tertido kat tempat Mouriey's keje. Ngantuk sangat. Dari pagi sampai tengahari banyak keje kene wat. Pastu plak, Mouriey's tak bangun sahur. Satu famili plak tu tak bangun sahur. Huwaa.... Mouriey's dah setkan awal-awal jam kat enset, tapi entoh bila laa Mouriey's offkan. Jam loceng dalam bilik mak plak dah kiok.... tak kuar bunyik. Sedar-sedar dah bang subuh. Uhuk....

Menu berbuka puasa semalam, Mouriey's makan laksa penang ngan air milo o ais. Suh mak belikan kat bazar laksa penang tu. Kebetulan mak nak gi bazar ramadhan. Mouriey's malas nak singgah. Malam, terawih cam biasa 11 rakaat, ikut imam. On da way nak balik, singgah umah mak sedara, main-main ngan Adik Dina (Si Chubby Girl tu lerr....) Sian dier kene inject. Seb baik tak demam. Balik umah, tatau nak wat apa. Boring giler... Pastu mula lah jiwang karets. Huhuhu... ni yang malas nih. Peluk teddy bear, tros lentok. Huwaa....

~ Kemana dikau menghilang,
Diam seribu bahasa,

Maafkanlah jika ada kesalahanku,

Membuatkan kau terasa,
Hanya dikau yang bertakhta dihatiku.

Wednesday, September 19, 2007

Jiwang... JiwangS....

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

RINDU MEMAKSAKU MENYAYANGIMU - FRAN
Andai engkau mengerti Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari Betapa hatiku merinduimu
Bukan mudahnya aku Untuk melafazkan cinta
Sekalipun melafazkan Sampai bilapun ku menyintamu
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari Sambutlah cintaku
Sepi mengajar aku Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

~ Huwaa... jiwang karets lagi. Rindu larr.... Ngehh!!

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Fenin arr


Ehmm ari nih Mouriey's bzi cket. Tacap blog Mouriey's ni kasi lagi cantik. Hikss!! Sket je. Tak banyak pon. Pastu, keje plak berlambak kene settlekan. Adoih laa.... Tak per, sabor.... sabor.... Pose nih... Semalam, Mouriey's sempat pegi bazar ramadhan. Dekat je ngan umah Mouriey's. Actually kalo mak suruh Mouriey's pegi bazar beli kuih ke, lauk ke, ayam ke, ikan ke.... rasa berat semacam je. Kalo pegi pon, muncunggg je mulut nih. Bukannya apa, ramai orang, jalan jem. Seb baik naik motor, leh gak cilok sana, cilok sini.... Muahahaha!!

Mouriey's beli ayam pusing, kuih bunga, popia goreng, air buah - carrot susu. Pening kepala, sesak napas duk kat bazar tu lama-lama. Dengan pelbagai aroma yang menerobos ke hidung, membuatkan nafsu sikit terpeleot. Huhuhu.... Aroma yang terbit itu baik dari makanan, bau pasar, bau manusia yang entah dari mana datangnya.... Huwaa cam ahli karyawan la plak! Kehkeh...

Berbuka puasa hari ni dengan banyak lauk, membuatkan perut Mouriey's sendat, ketat. Mak buat lauk sayur lemak, sambal belacan, daging goreng berlada. Perghh mana leh tahan. Sumer nak lahap. Pastu makan plak ayam pusing. Mak oiii sedap giler. Opss!! Korang jangan terliur lak ye. Nanti kang tak pasal-pasal kurus pahala pose korang. Hikhikhik. Akibatnya, Mouriey's berterawih kat masjid hanya sempat 8 rakaat je. Solat witir sendiri buat, coz imam wat 20 rakaat. Tu pon seb baik tak tumbang masa solat, tetiba je rasa pening, loya. Balik tros tido. Kroihhh....

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Tuesday, September 18, 2007

Juadah Hari Ini


Yuhuu.... Hehehe. Bagaimana anda-anda sumer berbuka puasa semalam? Meriah ke? Mesti lauk pauk yang sedap, menyelerakan kan? Ngehhh!! Mouriey's berbuka puasa kat umah je, with my family. Lauk ikang singgang, budu, tempoyak, ikan panggang, telur bungkus, ayam masak merah. Mouriey's cuma makan ikang singgang ngan budu je.

Tak bese makan banyak lauk. Kuih muih lak Mouriey's beli ondeh-ondeh (gula melaka), tepung bungkus, akok. Dalam kol 8 lebih, Mouriey's ngan adik gi sembahyang terawih. Terawih kat kampung Mouriey's biasanya 11 rakaat je (termasuk witir larr...) Kekadang je 20 rakaat. Pas balik terawih, ranggoh (meratah) kepak ayam BBQ. Mahal lolll.... Dulu RM 1.00 je seketul. Sekarang dah naik RM 2.00. Mentang-mentanglah harge ayam dah naik... Huhuhu....

Nanti kalau ada masa, Mouriey's nak ceritakan pengalaman berpuasa masa kecik-kecik dulu. Nak sambut raya camner plak suasana dia. Hehehe... teringat masa kecik-kecik dulu. Bulan puasa laa paling besh dan paling meriah kat kampung. Hikss!! Nanti Mouriey's cerita eek... Kehkehkeh...Chow.

