Sunday, April 27, 2008

Apa-Apa Jelahh....

Assalamualaikum wbt...

Lama nau aku tak wat entry untuk blog aku nih. Bzi plus takdak masa. Well, u know me... i kan duk umah jew, makan tido makan tido. Ahaks!! Malas nak gi cc... Kalo g cc ngan bebudak tu, bukannya nak wat entry, diajaknyer aku ni join derang main Counter Strike. Uhuk!! Tak ke haru namanya?? Kalo main game Worms Armageddon ke, Need For Speed Underground ke... tak per gak.

Idop aku sehari-hari... setakat nie Alhamdulillah. Takder paper masalah. Bukan masalah besor laa maknanya. Bukan idop namanya kalo takder masalah kan?? Setiap orang ader masalah. Tapi aku wat bodo jek. Malas nak ikutkan perasaan nih. Orang cakap, IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA, IKUT NAFSU LESU. Betol laa kan?? So, nak idop, kene pakai otak, akal fikiran yang Allah kurniakan. Gunakannya dengan sebaik mungkin. Jangan gunakan kepala lutut untuk berfikir. (Haper yang aku cakap sebenarnye nih??) Ader sorang member aku ni, dia cakap.... Orang yang heppy-go-lucky ni sebenarnya banyak masalah. Urmm... boleh diterima ker fakta tu?? Entoh lerr, aku pon tak tau nak kata apa. Maybe yes, maybe not kot? Err... otak blurr ah. Sok luse aar aku cter lagi k. See ya. Daa......


Wednesday, April 23, 2008

Waktu Yang Dimakbulkan Doa

Asalamualaikum wbt....



16 Waktu Yang Dimakbulkan Doa

MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
MALAM 10 MUHAMRRAM
MALAM NISFU SYA'ABAN
MALAM 'LAILATUL QADAR'
MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
KETIKA HENDAK BERBUKA
ANTARA AZAN DAN IQAMAH
PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
SELEPAS KHATAM AL-QURAN
KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Sunday, April 20, 2008

Fenomena

Beautiful nature phenomena Aurora Borealis (also called northern polar lights) in the night sky of Murmansk, a city in the extreme northwest part of Russia.

Wednesday, April 16, 2008

Saja Suka Suka

Assalamualaikum wbt....


Ekceli Mouriey's saje jek suka2 tukar nama nih. Nak tau apa nama betul Mouriey's dalam Bahasa Jepun. Tapi seblom tu kene tukar jantina dulu. Baca arahan dia betul2 k. Jangan silap baca, haru jadinye nanti. Kalo korang nk try, klik kat link nih : Nama Jepun My Japanese name is Nahoko Hatakeda. Ahaks!!





**********************************************************



Tengah main air...


Ahaks!!


Me & Kak La


Kucin banyak jari. (Cuba bilang jari dier....)


My besday cake... Huhuhu!!!


Cuba teka Pulau apa?? Hehehe...

Monday, April 14, 2008

Amuk Jiwa

Assalamualaikum wbt...

Perghhh... dasat title kat atas tuh kan?? "Amuk Jiwa...." Ekceli Mouriey's tatau nak tulis haper. Banyak benda yang berlaku semenjak dua menjak ni. Cam bengong jek.... Huhuhu!!! Berkecamuk sangat rasanya. Perasaan lalu masih menghantui diri nie. Apa yang Mouriey's nak, apa sebab dan musababnye, tercari-cari sesuatu..... Entahlah....

Bagaimana rasanya bila tiba di persimpangan... nak pilih kiri atau kanan?? Kita taktau mana satu jalan terbaik buat kita. Mungkin dipenghujungnya nanti akan terbongkar.... Tapi, adakah mungkin atau kebarangkalian untuk kita kembali semula ke permulaan apabila menyedari kita telahpun membuat suatu keputusan yang diluar jangkaan?? Huwaa... bencinyer.

Untuk mencintai seseorang tu bukannya sesuatu yang mudah. Mouriey's lebih suka berfikir ke hadapan.... Bagaimanakah penerimaan keluarga orang yang kita cintai itu terhadap kita?? Inilah persoalan yang sering bermain di fikiran Mouriey's..... Apa sudahnya cerita ini. Hati ini masih lagi setia untuknya. Adakah untukmu?? Mouriey's tahu, sudah tiada ruang untuk Mouriey's dihatinya. Paper pon, Mouriey's gembira dapat bertemu dengannya.. walaupun seketika dan cinta hadir bagaikan angin lalu. Huhuhu...... Argghhh... tensennyer. Sakit jiwa aku dibuatnyer. Adakah aku berjaya memiliki cinta itu?? Sama-sama kita tunggu dan lihat... Daa....


Sunday, April 13, 2008

Tenkiu Tenkiu...

Assalamualaikum wbt...


Yesterday is my besday. Uhuk... Dah tue pon... Thanx to My Mum, my siblings, my pren and my jeng jeng jeng.... But, tahun ni sambutannya ala kadar jek. Setakat beli kek n makan2 with my family. Thanks again to Ejard, UjangMD, Laito, Sue, My Cousin - Lieza, Man_Kelisa, Camey and my friendster friends. For My Mum, thank u so much for da hugs n kisses. Walaupon takder hadiah... uhuk!! Ok laa kan.... Seribu rahmat dah... Syukran syukran...



From Tubely : Klik here (I like it.... ahaks!!)

Thursday, April 10, 2008

Namaste Jii

Assalamualaikum wbt....


Nguahaha...

Sengal betol kan???

Aku sajer jek letak lagu hindi nih.

Bukannyer aper, rasa cam mengulit jiwa.

Iramanya mendamaikan. (Bagi aku ler... Korang aku tatau laa plak. Ahaks!!)

Pada sesaper yang tingenyer leh terima lagu nih ok laa kan???

Harap tak serabutkan kepala otak korang....

Ok laa, aku malas nak taip banyak2.

Takder mood ini hari.

Jumpa lagi.

Daa....


