Monday, October 27, 2008

Mase Raye

Assalamualaikum wbt...

Urmm ni gambau mase raye ari tu... Tak dan nak snap banyak2. FIRST DAY RAYE my mak bonda bikin nasi kunyit lauk rendang ayam plus dageng goreng merah. Aku yang bikin itu rendang ayam. My peberet tuh... Kehkehkeh... Duk kat umah jek coz malam raye duk syok bersembang ngan angah, ateh sampai kol 4 pagi ko! Abang Ujang ada datang beraya... bawak nasik minyak Cik Nung dia buat. Best gak arr.... 2ND DAY RAYE pon duk umah gak. Malas nak kuar jenjalan. Sibok duk melayan bebudak datang mintak wet raye plus kawan2 kat tempat aku keje. Meriah laa jugak.... Petang pi jenjalan umah sedare mare. Sempat collect wet raye. Wat muka tak malu mintak wet raye. Ahakas!! 3ND DAY RAYE aku ngan famili p jenjalan jauh cket. Tapi taklah jauh sangat pon, kat Besut jek. Umah famili my kazen dia punyer hasben. (Erkk... berbelit laa plak. Paham2 sendrik laa eek...) Makan nasi 'kekabu' you... Best sangat. Sampai sendat perot aku dibuatnyer. Huhuhu.... Urmm ekceli nasi kerabu. Tapi si pelat Ejard Tenuk tu yang pi sebot camtuh. Hampeh tol... Sempat singgah kat pasar minggu Kuala Besut. Meriah sangat... Kihkihkih... Hari Senin aku dah start keje. Urmm tak puas lagi beraye. Uhuk!! So, nak taknak, terpaksalah pi keje. K laa, hambe mintak diri dulu. Lain kali jumpa lagi. Cheewah...

Sunday, October 26, 2008

Selamat Hari Hari

Assalamualaikum wbt...


Hakhakhak!! Camat ari raye... Raye da nak abeh da aku baru nak wish. Tak per laa kan, still di Bulan Syawal. Lama nau aku tak hapdet. Bzi bangett!! Takder masa lorr... Huhuhu.... Raye tahun ni cam raye tahun2 lepas. Sambut dengan sederhana jek. Baju adik2 aku still tak berapa nak siap. Wakakaka!! Seb baik baju aku yang sebanyak 3 pasang ittew sempat siap. Kehkeh... Tema famili aku tahun ni kaler purple. Ahaks!! Kalo ader masa nanti aku upload gambau masa raye ari tuh. Penat wehh duk beraya. (Ni nk cakap Ganu.. lantak r korang paham ke tak. Hakhakhak!!)

Aku nih ghamai anok beranok. Gi mari gi mari, pat tule jek. Nok mutoh jelanok wase. Macang mane dok wase nok mutoh, gi umoh orang ni makang, gi umoh orang tu pulok... ehh makang pulok. Huhuhu... Se'eh ke diri pa. Urmm mase dok mengizingkang. Sesok aku citer pulok neh... Tatata... :p.

Tuesday, September 23, 2008

My Heart Says

Assalamualaikum wbt...
Aku tatau nak tulis haper. Otak jadi blur... berserabut, emosi kurasakan tak stabil. Susah kan nak membuat seseorang faham mengenai diri, jiwa dan perasaan kita. Aku rasa cam nak menjerit, meraung, menangis semahu-mahunya.... Aku tak tau apa yang aku nak sebenarnya. Terasa diri ni bagai dianak tirikan... diketepikan. Orang tak pernah nak amik peduli perasaan aku. Entahlaa.... cam nak gila pon ader. Berserabut sangat otak nih. Tak bleh nak fikir ngan betol. Ader jek yang tak kena. Huargggggghhh!!!!! Mencinyer.......

Wednesday, September 17, 2008

Aite..

Assalamualaikum wbt....


Waahhhh.. pejam celik pejam celik ari nih dah masuk hari ke-16 kita umat Islam menunaikan ibadah puase. Alhamdulillah setakat ini pose aku masih 'full'. Ahaks!... Dan masuk hari ni jugak, aku dah bekerja selama 47 hari. Macam 470 hari! Saket woo kepala nih.. Ader jek masalahnyer, ader jek yang tak pueh hatinyer... Tapi hati tetap mau kene sabor... Kalo aku tak sabor, giler laa aku kekdahnya. ~ Oppss!! Aku pon dah lama nau tak hapdet blog nih. Sampaikan aku lupa yang aku pernah ada blog. Bzi sangat ngan keje plus takder masa. Bulan-bulan pose cenggini kebiasaannya aku banyak aktiviti. Aktiviti pas keje arr. Tolong mak masak dan siapkan tempahan baju raya. Tido pon kadang2 lewat. Pas sahur plak sambung lagi wat keje tu. Tidor pon carca merba jek. Naik jeles plak bila tengok adik-adik aku tidor bergelimpangan. Bestnyerrr.....

Aku tengah kumpul duit nih... seyes nak kumpul nih. Nak kawen arr, agak-agak dalam tahun depan arr kot? Ahaks... gatai!!! Takder maknanye aku nak kawen buat masa terdekat nih... Ekceli aku nak hambik lesen kete. Huhuhu... Kengkawan aku sumer dah ader lesen kete, pakai kete sendrik... tapi tak kesah ler pasal mak bapak diorang loaded, pandai simpan duit. Cam aku nih, payah cket.. Apa yang aku beli tatau. Adik aku plak sindir aku... eii kalo ikutkan hati aku yang mendidih ngan tinge bedesing nih... nak jek aku lempang dia laju2. Nyampah nau aku. Bukan nak bagi sokongan pon. Takper.. takper.... aku sabor. Adoih larrr... perot aku ni sokmo meragam. Apa kene aku pon tatau. Dah pi kenet, doc tu cakap nak refer aku kat pakar coz perot aku cam tak berapa 'sehat' cket. Dia cakap nak contact aku. Tapi, sampailah la ni senyap kipah jek! No fon yang aku kasik ari tu ilang kot?? Tak pon 'ter'buang lam tong sampah. Huhuhu.... masaklah aku.

