Tuesday, December 18, 2007

Terima Kasih

Assalamualaikum wbt....


Sorry lama tak hapdet. Xder mood ah. Tatau naper. Kat keje pon, camtulah. Time banyak keje, rasa cam nak bom satu kedai nih. Bila duk kat umah lak, buhsan yang amat sangat. Bila dah buhsan, mulot ni asyik nak mengunyah jek. Entah ler.... Haper penyakitnye tatau la. Nak kata nak gemok, tak gemok2 gak. Still maintain solid molid.... cekeding bak kata Ejard. Huhuhu!! Ehmm ni nak cter nih.... Dalam minggu lepas, ada laa gurl 'serang' Mouriey's. Memang silap Mouriey's pon... cuma kantoi jek. Insiden berlaku bila Mouriey's missed call kawan chat Mouriey's, lelaki from Kolompo... Tetiba dia call. Mouriey's pon angkat ar fon tuh. Tetiba kuar suara pompuan. Alamak!! Cmner nih...

Pompuan Tu : Hello Assalamualaikum. Saper nih? nak cakap ngan saper?
Mouriey's : Waalaikumussalam. Err bleh cakap ngan Lan??
Pompuan Tu : Dia xder. Saper nih? Mana kenal dia?
Mouriey's : Kawan dia. Ni saper?? (saja aku tanya... hehehe) Kenal dia kat internet, chatting.
Pompuan Tu: Ooo... Chatting. Sy ni tunang dia. Dh lama ke kenal dia?
Mouriey's : (Alamak!! Mampus aku!) Err... lama laa jugak. Dia pon dh lama xcontact sy. Dlm 2 3 hari lepas dia ada contact sy. Maaflah, sy xtau dia dh bertunang. Dia pon xder bgtau sy yg dia dh bertunang.
Pompuan Tu : Ermm bleh tak pas ni awk jgn ganggu tunang sy lg??
Mouriey's : Okeyyy. Sorry la coz mmg sy btol2 xtahu.
Pompuan Tu : Ok lah. Assalamualaikum, bye!
Mouriey's : W
aalaikumussalam.

Huwaa... tunang orang ghopernyer?? Seb baik tak teruk aku ni disembur..... Pasni, aku mls dh aku nk layan mamat tuh. Seb baik Ejard tolong settle kan. Huhuhu... Thanx ye Jard. Eiii serik dah... Ilang satu masalah, timbul satu masalah yg laen plak. Huhuhu.... Camner nak wat nih?? Berat tau masalah ni, berkaitan hati dan perasaan. Alahai... bab ni yg Mouriey's lemah nih. Nanti ar.. len kali Mouriey's cter. Sok sok luse ke... Tahun depan ke? Hikss!!

Dikesempatan ini, Mouriey's nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Azlan, for da advice. I dunno who u are, but thanx ya! Mouriey's dah nekad, nak cari kejer luar Terengganu. InsyaAllah if my parents benarkan. Harap2 mereka benarkan. Seb baik Mouriey's masih waras, blom nak gila lagi. Dah penat Mouriey's duk bersabar dengan apa yang berlaku disekeliling, ngan orang yang pernah Mouriey's berkecil hati, ngan orang yang Mouriey's sayang.