Wednesday, April 9, 2008

Lagi Sekali

Assalamualaikum wbt....

Pagi semalam Mouriey's dapat panggilan dari pihak UMT a.k.a KUSTEM. Derang tawarkan kejer kat Mouriey's sebagai Kerani Tadbir / Perkeranian Operasi, kat Unit Pembangunan Dan Harta. Derang bagitau Mouriey's yang derang tengok maklumat Mouriey's dalam Electronic Labour Exchange (Bursa Buruh Elektronik). Siap kabor kat aku nih, "Ni saye nok wi keje ke awok ni... Nok dok??" Uhuks...cam yeye jek nak kasi kat aku keje tu.... Akak tu suh Mouriey's antor Resume lengkap ngan salinan sijil2 yang telah disahkan.

Memandangkan UMT tu taklah berapa jauh sangat dari umah Mouriey's, petangnya dengan menaiki motor skuter cabuk Mouriey's tu.... Pas salam, cium tangan ngan my mum dan sempat lagik my mum pesan, "Langkah kaki kanan nak turun tu... jangan lupa selawat banyak2..." Mouriey's pon berangkatlah ke sana seorang diri. Uhuk!! Dengan susah payahnyer aku tanya pok guard yang tak berapa ensem tu kat mana tempat ni...bla bla bla.... Dan akhirnyaa!!!! Dapatlah kuhantar resume itu ke tempat yang sepatutnye dan sampai ditangan yang sebetulnye.... On the way nak balek tu, sempat lagi melilau kat opis my cousin. My cousin ni pustakawan kat UMT. Ahaks!!! Sajer jek aku menyemak kat opis my cousin nih.... Muahahahaha!!!! Suka hati aku jek kan... cam UMT ni ana yang empunyaaa.... Wakakakakak!!! Alerr... ala-ala student UMT gitteww. Takder orang pasan pon. Aku bukannya buat onar kat dalam UMT tu.... sajer 'menjelajah'.

So, pasni kene tunggu derang panggil intebiu laa plak. Kalo ader rezeki, dapatlah.... Kalo tak, takder laa kekdahnyer. Huhuhuhu..... Kekaadang kan, Mouriey's dah naik fed-up taw. Asek2 intebiu jek...khojernye nan ado! Tak dapat pon. Huwaaa.... Apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat. Dan apa yang kita tak harapkan, dapat plak. Tensen nau!!! Well... let's wait n see.... Mouriey's dah malas nak berharap sangat. Sama gak cam kita memberikan harapan pada seseorang, n then dengan sewenang-wenangnyer harapan tu dihancurkan. Pedih kan?? Ni yang maleh nih..... Kalo bleh, Mouriey's taknak ingat lagi dah hal yang lepas2, ungkit benda2 yang menyakitkan.... Tapi, nak wat camner... Sebagai manusia, kenangan tu sering mengiringi dan menghantui kita sepanjang masa. Tanpa disedari, ia akan menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Semakin kita lari, semakin ia mendekati kita.... Erkk?? Malalut dah aku nih... Udah ler, penat dah tangan ni duk menaip. Apa yang pasti 'kenangan itu' akan kekal disanubari. Terutamanya 'KAMU'... Kesilapanku Keegoanmu...... (lagu Datuk Siti Nurhaliza lerr.....) Daa......


Tuesday, April 8, 2008

Intebiu lagik

Assalamualaikum wbt.....

Huhuhu... intebiu lagik.... Kali ni kat Hypermarket Mydin Mall. Kire ok laa kalo keje kat situ. Like "ceti" laa kan. Dalam opis tu hanya Mouriey's sorang jek duduk. Takder lagi dah pekerja lain. Mouriey's ni khojernye sebagai Admin Asisstant. Kene kutip duit sewa tapak kedai kat Mydin Mall tuh. Tapi tatau lagi dapat ke tak. Tunggu Encik tu call Mouriey's balek. Kiranya dalam proses pemilihan. Ader ramai yang dah apply khojernye. Kalo ader rezeki Mouriey's, dapat lah.....

Pastu pegi plak intebiu kat kedai nset. Mouriey's apply untuk jawatan kerani jek. Tu pun taktau dapat ke idok. Huwaaa... Rezaknyer takdok keje wehhh!!!!!! Tu lah kan, ader keje, dah keje leklok... taknak. Tak serasi kekdahnyer.... Itulah, inilah..... Sekarang, rasa arr sendirik. Baru padan muka haku yang poyo nih!!! Benci nau....

Hari Khamis malam Jumaat baru ni adik Mouriey's berpakat ngan geng2 dia, wat BBQ kat umah. Havoc gak laa.... Walaupon tak ramai. Sampai nek senak perot nih nak perabihkan mee hoon goreng ngan ayam bakau tuh. Hari Jumaat malam Sabtu, ajak my bucuk makan nasi kunyit kat umah. Sembang2 ngan dia jap. Tu pon my mum join sekali. Ahaks!! Malu gak.... tapi dia ok jeww. Siap sengih2, gelak2.... Huhuhu.... 29.03.08 baru ni besday dak tembam. Sama besday ngan anak2 si Nini (My Kucin lerr....) Dapat 4 ekor. Cute bangettt... Lom daftar pon lagik. Nama pon lom letak. Ingat nak kasi nama LOLO, LOLA, LULU, & LILI. Okey tak? Muahahaha!! Sengal tol laa.....






Monday, April 7, 2008

Horoskop

ARIES (LELAKI)
*******************
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah. Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


WANITA API
************
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
Aries (21 Mac-20 April),
Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius (23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Tuesday, April 1, 2008

Teka-teki

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati. (JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... PILIH DULU BUAH APA.!!)
















Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya



aderke.. hehehehheh.. hehehee..
tipah tertipu... jgn marah haa... ekekeke....


Saturday, March 29, 2008

Ulangtahun

Assalamualaikum wbt.....


SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA MY BLOG!!!!
YIPIIIEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!