Buat pertama kalinya dalam tahun 2008... aku pi kenet naik bas ko. Dari umah aku ke kenet tu kene tambang 50 sen jek. Dulu masa aku form 5, tambang 20 sen. Uhuk!! Ekceli my scoot aku adik aku guna bawak pi skolah. Scooter dia xcident. Nak tak nak, terpaksalah aku nek bas. Kalo tak, takder maknanya aku bersusah payah nek bas. Masa tengah tunggu bas nak balek umah, aku duk sorang2 jek kat bus stop tu. Hampeh tol... lori balak plak duk tertenggek tepi jalan. Tak nampak arr bas yang lalu lalang nanti. Nak nyumpah lebih2 karang kurus plak pahala pose aku. Sabor jelahhh.... Udah ler panas, takkan aku nak duk tengah2 panas tu tunggu bas tepi jalan?? Huk aloh laa... Mikir panjang aku.
Apalagi.. dengan sisa yang ada, dengan lemah gemalai, perot plak tengah bergelodak..... menapak dengan penuh kegigihan pergi kat satu lagi bus stop. Jarak dia lebih kurang 300 meter. Sepanjang aku menapak tuh, seb baik aku tak kene culek. Kalo tak, mampus aku. Berpeloh2 aku dibuatnyer. Alhamdulillah, sampai jugak aku kat bus stop tuh. Tak sampai pon 5 menet aku duk situ, pungkok pon takdan panas... bas pon sampai. Syukran, syukran.... berkat orang sabor, tak gitu?? Ahaks!! Sesampainya aku kat umah, tros capai bantal... kroihh..... zzzz. Penat ler... Sekejap je aku terlelap. Petang tu aku pi bazar ramadan. Beli apa yang patot untuk berbuka. Ok laa.... nek lenguh dah tangan aku duk menaip. Malas doh wase. See ya. Daa....

Friday, August 1, 2008

Can i...???



Urmmm dengan kerja yang aku lakukan sekarang, sedikit sebanyak membuatkan aku 'leka'.... dari memikirkan apa yang selama ini aku fikirkan. Cuma kerja yang aku lakukan itu diganggu-gugat oleh kesihatan mak bonda aku. Dia kurang sihat dan membuatkan aku kecut perut. Terdapat ketumbuhan pada rahimnya. Mungkin effect masa dia muda2 dulu... salu sakit2 ketika period (senggugut.) Seriously, kaum pompuan kene prihatin. Like me, dah ada pengalaman kene bedah disebabkan penyakit Fibroadenoma - untuk remaja perempuan yang berumur 17-25 tahun, sila baca artikel nih.

Aku takut aku juga seperti mak bonda aku. Aku taknak kene bedah lagi dah. Huhuhu.... Aku dibedah dalam keadaan sedar. Jangan malu untuk berjumpa doktor. Cegah sebelum terlambat. Kata doktor, aku berisiko dapat Breasts Cancer coz mak sedara aku ada penyakit ni. (Tapi dah dibuang breastnye.) Sorang lagi sepupu aku tapi dah meninggal. OMG..... takut gilers masa tu. So, kaum hawa... beware. Jangan sampai terlambat. Banyak artikel yang aku baca pasal breast cancer yang merupakan salah satu penyebab utama kematian bagi kaum pompuan adalah kerana lambat dikesan dan lambat mendapatkan rawatan. Alasannya, MALU!

Aku takut aku tak mampu hadapinya seorang diri. Aku juga seperti mak bonda aku. Selalu senggugut. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku mahu jadi seperti mak bonda aku, tabah menghadapi ujian dari Allah. Aku takut untuk menghadapinya. Allahu Akhbar.... Berikanlah aku kekuatan menghadapi ujian dari-Mu ya Allah...

Thursday, July 31, 2008

Yeebaaa....



Hye guys... sorry laa lama tak hapdet blog. Aku ingat cam dah xder mood dah nak go on. Bzi cket. Lagipun dah xder benda yang aku nak luahkan disini (tak terfikir pon ader orang nak baca blog aku lagi kan...) Kalo diluahkan karang, takut plak 'sesetengah' pihak akan berkecil hati. Aku cuma sekadar meluahkan. Aku adalah seorang manusia, hamba Allah yang lemah... tak terasa pun diri ni begitu sempurna. Dan tak pula aku mencari kesempurnaan seseorang. Mana ada manusia yang 'perfect' kan...

Untuk pengetahuan korang... kepada sesaper yang tak mengenali aku, dan ingin mengenali aku... Aku mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dibawah... Huhuhu....

1. Little bit 'crazy' : (lu pikirlah sendiri....)
2. Keras kepala : bese arr, kalo aku tak dapat apa yang aku nak..... muncung leh tanjong.
3. Easy to fall in love : i think... perasaan tertarik terhadap pasangan yang bukan jenis aku. (lelaki ler tuh..) Senang kata, MINAT. Bukan cinta betol2 pn. Dah salu sangat kene cam tu...
4. Mudah menangis : Ngan kawan2 susah sket, selebihnya hanya pendam dalam hati or 'luahkan' lam bilek sambel pelok teddy bear.
5. Suka berkenalan / sembang2 : tak kisah ngan saper2... tp tengok mood arr. Ngan nenek, opah pon jadik aku duk sembang. Cam orang tua ghanyut laks...
6. Pendengar yang setia : Kekadang aku rs aku leh jadi penasihat or salunyer dijadikan tempat org luahkan perasaan. Include my mom, my lovely bro and my best friends. (Walaupn masalah aku tak terluah... Huhuhu!!)

Cukuplah tuh...malas doh aku nok tulih panjang jengong.... Mungkin ada banyak lagi 'ketaksempurnaan' yang ada pada aku. Tapi yang tu, biarlah 'mereka2' jek yang tau. Dan mungkin juga pada pandangan mata sesetengah 'mereka' itu, aku terlalu sinis, hipokrit layaknya... Biarlah. Hati aku, perasaan aku... hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Wednesday, June 11, 2008

Kata-kata Pujangga



Assalamualaikum wbt....

"Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih

"Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."
"Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."

"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

"Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."

"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."

"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Tuesday, June 10, 2008

SUKMA 2008

Assalamualaikum wbt....

Semalam telah pun berkahirnya SUKMA yang ke-12 di Negeri Terengganu. (Ekceli aku lupa nak wat entry untuk mengalu2kan kedatangan kontinjen2 dr luar Terengganu dan malam perasmian SUKMA pada 31 Mei lalu...) Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kontinjen Negeri
Terengganu kerana berjaya mejadi Juara Keseluruhan pada SUKMA Ke-12 kali ini. Bangga woo jadi anok Tranung... Hikhikhik!! Dapat 61 pingat emas, mengatasi target iaitu 40 pingat emas.

Syabas kontinjen Tranung!! Memang havoc semalam masa majlis penutup SUKMA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Siap ader bunga api tuh.... Ahakss!! Ada persembahan dari kumpulan Rabbani, Faizal AF, Heliza dan Mawi. Kire terhibur gak arr...Uhuk! K lah, aku malas nak cter panjang-panjang. Ader khojer cket.... Daa...

Monday, June 9, 2008

Someone...

Assalamualaikum wbt...

" Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai

itulah yang sukar diperoleh. "

Ada benarnya ungkapan nie kan?? Ekceli aku taknak jiwang2 sangat, bukan pula nak mengungkit benda yang telah lepas. Sesungguhnya itulah hakikat yang perlu aku tempuhi sekarang. Pernah aku meminta petunjuk dariNya, tapi masih samar-samar.... siapakah 'jodoh' untuk aku. Aku dalam keadaan keliru... tersepit. (Nak kawen ler... Rasanya cam dah sampai seru aku kene kawen kot? Huhuhu!!) Tapi aku tau... aku masih banyak tanggungjawab. Buat masa ni, aku cuma perlukan... amat-amat perlukan 'seseorang' sebenarnya... Sudi menjadi sang pendengar yang setia kepada masalah aku, ada jika aku memerlukan, menceriakan hatiku tatakala dilanda keresahan dan kesedihan, bisa membuatkan senyuman terukir dibibirku....

