Saturday, March 29, 2008

Ulangtahun

Assalamualaikum wbt.....


SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA MY BLOG!!!!
YIPIIIEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!


~ Ari ni takdan nak hapdet. Cuma nak wish jek untuk blog sendiri. Muahahaha!!
esok esok laa Mouriey's hapdet. huhuhu!!!! ~

Thursday, March 27, 2008

Interview

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's pi interview kat Hotel Grand Continential. First time jejakkan kaki ke hotel yang bertaraf lima blas juta bintang tuh.... Perghhh!! Cantik bangett.... Moureiy's turun dari umah dengan menaiki bas. Nak pi ngan motor, takleh... pasal hujan. Nanti tak pasal2 sampai kat otel tuh, basah kuyup Mouriey's. Tak suka ah.... Dari perhentian bas MBKT, Mouriey's naik beca. Best, lama tak naik. Kehkehkeh..... Sampai kat otel tu, ader 2 org dak pompuan duk bertenggek kat tangga. Tunggu saper ntah. Parents derang kot??

Mouriey's pon pi laa kat dak pompuan tu.... sebab nampak plastic bag kaler biru dan tertera perkataan "KOLEJ MAHSA". Ermm dah agak dah... ni mesti baru pas interview nih. mouriey's pon beramah mesra laa kan... tanya kat mana interview tu diadakan. Seb baik laa dak dua orang tu sudi tunjukkan tempat tu.. Naik lif otel ko... Ahaks!! (Huhuhu cam org darat ulu pueh jek...) Akan tetapi, ku cover perasaanku ini... Seb baik tak melompat ke'excited'an. Hikss!! takder laa ghamai sangat. Tak sampai sejam pon Moureiy's tunggu turn. Akak tu cuma terangkan apa itu KOLEJ MAHSA, tengok result spm (sebab Mouriey's apply Nurse - Diploma in Nursing). Alhamdulillah, boleh katanya. Tapi.... bila akak tu bagitau berkenaan yuran... tros lemah semangat Mouriey's. For advance, kene bayau RM 500. Pastu masa pendaftaran pada 20 April ni, kene bayau lagi baki RM 1380.00. Arkk!! Mana nak cekau duit?? Menci tol... So, sekarang ni... taktau nk pi ke tak. Masih ada lagi 2 interview berkaitan nurse. Tengok laa dulu camner nanti. Uhuk!!

Tuesday, March 25, 2008

Kisahnyer

Assalamualaikum wbt...

Semalam Moureiy's bawak Angah pi hospital besau Kuala Terengganu. Kuar bintat-bintat ka tubuh dia pas balek dari PLKN ari tu. Cian dier... garu sana, garu sini... Nak kata chicken pop, bukan... Bintat-bintat tu mengelembung... ada air. Memula Mouriey's bawak dia pi hospital pada hari Sabtu. Tapi Mouriey's lupa hari tu hari coti.... hospital kerajaan pon coti gak laa. Seblom balek... kitorang lepak-lepak dulu kat pantai Batu Buruk. Makan angin... uhuk!! Makan rojak petis/rojak buah. Masa on da way nak balek umah tu, kitorang pusing-pusing kat Masjid Kristal, Pulau Wan Man.

Masa jalan-jalan ngan Ejard ari tu, tak dan sampai pon. Penat siot sebab kene jalan kaki. Motor ngan kete kena parking kat luar. La ni dah leh masuk ngan kete, bas, motor. So, takyah arr sesusah jalan kaki bagai. Masuk kat dalam masjid tu... cantik bangett... Tapi takder laa luas sangat. Kat ruang jalan kaki tu dah ditulis amaran "WANITA YANG MENUTUP AURAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MASUK ".