~ Ari ni takdan nak hapdet. Cuma nak wish jek untuk blog sendiri. Muahahaha!!
esok esok laa Mouriey's hapdet. huhuhu!!!! ~

Thursday, March 27, 2008

Interview

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's pi interview kat Hotel Grand Continential. First time jejakkan kaki ke hotel yang bertaraf lima blas juta bintang tuh.... Perghhh!! Cantik bangett.... Moureiy's turun dari umah dengan menaiki bas. Nak pi ngan motor, takleh... pasal hujan. Nanti tak pasal2 sampai kat otel tuh, basah kuyup Mouriey's. Tak suka ah.... Dari perhentian bas MBKT, Mouriey's naik beca. Best, lama tak naik. Kehkehkeh..... Sampai kat otel tu, ader 2 org dak pompuan duk bertenggek kat tangga. Tunggu saper ntah. Parents derang kot??

Mouriey's pon pi laa kat dak pompuan tu.... sebab nampak plastic bag kaler biru dan tertera perkataan "KOLEJ MAHSA". Ermm dah agak dah... ni mesti baru pas interview nih. mouriey's pon beramah mesra laa kan... tanya kat mana interview tu diadakan. Seb baik laa dak dua orang tu sudi tunjukkan tempat tu.. Naik lif otel ko... Ahaks!! (Huhuhu cam org darat ulu pueh jek...) Akan tetapi, ku cover perasaanku ini... Seb baik tak melompat ke'excited'an. Hikss!! takder laa ghamai sangat. Tak sampai sejam pon Moureiy's tunggu turn. Akak tu cuma terangkan apa itu KOLEJ MAHSA, tengok result spm (sebab Mouriey's apply Nurse - Diploma in Nursing). Alhamdulillah, boleh katanya. Tapi.... bila akak tu bagitau berkenaan yuran... tros lemah semangat Mouriey's. For advance, kene bayau RM 500. Pastu masa pendaftaran pada 20 April ni, kene bayau lagi baki RM 1380.00. Arkk!! Mana nak cekau duit?? Menci tol... So, sekarang ni... taktau nk pi ke tak. Masih ada lagi 2 interview berkaitan nurse. Tengok laa dulu camner nanti. Uhuk!!

Tuesday, March 25, 2008

Kisahnyer

Assalamualaikum wbt...

Semalam Moureiy's bawak Angah pi hospital besau Kuala Terengganu. Kuar bintat-bintat ka tubuh dia pas balek dari PLKN ari tu. Cian dier... garu sana, garu sini... Nak kata chicken pop, bukan... Bintat-bintat tu mengelembung... ada air. Memula Mouriey's bawak dia pi hospital pada hari Sabtu. Tapi Mouriey's lupa hari tu hari coti.... hospital kerajaan pon coti gak laa. Seblom balek... kitorang lepak-lepak dulu kat pantai Batu Buruk. Makan angin... uhuk!! Makan rojak petis/rojak buah. Masa on da way nak balek umah tu, kitorang pusing-pusing kat Masjid Kristal, Pulau Wan Man.

Masa jalan-jalan ngan Ejard ari tu, tak dan sampai pon. Penat siot sebab kene jalan kaki. Motor ngan kete kena parking kat luar. La ni dah leh masuk ngan kete, bas, motor. So, takyah arr sesusah jalan kaki bagai. Masuk kat dalam masjid tu... cantik bangett... Tapi takder laa luas sangat. Kat ruang jalan kaki tu dah ditulis amaran "WANITA YANG MENUTUP AURAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MASUK ".

Tapi sayang, Mouriey's takdan nak snap gambau. Kamera tak bawak lerr. Dalam kol 5 petang baru sampai umah. Keesokannya Mouriey's pi pagi ke hospital. Ramai siot orang.... Seb baik laa kene kat bilik rawatan yang tak ramai patient. Uhuk!! Dalam kol 11.30 lebih... pi Pasar Payang. Jumpa member dari KL. Pastu tros balek umah. Petang, pi antor Angah balek plak. Round2 kat Pantai Teluk Ketapang, Pantai Tok Jembal (Belakang UMT). Pastu jalan-jalan kat Pantai Mengabang Telipot. Terserempak ngan Man_Kelisa. Huwaa.... dah balek Ganu ghopernyer. Welcome Back To Ganu Kiter... Wakakaka!!! Maintain putih melepak... Ahaks!! Ok lerr.... Nak balik dah. Esok Mouriey's nak pi interview kat Hotel Grand Continential, Kolej MAHSA - Nursing. Uhukk!!! Doakanlah yer.... :) Daa.....

Sunday, March 23, 2008

Be Mine



Aku ingin kau tahu
Bahawa aku sentiasa merinduimu
Ingin kuulang detik pertemuan kita
Walaupun seketika cuma
Ianya meninggalkan kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Semoga hubungan yang terjalin kini
Kekal hingga ke akhir hayat
Sesungguhnya kehadiranmu
Menjadi penawar luka dihatiku
Pengubat jiwa dikala lara
Sukar untuk kuungkapkan
Lafazkan dengan kata-kata
Betapa aku menyintaimu
Dengan sepenuh hatiku
Sambutlah salam sayang dariku

~ Ahaks! Jiwangnyer.... :p ~



*************************
Assalamualaikum wbt....

Hari Jumaat lepas, Mouriey's kuar jalan-jalan ngan adik kat Pantai Airport. Kebetulan my bucuk ajak jumpa. Just borak-borak jek. Ekceli kan dah lama Mouriey's tak kuar lepak camtu... nak kata date tak jugak pasal ader bodyguard (adik Mouriey's ler.....) Kira lepas gak aar rindu... ahaks!! Kami pon bukannya salu jumpa. Dia bzi... So...hari minggu jek laa leh jumpa.... Huhuhuhu!!! InsyaAllah Mouriey's harapkan hubungan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kehkehkeh!! :)

Thursday, March 20, 2008

Tak Puas Hati

Assalamualaikum wbt....

