Thursday, December 31, 2009

Hepi New Year 2010!!

Assalamuaalaikum wbt...
Wooo pejam celik pejam celik dah pn masuk tahun baru.
Azam tahun 2009 pon lom tercapai lagi.. Uhuk!!
Apa azam tahun baru korang ek?
Urmm azam tahun baru ambe... (cheewahh!! Ambe tuuu....)
Tahun ni ambe nok cerita hok molek2 belaka.
Tadok hok buruk2... (Harap2 ler kan...)
Lagi.. tahun ni ambe nok nikoh derah2. Mwahahaha!!!
Acah jek! Ni tengah tunggu orang masuk minang ler nih.
Ahaks!! Gatai bebenor bunyiknyer..
Tahun ni jugok ambe nak langsaikan azam ambe yang lepas2.
Haa nak tau apa azam ambe yang lom tercapai?
Hehehehe.... biarlah rahsia...
Jangan marah haa...
Blog ambe ni saper2 ader yang terbaca,
Bacalah... coz ambe nok wat cm catatan harian ambe.
Hal keje, hal famili, about my relationship
with someone that i love, hal personal.. opss!!
Personal tu 'limited' cket laa kot.
Tahun ni gak ambe nak jalankan perniagaan.. InsyaAllah.
Harap2 menjadi ler... Nak tambah wet poket.
Lagipun ambe nok berhenti keje dah... huhuhu!!
Well, let's wait n see...
Ambe nok tutup buku baru,
Buka buku baru. Kalo bleh, ambe xnk lagi dah
ingat kisah2 lama yang telah membuatkan hati ni
luka dan berdarah.. Mulai tahun baru ni,
Ambe akan bahasakan diri ambe
sebagai 'Mouriey' kembali, seperti dulu.
Di awal penglibatan ambe dalam dunia blog nih.
Thanx a lot to AbangUjang...
Well,
HEPPY NEW YEAR DUDE!!
GUD LUCK!

Sunday, November 22, 2009

Hujan Daa

Assalamualaikum wbt...

Adoih laa, sehari suntuk ujan hari nih...
Bayangkan aku yang naik motor
a.k.a scoot cabuk aku ni, dibasahi hujan..
Huwaa!! Sejuk siottt!!
Tapi takper... aku ni suka main hujan.
Lalalala.... Jangan marah haa...

Urmm kat umah aku plak ader penghuni baru..
Kehkehkeh... Si lembu yang akan dikorbankan pada
Raya Haji nanti. Aku ngan Angah yang kene bagi
lembu tu makan. So, petang semalam pas
aku balek keje... dengan basah lencun
walaupon aku berbaju hujan, pegi
bagi makan kat lembu ittew.
Angah laa yang beria ajak
aku pegi kat lembu tu. Taklah jauh sangat.
Blakang umah jek! Hehehe...
Alerr alang-alang dah basah ni, aku ngan
Angah apalagi.. main hujan ler!! Hohohoho.....
Lama siot tak mandi ujan. Cejukkk!!! Berlaga kepala
lutut aku ni haa.. Menggigil siot!!
Urmm teringat plak zaman aku kecik2 dulu.. Perghh!!

Buh-Sann

Assalamuaalaikum wbt..

Hari ni aku tak gi memana coz musim tengkujuh sedang melanda negeri di Pantai Timur. Duk umah je... membuta. Bila perot mula lapor, pi dapoq bikin cekodok (jeput gandom jek! hohoho... ) Nak gi jenjalan round2 kampong tak leh coz my 'kenaikan' takder atap youu.. huhuhu. Hujan wehh, rohok cket r nok g derak. So, duk umah jek wat taik mata! Mwahaha!!

Malamnyer pas abis cter Nur Kasih, tros kuar nek kete, pi jenjalan. Satu famili ko! Excited ni nak engok ombak besau kat pantai katanya...Pi kat Pantai Batu Burok, urmm boleh tahan laa... Kitorang tak turun pon, duk lam kete je. Cejuk lorr... Pastu berenti kat Dataran Syahbandar, air pasang... nak cecah jeti dah. Huhuhu!! Kendian, on da way nak balik umah, lalu ikut Pantai AirPort. Mak oii, hujan lebat gler sampai tak nampak jalan plus ngan angin kuat. Adik aku nih dah takleh dok diam dah.. cam orang ilang akal menjerit nak balik. Takot kekdahnye! Huk aloh laa.. Smpai kat umah lebih kurang kol 1 a.m. Aku tros masuk tidoq!

Thursday, November 5, 2009

Kenape yee??

Assalamualaikum wbt...

Woooo lamanye aku tak hapdet blog nih.
Urmm entahlah, rasa cam xder mood r
nak go on ngan blog ni.
Otak jadi beku, blurr....
Tatau nak tulis haper. Huhuhu!!

Walaupun dari hari ke hari...
Banyak benda, pengalaman yang aku perolehi,
Nak sangat-sangat share ngan member blog aku.
Tapi.. bila dah dok depan pc,
puff!!! idea yang meluap-luap tadi
tetiba jek ilang.