Tapi sayang, Mouriey's takdan nak snap gambau. Kamera tak bawak lerr. Dalam kol 5 petang baru sampai umah. Keesokannya Mouriey's pi pagi ke hospital. Ramai siot orang.... Seb baik laa kene kat bilik rawatan yang tak ramai patient. Uhuk!! Dalam kol 11.30 lebih... pi Pasar Payang. Jumpa member dari KL. Pastu tros balek umah. Petang, pi antor Angah balek plak. Round2 kat Pantai Teluk Ketapang, Pantai Tok Jembal (Belakang UMT). Pastu jalan-jalan kat Pantai Mengabang Telipot. Terserempak ngan Man_Kelisa. Huwaa.... dah balek Ganu ghopernyer. Welcome Back To Ganu Kiter... Wakakaka!!! Maintain putih melepak... Ahaks!! Ok lerr.... Nak balik dah. Esok Mouriey's nak pi interview kat Hotel Grand Continential, Kolej MAHSA - Nursing. Uhukk!!! Doakanlah yer.... :) Daa.....

Sunday, March 23, 2008

Be Mine



Aku ingin kau tahu
Bahawa aku sentiasa merinduimu
Ingin kuulang detik pertemuan kita
Walaupun seketika cuma
Ianya meninggalkan kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Semoga hubungan yang terjalin kini
Kekal hingga ke akhir hayat
Sesungguhnya kehadiranmu
Menjadi penawar luka dihatiku
Pengubat jiwa dikala lara
Sukar untuk kuungkapkan
Lafazkan dengan kata-kata
Betapa aku menyintaimu
Dengan sepenuh hatiku
Sambutlah salam sayang dariku

~ Ahaks! Jiwangnyer.... :p ~



*************************
Assalamualaikum wbt....

Hari Jumaat lepas, Mouriey's kuar jalan-jalan ngan adik kat Pantai Airport. Kebetulan my bucuk ajak jumpa. Just borak-borak jek. Ekceli kan dah lama Mouriey's tak kuar lepak camtu... nak kata date tak jugak pasal ader bodyguard (adik Mouriey's ler.....) Kira lepas gak aar rindu... ahaks!! Kami pon bukannya salu jumpa. Dia bzi... So...hari minggu jek laa leh jumpa.... Huhuhuhu!!! InsyaAllah Mouriey's harapkan hubungan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kehkehkeh!! :)

Thursday, March 20, 2008

Tak Puas Hati

Assalamualaikum wbt....

Ekceli ader orang nak cari pasal ngan Mouriey's. Mouriey's tatau apa yang dia nak sebenarnya. Ada kemungkinan dia tak puas hati pasal ader beberapa kali dia ajak Mouriey's kuar, tapi Mouriey's menolak. Pernah laa terjadi sumthing between us. Tapi tu berlaku diluar kawalan... Takderlaa plak terbawa-bawa sampai keluar. Entah apa yang dia nak. Main ugut2 bagai.... Dia cakap nak return balik ape yang Mouriey's dah buat kat dia. Mouriey's bingung sekarang ni.... Adusss.... Sakit jiwa Mouriey's dibuatnye. Ya Allah... moga2 takder sebarang musibah yang menimpa Mouriey's. Naik seram gak Mouriey's. Huhuhu!!! :(


~ SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIUL'AWAL 1428 H ~
Buat semua pembaca dan rakan2 blog.

Wednesday, March 19, 2008

Macam-Macam

Assalamualaikum wbt....

Pagi semalam Mouriey's pi kenet ngan mak bonda. Pi amek ubat darah tinggi mak bonda kesayangan ambe tu. Mouriey's kene jaga dak tembam tuh. Penat lerr.... buas bebenor. Masa duk duk dukung dia tu, ader laa dak kecik ni... lelaki. Main2 ngan dak tembam Mouriey's nih. Pastu mak tanya dak kecik tu... nak adik tak? Dia cakap nak... Mak Mouriey's tanya lagi, naka dik pompuan ker laki? Dak kecik tu jawab, nak adik pompuan. Mak Mouriey's tanya lagi... Abis, nanti kalo mama adik lahirkan baby lelaki camner? Dak kecik tu tros jawab tanpa segan dan silu... "Nok tohok dalam parit. Dok pong tohok dalam sungai... pahtu hanyut pah laut...." Terkedu Mouriey's dengar. Nak tergelak pon ader. Pandai dia menjawab. Kecik-kecik dah petah bercakap. Hehehehe..... Budak2 zaman sekarang.... :)

Tuesday, March 18, 2008

Kalut

Assalamualaikum wbt...