******************************************
Untuk AWAK,
Sy hrp awk tak marahkan sy dengan kata2 sy ni. Apa je yg sy tulis dlm blog ni, adalah luahan hati sy yg sukar untuk sy ucapkan dgn kata2. Lebih2 lagi berdepan dgn awk. Sy mahu awk tahu, sukar utk sy hapuskan awk & kenangan yg kita lalui dari ingatan sy. (mgkn terlalu sedikit utk dikenang... hehehe) Mgkn awk tak kisah hidup sy disini setelah pemergian awk. Awk pn sy fikir, langsung tak terfikirkan sy disini kan? Sy tahu awk sibuk. Dlm kesibukan awk, awk masih sempat melawat blog sy. Terima kasih banyak2. Biarkan sy & kenangan awk bersama sy disini. InsyaAllah sy akan jaganya dengan baik. Andainya suatu hari nnt, kita tak lagi bersua... maafkan sy jika pernah menyakiti awk. Dan jika ditakdirkan Allah sy menjadi milik org lain, sy redha. Doakan kebahagiaan sy ye. Sekarang ni pn, sy tengah berusaha utk 'melepas'kn awk pergi. 'Berperang' dgn perasaan sendiri. Sy tahu, terdapat jurang antara kita. Awk pn sedar hakikat ini kn? Mungkin pd awk, kedengarannya cm jiwang cket kan... alahh sy tahu la awk tu xsuka jiwang. Awk ni kan 'Indi', like underground music... right?? I think... mesti awk minat kt band OAG. Teka jek... Sorry kalo salah. Sukar nak tafsir awk ni, dr gaya awk, hairstyle, dressing awk... Sekarang ni br la fhm. Huhuhu..... K lah, xnk ar melalut lg. Kang muntah hijau lak awk tu. Chow! Assalamualaikum.

*******************************************************

P/S : DIKESEMPATAN NI MOURIEY'S NAK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN 1428 H. SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA. MOURIEY'S FIKIR MOURIEY'S NAK BERCOTI LAA.... BERCOTI DR MENULIS UTK SEMENTARA WAKTU... NAK TENANGKAN FIKIRAN. KITA JUMPA LAGI PADA TAHUN DEPAN. INSYA-ALLAH....

HEPPI NEW
YEAR 2008 FOR ALL BLOGGER AND BLOG READERS.

Saturday, December 15, 2007

Entahlah

Assalamualaikum wbt....

" take away all the sorrows

that you have given to me
or then tell me
how to deal with them

now this journey
i will have to abandon
the way my beloved is going
that way i will have to go "

********************************************

Dari hari ke hari Mouriey's rasa hari semakin berlalu dengan pantas. Fikiran ini Mouriey's rasakan terganggu, melayang terbang entah ke mana. Tanpa hal tuju.... terumbang ambing seolah sendirian mengharungi badai laut yang melanda. Hati dan jiwa ini juga semakin sukar untuk difahami. Puas sudah mengadu pada Yang Esa, namun hati ini masih berduka. Seringkali kenangan itu menghantui hidup ini, seolah-olah enggan melepaskannya pergi. Ingin kuundur diri, tapi tiada daya bagiku..... ~ Sorry, jiwang karets cket. Huhuhu....

Mouriey's ingat laa kan, pasni Mouriey's nak pi cari keje laen. Tanak ah keje kat Pok Tuyu ni lagi. Bosan tahap cipan pretnen! Gaji makin lama makin ciput. My parents lak dah mula push2 Mouriey's suh berenti. Suh carik keje laen kat bandar. Huhuhu.... aku malas arr nak men line bandar. Sesak tau!! Men cilok2 bagai, isi minyak motor scoot tuh, makan lagik. Udah ler rege makanan mahal nak mampuih! Kalo gaji tinggi, about RM 400 and above per month... leh arr aku idop. Huhuhu.....

Niat hati nak cari keje di luar Terengganu, tapi tak tau lagi. InsyaAllah, if my parents benarkan, boleh laa kot. Tu pun kene cari kawan yang my parents kenal. At least, aku tak keseorangan. Mouriey's tahu, sebagai nak perempuan tunggal dalam keluarga, susah nak lepaskan Mouriey's. Mouriey's rasa dah tak nak duk kat Ganu lagi. Banyak sangat yang menghantui diri nie. Cam dah tak larat sangat. Dengan bebanan kejer, kenangan orang yang pernah Mouriey's sayang. Ianya meninggalkn kesan paling mendalam dalam hidup Mouriey's. Mouriey's telah cuba untuk menghapuskan kenangan tu, tapi tak boleh. I can't do it!! I dunno whats to be in my life after this. But i know, life must go on. Kenangan tetap kenangan. Tak mampu untuk kita hapuskan dari ingatan. Walaupun adakalanya, berkali-kali membuatkan hati kita terluka dan juga tersenyum sendirian....