Ekceli ader orang nak cari pasal ngan Mouriey's. Mouriey's tatau apa yang dia nak sebenarnya. Ada kemungkinan dia tak puas hati pasal ader beberapa kali dia ajak Mouriey's kuar, tapi Mouriey's menolak. Pernah laa terjadi sumthing between us. Tapi tu berlaku diluar kawalan... Takderlaa plak terbawa-bawa sampai keluar. Entah apa yang dia nak. Main ugut2 bagai.... Dia cakap nak return balik ape yang Mouriey's dah buat kat dia. Mouriey's bingung sekarang ni.... Adusss.... Sakit jiwa Mouriey's dibuatnye. Ya Allah... moga2 takder sebarang musibah yang menimpa Mouriey's. Naik seram gak Mouriey's. Huhuhu!!! :(


~ SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIUL'AWAL 1428 H ~
Buat semua pembaca dan rakan2 blog.

Wednesday, March 19, 2008

Macam-Macam

Assalamualaikum wbt....

Pagi semalam Mouriey's pi kenet ngan mak bonda. Pi amek ubat darah tinggi mak bonda kesayangan ambe tu. Mouriey's kene jaga dak tembam tuh. Penat lerr.... buas bebenor. Masa duk duk dukung dia tu, ader laa dak kecik ni... lelaki. Main2 ngan dak tembam Mouriey's nih. Pastu mak tanya dak kecik tu... nak adik tak? Dia cakap nak... Mak Mouriey's tanya lagi, naka dik pompuan ker laki? Dak kecik tu jawab, nak adik pompuan. Mak Mouriey's tanya lagi... Abis, nanti kalo mama adik lahirkan baby lelaki camner? Dak kecik tu tros jawab tanpa segan dan silu... "Nok tohok dalam parit. Dok pong tohok dalam sungai... pahtu hanyut pah laut...." Terkedu Mouriey's dengar. Nak tergelak pon ader. Pandai dia menjawab. Kecik-kecik dah petah bercakap. Hehehehe..... Budak2 zaman sekarang.... :)

Tuesday, March 18, 2008

Kalut

Assalamualaikum wbt...

Sorry laa lama xhapdet. Bzi cket. Ekceli Mouriey's tak tau apa nak jadi kat diri Mouriey's. Terasa cam duk kat tempat gelap, kesejukan, keseorangan, sedih, kesepian..... tak tau apa nk buat. Nak kata hati ni telah dimiliki oleh seseorang... yup, Mouriey's akui. Tapi rasa cam tak gembira plak. Dah biasa sangat kene camtuh. Bila masa duka, memerlukan kita... dia akan datang cari kita. Bila dia bersuka ria, gumbira... haram takder pon datang cari kita. Nan ado bak kata Ejard. memang memerlukan masa untuk kita mengenali hati budi seseorang. Walaupun dia tu merupakan seorang rakan sekolah Mouriey's, tapi kami tak pernah bertegur sapa. Tak pernah amek tau pon pasal dia. Tup-tup dia muncul, ajak kapel. Pelik lak rasanya. Kan? Kan?

Kalo ikutkan hati, rasanya cam dah maleh nak bercintan cintun bagai.... Rasa dikecewakan tu masih berbekas dihati ni. Ntah laa.... Nek bingung hati nih. Mouriey's cuma nak diri dihargai, diberikan kasih sayang.... Menjaga maruah kita dari tercalar, bukannya 'meminta' maruah kita. Dah banyak sangat orang cam tu sekarang nih. Kalo bleh, Mouriey's tak nak silap langkah. Arghhh!!!! Cam bengong jek.... Lalalala.... Lantak ah apa nak jadi. At least, kitorang cuba dulu. Jodoh pertemuan, ajal maut kan ditangan Tuhan. Apa2 yang berlaku pas nih, Mouriey's redha. Tunggu dan lihat jek. Mouriey's pon nak rasa bahagia cam kapel2 yang lain. Tak salah kan?? Kat bawah ni, Mouriey's nak berkongsi cket ngan uol's. Kehkehkeh... (Masa nek bot nambang ari tu n then majlis kawen anak sepupu Mouriey's)











P/S : UNTUK EN. EJARD - Nie blog aku, suka ati aku nak letak haper pon.... Sesajer jek aku nk letak gambau ni. Salah ker?? Gambau tu masa majlis kawen anak sepupu aku ler. Sajer aku letak walaupun xder kena mengena didalam ini entry. Okeyyyy??? Chow!

Monday, March 10, 2008

Tempat Baru Lagik

Assalamualaikum wbt....
Heyya uol's. Ari nih Mouriey's dah bekerja kat tempat baru. Kat Pasar Kedai Payang. Ejard siap tanya aku... aku keje kat situ as a admin clerk ker? Huk aloh laa... Mouriey's kejer sbg jurujual jek. Kedai kain sutera. Memula kejer, bese laa. Pening. Kene hafal banyak jenis sutera dan batik... ngan harga yang berlainan. Huwaa.... Tapi happy laa jugak. Pekerja dia suka melawak. N then we'all wat keje dalam keadaan gumbira. Takder laa tertekan sangat. Cuma Mouriey's penat yang hamat. Ramai customer dari luar Ganu datang ke kedai. Kejer Mouriey's untuk ari nih cuma tengok cara pekerja kat kedai tu layan customer, lipat kain, pakaikan patung kat situ ngan kain sutera yang cantik... untuk dipamerkan. Uhuk!!! Tak kesahlaa.... asalkan duit masyukkk. Senak idop nih kalo takder duit / pitih. Harap2 Mouriey's leh kekal lama kejer kat situ. Huhuhu.... Tu je laa Mouriey's nak cter. Pas nih dah tido tros.... Huwaa.... Babai....

Sunday, March 9, 2008

Coti Mengundi Lerr

Assalamualaikum wbt...