Aku sedar, kebelakangan ini... hidup aku kurasakan penuh dengan kepura-puraan. Disebalik senyuman yang kuukirkan, terdapat kedukaan disebaliknya. Aku merasakan seorang yang bermasalah! Masalah yang mungkin aku cipta dan cari sendiri... Aku benar-benar membutuhkan 'seseorang' yang menghargai diri aku. Aku tak pasti adakah 'seseorang' yang aku cari itu akan ku temui.... Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui... Wallahu'alam...

Sunday, June 8, 2008

Mengomel

Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tak tau apa yang nak dingomelkan. Cukuplah aku cter pasal my pren wedding. Aku lak lupa nak snap gambau dia ngan her hasben. Dia ni kawan aku mase aku blajor kat poli ari tu. Sama umur arr... best pren aku kat poli. Tak sangka lak dia dah kawen... Huhuhu!!! Cepatnyer masa berlalu. Dah ramai kawan-kawan aku yang kawen. Aku jek yang tak kawen lagi. Uhuk! Alerr... kalo aer jodoh, ader laa kan. Tak kemananya... Bak kata pepatah, "Takkan lari gunung dikejar.." Wawawa....

My mom penah cakap.... adik beradik dia dulu, bila time umur 21... sumer dah kawen. Umur 22 dah ada anak. Aku ni saboh (sesuai) ke dah ada anak?? Cam budak skola rendah jek. Sumer orang cakap camtu... Huhuhu!!! Nantilahh... kalo ader jodoh, ader rezeki... aku kawinlah. Aku rasa nilah masa yang sesuai untuk mencari colan-colan suami. Ahaks!!! Tak salahkan bercinta pas kawen?? Aku ni ada ramai kawan lelaki... seriously. Tapi tak semua menepati citarasa aku. Aku bukanlah nak mencari kesempurnaan seorang yang bakal bergelar suami.... Tengok ajelah zaman sekarang. Bukan senang nak mempercayai lelaki. Berapa ramai yang sanggup datang ke rumah, jumpa our parents... minta izin ajak anak dara derang kuar?? Kebiasaannya tahu ambil dan hantar kat depan umah atau tepi jalan. Ader ke patot?? Gentleman laa cket. Huhuhu!! My parents tak suka lelaki yang type camtu. Nak ajak kuar, kena datang umah. Derang pon nak tahu ngan saper anak dara dia nih kuar.... Huhuhu!! Oklah... jumpa lagi. Daa...

Saturday, June 7, 2008

Gambau222....

Assalamualaikum wbt...



CUMA INGIN BERKONGSI... NGEHNGEHNGEH!! NI GAMBAU MASA KAT JOHOR, PUTRAJAYA & GENTING HIGHLANDS. JANGAN MARAH HAA..... HIKSS!!




~ MUAHHHSSS!!!! HIKHIKHIK!!! ~

Sunday, June 1, 2008

Jenjalan

Assalamualaikum wbt...

Ekceli dah hampir 2 minggu my dad demam. Seb baik dah kebah demamnya tu. Dapat gak kenal kampong orang... (I mean... pi jalan-jalan.) Ari Sabtu baru nih (24/5/08) aku ngan famili kene ikot rombongan my cousin kawen. Apsal laa cousin aku nih pi cari orang yang duk jauh. Nun di Negeri Johor Darul Takzim. Err... tak baik kan aku cakap camni?? Astaghfirullahal'azim.... Kan ke jodoh pertemuan, ajal maut tu ditangan Tuhan. Dah tu jodoh cousin aku, nak buat camner kan?? Redha jelah...

Mak oii.... keras bontot aku dibuatnyer duk lam kete lama-lama. Seploh jam ko perjalanan dari Ganu ke Johor. Tu pon seb baik berenti makan, rehat kejap. Bakal isteri cousin aku ni orang Batu Pahat. Kampung dia kalo tak silap, Kampung Jambi, Bagan Darat, Rengit. On de way ke umah dia tu, kiri kanan penuh ngan pokok kelapa sawit. Kami bertolak dari Ganu kol 7.30 pagi. Sampai sana kol 8.30 petang. 4 buah kete jek. Anak beranak aku ler sumernya. Kami menginap kat homestay yang dah diuruskan bakal isteri my cousin aku nih. Ahad tu (25/5/08) derang akad nikah kol 11.30 pagi. Sanding kol 2 petang. Letih lerr.... Esoknyer bertolak balik ke Ganu. Tapi singgah KL jap. Tido umah kawan ayah aku kat Pudu. Jenjalan kat Putrajaya, Zoo, naik tren ke Sogo. Huhuhu!!! Penat wehh.... Hari Selasa (27/5/08) barulah bertolak balek. Tu pon sempat lagi singgah kat Genting Highlands. Naik Skyway Genting a.k.a kete kabel. Ahaks!! Seronot gak. Lebih kurang kol 1.30 pagi sampai umah. Huhuhu!! Tros lentok.... Kroihhh!!!

Friday, May 30, 2008

Rindu Lagi

Assalamualaikum wbt...

Ohok!! Ohok!! (Batuk-batuk nih...) Baru-baru ni Ejard ader sms aku. Dilamun rindu kekdahnyer... Huk aloh laa... Menci tol dengar ayat tuh - RINDU. Tapi kan, apa yang dimaksudkan RINDU itu?? Adakah orang yang sedang mengalaminya sahaja yang lebih mengetahui?? RINDU boleh diklasifikasikan sebagai suatu perasaan seseorang yang membuak-buak terhadap orang kita kasihi, cintai. Tak kisahlah samada orang itu kekasih, tunang, suami, isteri, ibu, ayah, adik atau kakak; yang telah sekian lama tidak bertemu atau bertentang mata. Perkataan ni bese gak kita dengar dalam lagu atau dijadikan tajuk lagu. For example : RINDU DIHATIKU SENDU DIJIWAMU, RINDU SERINDU-RINDUNYA, SEPI SEORANG PERINDU... bla bla bla..... Banyak lagilah rasanya.

"Saat rindu menerpa, seluruh jiwa kurasakan kelam. Mulut terkunci, membisu tanpa kata. Hanya airmata yang mengalir laju menjadi bukti tatkala hati diselubungi rindu... Bagai dirobek-robek. Wajahmu seringkali menerjah, membuatkan kasihku semakin membara...." Cheewahh!! Pandai gak aku reka kan?? Ahaks!! Jangan marah haa... Cau cin cau.... (Ntoh paper arr minah senget nih! Huhuhu!!!)