Buat sahabatku Ejat,
sorry laa lama tak ber'sms' ngan mung.
Huhuhu... Aku takkan lupe mung,
mung kan 'abang' aku. Kehh....

Urmm mungkin suatu saat nanti,
aku mungkin tak lagi menulis di ruangan ini..
Atau mungkin juga setiap hari aku akan hapdet blog nih.
Well, let's wait n see...
Cau cin cau....



Sunday, August 16, 2009

Selaput Dara

APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian. Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

~ THANKS TO ABANG ABI. CILOK SKET. HEHE... UTK RENUNGAN BERSAMA ~

Tuesday, August 11, 2009

Cerita Ceritik Cerituk

Assalamualaikum wbt...

Hye there... wassup?? I wanna ask u'all something. Am i a hiprocrite person?? Urmm.... saper-saper yang kenal aku, maybe derang lebih mengetahui. Huargghhhh!!! Benci betol laa.... Aku tatau nak tulis aper sebenarnya. Aku rasa kadang-kadang aku ni seorang yang hipokrit. Tak pedulikan perasaan orang, cakap kasar. Tapi tulah aku... Dalam keadaan aku nak marah pon, aku still tau batas-batasnya. Mulot lahanat aku ni bukannya pakai main sebut jek. Mulut laser kata orang. Aku juga tahu nak hormat orang, kalo tak... dah lama aku makan penampor.

Saper-saper yang pernah terasa hati ngan kata-kata aku, aku nak mintak maaf banyak-banyak. Ni pon dah dekat nak pose kan. Marhaban Ya Ramadhan.... Well, aku kalo boleh tanak lagi dah sedey-sedey, nanges-nanges... Bazir airmata jek. Kalo nanges sebab dosa aku pada Allah takper la jugak. Huhuhu..... Aku mintak pada Allah, moga hati aku ni tabah dalam menjalani kehidupan seharian. Aku nak kembali senyum dan hidup bahagia seperti dulu. Ditemani kawan-kawan dan keluarga. Aku sedar kadang-kadang sebagai manusia, aku tidaklah sempurna. Mungkin ada baik dan buruknya kelakuan dan tindak-tanduk aku. Sooo cheer's up Mourieys!!!!



Saturday, August 8, 2009

Infulenza H1N1 + Heartbreak

Assalamualaikum wbt....

Sekrang nih macam-macam dah berlaku kat Mesia. Kes terbaru, wabak penyakit Influenza H1N1 yang telah melanda Mesia. Setakat ni, dah 18 orang mangsa terkorban. Huhuhu.... Dunia akhir zaman. Allah turunkan berbagai bala bencana dan
wabak penyakit. Ya Allah... takot rasanya. Kat tempat aku keje, ader beberapa orang pekerja demam-demam. Harap-harap laa bukan wabak tu. Selisih malaikat 44! Nampak gayanyer aku kene pakai mask r datang keje besok. Huhuhu....

Aku nak cter pasal aku pon dah takder mood rasanya. Kalo bleh, nak aje luahkan kat blog nih. Nak aje aku maki hamun... biar puas hati aku. Tapi takleh... aku bukannya jenis yang suka sangat maki hamun orang. Tak baek tau. At least aku pendamkan aje. Biar Tuhan balas.... Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Untuk dia, aku sanggup korbankan walaupun 10 orang kekasih hati. Dia umpama seorang kakak; Kakak yang terbaik buatku. Cukuplah setakat ini keperitan dan kepedihan yang aku rasakan. Aku nak idop bahagia dan mencari keredhaan-Nya.. insyaAllah.


Thursday, August 6, 2009

Disakiti

Assalamualaikum wbt....

" Amat pedih  melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri
Bila bersendiri
Aku mimikirkan
Di mana silapnya
Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji
Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama "

Sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Terlalu pedih hati ini kurasakan... Aku terima ketentuan Illahi dengan hati terbuka. Cuma sedikit rasa terkilan, terkilan yang amat sangat. Aku sedar siapa diri aku. Bagai pungguk rindukan bulan... menanti bulan jatuh ke riba. Aku juga seperti tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin juga aku seorang yang mementingkan diri sendiri, bersikap hipokrit. Aku bingung... Mengapa aku diperlakukan begini. Aku juga seperti insan lain, punyai hati dan perasaan. Terasa sakitnya bila disakiti, dikhianati. Biarlah, aku merelakan apa yang telah berlaku. Doaku semoga mereka berbahagia ke akhirnya.... InsyaAllah..


Wednesday, August 5, 2009

Faizal AF4


Hehehe... jangan marah haa. Saje aku uploadkan video nih.
Suka dengar Faizal nyanyi lagu rakyat.Ahaks...


Tuesday, July 28, 2009

Wish U Gud Luck

Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku upload gambau masa pi anto my bro (Ateh) kat Akademi Laut Malaysia, Melaka. Pastu sempat pose cket. Heheheh..... Well, for my bro... wish u gud luck and take care. We always luv u and miss u. Mmuahh!!! :p






DOA MENCARI CINTA

Assalamualaikum wbt...




Saturday, July 11, 2009

Postpone

Assalamualaikum wbt....