Sorry laa lama xhapdet. Bzi cket. Ekceli Mouriey's tak tau apa nak jadi kat diri Mouriey's. Terasa cam duk kat tempat gelap, kesejukan, keseorangan, sedih, kesepian..... tak tau apa nk buat. Nak kata hati ni telah dimiliki oleh seseorang... yup, Mouriey's akui. Tapi rasa cam tak gembira plak. Dah biasa sangat kene camtuh. Bila masa duka, memerlukan kita... dia akan datang cari kita. Bila dia bersuka ria, gumbira... haram takder pon datang cari kita. Nan ado bak kata Ejard. memang memerlukan masa untuk kita mengenali hati budi seseorang. Walaupun dia tu merupakan seorang rakan sekolah Mouriey's, tapi kami tak pernah bertegur sapa. Tak pernah amek tau pon pasal dia. Tup-tup dia muncul, ajak kapel. Pelik lak rasanya. Kan? Kan?

Kalo ikutkan hati, rasanya cam dah maleh nak bercintan cintun bagai.... Rasa dikecewakan tu masih berbekas dihati ni. Ntah laa.... Nek bingung hati nih. Mouriey's cuma nak diri dihargai, diberikan kasih sayang.... Menjaga maruah kita dari tercalar, bukannya 'meminta' maruah kita. Dah banyak sangat orang cam tu sekarang nih. Kalo bleh, Mouriey's tak nak silap langkah. Arghhh!!!! Cam bengong jek.... Lalalala.... Lantak ah apa nak jadi. At least, kitorang cuba dulu. Jodoh pertemuan, ajal maut kan ditangan Tuhan. Apa2 yang berlaku pas nih, Mouriey's redha. Tunggu dan lihat jek. Mouriey's pon nak rasa bahagia cam kapel2 yang lain. Tak salah kan?? Kat bawah ni, Mouriey's nak berkongsi cket ngan uol's. Kehkehkeh... (Masa nek bot nambang ari tu n then majlis kawen anak sepupu Mouriey's)











P/S : UNTUK EN. EJARD - Nie blog aku, suka ati aku nak letak haper pon.... Sesajer jek aku nk letak gambau ni. Salah ker?? Gambau tu masa majlis kawen anak sepupu aku ler. Sajer aku letak walaupun xder kena mengena didalam ini entry. Okeyyyy??? Chow!

Monday, March 10, 2008

Tempat Baru Lagik

Assalamualaikum wbt....
Heyya uol's. Ari nih Mouriey's dah bekerja kat tempat baru. Kat Pasar Kedai Payang. Ejard siap tanya aku... aku keje kat situ as a admin clerk ker? Huk aloh laa... Mouriey's kejer sbg jurujual jek. Kedai kain sutera. Memula kejer, bese laa. Pening. Kene hafal banyak jenis sutera dan batik... ngan harga yang berlainan. Huwaa.... Tapi happy laa jugak. Pekerja dia suka melawak. N then we'all wat keje dalam keadaan gumbira. Takder laa tertekan sangat. Cuma Mouriey's penat yang hamat. Ramai customer dari luar Ganu datang ke kedai. Kejer Mouriey's untuk ari nih cuma tengok cara pekerja kat kedai tu layan customer, lipat kain, pakaikan patung kat situ ngan kain sutera yang cantik... untuk dipamerkan. Uhuk!!! Tak kesahlaa.... asalkan duit masyukkk. Senak idop nih kalo takder duit / pitih. Harap2 Mouriey's leh kekal lama kejer kat situ. Huhuhu.... Tu je laa Mouriey's nak cter. Pas nih dah tido tros.... Huwaa.... Babai....