Thursday, May 29, 2008

Lagu

Assalamualaikum wbt....

Karam - Zabarjad
Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNyaYang Maha Esa
Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan
Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkanKaram aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku... disakiti begini
Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...


Bait-bait lagu nie kan... Fuhh!! Menusuk ke kalbu. Sorry arr jiwang karets cket. Alerr.. pe salohnyer jadi jiwang sekali sekala, kan? Kan? Ahaks!! Aku just little bit feeling dat songs... (Cakap omputih kunun... ntoh betol ke idak. Huhuhu!!!) Bagi aku laa kan, lagu yang betol-betol jiwang, tangkap leleh.. contohnyer cam MERAUNG - NEW BOYZ, KAIN CINTA PUTIH (luper lak saper penyanyinyer..), CINTA BANDAR TASIK SELATAN - OLAN, MAHLIGAIMU DARI AIRMATAMU - LESTARI etc. Yang aku suka lak cam band-band 90-an... DAMASUTRA - UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI, WINGS - MIMPI SYAKILLA, SEJATI, SEARCH - FANTASIA BULAN MADU, IKLIM - SUCI DALAM DEBU, ALLEYCATS - SERIBU TAHUN, SWEETCHILD, CROSSFIRE... macam-macam lagilah.

Untuk era millenium skrang ni, kan dah banyak band-band indie kuar... cam HUJAN, MEET UNCLE HUSSIEN, urmm bolehlaa. Sedap didengar jugak. Cam band underground lak CROMOK, BUTTERFINGERS, POP SHUVIT... Sesekali layan gak band-band yang 'headbanging' nih (kalo tak silap arr...) goreng gitar yang giler-giler tu. Nek senak gak kepala otak nih. Ahaks!! Untuk band luar, aku suka MUSE, SYSTEM OF A DOWN, GREENDAY, WESTLIFE. Alerr... sekadar menyedapkan halwa telinga jek. Urmm korang mesti ingat aku tak suka dengar lagu nasyid kan?? Suka gak... Tapi nasyid sekarang tak macam 10 dulu... berkonsepkan ketuhanan. Sekrang ni banyak lagu berkonsepkan kecintaan, untuk kekasih. Still suka dengar lagu kumpulan BROTHERS, RAIHAN, RABBANI. Ermm ok lah, dah banyak melalut nih. Mintak diri dulu yek. Daa....


Wednesday, May 28, 2008

Berputaran

Assalamualaikum wbt....

Yuhuuu...How are you today?? Ni hau maa?? Kaise hai aap?? Cheewah... Saje jek, padahal sama jek maknanya tuh. Ekceli kan, dengan wujudnya blog aku yang berwajah baru nih, aku dah maleh nak sedih-sedih bagai, meratap nasib diri. Dalam idop nie, ada pasang surutnyer. Cam roda laa kan, ari ni kita kat atas.. sesok kita kat bawah lak. Idop kita nie senantiasa berputar. So, kita kene hati-hati dengan langkah yang kita ambil. Jangan sampai memudaratkan diri dan merosakkan idop. Aku dah malas nak cari silap orang lain. Biarlah aku sendiri yang merasainya dan Allah Taala sahaja yang menilainya. (Erkk.. apa yang aku nak cakapkan sebenarnya nih??) Huhuhu!!

Setiap manusia dimuka bumi yang fana nie diuji dengan pelbagai dan bermacam-macam dugaan. Kita sebagai manusia biasa harus redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka.... Mungkin terdapat hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Selama ni pon aku dah banyak menangis, kerana terlalu ikutkan perasaan, fikiran pon jadi tak menentu. Tak dapat berfikir dengan rasional. Tapi, dengan sisa semangat yang masih ada, aku tabahkan hati menjalani kehidupan ini. Walaupun tak pasti apa yang berlaku pada esok hari dan hari-hari yang mendatang. Cheewahh... Hikss!!

Friday, May 23, 2008

In Memories

Assalamualaikuk wbt...

Aku kan... sebenarnya kan... kan... Hikss!! Sebgal tol laa.. Dah sewel kot...Huhuhu!! Nih nak tanya, kenapa kenangan lalu seringkali menghantui kita?? Camner nak buang jauh-jauh dari ingatan kita? Yup, aku tau... kenangan tu terlalu indah untuk dikenang. Tapi, masalahnya bila dikenang, makin buruk jadinyer Apa kes?? tak ker kes naya namanya tuh? Aku sedaya upaya jadikan kenangan itu sesuatu yang paling indah dalam idop aku... yang paling indah untuk dikenang. Dan yang paling pening kepala, bila aku kenangkan kenangan yang tak terkenang tu... perasaan aku akan jadi tak tenteram. Dan airmata nih kurasakan terlalu murah... deras mengalir. (Huwaaa.... dah start jiwang karets nih.)

Aku sedar, septutnya lebih matang dalam hal-hal sebegini, bijak dalam menguruskan emosi bila berdepan masalah. Tetapi tidak... masih membiarkan masalah yang sama berulang kembali. Aku lansong tak berlajar dari kesilapan yang telah aku lakukan. Argghhh... tensen wehh!! Sengal lerr... Aku seharusnya tak perlu bersedih atas kenangan yang aku ciptakan. Jadikan itu sebagai pedoman, azimat untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang nie. Perlukah aku bersedih atas perkara yang telah lalu?? Patah kan tumbuh, dan yang hilang kan berganti. Tak gitu?? Heheheh.... Bak bait-bait lagu dendangan Allahyarhamah Saloma - Mengapa Dirindu :
Well, paperpon... aku akan teruskan idop aku nih... Tanak lerr kenang-kenang bagai. Kunang-kunang bleyy... Ahaks!!

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu....

Thursday, May 22, 2008

One Love

Assalamualaikum wbt....

Aku sebenarnya xtau nak cakap apa. Aku kalo bleh, tanak lagi dah cakap hal yang remeh temeh, yang boleh buatkan aku bersedih, meratap pilu... Huhuhu!! Berkenaan sakit hati, hajat tak kesampaian, kekecewaan, kelukaan, etc... I'm just talking about myself... Tapi, tulahkan... manusia. Tak semua manusia tu perfvct. Buat apa nak cari kesempurnaan pasangan kita sedangkan diri kita sendiri tak sempurna? Dan manusia juga tak dapat lari dari masalah... Maslah yang bernama CINTA. Ekceli kan, kalo diikotkan aku ni jiwang gak. Nak kata jiwang sangat2 tu takderlah. Aku kadang2 suka gak dengar lagu yang berentak slow rock. Tapi serius aku cakap... kalo dengar lagu jiwang yang sedey2... menanges gak beb. Bese arr kan, udah namanya pompuan. Well ua'll kan tau serapuh mana hati pompuan. Ganas mana pon pompuan tuh, last2 menanges jugak.