Semalam aku hamper-hamper nak bertolak ke Kuantan. Adik aku yang no 3 dapat sambung blajar kat ALAM, Melaka. So, nak g daftar dia laa hari Ahad ni. Ingat nak singgah tido Kuantan umah mak sedara. Hari Sabtu bertolak ke Melaka, tumpang tido umah my kazen. Aku ngan famili dah nak masuk bandar (bandar Kuala Terengganu ler...) Tetiba pihak ALAM call my bro tu.. postpone on Sunday nextweek, coz Influenza A H1N1 cases. Kat tempat adik aku nak pegi tu, 6 orang pelatih disahkan kena benda alah tuh. Huk aloh laa.... Tapi ok gak... takder laa jangkit kat adik aku plak. So, let's wait n see on nextweek. Hehehe....

Friday, July 10, 2009

Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Assalamualaikum wbt....

2 hari lepas aku bermimpi.... mimpi kuar date ngko!! My date-partner aku bukan calang-calang orang taw... nak tau saper?? Jeng jeng jeng!!!! The one and only....... FAHRIN AHMAD!! Hakhakhak!! Dok caye wase.... kuor date ngan Fahrin. Jejaka idaman malaya tu.. Rasa cam bahagia sangat, siap pegang tangan, g shopping, minum2 kat Starbuck... Waahhh bahagia betol. Tapi.. tu cuma mimpi jek. Bangon pagi, aku sengih sensorang like kerang busuk! Ahaks!! Tatau r naper tetibe leh mimpi si Fahrin tuh... Bila aku cter kat mak aku, tergelak besar derang. Malu lak rasanya... Huhuhu... Urmm mujur sangatlah aku kuor date ngan jejaka hensem cam tu. Impossible lah.. Aku ni takder rupa... orang nak pandang aku ngan sebelah mata pon lom tentu.... Tapi, tak kisahlah. At least aku berjaya kuor date ngan jejaka hensem walaupun hanya dalam MIMPI.. Uhuk!

Tuesday, July 7, 2009

Micheal Jackson's Ghost??


Betul ke roh Micheal Jackson (MJ) berkeliaran di kediamannya di Neverland?? Sama-sama kita saksikan kesasihannya. Mungkinkah ia benar seperti sesetengah dakwaan yang mengatakan MJ tidak mahu mati dan meninggalkan kediamannya itu? Dan ini menyebabkan rohanya masih berkeliaran walaupun beliau sudah meninggal dunia hampir 2 minggu yang lalu? Atau sekadar illusi?? Urmm....



LOS ANGELES : Nampaknya kematian Michael Jackson mencetuskan pelbagai fenomena, termasuk dakwaan rohnya masih berkeliaran di kediamannya di Neverland. Dalam satu klip video di rumah besar raja pop itu, peminat mendakwa bayangan di hujung laluan di rumah berkenaan membuktikan kehadiran roh Michael. Ia adalah khabar angin terbaru mengenai Michael sejak kematiannya hampir dua minggu lalu. Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa konsert jelajah dunia Michael akan diadakan menggunakan teknologi hologram. Mayat Michael juga didakwa akan ditanam tanpa otaknya kerana ia perlu menjalani ujian makmal. Rakaman video di Neverland itu dibuat Miko Brando - anak kepada legenda filem, Marlon Brando - bersama jurukameranya. Pada peringkat awal, tiada sesiapa menyedari kewujudan bayang yang didakwa roh Michael itu. Namun, selepas rakaman berkenaan dipaparkan dalam laman web YouTube, khabar angin mengenainya merebak dengan cepat di Internet. Pengunjung turut meninggalkan komen dan berdebat dengan penuh minat mengenai kemungkinan roh Michael kini berkeliaran di Neverland. Seorang daripada mereka meninggalkan komen: “Ya, itu adalah MJ (Michael Jackson), malah gaya rambutnya menjadi bukti...!! Dia tak mati!” - dipetik dari MyMetro Online.

Sunday, July 5, 2009

Ujian-Mu

Assalamualaikum wbt...

Haii... jumpa lagi dalam ruangan blog aku yang dah lame nau aku hapdet. Huhuhu... Macam-macam hal berlaku kat famili aku sekarang nih. Adoih laa.... Genap sebulan atuk aku eksiden. Tapi alhamdulillah, takder laa teruk sangat.. patah-patah pun takder. Cuma sakit bahagian belakang jek. Pastu hari Khamis baru ni plak my dad masuk wad coz kene batu karang. Kene tahan sehari semalam jek. Pihak hospital tak buat sebarang tindakan.. just x-ray n then bagi medicine. Tak memerlukan operation. Syukurlah... Aku sendiri pon baru baek demam, still batuk-batuk lagi nih. Dah naek serak sore aku ni haa.... Dada plak sokmo rasa sakit. Ye lah.. duk batuk koh-koh-koh!!! Semput rasanya... My mum plak kene operate pas raya. Doc syorkan kat my mum suh buat bulan pose... tapi dia taknak. Baju yang orang tempah untuk raya saper nak jahitkan?? Uhuk!! Aku ni dah ler tak reti... Ni duk makan ubat tahan sakit jelah. Aku faham sangat... cmner sakitnyer bila my mum period. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Ya Allah.... aku redha dengan ujian yang Kau berikan.......