Sunday, March 9, 2008

Coti Mengundi Lerr

Assalamualaikum wbt...

Maaflah lama hapdet... bzi cket. Opss bukan bzi sebab kempen eek.. Ahaks!! Semenjak dua menjak tak khojer ni kan, asek nak duk umah jek. Malas nak kuor. Kebetulan Mouriey's baru baik demam. Still batuk lagi nih sampai ilang suara.... tatau pi mana. Takdan nak kejor. Uhuk! Cuma time petang jek laa kuor round2. Bawak adik pi jenjalan. Ekceli kan, hari tu ader mamat nih banjer Mouriey's makan, seblom mengundi. Kat bazar Pantai Airport. Mouriey's tak makan, minum jek. Kebetulan bawak adik yang bongsu pi jenjalan kat pantai tu. Suara still serak lagi. Uol's nak tau saper mamat tuh?? Jeng jeng jeng!!!! Muahaha... (Kompem aku kene marah pasnih. Ahh lantak ah... ) Mamat tu adalah... En. Ujang MD kiterrr... Hikss!! Jangan marah...

Urmm Mouriey's dah pon jalankan tanngunjawab Mouriey's sebagai rakyat Mesia.. iaitu mengundi. Ahaks!! Dah cukup umur beb.... Memula tu kan, terketor2 tangan ni masa nak pangkah parti yang sepatotnyer. Sampai senget tanda pangkah aku tuh... Siap guna pemadam ko! Muahaha.... Almaklumlah, first time mengundi laa katakan. Dalam kol 4 ptg Ejard mai makan nasik kat umah ngan kawan dia. Lauk bese jek Mouriey's masak. Kelam kabut gak....

Pas Asar we'all pi jenjalan. Sajer jenjalan kat kampong orang.... Tengok suasana mengundi. Riuh rendah ko... Sampai jem jalan. Memula we'all singgah kat Hulu Takir. Siap nek bot nambang lagik! Huhuhu!! Nanti kalo ader masa Mouriey's masukkan gambau masa duk atas bot. Seb baik tak muntah aku nih. Sampai kat tengah muara (muara kerr...??) bot tu cam teroleng-oleng. Ombak kuat ler... Pening kejap kepala aku. Pas puas naik bot, we'all pi main air laut lak kat Pantai Airport. Ramai gak orang.... Bese laa, coti... Balek umah dalam kol 7, makan pulakk.... Feberet Ejard, laksam. We'all makan laksam kat kedai depan umah Mouriey's jek. Malamnyer duk umah jek. Tunggu keputusan Pilihanraya. Seb baik Ganu menang. Tapi tak kesahlaa kan. Menang ke, kalah ke... serupa jek. tapi kali ni BN banyak tempat tewas. So, maknanya kerajaan kita dah jadi kerajaan camporan laa ek?? Ermm.... yang penting harga barang tak naik. Huhuhu... Ermm esok Mouriey's mula bekerja di tempat baru. Moga-moga dapat bertahan lama laa kat situ. InsyaAllah.... Ok la... semoga jumpa lagi. Babai....





~ Ejard, Wan & Jeng jeng jeng..... ~


Sunday, March 2, 2008

Kerana Dia... Manusia Biasa

Assalamualaikum wbt....

Email ini dipetik drpd seorang sahabat, utk manfaat kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. Semoga bermanfaat..baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...... Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.... Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa .....

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan.
Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ...... "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya. Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Barukemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ menginginkan anda ........... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan. "Kenapa kamu memilih dia......?" "Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.." "Maksudnya?" "Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. BetuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing. "Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yangdimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya. "Gik.....?" "Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampumenyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusah menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin. Wallahu 'alam