Maaflah lama hapdet... bzi cket. Opss bukan bzi sebab kempen eek.. Ahaks!! Semenjak dua menjak tak khojer ni kan, asek nak duk umah jek. Malas nak kuor. Kebetulan Mouriey's baru baik demam. Still batuk lagi nih sampai ilang suara.... tatau pi mana. Takdan nak kejor. Uhuk! Cuma time petang jek laa kuor round2. Bawak adik pi jenjalan. Ekceli kan, hari tu ader mamat nih banjer Mouriey's makan, seblom mengundi. Kat bazar Pantai Airport. Mouriey's tak makan, minum jek. Kebetulan bawak adik yang bongsu pi jenjalan kat pantai tu. Suara still serak lagi. Uol's nak tau saper mamat tuh?? Jeng jeng jeng!!!! Muahaha... (Kompem aku kene marah pasnih. Ahh lantak ah... ) Mamat tu adalah... En. Ujang MD kiterrr... Hikss!! Jangan marah...

Urmm Mouriey's dah pon jalankan tanngunjawab Mouriey's sebagai rakyat Mesia.. iaitu mengundi. Ahaks!! Dah cukup umur beb.... Memula tu kan, terketor2 tangan ni masa nak pangkah parti yang sepatotnyer. Sampai senget tanda pangkah aku tuh... Siap guna pemadam ko! Muahaha.... Almaklumlah, first time mengundi laa katakan. Dalam kol 4 ptg Ejard mai makan nasik kat umah ngan kawan dia. Lauk bese jek Mouriey's masak. Kelam kabut gak....

Pas Asar we'all pi jenjalan. Sajer jenjalan kat kampong orang.... Tengok suasana mengundi. Riuh rendah ko... Sampai jem jalan. Memula we'all singgah kat Hulu Takir. Siap nek bot nambang lagik! Huhuhu!! Nanti kalo ader masa Mouriey's masukkan gambau masa duk atas bot. Seb baik tak muntah aku nih. Sampai kat tengah muara (muara kerr...??) bot tu cam teroleng-oleng. Ombak kuat ler... Pening kejap kepala aku. Pas puas naik bot, we'all pi main air laut lak kat Pantai Airport. Ramai gak orang.... Bese laa, coti... Balek umah dalam kol 7, makan pulakk.... Feberet Ejard, laksam. We'all makan laksam kat kedai depan umah Mouriey's jek. Malamnyer duk umah jek. Tunggu keputusan Pilihanraya. Seb baik Ganu menang. Tapi tak kesahlaa kan. Menang ke, kalah ke... serupa jek. tapi kali ni BN banyak tempat tewas. So, maknanya kerajaan kita dah jadi kerajaan camporan laa ek?? Ermm.... yang penting harga barang tak naik. Huhuhu... Ermm esok Mouriey's mula bekerja di tempat baru. Moga-moga dapat bertahan lama laa kat situ. InsyaAllah.... Ok la... semoga jumpa lagi. Babai....





~ Ejard, Wan & Jeng jeng jeng..... ~


Sunday, March 2, 2008

Kerana Dia... Manusia Biasa

Assalamualaikum wbt....

Email ini dipetik drpd seorang sahabat, utk manfaat kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. Semoga bermanfaat..baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...... Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.... Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa .....

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan.
Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ...... "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya. Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Barukemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ menginginkan anda ........... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan. "Kenapa kamu memilih dia......?" "Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.." "Maksudnya?" "Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. BetuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing. "Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yangdimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya. "Gik.....?" "Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampumenyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusah menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin. Wallahu 'alam

Friday, February 29, 2008

Demam Lerr

Assalamualaikum wbt....

Maaflah lama tak hapdet. Mouriey's kureng sihat, demam. Ni dah okeh cket. Mouriey's tatau nak hapdet pasal apa. Biol semacam jek kepala nih. Pening lalat gitteww... tekak pon rasa loya. Seb baik tak muntah. Huhuhu.... Mouriey's pon dah wenti keje kat cc tu. Tup-tup demam laa plak. Agaknya sejuk kot duk dalam aircond?? Sampai nek kering kulit Mouriey's nih. Mouriey's lak jenis tak suka pakai 'benda alah' cam losyen ke pelembab ke.... Nok jangok pon gitu2 jek. (Jangok = melaram) Uhuk!! Tak gemar cket.

Ekceli Mouriey's nak masukkan gambau perang poster kat kampong Mouriey's. Penoh woo ngan poster, bendera dacing dan bulan. Sama-sama hebat. Sampaikan ada yang sanggup koyak poster. Huk aloh laa.... Tak der kesedaran sivik langsong laa. Cuba laa bersaing secara sihat. Apa salahnya. Kalah dan menang tu dah adat bertanding. Esok-esok laa Mouriey's masukkan eek. Kat bawah ni ader satu teka-teki ntuk uols. Tapi I think uol's dah bleh agak dah. Hehehe.... Ok laa, nak balek dah. Fenin arr... Huhuhu!! Daa....

Bermula satu titik
Ditarik jadi baris diputar jadi bulatan
Pilih ler jangan tak pilih
Suka hati ler nak buat baris atau bulatan

Dari kecil hingga dewasa
Kita diajar ikut barisan
Itu adalah desiplin agar tak lompat giliran
Tanpa barisan camner nak buat bulatan

Dalam merah ada putih
Hijau lebeh putih ditengah
Merah gagah putih berseh
Hijau pula sedap dipandang

Biru kalu tak sah ler dulu
Kut nanti haru bisa celaru
Lahir nya dari kalbu yang terkedu
Pahit nyer macam hempedu
~ Thanx to my fs friend :) ~

Tuesday, February 26, 2008

Only 329 People can understand This..

U can read this??

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty
uesdnatnrd waht I was rdanieg. The
phaonmneal pweor of the hmuan mnid,
aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde
Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht
oerdr the ltteres in a wrod are, the
olny iproamtnt tihng is taht the frsit
and lsat ltteer be in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses and you can
sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is
bcuseae the huamn mnid deos not raed
ervey lteter by istlef, but the wrod as
a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I
tghuhot slpeling was ipmorantt! if you
can raed tihs forwrad it.

Monday, February 25, 2008

Ragam

Assalamualaikum wbt....