Urmm... untuk sesuatu yang kuanggap amat berharga dan bernilai dalam idop nih iaitu CINTA, hargailah cinta tersebut. Dan juga hargailah orang yang mencintai kita. Apa yang penting, kita seharusnya ingat.. cinta kepadaNya adalah cinta yang hakiki. Kerana cinta kita bisa hidup, kerana cinta juga kita bisa mati. Dan jangan kerana cinta, hidup kita porak peranda. Aku sungguh2 berharap (urmm bukan berharap pada orang yang pernah aku cintai dulu..) bahawa orang yang mencintai kita akan menghargai dan menyayangi kita akan menjadikan hidup aku lebih sempurna. Aku tak mahu lagi kenangan lalu menghantui idop aku.

Seorang kawan pernah berkata, apay yang aku alami ketika itu bukanlah berdasarkan cinta semata2... tapi berlandaskan minat semata2. Mungkin perasaan minat tu wujud kerana pertuturannya barangkali atau mungkin juga budi bahasanya. Urmm... ader betolnyer kata2 kawanku ittew... Memang aku ni jenis yang mudah minat kat mamat2 hensem kot?? Wawawa... pasan tahap lelabi ayer.... Huhuhu!! Well, kita tgk ajelah pasnih... See ya.

Tuesday, May 20, 2008

Kepercayaan

Assalamualaikum.... wbt

Urmm lame nau aku tak hapdet blog nih. Takder mase wehh... Aku ni kan, kadang2 mudah sangat percaya kat orang. Kadang2 tu bleh jugak jadi tak mudah percaya pada orang. Pelik kan? Huhuhu.... Aku ni sebenarnya (bagi sesaper yang tak kenal aku, meh sini aku nak introduce cket pasal aku...) seorang yang keras kepala, degil, babil... or yang sewaktu dengannya. Masa kecik2 dulu aku ni degil cket. Salu kene piat, kene balun dek ayah. Mana taknyer, pi panjat pokok ngan bebudak lelaki, g ngail kat bendang, main beskal round2 kampong.... Balek umah pon waktu maghrib. Huwaa.... Tapi besenyer ader orang yang pretend aku... my late grandma (belah ayah). Dia lah salu yang bela aku, marah ayah aku sebab pukul aku... Aku ni kan cucu kesayangan dia... Heheheheh.... Tapi tu dulu.. Skrang alhamdulillah, mencuba untok menjadi pompuan tulen. Ahaks!! Aku ni suka wat keje last minute, jalan pon takder laa cam pompuan tulen. Cepat jek jalannyer, cam robot gamoknye. Hehehe.... kalo tak caye, tanya Ejard. Ahaks!! Sebab dulu aku ni lebih suka men ngan budak lelaki. Takdernye nak men masak2, men kawen2.... Huhuhu.... Tapi, sekarang ni aku nak jadi pompuan. Betul2 pompuan.... Jalan mesti ayu, duduk sopan santun, pakai alat solek, melaram ngan baju2 cantik....huhuhu.... Menci. InsyaAllah. Aku rasa aku takder laa seteruk dulu. Cuma bab percakapan tu 'laser' cket. Uhuk... Alerr, terkadang lepas jugak. Bukan sengaja pon. Huwaa... Urmm sesok aku cter lagik. Nak balek dah. Daa....

Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum wbt....




Aku cuma nak ucapkan SELAMAT HARI IBU UNTUK MAMA aku - ZALEHA OMAR. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik (Walaupun tak sebaik yang aku harapkan....). My mum ni keras kepala cket. Kalo bab2 gi spital memang dia payah nak pegi. Huhuhu.... Sepanjang aku idop selama 24 tahun ni, dialah yang banyak membimbing aku, memberi nasihat, yang ku anggap sebagai kawan. Walaupun kadang2 tanpa aku sedari, aku sedikit sebanyak menyakiti hatinya. Aku inginkan agar dia hidup bahagia hingga ke akhir hayat dan moga Allah jadikan aku seorang anak yang tak lupa tanggungjawab bukan sahaja pada ibunya, malah pada bapanya juga. Moga diberikan Allah pada mamaku kesihatan yang lebih selepas ini, InsyaAllah. Terima kasih mama kerana memberikan aku cukup kasih dan sayang. Tak lupa juga buat mereka yang diluar sana yang bergelar 'IBU', SELAMAT HARI IBU.





Wednesday, May 7, 2008

Urmmm.....



The rainy days have come; the days of meeting have come
sparks of restlessness spread out
the pitter-patter of the rains becomes a downpour
my steps begin to stagger in this heady state of forgetfulness
this is a moment of intoxication
The time of that night which occupied all of our thoughts finally arrived
We burned constantly with the flame of our thoughts;
we endured years of separation
a lovely cloud rained jingling down, and lit a strange and wondrous fire

Neither of us are in our right minds;
watch out for me lest I go astray
this is the bidding of my desires;
take me in your arms, beloved
the days of emotions and meetings arrived

crazy passionate youth
there's a storm lurking in this heated breath
this is a mad time
even our desires can't be trusted
it seems that smoke rises somewhere from my body
tell the clouds to keep raining!
the sorrow of this separation cannot be endured
How long can we possibly keep pining away?


Tuesday, April 29, 2008

RunAway

Assalamualaikum wbt....


Ekceli kan, dari hari lagi aku nak wat entry nih. Tapi takder masa. Alerr, bukan apa2 pon. Dulu, link blog ni namanya lain. Orang kenal blog aku ni ngan nama Mouriey's. Sekarang aku dah tukau dia punya link atau alamat blog. Aku nak bersendirian buat masa ni. Teruskan kehidupan yang penoh ngan pancaroba nih. Huhuhu....

Bukan nak lari masalah sangat pon. Cuma taknak kesilapan lalu berulang kembali. Cukup2lah apa yang dah berlaku seblom nih. Ari tu memang aku dah nekad nak delete tros blog aku nih. Tapi ader beberapa orang kawan aku, pujuk rayu aku supaya jangan delete blog nih. Aku akan anggap apa yang aku tulis dalam blog aku nih, aper2 jek yang aku tulis.... cam diari aku. Aku akan tulis apa jek yang berlaku kat aku dalam menjalani kehidupan seharian. Ingin ku katakan disini, aku nak mintak maaf ngan geng2 blog aku dulu. Maafkan aku kerana 'melarikan diri'. Sesungguhnya aku kini dalam kehampaan. Cheewahh...

Hampa - To'Ki
Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

( korus )
Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

( korus )
Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...
Oh... oh... oh

Monday, April 28, 2008

Jenjalan

Assalamualaikum wbt....