Tuesday, December 11, 2007

Dah kawen lerr.....

Assalamualaikum wbt....

Semalam adalah hari yang paling yang kelam kabot buat Mouriey's. Kenapa yek? Ini kerana Mouriey's nak kawen!! Muahahaha!!! Cam gatai jek nak kawen... Cheh! Tak der la. Nak pi umah member Mouriey's. 2 hari lepas dah pegi dah... dia suh Mouriey's lukis inai kat tangan dia. Dah ler jauh... nun di Seberang Takir. Huhuhu... sedey lak rasanya. Dah nak kawen pon kawan aku nih. Umo dia 21 tahun, cik abang dia umo 23. Dia la bestpren Mouriey's. Dia bertunang ngan cik abang cayang dia awal akhir tahun lepas. Kalo tak silap bulan 12, 2006. Setahun gak laa di bertunang.

Mouriey's gi kat majlis kawen dia ngan kelam kabot. Dengan hujannya... seb baik tak basah kuyup aku nih. Pakai baju kurung... korang faham2 jelah. Bila dah basah kuyup, hilang keayuan diriku ini.... hikss!! Sampai kat umah dier tu, mak oii punyalah ghamai anak beranak dia. Cam nak runtuh umah dia. Naik malu lak aku nih. Masa Mouriey's sampai tu, dey'all dah selamat diijab kabulkan. Alahaii... terlepaslah peluang nak nengok org akad nikah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz jek, dey'all dah sah jadi suami isteri. Huwaa.... Buat kecik2 jek. Cuma majlis akad nikah dan bersanding. Tak jemput ramai pown.... Saudara mara dan kenalan terdekat jek.

Mouriey's lupa apa nama cik abang dia nih. Tapi Mouriey's salu panggil dia 'Abang Korea'. Muka dia sejibik cam orang korea, cam actor Korea gitteww. Muka dia mengingatkan Mouriey's kat someone. Someone spacial in my life. Ehmmm....... (Ni yang maleh nih.. kan dah ingat balek?? Benci nau!!) Mouriey's sempat snap gambar masa dey'all sanding. Urmmm... what a lovely couple. Manis jek bila duk atas pelamin tuh. Terharu lak rasanya. Uhuk... Mouriey's doakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan dimurahkan rezeki. Amin... Muahss!! Aku cayang mung....!!

Mek Nor & Abg Korea (Hikss!!)

Nervous laa tuu...

Sopan samtumnyer.... Ahaks!!
~ SELAMAT PENGANTIN BARU ~


Sunday, December 9, 2007

Kepercayaan & Kejujuran

Assalamualaikum wbt....

Sejak kebelakangan nie…. Hati sering tertanya-tanya. Mana yang perlu aku turuti. Kata hati iaitu naluri, atau akal fikiran. Perlukah aku berkorban untuk orang yang aku kasihi? Haruskah aku membiarkan hidup aku pada masa akan datang terumbang ambing, tanpa cinta yang tulus dari hati?? Aku percaya pada cinta yang tulus dan suci. Tapi korang percaya pada cinta selepas korang berumahtangga? Yakni, cinta tersebut akan hadir selepas kita berkahwin. Bleh percaya ke? Logikkah fakta-fakta yang tersebut? Mungkin fakta tersebut berasas. Jika kita lihat zaman tok nenek kita dulu, rata-rata mereka berkahwin atas pilihan keluarga, bukannya pilihan sendiri. Alhamdulillah, hingga ke anak cucu cicit mereka hidup bahagia. Apa yang ingin aku katakan disini, aku cumalah manusia biasa, yang terkadang perlu ‘perasan’. Perasan tentang orang yang kita sayang. Walau hakikat orang yang kita sayang itu tidak memberi sebarang reaksi atau bersifat mendiamkan diri.