Yuhuuu... hye uols, pe kabor? Mouriey's harap sumer sihat ye. Mouriey's kat sini ok jek. Cuma tensen je lahh... Rindunyer ke Kak La... Kalo Kak La baca blog Along.... satu je Along nak bagitau Kak La, I MISS U SOOO MUCHH!!! Wakakaka!! Kak La dah Along anggap cam kakak Along sendiri, tempat mengadu... Kat sini Along duk sensorang. Buhsan yang amat. Takder geng nak berborak, bergurau senda, bergelak ketawa sama-sama. Huhuhu....

Ni nak cter kat uols.... bebudak kat sini yang guna pc ntuk main gemes online. So, cc ni tertutup, ader aircond. Bebudak ni plak suka pasang speaker kuat2. Nek pekak tinge Mouriey's nih. Huhuhu.... Satu lagi, biasanya bebudak ni ader team. Segerombolan... 3 4 org sekali datang. Yang main pc game satu sorang jek. Bingit mengalahkan pasau. Kekadang derang bergurau, tapi kasar bunyinyer. Beselah orang Ganu.... Tapi bila pasang lagu / mp3.. humang aih.. jiwang giler. Meliuk lentok.... Huhuhu!!! Nak tergelak pon ader.... alahai budak2 nih. Sabor jelahh... K lah, laen kali cter lagi. See ya... babai.

Saturday, February 23, 2008

Rintihan

Assalamualaikum wbt......

Tatkala sepi dan resah menyelubungi jiwa, segumpal rasa ketidaktenteraman mula menerjah. Mouriey's tidak mengerti apa yang melanda diri Mouriey' sekarang. Tidak mampu untuk Mouriey's luahkan dengan kata-kata. Tersekat dikerongkong, tidak ada sebarang keluhan yang keluar. Terasa begitu membebankan diri ini. Hendak menopang dagu pun terasa kekok.

Puas sudah memohon pada Yang Esa moga diberikan sedikit ketenteraman buat jiwa ini... Namun keadaan masih serupa. Tidak banyak yang berubah. Terlalu kalut jiwa ini berdepan dengan pelbagai masalah. Masalah yang Mouriey's rasa mungkin hanyalah sebesar kuman namun diperbesarkan oleh diri dan minda Mouriey's sendiri. Jiwa sering saja meruntun sendirian. Walaupun perit, Mouriey's memaksa sekuntum senyuman terbit dibibir Mouriey's... Melalui hari-hari yang penuh berliku. Hanya padaMu aku berserah.....

Thursday, February 21, 2008

Apa nak jadi

Assalamualaikum wbt....

Apa lah nak jadi kat aku ni?? I think kan, this time untuk aku berehat kat umah with my famili. Aku rasa cam tak best, tak gumbira keje kat tempat baru ni.... Rasa cam keterpaksaan. Kalo tak kerana duit a.k.a pitih, agaknya aku rela duk kat umah jek. At least kat umah pon aku leh tolong my mum. Jaga baby, mak boleh menjahit. Aku pon leh tolong mak aku buat apa yang patot. Kesian kat mak bonda aku tu..... nak jaga baby, menjahit, kemas umah. Ada adik pon bukan leh harap sangat. Udah namanya jantan, lagi tak disuruh, tak dibuatnye khoje tu.

Sebagai anak sulung dan anak perempuan tunggal dalam famili, terkadang aku rasa tertekan. Nak keje jauh2 cket tak boleh. Nak buat itu, tak boleh... ini tak boleh. Hmmm... ntah laa, rasa terkongkong pon ader. My parents wat camtu bersebab... sebab derang sayangkan aku. Aku sedar akan hakikat itu. Aku pon terfikir gak, aku no kadangkala tak boleh nak hidup berjauhan dari famili. Espcially, my mum. Dialah mak aku, dialah kawan aku. Tak dapat aku bayangkan hidup aku tanpanya. Huhuhu!!! Mungkin abis bulan ni aku nak chow dah.... (Gila kan? Ahh lantak ahh...) Betul kata Abang Ujang, aku memang tak lama keje kat sini. Huwaa!!! Tensennyer........ :( Cam bengong jek....


Wednesday, February 20, 2008

Yuhuuuu!!!!!!

Assalamualaikum wbt....

Heyya my prenz... How r u today?? Cheewahh... Hehehehe. Mouriey's kat sini ok. Cuma tengah sesuaikan diri ngan tempat kejer baru Mouriey's nih. Tekanan perasaan rasanya. Buhsan yang amat!!! Urmm ntuk member2 yang sudi sign my guestbook Mouriey's kt bawah ni.... thanx a lot. Sudi2kanlah ye. Btw.... Mouriey's dapat offer keje kat Econsave Alam Damai... (anyone can tell me kat mana Alam Damai?? ~ lupa nak tanya Jard & Abang Ujang. Uhuk!!) As a clerk jek. But, i dun think that Mouriey's leh keje kat sana.... Well, uols know camner reaksi my parents nanti kan bila Mouriey's bagitau nak pi keje sana... Huwaa...!!! K lah, ada masa nanti Mouriey's cter lagi eek. Duk kat cc nih. Uhuks!! Taking care ya... Daa..... :)

Saturday, February 16, 2008

Thursday, February 14, 2008

Dapat Reward

Assalamualaikum wbt....

Heyya uols.... Ekceli Mouriey's malas nak hapdet. Entoh ler, rasa berbelah bagi. Hari ni hari last Mouriey's kejer kat sini. Rasa berat nak tinggalkan tempat nih. Rasa berat nak tinggalkan Kak La (my partner), tinggalkan kampong nih, tinggalkan Pantai Telipot tempat lepak untuk melepaskan penat lelah setelah abis keje ngan Kak La. Banyak kenangan kat pantai tu... Huhuhu!! Sedihnyer..... Tadi pi umah Nat, tak sangka dapat rewards.... Huhuhu... Terharunye.... Terima kasih ye kak. Mungkin pas ni Mouriey's jarang2 hapdet blog. Tapi Mouriey's akan cuba untuk hapdet blog nih setiap hari.