Last night aku ngan famili kuar makan. My Dad nak makan ikan bakau. Tak laa jauh sangat. Dalam 10 menet perjalanan ngan menaiki kete. Ramai gak orang duk makan. My Dad order ikan Tambak (kalo tak silap arr....) Rupa dier cam ikan Kelah. Tapi chubby cket. N then Tuka - cam Pari laa. Kecik sikit dari Pari. Boleh tahan laa. Best jugak. Siap ratah2 ikan tuh. Nek sendat perot nih. Huhuhu... On de way nak balek umah, adik aku yang bongsu - Afiq ajak pi jalan2 dulu. Pi melawat Stadium Gong Badak dan Airport Sultan Mahmud. Wahh.... cantek bangett. Rugi plak pasal tak bawak kamera. So, takleh snap arr masa duk melilau kat Airport tu. Dah nak jadi cam Kay El dah.... Kerja-kerja menaiktaraf masih dilakukan. Kire bangga gak laa jadi warganegeri Terengganu. Ahaks!!

*************************************
(Sajer jek suruh korang gelak bila bukak link kat bawah nih. Hehehe....)

Baby Warning Instructions

Click Here


Sunday, April 27, 2008

Apa-Apa Jelahh....

Assalamualaikum wbt...

Lama nau aku tak wat entry untuk blog aku nih. Bzi plus takdak masa. Well, u know me... i kan duk umah jew, makan tido makan tido. Ahaks!! Malas nak gi cc... Kalo g cc ngan bebudak tu, bukannya nak wat entry, diajaknyer aku ni join derang main Counter Strike. Uhuk!! Tak ke haru namanya?? Kalo main game Worms Armageddon ke, Need For Speed Underground ke... tak per gak.

Idop aku sehari-hari... setakat nie Alhamdulillah. Takder paper masalah. Bukan masalah besor laa maknanya. Bukan idop namanya kalo takder masalah kan?? Setiap orang ader masalah. Tapi aku wat bodo jek. Malas nak ikutkan perasaan nih. Orang cakap, IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA, IKUT NAFSU LESU. Betol laa kan?? So, nak idop, kene pakai otak, akal fikiran yang Allah kurniakan. Gunakannya dengan sebaik mungkin. Jangan gunakan kepala lutut untuk berfikir. (Haper yang aku cakap sebenarnye nih??) Ader sorang member aku ni, dia cakap.... Orang yang heppy-go-lucky ni sebenarnya banyak masalah. Urmm... boleh diterima ker fakta tu?? Entoh lerr, aku pon tak tau nak kata apa. Maybe yes, maybe not kot? Err... otak blurr ah. Sok luse aar aku cter lagi k. See ya. Daa......


Wednesday, April 23, 2008

Waktu Yang Dimakbulkan Doa

Asalamualaikum wbt....



16 Waktu Yang Dimakbulkan Doa

MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
MALAM 10 MUHAMRRAM
MALAM NISFU SYA'ABAN
MALAM 'LAILATUL QADAR'
MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
KETIKA HENDAK BERBUKA
ANTARA AZAN DAN IQAMAH
PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
SELEPAS KHATAM AL-QURAN
KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Sunday, April 20, 2008

Fenomena

Beautiful nature phenomena Aurora Borealis (also called northern polar lights) in the night sky of Murmansk, a city in the extreme northwest part of Russia.

Wednesday, April 16, 2008

Saja Suka Suka

Assalamualaikum wbt....


Ekceli Mouriey's saje jek suka2 tukar nama nih. Nak tau apa nama betul Mouriey's dalam Bahasa Jepun. Tapi seblom tu kene tukar jantina dulu. Baca arahan dia betul2 k. Jangan silap baca, haru jadinye nanti. Kalo korang nk try, klik kat link nih : Nama Jepun My Japanese name is Nahoko Hatakeda. Ahaks!!





**********************************************************



Tengah main air...


Ahaks!!


Me & Kak La


Kucin banyak jari. (Cuba bilang jari dier....)


My besday cake... Huhuhu!!!


Cuba teka Pulau apa?? Hehehe...

Monday, April 14, 2008

Amuk Jiwa

Assalamualaikum wbt...

Perghhh... dasat title kat atas tuh kan?? "Amuk Jiwa...." Ekceli Mouriey's tatau nak tulis haper. Banyak benda yang berlaku semenjak dua menjak ni. Cam bengong jek.... Huhuhu!!! Berkecamuk sangat rasanya. Perasaan lalu masih menghantui diri nie. Apa yang Mouriey's nak, apa sebab dan musababnye, tercari-cari sesuatu..... Entahlah....

Bagaimana rasanya bila tiba di persimpangan... nak pilih kiri atau kanan?? Kita taktau mana satu jalan terbaik buat kita. Mungkin dipenghujungnya nanti akan terbongkar.... Tapi, adakah mungkin atau kebarangkalian untuk kita kembali semula ke permulaan apabila menyedari kita telahpun membuat suatu keputusan yang diluar jangkaan?? Huwaa... bencinyer.

Untuk mencintai seseorang tu bukannya sesuatu yang mudah. Mouriey's lebih suka berfikir ke hadapan.... Bagaimanakah penerimaan keluarga orang yang kita cintai itu terhadap kita?? Inilah persoalan yang sering bermain di fikiran Mouriey's..... Apa sudahnya cerita ini. Hati ini masih lagi setia untuknya. Adakah untukmu?? Mouriey's tahu, sudah tiada ruang untuk Mouriey's dihatinya. Paper pon, Mouriey's gembira dapat bertemu dengannya.. walaupun seketika dan cinta hadir bagaikan angin lalu. Huhuhu...... Argghhh... tensennyer. Sakit jiwa aku dibuatnyer. Adakah aku berjaya memiliki cinta itu?? Sama-sama kita tunggu dan lihat... Daa....


Sunday, April 13, 2008

Tenkiu Tenkiu...

Assalamualaikum wbt...


Yesterday is my besday. Uhuk... Dah tue pon... Thanx to My Mum, my siblings, my pren and my jeng jeng jeng.... But, tahun ni sambutannya ala kadar jek. Setakat beli kek n makan2 with my family. Thanks again to Ejard, UjangMD, Laito, Sue, My Cousin - Lieza, Man_Kelisa, Camey and my friendster friends. For My Mum, thank u so much for da hugs n kisses. Walaupon takder hadiah... uhuk!! Ok laa kan.... Seribu rahmat dah... Syukran syukran...



From Tubely : Klik here (I like it.... ahaks!!)

Thursday, April 10, 2008

Namaste Jii

Assalamualaikum wbt....


Nguahaha...

Sengal betol kan???

Aku sajer jek letak lagu hindi nih.

Bukannyer aper, rasa cam mengulit jiwa.

Iramanya mendamaikan. (Bagi aku ler... Korang aku tatau laa plak. Ahaks!!)

Pada sesaper yang tingenyer leh terima lagu nih ok laa kan???

Harap tak serabutkan kepala otak korang....

Ok laa, aku malas nak taip banyak2.

Takder mood ini hari.

Jumpa lagi.

Daa....


Wednesday, April 9, 2008

Lagi Sekali

Assalamualaikum wbt....