Dan terkadang keluarnya sifat egois, yang beralaskan topeng ‘keinginan’ yang membuak-buak. Suatu ketika dulu, bila aku rasakan aku telah pun temui apa yang aku inginkan, aku cukup percaya itulah jodohku yang Alllah telah tentukan. Sukar untuk aku mencari sesorang sepertinya di zaman yang kian ke pengakhiran ini. Seperti biasa, “ku sangkakan panas berpanjangan… rupanya gerimis… rupanya gerimis, mengundang….” Aku cukup terkilan. Aku tak mahu membelakangkan Tuhan, aku masih waras. Cuma aku tak mampu mengenangnya, bimbang air mata ini akan jatuh berguguran. Aku pasti, ada hikmah disebalik semua ini. Seperti juga manusia lain, aku yakin suatu hari nanti dia akan bertemu dengan orang diidam - idamkan selama ini. Semoga selepas ini, ikatan persahabatan antara kita akan berpanjangan, InsyaAllah.


Saturday, December 8, 2007

Ganu kiterrr

Assalamualaikum wbt..... Ekceli Mouriey's dedikasikan benda alah ni buat Ejard. Sebab tiap kali men sms ngan dia, salu jek sebot ayat yang salah. Cam nebeng, beliau gi sebot debeng. Tibang, bukan dibang. Lebong, bukan debong. Cetong, bukan netong. Cobong, bukannya tobong. Ejard, ko anggaplah benda alah ni cam kamus dewan bahasa Terengganu. Hikss!!! Jangan kasi malu Ganu kiter taww..... (sorry kalo ader yg tersalah bahasa...)

*Nebeng = over/overdose/over acting
*Tibang = pukul/ambil (bergantung pd ayat yg digunakan)
*Lebong = tipu/nawok/auta
*Cobong (bekok cobong) = timbul bengkak
*Cetong (dok rok cey-tong) = tak larat

Ayat penambah yang biasa digunakan :

-
Panjang jengong = terlampau panjang
-
Kecik tuwek = teramat kecik
-
Maseng rebeng = teramat masin
-
Manih leting = teramat manis
-
Gelap katuk/gelemak/guguk = gelap gulita
-
Busuk bangor/kohong = busuk yg amat
-
Hangit netong = Terlalu hangit
-
Panas sang/so’oh/ketik = Keadaan panas/sesuatu yg panas
-
Acing pering kuing = Bau yang teramat hancing
-Wangi seghbok = terlalu wangi
-
Pahit nepang = terlalu pahit
-
Sinar banar = ayat ini digunakan ketika melihat sesuatu yg bersinar
-Comel lote = tersangatlah comel

-Pucok suk = nun diatas sana
-
Sejuk ketor = teramat sejuk
-
Kemah keming = kemas/ketat yg amat
-Pucat putih = pucat lesi

-
Gemok dey-bok = terlalu gemuk
-Kuruh kering = terlalu kurus
-Lembik loli/deney = tak bermaya/tanah lembik ketika hujan
-
Kering garing = terlalu kering
-
Basoh jerok = keadaan yg terlalu basah
-
Bekok bok/cobong = timbul bengkak
-
Kucca hanyar = like tongkang pecah
-Tawor hey-ber = terlalu tawar

-
Meroh nyala/merang = merah yg amat
-
Kuning siyor = kuning yg amat
-
Itang letung = terlalu hitam
-
Asap kelong = terlalu banyak asap
-
Nipih nayang = terlalu nipis
-
Jarang deghey = terlalu jarang
-
Putih leput = putih sangat
-Kerah ketong = tersangatlah keras