Monday, June 29, 2009

Saturday, June 20, 2009

Hanya Awak



AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA MEMERLUKAN AWAK
SAAT SAYA MERINDUI AWAK
TIKA SAYA DALAM KESULITAN

AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA INGIN MEMBINA
MAHLIGAI INDAH BERSAMA AWAK
LALUINYA BERSAMA
DENGAN TABAH DAN SABAR

AWAK..
SAYA NAK AWK TAHU
HANYA AWAK DI HATI SAYA
MULAI HARI INI,
ESOK,
DAN SELAMANYA..
INSYA-ALLAH

AWAK..
SAYA PANJATKAN DOA
PADA YANG MAHA ESA
SEMOGA JODOH ANTARA KITA
BERKEKALAN
SEMOGA KASIH SAYANG
YANG DISEMAI DIREDHAI-NYA


Monday, June 8, 2009

Lawak Sari Kata - Geli Mat


~ SELAMAT BERHIBUR ~



First time aku tengok clip nih... sendat perot aku duk gelak. Nak pecah
rasanya perot aku nih.Hakhakhak!! Lawak tol!!

Friday, June 5, 2009

My Best Pren

Assalamualaikum wbt...

Ari nih aku nak bercakap mengenai perasaan. About my feelings.... Ekceli aku bukan nak jiwang2 karets. Saje nak meluahkan di ruangan blog aku nih. Dari mana aku nak mulakan eek... Susah jugak nih. Adoih laa... Urmm aku rasatak perlulah sumer ni kan. Apa2 pun yang berlaku.... setiap masalah aku, idop mati aku... Biarlah aku yang hadapinya sendirian. Hanya seorang insan yang aku kenali yang memahami aku. Sanggup mendengar segala luahan hati aku.Terima kasih banyak-banyak Kak La. Disaat aku rasakan hidup ini seolah tak bermakna lagi buat aku... dialah yang memberi dorongan dan semangat. Aku dah anggap Kak La tu as a my own sister. Aku ni takder abang atau kakak.... Sedih sero.. Uhuk!! K r... malas aku nak ungkit benda yang dah lepas. Yang lepas tu, lepas laa. Biarlah aku simpan kemas dalam hati nie. Aku percaya, setiap apa yang kita lakukan... akan mendapat balasannya. So, fikir-fikirkanlah.. .


Expo

Assalamualaikum wbt...

Ni nak cter... Kat Dataran Shahbandar ada Expo. 3 malam lepas aku pi r jenjalan. Jalan-jalan cari jantan.. Opss!! Acahjelah. Hakhakhak!! Tak der maknanya aku nak pi jantan, hengat aku ni lapo kat jantan sangat ker? Huhuhu.... Aku saje jek pi jenjalanwith my kazen. Aku merempit ler... nek my scoot cabuk aku tu ler. Dia tido kat umah... At least aku tak der laa bosan tahap cipan pretnen kalo kazen aku ni ada. Kan Jumaat ngan Sabtu coti sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong plus coti skola lagik.. Soookita enjoyyyy!!! Hakhakhak! Ramai gak laa kat expo tuh. Siap ada taman tema ala-ala Genting Highlands gitu.. Nak masuk dah kene bayau 3 hengget sorang. Urmm tak kisah laa kan. Aku ngan kazen aku pon masuklah... Mak oii meriah curry ngko! Aku ingat nak nek buaian pusing... alerr cam Eyes On Malaysia tuu. Tapi tak kesampaian dek token yang mahal ko. Huhuhu... aku ngan kazen aku just melopong jelah tengok mereka-mereka ittew bergumbira. Uhuk!! Nak nek benda lain pon aku rasa bleh bikin jantung aku tercampak keluar. Seram dowh! Lagi pon aku nak save bajet ler.... Aku balek dalam kol 11 malam. Best gak g jenjalan. Lalalala laa.....

Wednesday, June 3, 2009

Wish Me

Assalamualaikum wbt...

Urmm coti skola dah bermula. Maka... dengan itu, ramai laa yang buat kenduri kawen. Hehehe...Bese r.. asal coti skola jek ader orang kawen... Asal ader orang kawen jek, coti skola. Ahaks!!! Kawan aku baru-baru ni dah kawen. Umur baru 22, tapi dah kawen. Muda-muda lagi dah kawen... Tapi baguslah kawen muda. Aku doakan semoga beliau dan suami berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu, InsyaAllah. My kazen 2 orang pon baru jek bertunang. Aku?? Ntah ler.... no comment. Ader jodoh, ader rezeki aku kawen laa. Setiap orang nakkan keluarga dan kehidupan sendiri yang bahagia kan? Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Kita merancang, Dia yang menentukan. Tinge aku nih dah lali dengan pertanyaan yang bikin aku tak senang duduk. Ye lar, umur dah meningkat, tapi lom kawen... Urmm whatevalah. Suka ati deranglah.... Yang penting, bila tiba saat ittew, aku akan pastikan ia akan menjadi satu peristiwa yang paling bersejarah dalam idop aku... Wish me gud luck k. :D


Tuesday, June 2, 2009

Orang Baru

Assalamualaikum wbt...