Monday, September 17, 2007

Sesi Berbuka Puasa

Hye uol's...how r u today?? Hope uol's very well. Semalam Mouriey's berbuka kat luar ngan member. Satu keje ngan Mouriey's. Untuk bulan puasa ni, kami balik awal. Masuk 8.30 pagi, balik kol 4.30 petang. Seblom tros ke destinasi, kami singgah umah Mouriey's dulu. Tolong mak masak jap. Buat lauk tom yam, telur bungkus, ikan keli berlada, sotong goreng. Tapi Mouriey's buat telur bungkus je... Muahaha!! Dalam kol 5.30 petang, kami pun gerak menuju ke destinasi... Hikss!! Nak tau kami berbuka kat mana? Haa jeng jeng jeng.... Kat KFC tau. Kami makan yang resipi baru tu... apa nama dia ek... Ehmmm Kombo Ria, Kuah Satay Istimewa. Hehehehe....


Boleh tahan laa. Best jugak. Mouriey's ingat nak makan yang Dinner Plate je. Tapi, takleh coz nak kene makan nasik jugak. Tak ramai yang berbuka kat situ. Yang ada 2 3 pasangan kapel je. Huhuhu.... Tak la meriah sangat. Pas makan, kami gi solat Maghrib kat Masjid Putih, berhampiran Stesen Bas MPKT. And then gi Courts Mammoth, beli camera digital.Buat raye tahun ni. Mouriey's nak beraya sakan tahun ni.... Muahahaha!!

Pas settle sumer urusan dier, kami pun bergerak pulang. Tapi kan, Mouriey's blom dapat lagi camera tu. Lagi 2 minggu derang anto kat umah. Huhuhu... Hawau tol. On de way nak balik tu, singgah kat bazar ramadhan. Tengok kain tudung, baju.... Tengok je la. Bajet dah lari ler. Huhuhu. Yang sempat Mouriey's beli, ketok kaki (gelang kaki lar...) Hehehe. Silver 92.5. Kehkehkeh. Mouriey's pantang tengok silver jewelleries. Mesti 'sangkut' punyer lah. Ehmm... Member ajak gi Mydin Mall jap, beli baju untuk anak buah dier. Dalam kol 9.00 lebih kami blah. Sampai umah, mandi.... tros masuk tido. Letih ah jalan-jalan. Hikss!!

Saturday, September 15, 2007

Terima Kasih - Syukria - TenQ

Hye Uol's... Ape kabor? Mouriey's harap sumernya sihat-sihat belaka. Pasti uol's tertanya-tanya ~ pada mereka-mereka yang kehairanan je la kot? Hikss! Kenapa Mouriey's buka balik blog ni lebih awal dari tarikh yang sepatutnya, kan? Hehehehe..... Surprise!! Haa pose tau, jangan pose yang yok, gi dapur siang hari buke puyok!! Muahahaha!!!

Actually, pernah suatu ketika dulu... terdetik di hati ni nak padamkan terus http://mourieys.blogspot.com ni. Rasa dah takder mood dah nak go on....nak wat entry. Bukan masalah sibuk, busy, takder masa....bla bla... Cuma masa tu, Mouriey's 'berperang' dengan perasaan sendiri. Biarlah Mouriey's saja yang alaminya. Biarlah rahsiaaa... (Chewaah cam lagu Datuk Siti ngan Datuk K laa plak... Muahaha!!)

Apa yang penting sekarang ni, Mouriey's rasa dah dapat apa yang Mouriey's cari selama ni. I'm so happy now. Tapi, biarlah berkekalan hingga ke akhir usia, insyaAllah. Mouriey's rasa bersyukur sangat2, rasa apa itu bahagia..... Ehmmm.... so hard to explain. Apa yang dah berlaku seblom ni, biarlah berlalu. Memang Mouriey's akui, Mouriey's sukar nak lupakan sumer tu. Bukan mudah untuk melupakannya dalam sekelip mata. Orang kata life must go on...kan? Kan?

Untuk itu, Mouriey's ingin berterima kasih kepada Hamba Allah yang satu nie, yang sudi merawat luka dihati Mouriey's : -

"Terima kasih banyak-banyak wak. Walaupun saya sedar, saya mungkin bukan yang terbaik untuk awak. Saya mungkin tidak secantik wanita idaman awak....Satu rahmat bila sumer ni terjadi bila tibanya Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan tahun ni merupakan Ramadhan paling bermakna buat saya. Terima kasih sekali lagi. InsyaAllah, saya takkan sia-siakan kasih sayang awak....."

Uhuk... malunye saye.... Hehehe. Kerana Hamba Allah inilah, pencetus semangat Mouriey's untuk terus berblogging. Tak lupa juga untuk 'akak tersayang' Mouriey's, Nat a.k.a NatsUmi yang selalu bagi sokongan. Terima kasih. Wassalam....

~ Makin tambah lar jiwang karets haku nih! Hiksss!! ~

Thursday, September 13, 2007

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



Dengan kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini, Mouriey's telah mengambil keputusan untuk membuka kembali blog ini lebih awal dari jangkaan yang sepatutnya. (Cheeewahh!! cam nk rasmikan pembukaan hypermarket je?? Wakaka....)

Mouriey's juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK kepada semua bloggers.

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....

Hati kadang salah menduga.....

Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


myspace layouts, myspace codes, glitter graphics