Wednesday, June 11, 2008

Kata-kata Pujangga



Assalamualaikum wbt....

"Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih

"Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."
"Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."

"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

"Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."

"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."

"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Tuesday, June 10, 2008

SUKMA 2008

Assalamualaikum wbt....

Semalam telah pun berkahirnya SUKMA yang ke-12 di Negeri Terengganu. (Ekceli aku lupa nak wat entry untuk mengalu2kan kedatangan kontinjen2 dr luar Terengganu dan malam perasmian SUKMA pada 31 Mei lalu...) Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kontinjen Negeri
Terengganu kerana berjaya mejadi Juara Keseluruhan pada SUKMA Ke-12 kali ini. Bangga woo jadi anok Tranung... Hikhikhik!! Dapat 61 pingat emas, mengatasi target iaitu 40 pingat emas.

Syabas kontinjen Tranung!! Memang havoc semalam masa majlis penutup SUKMA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Siap ader bunga api tuh.... Ahakss!! Ada persembahan dari kumpulan Rabbani, Faizal AF, Heliza dan Mawi. Kire terhibur gak arr...Uhuk! K lah, aku malas nak cter panjang-panjang. Ader khojer cket.... Daa...

Monday, June 9, 2008

Someone...

Assalamualaikum wbt...

" Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai

itulah yang sukar diperoleh. "

Ada benarnya ungkapan nie kan?? Ekceli aku taknak jiwang2 sangat, bukan pula nak mengungkit benda yang telah lepas. Sesungguhnya itulah hakikat yang perlu aku tempuhi sekarang. Pernah aku meminta petunjuk dariNya, tapi masih samar-samar.... siapakah 'jodoh' untuk aku. Aku dalam keadaan keliru... tersepit. (Nak kawen ler... Rasanya cam dah sampai seru aku kene kawen kot? Huhuhu!!) Tapi aku tau... aku masih banyak tanggungjawab. Buat masa ni, aku cuma perlukan... amat-amat perlukan 'seseorang' sebenarnya... Sudi menjadi sang pendengar yang setia kepada masalah aku, ada jika aku memerlukan, menceriakan hatiku tatakala dilanda keresahan dan kesedihan, bisa membuatkan senyuman terukir dibibirku....

Aku sedar, kebelakangan ini... hidup aku kurasakan penuh dengan kepura-puraan. Disebalik senyuman yang kuukirkan, terdapat kedukaan disebaliknya. Aku merasakan seorang yang bermasalah! Masalah yang mungkin aku cipta dan cari sendiri... Aku benar-benar membutuhkan 'seseorang' yang menghargai diri aku. Aku tak pasti adakah 'seseorang' yang aku cari itu akan ku temui.... Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui... Wallahu'alam...

Sunday, June 8, 2008

Mengomel

Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tak tau apa yang nak dingomelkan. Cukuplah aku cter pasal my pren wedding. Aku lak lupa nak snap gambau dia ngan her hasben. Dia ni kawan aku mase aku blajor kat poli ari tu. Sama umur arr... best pren aku kat poli. Tak sangka lak dia dah kawen... Huhuhu!!! Cepatnyer masa berlalu. Dah ramai kawan-kawan aku yang kawen. Aku jek yang tak kawen lagi. Uhuk! Alerr... kalo aer jodoh, ader laa kan. Tak kemananya... Bak kata pepatah, "Takkan lari gunung dikejar.." Wawawa....

My mom penah cakap.... adik beradik dia dulu, bila time umur 21... sumer dah kawen. Umur 22 dah ada anak. Aku ni saboh (sesuai) ke dah ada anak?? Cam budak skola rendah jek. Sumer orang cakap camtu... Huhuhu!!! Nantilahh... kalo ader jodoh, ader rezeki... aku kawinlah. Aku rasa nilah masa yang sesuai untuk mencari colan-colan suami. Ahaks!!! Tak salahkan bercinta pas kawen?? Aku ni ada ramai kawan lelaki... seriously. Tapi tak semua menepati citarasa aku. Aku bukanlah nak mencari kesempurnaan seorang yang bakal bergelar suami.... Tengok ajelah zaman sekarang. Bukan senang nak mempercayai lelaki. Berapa ramai yang sanggup datang ke rumah, jumpa our parents... minta izin ajak anak dara derang kuar?? Kebiasaannya tahu ambil dan hantar kat depan umah atau tepi jalan. Ader ke patot?? Gentleman laa cket. Huhuhu!! My parents tak suka lelaki yang type camtu. Nak ajak kuar, kena datang umah. Derang pon nak tahu ngan saper anak dara dia nih kuar.... Huhuhu!! Oklah... jumpa lagi. Daa...

Saturday, June 7, 2008

Gambau222....

Assalamualaikum wbt...



CUMA INGIN BERKONGSI... NGEHNGEHNGEH!! NI GAMBAU MASA KAT JOHOR, PUTRAJAYA & GENTING HIGHLANDS. JANGAN MARAH HAA..... HIKSS!!




~ MUAHHHSSS!!!! HIKHIKHIK!!! ~

Sunday, June 1, 2008

Jenjalan

Assalamualaikum wbt...

Ekceli dah hampir 2 minggu my dad demam. Seb baik dah kebah demamnya tu. Dapat gak kenal kampong orang... (I mean... pi jalan-jalan.) Ari Sabtu baru nih (24/5/08) aku ngan famili kene ikot rombongan my cousin kawen. Apsal laa cousin aku nih pi cari orang yang duk jauh. Nun di Negeri Johor Darul Takzim. Err... tak baik kan aku cakap camni?? Astaghfirullahal'azim.... Kan ke jodoh pertemuan, ajal maut tu ditangan Tuhan. Dah tu jodoh cousin aku, nak buat camner kan?? Redha jelah...

Mak oii.... keras bontot aku dibuatnyer duk lam kete lama-lama. Seploh jam ko perjalanan dari Ganu ke Johor. Tu pon seb baik berenti makan, rehat kejap. Bakal isteri cousin aku ni orang Batu Pahat. Kampung dia kalo tak silap, Kampung Jambi, Bagan Darat, Rengit. On de way ke umah dia tu, kiri kanan penuh ngan pokok kelapa sawit. Kami bertolak dari Ganu kol 7.30 pagi. Sampai sana kol 8.30 petang. 4 buah kete jek. Anak beranak aku ler sumernya. Kami menginap kat homestay yang dah diuruskan bakal isteri my cousin aku nih. Ahad tu (25/5/08) derang akad nikah kol 11.30 pagi. Sanding kol 2 petang. Letih lerr.... Esoknyer bertolak balik ke Ganu. Tapi singgah KL jap. Tido umah kawan ayah aku kat Pudu. Jenjalan kat Putrajaya, Zoo, naik tren ke Sogo. Huhuhu!!! Penat wehh.... Hari Selasa (27/5/08) barulah bertolak balek. Tu pon sempat lagi singgah kat Genting Highlands. Naik Skyway Genting a.k.a kete kabel. Ahaks!! Seronot gak. Lebih kurang kol 1.30 pagi sampai umah. Huhuhu!! Tros lentok.... Kroihhh!!!