Nur Damia Farisha binti Hasli Sham @ Miyako - Cantik nama ni? Err tang Miyako tu saje jek aku tambah. Atuk dia laa
yang panggil Miyako. Bila aku soh letak Rogayah, tanak. Sibok sangat daddy dia duk tanya aku nak kasi nama apa. Barulah klasik cket! Hakhakhak!! Ekceli ni nama anak sepupu aku yang kawen ngan orang Johor tahun lepas. Kuat meragam... Umur lom sampai lagi 3 bulan dah pandai nak nek kete. Bila duk lam kete.. memanjang jek senyumnyer. Sampai ke tinge. Huhuhu.... Dok sabor rasanya nengok dia besor. Ahaks!! Kat bawah ni aku upload gambau si Miyako... Masa ni Miyako berusia 5 hari... :D




Monday, June 1, 2009

Problemo

Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tak tau nak tulis aper. Fikiran jadi buntu, melayang entah ke mana. Banyak yang aku pikirkan waktu ni. Sumer datang serentak. Bak kata pepatah, bukan hidop namanya kalo takder masalah.... Entah lerr... Aku ni jenis kadang2 yang tak amek kesah sangat pon pasal benda nih. Kekadang boleh migrain aku dibuatnyer bila aku amek kesah. Muka pon jadi ber'kerapu' jek... dek banyak pikior le nih. Well.... let's wait n see. Mungkin ader hikmah disebalik sumer nih. Aku harapkan ianya akan berkesudahan dengan baik, InsyaAllah...

Sunday, March 29, 2009

Heppi Anniversary...

Assalamualaikum wbt...




Wahh lama nau aku tak hapdet blog ni kan. To JUNKOPILE, so sorry coz lama tak hapdet.
Ari nih, genaplah Ulangtahun Yang Ke-3 For My Blog. Huhuhu.... SELAMAT HARI JADI!!!!!!!!
InsyaAllah, ada masa nanti aku hapdet laa blog aku nih. Kikiki......

Saturday, March 14, 2009

Kene Flu

Assalamualaikum wbt....

Aku tatau r nak cter pasal apa ari nih... Ekceli aku baru baik demam.
Demam rindu!! Wakaka... acah je lorr.. Urmm musim kot??
My Dad pon demam gak. Huhuhu..... Jangkit laa tu.
Selsema, batuk lagi... 'Serombong kapal' pon
dah tersumbat ni haa... uhuk!!
Sistem imunisasi tak kuat nih... Kepala pon dh jadi blurr.
Alahaiii.. tido malam asek terganggu jek.
Urmm harap-harap tak laa makin teruk.
Sabor jelahh...... Udah ler, maleh doh nok nulih.
Lengoh abih wase.... Daa.. :p

Saturday, March 7, 2009

Visit My Bro Plus Jenjalan





Assalamualaikum wbt.... J

umaat lepas, aku ngan famili pi melawat adik aku kat PLKN Bukit Jong, Kuala Krai, Kelantan. Kami bertolak kol 9 pagi. Destinasi pertama yang dituju ialah Pengakalan Kubor. Muahaha!!! Nak kata pi shopping tu, idak ler. Saje jenjalan cuci mate.... Kami sampai dlm kol 11 lebih. Banyak nau baju, shirts, kain tudung, jeans (local punyer made in Thailand - huhuhu!!) yang lawa-lawa. tapi nengok ler pulok regernye. Lemah lotut den! Yang paling aku geram - teddy bear! Comel siutttt!!!! Tapi lupa nak snap gambar teddy bear yang kiut miut ittew...
Aku cuma beli makanan ringan jjek... Kacang senyum (Pistachio) ngan gajus (cashew nut). Best bangett. Pastu my famili gerak plak ke Rantau Panjang. Tapi singgah makan jelah. Tak dan nak pi round-round kat Rantau Panjang. Tak cukup masa!!

Pas makan tuh, kami tros ke PLKN. Dalam kol 3.30 lebih, kami pon sampai. Lenguh pukoq aku nih. Huhuhu.... Duk sembang-sembang dalam 3 jam, kami pon mengundurkan diri. Cheewaahh... Alang-alang nak balek Ganu nih, singgah kejap kat Pasar Wakaf Che Yeh. Sempat beli-belah cket ~ Part aku jelah. Muahaha!! Round-round kat pets shop jap. Sempat snap gambau rabbit ngan hamster. Comel sangat!! And then tros gerak balek Ganu... berenti makan satay kat Pasir Putih. Best gak r.. sambel minum ABC. Ahaks!! :p Sesampainye di ghumah... bersiram jap n then tros cari bantal empukku. Kroihhh!!!

Tuesday, March 3, 2009

Saat Ini...


Slash - Taman Astakona

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

( bridge )
Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

( korus )
Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya

( ulang bridge dan korus )

Tuesday, February 24, 2009

Malas_Lazy_Maleh_Nasang

Assalamualaikum wbt....

Ari ni aku MALAS nak hapdet. Huhuhu....
MALAS tol!!


Tuesday, February 17, 2009

Kecohh!!!

Assalamualaikum wbt...