~ From Nat a.k.a NatsUmi ~

Semalam Mouriey's pi wat spek mate. Ejard jadi penasihat. Gila... asyik gelakkan aku jek. Uhuk! Dah lama benor Mouriey's tak pakai spek. Dulu masa blajor tahun 2002 - 2004 Mouriey's pakai spek. Pas abis blajor, Mouriey's dah tak pakai dah. Sejak akhir-akhir ni Mouriey's salu pening2, cepat sakit kepala. So, Mouriey's pi laa check mate nih. Power takder la banyak sangat. Cuma silau jek. Huk aloh laa.... Malam pi makan roti tempayan kat kampong Abang Ujang. Balek umah, tros tido. Penat lerr... perot pon kenyang. Untuk Abang Ujang, semoga cepat sembuh. Salulah makan ubat. Jadi anak yang baik untuk Cik Nung. Cheewah! Ahaks! Semoga jumpa lagi....

Wednesday, February 13, 2008

Whateva

Assalamualaikum wbt....



Sesajer jek haku hapdet benda alah nih... Tak taulah haku rindu kat saper.... Mungkinkah aku rindukan ketengan? rindukan zaman bebudak dulu? atau aku rindukan kat someone...?? err... persoklan ni buat aku sakit kepala la... Maleh nak layan jiwang yang very the karets nih.. Huhuhu!! Choww...

Monday, February 11, 2008

Antor Angah

Assalamualaikum wbt....

Kelmarin Mouriey's amek coti. Pepagi lagi dah bertolak ke Kuantan. Anto Angah ke kem PLKN Gambang. Wenti makan kat Chendering, makan nasi dagang. Sampai kat Kuantan kol 1 lebih. Solat Zohor umah mak saudara (belah ayah). Lepak-lepak jap. Mouriey's pon sempat terlelap. Sakit kepala ler... Pas makan barulah kami bertolak. Tu pon dalam kol 3.

On da way nak gi sana, jalan dah start jem. Dari Giant Sungai Isap sampailah ke simpang traffic light Segamat, jem giler uols. Naik keras bontot nih. Ngan berpeloh-peloh bagai.... Huhuhu! Terperangkap hampir sejam. Ingatkan ader eksiden ke, apa ke.... rupanya traffic light tu punya pasal. Tu pasal laa lambat. Ayah Mouriey's pon pecut arr kete tu... takut takdan sampai. Sebab Angah kene melapor diri seblom kol 5. Jauh jugak la... hampir 45 menet baru sampai. Ramai laa jugak budak2 yang dah sampai kat situ. Ada yang naik bas, ada yg famili derang antor.







Pas antor Angah, berenti umah mak sedara (belah mak) kat Sungai Isap. Pastu plak tros ke umah sepupu kat Indera Mahkota. Mandi and solat Maghrib kat situ. Main2 ngan Ecah. Dah buleh jalan dah.... Hehehehe. Makin comel dia. Dalam kol 9 lebih kuar makan. Sepupu banjer. Makan kat Restoran Ara Thai Seafood. Ala-ala Thai gitteeww!! Ahaks!! Tapi tros terang Mouriey's cakap, Mouriey's tak suka makanan seafood. Udang, ketam, memang Mouriey's tak sentuh langsong. Menu yang we'all makan semalam cam ikan siakap 3 rasa, tomyam, kangkong prod (kerabu kangkong yang dicelup tepong), telor dadar, kailan ikan masin. Mouriey's tak sempat nak snap gambau masa we'all tengah makan. Lapor ler uols. Ahaks! Kami bertolak pulang kol 11 malam. Sampai kat gumah kol 4 pagi. Uhuk!! Ayah ngantok masa drive... kejap2 berenti tepi jalan, tido. Bawak kete pon slow jek. Tu yang lambat sampai. Huhuhu!! Urmm Mouriey's ada lagi 3 hari nak wenti keje. Berat ati pulok wase nak tinggalkan tempat nih. Uhuk....


~ ECAH ~

Saturday, February 9, 2008

Gambau

Assalamualaikum wbt.....

Kat Perkampungan Hadhari








Besday Angah & Ejard




~ Ari nih aku malas nak hapdet. Takdak idea.... Huhuhu.... Daa... ~

Thursday, February 7, 2008

Mouriey's::So Abstruse

Welcome Myspace Comments

Kene Saman

Assalamualaikum wbt....

Huhuhu.... Kene saman ler. Semalam, pas balek kejer... adik ajak pi bandar. Nak buat ic baru katanya. Ic dia dah rabak. Aku ni ingat malas nak pegi... balek umah ingat leh rehat.... Adik Mouriey's nih takder lesen. So, dia gatal nak bawak motor tuh. Korang faham2 jelah... budak lelaki tak nampak macho bila orang pompuan yang bawak. Cam poyo jek bila jadi pembonceng... Tu pasal dia nak bawak motor tuh. Dah ditakdirkan Allah... benda nak berlaku... kun fayaakun. Tak pasal2 kene saman.

Memula tu okeh jek dia bawak. Sampai kat satu jalan tu, jalan jem giler. N then tetiba adik cakap roadblock ker? Dah gabra nih, tros tukau ngan Mouriey's. Tak sampai pon lima menet, tetiba polis trafik datang kat motor... cabut key motor tu dan suh kami parking motor ka tepi jalan tu. Aku dah kecut perot nih.... "bakpe mung bowok kalo takdok leseng?" Adik Mouriey's pun cakaplah dia tertinggal lesen kat umah. Tak pasal2 kene saman and balek umah nek bas. Huhuhu!!! Wase nok khenyek jek adik aku nan tercinta nih.... Rupanya2 berlaku eksiden... pokcik polis trafik tu plak tukang amek gambau tempat berlaku eksiden tu. Huk aloh laa.....