-Ija naung = terlalu hijau

-Biru ketu =(mak Mouriey’s suka sebot bila tgk awan mendung nk hujan/berarak mendung kelabu kot?hiks!!)
-
Sikak gatung/noneng = terlalu singkat (pakaian; suar, baju)
-
Pedah desik = terlalu pedas
-
Udoh sepang ko’ong = teramatlah hodoh
-
Galok gelenyar = orang yg tengah menggatal/gedik
-
Selok keghe = (ketawa) keadaan suka hati yg amat sangat
-
Ceroh neghang = teramat terang
-
Deney pe = berkaitan perangai (suka menangis,ngada2)
-
Gugha bewok = gurauan bodoh

Thursday, December 6, 2007

Ngan Angah

Assalamualaikum wbt....

Semalam bzi cket, banyak keje. On de way nak balek keje, gi jenjalan ngan Angah. Kami lalu ikut jalan pantai, Pantai Airport sampailah ke hulu Takir. Alerr yang Inai Kiara tengah buat benteng pemecah ombak.... yang leh nampak Bukit Puteri dari sini. Aku ni xder boipren, tok laki atau yang sewaktu dengannya... So, adik2 laa tempa
t aku bermanja. Ahaks!!! Nak gi memana ajak Angah atau Ateh jek la. Jadi bodyguard time aku kuor gi jenjalan. Kekadang jek kuar ngan sepupu ke, member ke... Xleh la salu...sebab derang dah ader boipren, pastu sibok ngan keje lagi. Xder masa nak kuor jenjalan.

Sambel melihat matahari senja terbenam di ufuk timur (cheewah.... ayat berbunga tuh!! wakaka!!) Sempat lagi berposing snap 2 3 keping gambau. Tengok bebudak mandi kat jeti duk terjun tiruk. Ehmm bestnyer.... Lama xmandi sungai. Masa kecik2 dulu salu gak mand
i sungai. Pakat mandi ngan sepupu sepapat. Bila balek, sure berbirat betis kene rotan dek ayah sebab mandi sungai tak bagitau. Huhuhu.....

Malamnyer gi tido umah atuk, naik vespa. Ahaks!! Banyak benda gak duk borak. Kol 1.30 pagi baru masuk tido. Uhuk....



Wednesday, December 5, 2007

Makan Makan

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's masuk keje kol 2.00 ptg. Pagi, temankan sepupu gi bandar jap. Nak beli kain katanya. Tak kesahlah, sebab my cousin tuh nak banjer Mouriey's makan. Hehehehe. Memula gi kat KAMDAR, round-round... tak jumpa. Pastu gi HONYI, baru jumpa. Penat tol laa.... Mata ni plak dah berpinar duk tengok kain baju yang bersidai ngan pelbagai kaler. Nak beli, pitih plok tak dok. And then, gi jenjalan... lepak2 kat Taman Syahbandar. Snap 2 3 keping gambau. Hikss!!

Dalam kol 12.00 lebih, kami tros menuju ke destinasi, iaitu KFC untuk menjamu selera. Muahahaha.... Mouriey's cuma makan yang Dinner Plate, ada ayam 2 ketol, coleslaw, kentang putar. My cousin lak order ayam goreng 2 ketol, Cheesy Wedges, Half2 Meltz. Duk sembang2 pasal pelbagai topik. Perut kenyang, otak pon lega. Huhuhuhu.....

Dahaganyer....

My cousin

Dinner Plate (da habes daa.... )

Bas antik

Mercu tanda Terengganu

Tuesday, December 4, 2007

Dia datang....

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's keje shift pagi. Bzi gak. Petang duk umah jek. Ingat nak gi jenjalan kat pantai airport. Tu-tup hujan pulak. Xjadi la. Kebetulan plak Mouriey's kene selsema. Dah 2 hari dah... Mouriey's ni dah lerr ader resdung. Pedih sangat hidung nih. Hampir semua benda yang Mouriey's bau tu menyakitkan rongga hidung ni. Espcially bau asap ubat nyamuk... pantang sesangat!! Sebab tu bila time tido, Mouriey's tak pasang ubat nyamuk yang jenis lingkaran tu. Alahh... kalo pasang pun, lagi 'segar' laa nyamuk tu nanti. Mana taknye... dah kasi obat, sihat laa nyamuk tuh. Muahahaha!!