Ni nak cter.. kat keje aku, berlaku satu kejadian yang tak diingini. Berlaku kat budak-budak bengkel. Aku tak sedar pon coz aku duk lam opis. Tetiba aku dengar ader orang jerit sambil terlompat-lompat. Aku ingatkan aper... rupa-rupanya ular sawa jatuh atas tangan dia. Ya Allah... kecoh dibuatnyer. Penakut jugak rupernyer eek. Kalah aku.. huhuhu...

Ular tu takder laa besor sangat. Dalam 2 jari jek, panjangnyer dekat sedepa kot. Kat dalam opis ni plak ader orang takleh tengok ular. Ape lagi... menjerit sakan laa kawan aku nan sorang nih. Masa tu dia dah pun duk atas kosi...nyorok kat belakang aku lak tu. Aku ni sakit perot duk tahan gelak. Geli-geli jugak.. tapi taklah cam si spider. Uhuk! Takot dowh!

Budak laki sorang ni plak suka usik kawan aku... makin menjerit laa dia. Perit tinge aku. Sabor jelah.. Meja kat kami duduk tu ader cermin... so, budak laki ni hulur laa ular yang duk belit tangan dia tu kat cermin tu. Aku tengok jelah. Cantik corak dia. Berbatik...berkilat kulit ular tu. Kawan aku lagi sorang sound kat aku.. 'Cantik mung kata?? Eiii geli akulahhhh!!!' Kwang kwang kwang... Budak-budak bengkel ni suka sangat usik we'all kat lam opis ni bila derang takder keje.. Aloh laa... Last-last ular tu kene buang. Fuhh.. selamat..

Saturday, February 14, 2009

Aksi Remp-It

Assalamualaikum wbt...
Semalam ari kan ari minggu... So, aku ngan famili bekpes kat luar. Makan nasi dagang kat Chendering. Nasi makin sikit... Tapi alhamdulillah, kenyang gak r. Rejeki.. jangan banyak songeh, makan aje. Huhuhu... Pas makan, sempat pi ronda-ronda kat lagoon Kuala Ibai. Alerr kat Masjid Terapung. And then we'all pi melawat ayah pada kawan my dad. Dia dah ok cket. Best dengar dia bercerita pasal Mekah, kegembiraan masa menunaikan haji tahun lepas. Almaklumlah, pas dia balik haji ari tu... aku satu famili tak berpeluang jumpa ngan dia. Cam syok jek dengar dia cerita. Urmm... agak-agaknyer bila laa aku leh gi Mekah? Huhuhu... harap-harap aku leh bawak my parents sama-sama tunai haji. InsyaAllah.. mudah-mudahan my famili dimurahkan rezeki...amin.
Pas balek umah kawan ayah aku tu, singgah kat pasaraya Giant.. beli barang-barang dapur. Tengahari kene duk dapur, let's masak-masak. Huhuhu... aku masak yang simple-simple jek. Ayam paprik, terong goreng berlado. My mum masak gulai telor. Bab meng'gulai' ni aku kureng cket. Bukan tak pandai, tapi tak expert cam my mum. Wawawa..... :p
Petang, pi tengok orang drift kete, main moto skreng ngan minibike kat Stadim Sultan Mizan. Nakal btol tengok bebudak nek minibike. Kecik-kecik dah pandai merempit, berlumba. Huhuhu... Tapi tak kisahlah, mereka-mereka ittew di bawah pengawasan ibu bapa, disediakan trek untuk diorang merempit. Bila besor nanti leh r ganti Max Biaggi ke, Valnetino Rossi ke... Ahaks! Sowie r, takder clip disertakan. Huhuhu.... Urmm malas doh nok nulih. Sambung esok2 r plop. Daa...

Monday, February 9, 2009

Makan Luar

Assalamualaikum wbt...

Ari nih aku bzi cket kat khojer. My boss suh aku settle stok kat store pon lom siap-siap lagik. Banyak benda kene aku kene ingat. Almaklum laa, otak aku dah berkarat... payah cket nak ingat sesuatu. Entah la, payah nau nak ingat... benok semacam jek. Huhuhu... Aku ni ader penyakit nyanyuk ker?? Huwaa.. Kat store tu plak barang berlambak. Tak ikut susunan. Pastu nak kene tau harga, brand apa, nama aper... Huk uluhh... Sabor jelahh!

Mase lunch aku turun town... kawan aku nan sorang nih nak makan tomyam katanya! Aku makan nasi goreng kampong jek.. My peberet pod. Tapi 'kureng' r... Cam nasik goreng bese jek. Cuma dia letakkan ikan bebilis. Nak tanak, aku kene abiskan pasal perot lapor siott.... Pas makan, sempat pi round-round cuci mate cari mamat ensem.. Opss!! Acah jek... Ekekeke...

Tempat we'all makan tu pasau...so, banyaklah jual benda-benda yang digemari oleh kaum hawa. For example... kain tudung, baju, tshirt, jeans, kerongsang... etc. Tapi we'all sekadar cuci mate jelah. Kawan aku ni plak dah angau kat tshirt nih... So simple tshirt tu.. aku pon berkenan. Kaler putih. Huhuhu... kalo ader wet lebey, aku sambar jek. Tapi nan ado! Tengok jelahh..... Aku balek khojer td pon lewat. Ye r, terkontang kanting aku ditinggalkan sensorang diri. Huhuhu... Tapi takpe r, leh backup masa masuk lewat we'all pi lunch tadi. Eekekekekee....


