Friday, August 1, 2008

Can i...???



Urmmm dengan kerja yang aku lakukan sekarang, sedikit sebanyak membuatkan aku 'leka'.... dari memikirkan apa yang selama ini aku fikirkan. Cuma kerja yang aku lakukan itu diganggu-gugat oleh kesihatan mak bonda aku. Dia kurang sihat dan membuatkan aku kecut perut. Terdapat ketumbuhan pada rahimnya. Mungkin effect masa dia muda2 dulu... salu sakit2 ketika period (senggugut.) Seriously, kaum pompuan kene prihatin. Like me, dah ada pengalaman kene bedah disebabkan penyakit Fibroadenoma - untuk remaja perempuan yang berumur 17-25 tahun, sila baca artikel nih.

Aku takut aku juga seperti mak bonda aku. Aku taknak kene bedah lagi dah. Huhuhu.... Aku dibedah dalam keadaan sedar. Jangan malu untuk berjumpa doktor. Cegah sebelum terlambat. Kata doktor, aku berisiko dapat Breasts Cancer coz mak sedara aku ada penyakit ni. (Tapi dah dibuang breastnye.) Sorang lagi sepupu aku tapi dah meninggal. OMG..... takut gilers masa tu. So, kaum hawa... beware. Jangan sampai terlambat. Banyak artikel yang aku baca pasal breast cancer yang merupakan salah satu penyebab utama kematian bagi kaum pompuan adalah kerana lambat dikesan dan lambat mendapatkan rawatan. Alasannya, MALU!

Aku takut aku tak mampu hadapinya seorang diri. Aku juga seperti mak bonda aku. Selalu senggugut. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku mahu jadi seperti mak bonda aku, tabah menghadapi ujian dari Allah. Aku takut untuk menghadapinya. Allahu Akhbar.... Berikanlah aku kekuatan menghadapi ujian dari-Mu ya Allah...