Pagi semalam Mouriey's dapat panggilan dari pihak UMT a.k.a KUSTEM. Derang tawarkan kejer kat Mouriey's sebagai Kerani Tadbir / Perkeranian Operasi, kat Unit Pembangunan Dan Harta. Derang bagitau Mouriey's yang derang tengok maklumat Mouriey's dalam Electronic Labour Exchange (Bursa Buruh Elektronik). Siap kabor kat aku nih, "Ni saye nok wi keje ke awok ni... Nok dok??" Uhuks...cam yeye jek nak kasi kat aku keje tu.... Akak tu suh Mouriey's antor Resume lengkap ngan salinan sijil2 yang telah disahkan.

Memandangkan UMT tu taklah berapa jauh sangat dari umah Mouriey's, petangnya dengan menaiki motor skuter cabuk Mouriey's tu.... Pas salam, cium tangan ngan my mum dan sempat lagik my mum pesan, "Langkah kaki kanan nak turun tu... jangan lupa selawat banyak2..." Mouriey's pon berangkatlah ke sana seorang diri. Uhuk!! Dengan susah payahnyer aku tanya pok guard yang tak berapa ensem tu kat mana tempat ni...bla bla bla.... Dan akhirnyaa!!!! Dapatlah kuhantar resume itu ke tempat yang sepatutnye dan sampai ditangan yang sebetulnye.... On the way nak balek tu, sempat lagi melilau kat opis my cousin. My cousin ni pustakawan kat UMT. Ahaks!!! Sajer jek aku menyemak kat opis my cousin nih.... Muahahahaha!!!! Suka hati aku jek kan... cam UMT ni ana yang empunyaaa.... Wakakakakak!!! Alerr... ala-ala student UMT gitteww. Takder orang pasan pon. Aku bukannya buat onar kat dalam UMT tu.... sajer 'menjelajah'.

So, pasni kene tunggu derang panggil intebiu laa plak. Kalo ader rezeki, dapatlah.... Kalo tak, takder laa kekdahnyer. Huhuhuhu..... Kekaadang kan, Mouriey's dah naik fed-up taw. Asek2 intebiu jek...khojernye nan ado! Tak dapat pon. Huwaaa.... Apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat. Dan apa yang kita tak harapkan, dapat plak. Tensen nau!!! Well... let's wait n see.... Mouriey's dah malas nak berharap sangat. Sama gak cam kita memberikan harapan pada seseorang, n then dengan sewenang-wenangnyer harapan tu dihancurkan. Pedih kan?? Ni yang maleh nih..... Kalo bleh, Mouriey's taknak ingat lagi dah hal yang lepas2, ungkit benda2 yang menyakitkan.... Tapi, nak wat camner... Sebagai manusia, kenangan tu sering mengiringi dan menghantui kita sepanjang masa. Tanpa disedari, ia akan menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Semakin kita lari, semakin ia mendekati kita.... Erkk?? Malalut dah aku nih... Udah ler, penat dah tangan ni duk menaip. Apa yang pasti 'kenangan itu' akan kekal disanubari. Terutamanya 'KAMU'... Kesilapanku Keegoanmu...... (lagu Datuk Siti Nurhaliza lerr.....) Daa......


Tuesday, April 8, 2008

Intebiu lagik

Assalamualaikum wbt.....

Huhuhu... intebiu lagik.... Kali ni kat Hypermarket Mydin Mall. Kire ok laa kalo keje kat situ. Like "ceti" laa kan. Dalam opis tu hanya Mouriey's sorang jek duduk. Takder lagi dah pekerja lain. Mouriey's ni khojernye sebagai Admin Asisstant. Kene kutip duit sewa tapak kedai kat Mydin Mall tuh. Tapi tatau lagi dapat ke tak. Tunggu Encik tu call Mouriey's balek. Kiranya dalam proses pemilihan. Ader ramai yang dah apply khojernye. Kalo ader rezeki Mouriey's, dapat lah.....

Pastu pegi plak intebiu kat kedai nset. Mouriey's apply untuk jawatan kerani jek. Tu pun taktau dapat ke idok. Huwaaa... Rezaknyer takdok keje wehhh!!!!!! Tu lah kan, ader keje, dah keje leklok... taknak. Tak serasi kekdahnyer.... Itulah, inilah..... Sekarang, rasa arr sendirik. Baru padan muka haku yang poyo nih!!! Benci nau....

Hari Khamis malam Jumaat baru ni adik Mouriey's berpakat ngan geng2 dia, wat BBQ kat umah. Havoc gak laa.... Walaupon tak ramai. Sampai nek senak perot nih nak perabihkan mee hoon goreng ngan ayam bakau tuh. Hari Jumaat malam Sabtu, ajak my bucuk makan nasi kunyit kat umah. Sembang2 ngan dia jap. Tu pon my mum join sekali. Ahaks!! Malu gak.... tapi dia ok jeww. Siap sengih2, gelak2.... Huhuhu.... 29.03.08 baru ni besday dak tembam. Sama besday ngan anak2 si Nini (My Kucin lerr....) Dapat 4 ekor. Cute bangettt... Lom daftar pon lagik. Nama pon lom letak. Ingat nak kasi nama LOLO, LOLA, LULU, & LILI. Okey tak? Muahahaha!! Sengal tol laa.....






Monday, April 7, 2008

Horoskop

ARIES (LELAKI)
*******************
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah. Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


WANITA API
************
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
Aries (21 Mac-20 April),
Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius (23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Tuesday, April 1, 2008

Teka-teki

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati. (JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... PILIH DULU BUAH APA.!!)
















Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya



aderke.. hehehehheh.. hehehee..
tipah tertipu... jgn marah haa... ekekeke....


Saturday, March 29, 2008

Ulangtahun

Assalamualaikum wbt.....


SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA MY BLOG!!!!
YIPIIIEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!


~ Ari ni takdan nak hapdet. Cuma nak wish jek untuk blog sendiri. Muahahaha!!
esok esok laa Mouriey's hapdet. huhuhu!!!! ~

Thursday, March 27, 2008

Interview

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's pi interview kat Hotel Grand Continential. First time jejakkan kaki ke hotel yang bertaraf lima blas juta bintang tuh.... Perghhh!! Cantik bangett.... Moureiy's turun dari umah dengan menaiki bas. Nak pi ngan motor, takleh... pasal hujan. Nanti tak pasal2 sampai kat otel tuh, basah kuyup Mouriey's. Tak suka ah.... Dari perhentian bas MBKT, Mouriey's naik beca. Best, lama tak naik. Kehkehkeh..... Sampai kat otel tu, ader 2 org dak pompuan duk bertenggek kat tangga. Tunggu saper ntah. Parents derang kot??