Friday, February 6, 2009

Siapalah Aku

Assalamualaikum wbt...

Ari ni aku nak jiwang karets sket... Huhuhu!! Alerr dun wori ler, bukan leleh ponn. Sekadar nak meluahkan, menyatakan apa yang terpendam. Aku ni dah tua... ahakSs!! Tua ker?? Bukan tua kerepot okeyy... Tua dari segi umur r. Patotnyer umur 21, 22, 23 dah patut 'mendirikan masjid'... owang kata kan. Nak mendirikan masjid aper nyer... tiang lom order lagi. Oppss!! Acah jek... Hehehe. Urmm maybe blom masanya lagi kot. Kiter nih saper laa yang nak... Kalo ader pon sekadar persinggahan jek. Datang bila perlu, pergi bila rasa diri ni dah tak diperlukan lagi. Urmm dah terbiasa sangat camtu.

InsyaAllah... ader laa tuh. Aku bukannya apa... sedikit terkilan, sedey bila diperlakukan begini. Saper yang tak terasa bila tengok pasangan lain bahagia. Takder yang tak terasa kan? Yes... aku still ada my famili,my mom and dad... adik2 yang boleh membahagiakan, menceriakan aku. Tapi hati manusia... Aku masih boleh cakap kalo aku takleh hidup tanpa my famili..especially my mom. Aku tak sanggup kehilangan mak aku... Urmm aku ni reti berkenan, sayang, amik berat pasal seseorang... Tapi tatau r samada orang yang aku berkenan, sayang, amik berat pasal aku... buat perkara yang sama kat aku. Hati manusia, saper yang tau kan? Aku pernah dikecewakan, dikhianati, dicurangi oleh orang yang aku sayang dengan sepenuh hati aku... Ia amat menyakitkan!

Tapi aku rasa bertuah sangat.. walaupon seketika, hati dan perasaan ni pernah disayangi oleh seseorang suatu ketika dulu. Dia terlalu amik berat pasal aku, ada bila diperlukan, dialah tempat aku meluahkan masalah... Sekarang, sumer tu dah tinggal kenangan. Aku akan abadikan ia sebagai kenangan terindah dalam hidup aku yang tak mungkin aku lupakan. Terima kasih banyak2! Cuma aku ingatkan pada diri sendiri, "TAK SEMUA CINTA BERSATU"....

Wednesday, February 4, 2009

Hampeh...

Assalamualaikum wbt....

Aku dah bosan... aku dah bosan...aku dah bosan!!!!! Huargghh!!! Aku tatau nak tulih gaper.... otok blurr neh... Ejard si koya2.. buat sawan sokmo. Tapi aku tak kesah.. aku heppi walaupon kadang-kadang si 'pondan' tu menyakitkan hati aku. Entah paper arr.... Dialah my best pren aku. Terkadang aku lupe pasal dia... pahtu mula laa ngadu kat mak aku. Hawau tol. Doh la gi ngadu kat mak aku. Eii tak malu... huhuhu... Alerr aku tak kisah pon. Aku tau dia anak yatim piatu... Aku pon dah anggap dia cam abang aku. Paper masalah, aku cter kat dia.. Tapi tak sepenohnyer laa. Apa yang boleh aku kongsi, aku kongsi.... Nak luah kat boipren, aku takder boipren. Huhuhu.... Hok ader pon tak leh harap, hampeh! Ape laa salah aku.... Urmm nasib badan... Redha ajerlahh... Malah doh nok nulih panjang-panjang... Ilang mood doh. huhu....

Tuesday, February 3, 2009

Bila Aku Sudah Tiada

Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

************************* @@@@@ **************************

Sunday, February 1, 2009

Fobia

Assalamualaikum wbt....

Nak dijadikan cter... baru-baru ni, kat opis aku ada sekor ni makhluk Allah yang paling aku fobia.... yakni Spider. Tatau laa dari ceruk mana dia kuar. Tetiba jek terkedek-kedek melintasi aku. Aku pon apa lagi, otomatik r aku menjerit. Tapi slow jelah..... Huhuhu... Spider tu jenis bebulu, kaler grey. Bila aku tengok lagi skali, spider tu dah takder (nyorok kat almari gamaknyer..) aku pon berlari anak kat meja satu lagi kat belakang. Walaupun masa tu dup dap dup dap dok ilang lagi... mata aku melilau cari makhluk Allah tu. Sebagai berjaga-jaga kata orang...