Mouriey's tak kisah bila lengan, kaki, muka, tinge... berbintat kene gigit nyamuk. Asalkan jangan pasang ubat nyamuk tu. Benci nau!! Nak tido punyalah susah. Bangun pagi, sakit kepala. Ye lah, tak cukup tido. Malamnya, ingat dah ok. Tapi tak, me
nggigil tubuh ni. Rasa seram sejuk, sakit kepala, rasa nak muntah. Dah datang dah..... Rasa cam nak demam jek ni. Huhuhu.... Pas makan nasik cket, telan panadol. Tros masuk bilik, pakai sweater, stoking, pakai selimut toto... kroihh... Letih sangat.....

Ehmm Jard, si Abu mung wat hal ngan aku. Tatau laa apa salah aku pada dia. Marah nau dia. Seb baik tak sempat dia kekoh tangan aku ni. Kalo tak... sure rabak lengan aku. Naik seh gamoknye?? Sempat lagi aku kasi pelempang padu kat muka dia. Geram aku! Kuang hajau tol!! Mak aku tak pulak dia kekoh. Mujur mak aku yang cool down kan dia. Pheww
!!

Very angry En. Abu...

Rilex arr bro...

Monday, December 3, 2007

Medical check-up

Assalamualaikum wbt.....

Hye uol's... semalam Mouriey's masuk keje lewat. Kol 1.30 pm baru masuk. Pagi tadi, awal2 lagik dah ber'dating'. Ahaks!! Ye ke nih gi dating?? Wakakaka!! Tak der la, seloroh jek. Mouriey's temankan adik gi wat medical check-up, untuk PLKN nanti. Si Angah tu lerr.... Ramai siot orang.... Terkejor-kejor... kesana kemari. Isi borang khitu, borang khini... bawak dia pi check mata, urine test, ukur tinggi dan berat, x-ray.... Lotih den. Beliau plak relax jek... Siap ngorat lagi ngan awek2 cun yang duk kat spital tuh. Alahai adikku nan satu nih.... Hikss!

Seb baik misi2 kat spital tu mesra alam. Pandai seloroh... Masa nak gi kat unit x-ray.... ader laa 2 3 orang mamat ensem... (ensem ke? ermm.. boleh laa...) duk bersidai kat situ. Pelatih kot. Sebab baju dia kaler brown cerah, sluar slack kaler brown gelap, kalo tak silap. Ada mamat tu sorang, muka dia sejibik cam Abang Ujang. Muahahaha!! Tapi ensem dia sket la... Ahaks!!

Seb baik masok keje petang. Bosan tol... Ehmm kebetulan towkey Mouriey's masukkan game kat pc. Worms Armageddon... Muahahaha!! Lama nau tak main. So... apalagi, dah tak der haper nak buat... layan game ajer lah. Adik Mouriey's yang kecik ader ikot sekali. On da way nak balik ke umah, gi jalan2 pata airport jab. Huhuhu.... Best siot!! Ramai loving couple... Romantik giteww! Hikss!! Malam xkemana2. Cuma kene tido umah atuk ngan adik. Uhuk....

Sunday, December 2, 2007

BoringS

Assalamualaikum.... wbt

Semalam, mouriey's ngan Kak La kene keje ikut shift. Pelik pulak rasanya.... Xbesh langsong duk sensorang. Sunyi, sepi jek.... Boring, takder orang Mouriey's nak bawak bersembang. kang kalo aku nih bersembang ngan ngan pc ke, mesin fotostat ke... tak pasal2 dikatanya aku ni dah hilang akal, sewel. Huk alohh laaaa.... Petang cam biasa, xder apa nak buat.... dah boring, mata lak berat jek. Apalagi, wat taik mata laa jawabnyer. Huahuahua.....