Mouriey's pon pi laa kat dak pompuan tu.... sebab nampak plastic bag kaler biru dan tertera perkataan "KOLEJ MAHSA". Ermm dah agak dah... ni mesti baru pas interview nih. mouriey's pon beramah mesra laa kan... tanya kat mana interview tu diadakan. Seb baik laa dak dua orang tu sudi tunjukkan tempat tu.. Naik lif otel ko... Ahaks!! (Huhuhu cam org darat ulu pueh jek...) Akan tetapi, ku cover perasaanku ini... Seb baik tak melompat ke'excited'an. Hikss!! takder laa ghamai sangat. Tak sampai sejam pon Moureiy's tunggu turn. Akak tu cuma terangkan apa itu KOLEJ MAHSA, tengok result spm (sebab Mouriey's apply Nurse - Diploma in Nursing). Alhamdulillah, boleh katanya. Tapi.... bila akak tu bagitau berkenaan yuran... tros lemah semangat Mouriey's. For advance, kene bayau RM 500. Pastu masa pendaftaran pada 20 April ni, kene bayau lagi baki RM 1380.00. Arkk!! Mana nak cekau duit?? Menci tol... So, sekarang ni... taktau nk pi ke tak. Masih ada lagi 2 interview berkaitan nurse. Tengok laa dulu camner nanti. Uhuk!!

Tuesday, March 25, 2008

Kisahnyer

Assalamualaikum wbt...

Semalam Moureiy's bawak Angah pi hospital besau Kuala Terengganu. Kuar bintat-bintat ka tubuh dia pas balek dari PLKN ari tu. Cian dier... garu sana, garu sini... Nak kata chicken pop, bukan... Bintat-bintat tu mengelembung... ada air. Memula Mouriey's bawak dia pi hospital pada hari Sabtu. Tapi Mouriey's lupa hari tu hari coti.... hospital kerajaan pon coti gak laa. Seblom balek... kitorang lepak-lepak dulu kat pantai Batu Buruk. Makan angin... uhuk!! Makan rojak petis/rojak buah. Masa on da way nak balek umah tu, kitorang pusing-pusing kat Masjid Kristal, Pulau Wan Man.

Masa jalan-jalan ngan Ejard ari tu, tak dan sampai pon. Penat siot sebab kene jalan kaki. Motor ngan kete kena parking kat luar. La ni dah leh masuk ngan kete, bas, motor. So, takyah arr sesusah jalan kaki bagai. Masuk kat dalam masjid tu... cantik bangett... Tapi takder laa luas sangat. Kat ruang jalan kaki tu dah ditulis amaran "WANITA YANG MENUTUP AURAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MASUK ".

Tapi sayang, Mouriey's takdan nak snap gambau. Kamera tak bawak lerr. Dalam kol 5 petang baru sampai umah. Keesokannya Mouriey's pi pagi ke hospital. Ramai siot orang.... Seb baik laa kene kat bilik rawatan yang tak ramai patient. Uhuk!! Dalam kol 11.30 lebih... pi Pasar Payang. Jumpa member dari KL. Pastu tros balek umah. Petang, pi antor Angah balek plak. Round2 kat Pantai Teluk Ketapang, Pantai Tok Jembal (Belakang UMT). Pastu jalan-jalan kat Pantai Mengabang Telipot. Terserempak ngan Man_Kelisa. Huwaa.... dah balek Ganu ghopernyer. Welcome Back To Ganu Kiter... Wakakaka!!! Maintain putih melepak... Ahaks!! Ok lerr.... Nak balik dah. Esok Mouriey's nak pi interview kat Hotel Grand Continential, Kolej MAHSA - Nursing. Uhukk!!! Doakanlah yer.... :) Daa.....

Sunday, March 23, 2008

Be Mine



Aku ingin kau tahu
Bahawa aku sentiasa merinduimu
Ingin kuulang detik pertemuan kita
Walaupun seketika cuma
Ianya meninggalkan kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Semoga hubungan yang terjalin kini
Kekal hingga ke akhir hayat
Sesungguhnya kehadiranmu
Menjadi penawar luka dihatiku
Pengubat jiwa dikala lara
Sukar untuk kuungkapkan
Lafazkan dengan kata-kata
Betapa aku menyintaimu
Dengan sepenuh hatiku
Sambutlah salam sayang dariku

~ Ahaks! Jiwangnyer.... :p ~



*************************
Assalamualaikum wbt....

Hari Jumaat lepas, Mouriey's kuar jalan-jalan ngan adik kat Pantai Airport. Kebetulan my bucuk ajak jumpa. Just borak-borak jek. Ekceli kan dah lama Mouriey's tak kuar lepak camtu... nak kata date tak jugak pasal ader bodyguard (adik Mouriey's ler.....) Kira lepas gak aar rindu... ahaks!! Kami pon bukannya salu jumpa. Dia bzi... So...hari minggu jek laa leh jumpa.... Huhuhuhu!!! InsyaAllah Mouriey's harapkan hubungan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kehkehkeh!! :)

Thursday, March 20, 2008

Tak Puas Hati

Assalamualaikum wbt....

Ekceli ader orang nak cari pasal ngan Mouriey's. Mouriey's tatau apa yang dia nak sebenarnya. Ada kemungkinan dia tak puas hati pasal ader beberapa kali dia ajak Mouriey's kuar, tapi Mouriey's menolak. Pernah laa terjadi sumthing between us. Tapi tu berlaku diluar kawalan... Takderlaa plak terbawa-bawa sampai keluar. Entah apa yang dia nak. Main ugut2 bagai.... Dia cakap nak return balik ape yang Mouriey's dah buat kat dia. Mouriey's bingung sekarang ni.... Adusss.... Sakit jiwa Mouriey's dibuatnye. Ya Allah... moga2 takder sebarang musibah yang menimpa Mouriey's. Naik seram gak Mouriey's. Huhuhu!!! :(


~ SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIUL'AWAL 1428 H ~
Buat semua pembaca dan rakan2 blog.

Wednesday, March 19, 2008

Macam-Macam

Assalamualaikum wbt....

Pagi semalam Mouriey's pi kenet ngan mak bonda. Pi amek ubat darah tinggi mak bonda kesayangan ambe tu. Mouriey's kene jaga dak tembam tuh. Penat lerr.... buas bebenor. Masa duk duk dukung dia tu, ader laa dak kecik ni... lelaki. Main2 ngan dak tembam Mouriey's nih. Pastu mak tanya dak kecik tu... nak adik tak? Dia cakap nak... Mak Mouriey's tanya lagi, naka dik pompuan ker laki? Dak kecik tu jawab, nak adik pompuan. Mak Mouriey's tanya lagi... Abis, nanti kalo mama adik lahirkan baby lelaki camner? Dak kecik tu tros jawab tanpa segan dan silu... "Nok tohok dalam parit. Dok pong tohok dalam sungai... pahtu hanyut pah laut...." Terkedu Mouriey's dengar. Nak tergelak pon ader. Pandai dia menjawab. Kecik-kecik dah petah bercakap. Hehehehe..... Budak2 zaman sekarang.... :)