Tup-tup kuar laa... terkedek-kedek lalu bawah meja sebelah meja yang aku duduk tuh. Ya Allah... nak pengsan aku dibuatnyer. Aku mintak tolong ngan kawan aku.. haram tak ditolongnyer aku yang dalam ketakutan dan kesusahan nih. Takot jugak kekdahnyer!! Alahaiii.... Masa tu spider tu betul- betul duk menghadap aku. Aku duk atas kosi ngan kedua-dua kaki aku naik sekali. Atas meja dahlah penoh ngan fail-fail yang menimbun. Aku yang tak tahan duk bertentang mata ngan spider tuh... dah mula menggigil sambil airmata bercucuran. Huwaaa...!!!! Aku bukannya apa, takot-takot 'memanjat' kosi yang aku duduk tuh! Tak ke naya?!! Aku jadi gelabah plus takot. Kawan aku syorkan suh lemparkan fail-fail yang ada atas meja tu kat spider. tapi aku sedaya upaya tanak cederakan spider yang tatau paper dan tak berdosa ittew!!

Seketika kemudian, sepantas kilat aku 'khabak' atas meja tu. Ahh lantak ar aper orang nak cakap. Uhuk!! Seb baik bebudak bengkel tak tengok aku 'khabak' and air mata aku yang bercucuran nih. Jenis aku ni, walau takot.. geli camner sekali pon.. aku akan tengok benda alah tuh. Aku nak make sure kan yang benda tu dah takder.. or dead! My God... rasa cam nak tercabut jek jantong aku. Menggigil aku dibuatnyer... Aleh-aleh aku suh budak praktikal tolong buangkan. Direct aku bagitau budak tu, 'Tolong jangan usik saya... Please lah!' Huhuhu... Dia pon semacam takot sebab ada sengat ko! Siap pakai glove lagik. Uhuk!! Balek umah aku tros inform kat my mom. My mom dah sedia maklum pangai aku... Benda-benda alah yang berkaki enam a.k.a insect memang aku takleh jumpa. Pantang ko! Tido malam seb baik tak ngigau... Huhuhu...

Thursday, January 15, 2009

Besday Boyy....

Assalamualaikum wbt...

Ekceli semalam besday my lovely bro... Angah. Aku dh wish awal2 kt dier. Cepat 5 saat dari aweks dier. Huawawawa... Kelas gitteww! Aku nak jadi orang pertama yang wish kat dier. Tak salahkan..... Sehari sblom besdaya dia tu, aku sempat belikan Bucket Combo KFC. Kire banjer arr... Nak beli kek takdan dah... Dalam keadaan hujan renyai2... aku meredah hujan. Huhuhu.....

"Hujan yang turun... bagaikan mutiara..." Seperti jua hatiku ini... sukar bagiku gambarkan dengan kata2... (Erkkk jiwang karat dahh...) Memang aku niat lain masa turun pi beli makanan tu ngan Angah. Nak antor my best fren... But.... tak sampai ati plak nak pi antor. Takot karang kang lain jadinyer. Wat malu jek.... Huhuhu.... Yang tu, biarlah aku simpan kemas-kemas di sudut sanubari aku...
Tak kesahlah... asalkan Angah ada untuk meng'heppy'kan aku yang tengah moody.Tengkiu.. tengkiu.... Loooove u so muchh!! Muah muah muah!!! Hehehehe....

Wednesday, January 14, 2009

Heppy New Year 2009

Assalamualaikum wbt...

Wahhh dah tahun 2009 ghopernyer.. Huhuhu... Selamat tahun baru. Apa azam baru? Ahaks! Aku ni kan dah lame nau tak hapdet blog nih. Aku rasa semacam dah lupe yang aku ni ader blog. Tak berkesempatan nak hapdet. Huhuhu... Urmm takpelah kan, ini blog aku yang punyer. So, suka ati akulah nak hapdet ke tak. :p Hua hua hua.... Keje

Urmm dah masuk tahun baru ni mesti ada azam baru kan... Aku ader azam baru ke?? Huhuhu.... Azam yang tahun-tahun lepas pon lom tertunai lagik. Ntah larr... Ape nak jadilah aku ni. Aku rasa laa kan, aku nak kawen ar.. Larikkk!!! Hahahaha... lambat lagi ler. Lom sampai seru lagi kot. Tapi member-member skola aku ramai yang dah kawen, dah beranak pinak pon. Aku ni bukannya muda lagi. Dah tua dahh..... Kita ni dari hari ke hari bukannya makin muda. Umur makin meningkat, kulit makin berkedut... Nak kawen pon takder saper yang nak kat kiter...:( Sesok, kalo dah gatai sangat nak menikah... suh jek mak bonda i tolong carikan. Tak gitu?? Tak salah kan.... Hehehehe... (Tapi aku taklah segatai dan segedik itteww.. Ahaks!!) Kalo ader jodoh ada rezeki, insyaAllah ada laa tu. Kalo takder, tawakkal jelah. Kena mandi bunga la jawabnye. Bley?? Huhuhu..... Choii!!!

Aku tak caye sangat bab-bab mandi bunga ni... Nonsense.... Yang aku percaya, jodoh pertemuan, ajal maut tu kan Allah yang tentukan. Setiap manusia kat muka bumi ni dah ditentukan saper jodoh memasing... (Wahh cam ustazah laa plak..) Tapi hasrat nak kawen tu memang ada laa. Entah saper la yang jadi my future hasben. Wawawa... :p Urmm tanak laa pikior lagi hal nih... Malas nak sakitkan kepala otak yang dah berserabut nih. K la, nak wat keje jab. Daa....