Kejap je Mouriey's tido. Tu pon tertido.... cter nustang pon dok dan abis tengok. Orang tua2 ada pesan, jangan amalkan tido pas Asar, takut nanti mewarisi penyakit gila. Mouriy's jarang tido petang. Sebab tu bila bangun tido semalam, kepala cam hanyut jek, mamai semacam, tubuh rasa berat, letih.... Kebetulan plak satu kampong Mouriey's black-out. Huhuhu.... Seb baik kejab jek. Pas Maghrib, keadaan kembali seperti sediakala.

Malamnye, xder apa2 cter yang menarik kat tv, layan cter nustang jab - Dilwale Dulhania LeJayenge. Uhuk.... Lama2 tengok sekali.... Dok dan abis pat keping vcd tu pon, Mouriey's dah terlentok. Ngantok ahh. Bila Mouriey's baru jek nak terlelap... ada calling masok. Ehmmm budak nih, lama gak xdengau berita. Saja sembang2. Budak ni asal KL... dah lama kami kenal. Masalahnya dia dah ader awek, tapi salu sms n call Mouriey's. Actually, Mouriey's xsuka bila berkeadaan camni. Bila ditanya, dia cakap dia sayangkan awek dia dan jugak Mouriey's. Whatta?? No wayy... bagi Mouriey's, satu lelaki untuk satu perempuan. That's all. Terkadang Mouriey's terlupa... semua lelaki sama jek. Sometimes make me sick... Sebab tulah Allah kurniakan 1 nafsu dan 9 aqal pada lelaki, 9 nafsu dan 1 aqal pada perempuan. Dalam hati nie, cukuplah kami berkawan. Dia nak anggap haper pon, i dun care. It's up to him. Sekarang aku nak jaga hati aku plak. Dah cukup aku duk jaga hati orang yang langsong tak reti nak hargai aku selama ni. Chaoss!!!

Saturday, December 1, 2007

Geramnyer!!

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's geram sangat2. Ada customer tu, datang kat kedai... tros marah2 Mouriey's. Masa tu dah la lewat, nak balik... gelap nak hujan plak tu. Dah laa cakap tu lebih kurang jek, takleh ke nak cakap elok2?? Hati dah la makin mendidih ni. Uol's tahu apa dia cakap?? "Ni camner awak wat keje nih? Saper suh fotostat yang belakang? Saper nak tengok yang belakangnyer?" Ada ke patot dia cakpa cam tuh? Xder kesedaran sivik langsong, cam kuang hajau jek bunyiknye. Mouriey's pon menjawab arr, "Pok cik wat nge saper td? Hok sorang lagi kot? Kalo saye yang buat, saye ngaku laa saye saloh. Mana saye tau?"

Sesi berbalas air liur dah bermula.... "Mana saye tau awak kata? Saye sekeh pale awak baru tahu...." Dah makin mendidih nih, "Pok cik, acu pok cik ghoyak ke saye, nge saper pok cik suh potostat td?? Bukan nge saye kan?" Seketika kemudian, dia terdiam. Tengok jer muka Mouriey's. "Ehmmm... ye kot gamoknye. Nge sorang lagi." Haa... tak ke kes naya tuh? Dah tu, wat muka slumber beruk dia. Sakit hati tol! Tak pasal2 aku yang kene. Hampeh!!


Ehmmm.... si Man_Kelisa dah pon berangkat ke Mesir, meneruskan pengajiannya. Saye doakan semoge awak selamat dalam perjalanan, selamat sampai and best of luck in ur study!! Remember me always. Malamnye, Mouriey's tido awal. Ingat nak kuor, tapi ana tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul2! Ehh...silap... dia tak datang. Huhuhu..... memang takleh nak caye apa yang dia cakap. Satu habuk pon tarak guna. Cheh!! Malas ah nak layan....