Balek umah tak pasal2 kene marah plak. Huhuhu!!! Nasib badan. Adik Mouriey's lak buat muka bodo... masuk bilek tros tido sampai maghrib. Gilerr!!! Lansong tanak bertanggungjawab. Atas kepala aku gak yang kene. Aduss.... Walaupun tengah marah, pedih tinge duk dengar ayah berletiaq... sabor jek haku nih. Lagipun Mouriey's baru jumpa anak kucing, duk mengiau bawah kete ayah. Comel sangat. Kira 'menyejukkan'lah hati yang tengah geram nih. Huhuhu!!! Sok luse Mouriey's masukkan gambau dia eek. Uhuk!!


Monday, February 4, 2008

Kerana Mulut

Assalamualaikum wbt....

For entry ari nih... I have no idea.... Otak blurrr... Hati hancur berkecai... Kalo ikutkan hati yang rabak nih, malas nak hapdet blog. Cam gampang jek. Kepada sesiapa yang tak kenal Mouriey's a.k.a Along nih.... mungkin orang tu akan ingat aku ni pendiam, mudah dipijak2 kepalanya, tak berani melawan, marah2... Tapi kalo yang kenal saper aku nih, tau laa camner. Termasuk mung kan, Jard?? Mung tau laa kan aku nih jahat, mulot cam lahanat, suka sakitkan hati orang, tak pandai jaga hati dan perasaan orang, suka laga2kan orang.... Sumer yang jahat2 letak kat aku la. Orang lain jek yang perfect, hebat...

Hati manusia ni kadang2 sukar nak difahami, diselami... apa yang dia mahukan, apa yang dimaksudkan. Ye lah, dimulot kata lain, dalam hati nawaitunya lain. Aku kadang2 penat duk amek peduli pasal orang lain, konon nak jaga hati 'orang tu', dibelai, dimanja bagai..... Tapi yang dia tahu, berkali-kali mempermaikan perasaan aku. Aku tak tau apa yang dia nak sebenarnya. Sekejap cakap camtu, sekejap camni. Alih-alih dia cakap bergurau plak.... Ngan aku nih sekali naik biol.... Seolah2 dia memberi harapan kepada aku, sedangkan tak siapa yang tak tahu samada itu hanyalah gurauan atau hakikat. Aku rasa, dia sendiri tak tau apa yang dia nak. Yang aku tahu, hati aku ni dah berkali-kali dilukai. Kata-kata dia membuatkan aku taknak percaya. Aku pernah cakap kat Jard. Hati kawan2, hati orang yang kita sayang... salu nak kene jaga. Tapi hati kita?? Ada dia amek peduli??

Semalam mak bonda kuarkan lagi topik yang membuatkan aku lemah longlai, nak gugur berderai airmata nih. Bila nak kawin? Mak aku ni cam desperate jek... Tros aku cakap kat mak, alerr kalo ader, ader laa tu.... Blom sampai masa lagi. Malas nak bertekak ngan mak... Buat muka seposen, buat tak dengar. Mama tak tahu, apa yang berlaku dalam hati Along sekarang nih. Saat ni, aku mahu menjerit sepuas hatiii!!!!!!!!!! Mahu saja aku menangis semahu2nya.

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku antara kita. Senang untuk awak mengucapkan kata2 itu. Sedangkan saya hidup disini dengan pengharapan yang tinggi terhadap awak. Cukuplah setakat ini penderitaan yang saya lalui. Saya yang terlalu bodoh, berdegil untuk terus menerus menyayangi awak. Pergilah.... carilah apa awak rasa terbaik untuk diri dan kehidupan awak yang akan datang. Saya hanya diibaratkan seekor serangga perosak yang mampu merosakkan hubungan seseorang. Semoga awak berjaya dalam hidup, jumpa orang yang awak kasihi dan sentiasa dalam keadaan keredhaan Allah hendaknya. Maafkan saya sekiranya selama ini saya banyak menyusahkan awak dan melukakan perasaan awak. Selamat tinggal.

Sunday, February 3, 2008

Jenjalan

Assalamualaikum wbt......

Hari Jumaat :
Mouriey's ngan adik pi jogging kat Bukit Besor. Tak naik pon bukit Besor tu. Tak larat ler. Pusing2 mahkamah jek. Duk lepak2 jap..... Pahtu call Pok Jak (Ejard Tenuk), tanya dia dah sampai lom. Dia dah sampai, ader kat Airport, tunggu abang dia. Alih2 disuruhnya aku pi sana. Masa on da way nak pi Airport tu, ader kemalangan kat jalan Airport tu. Ader keluar dalam berita TV3 (Kemalangan kat Seberang Takir) Masa tu kereta yang merempuh 4 orang budak sekolah tu dalam keadaan terbalik. Pemandu dah meninggal, sorang lagi parah... still duk dlm kete yang terbalik tu. Mouriey's tak berani nak pi tengok dekat. Seram beb... Ngeri sangat! Adik Mouriey's pi tengok. N then tros jek ke Airport. Pahtu adik Mouriey's pi antor Pok Jak kat abang dia meniaga. Aku balek umah tros. Pas solat Jumaat, Pok Jak mai makan nasik kat umah. Petang pi jalan2 kat Perkampungan Hadhari di Pulau Wan Man. Penat ler.... Uhukkk!!! Malam duk umah jek. Blackout plak. Huhuhu!!

Hari Sabtu :
Mouriey's keje syif pagi. Bzi cket.... tak dan nak hapdet blog. Huhuhuhu!!! Pas settle sumer keje, Mouriey's tros blah. Sampai kat umah dalam kol 2.30. Pok Jak dah tercongok tunggu Mouriey's. Siap terlelap lagik atas kosi kat beranda umah Mouriey's, uols.... Muahahaha!!! Ngantuk laa kunun tunggu haku nih.... Angin lak sepoi2 bahasa menyapu muka.. Ahakss!! Kami pi jalan2 kat pasau Kedai Payang. Tilek2 kain baju... Saje cuci mata. N then pi beli barang dapor. Sampai umah dalam kol 7. Huhuhuhu!!! Malam duk umah jek. Tido awal, penat berjalan ler wei.... Rasa nak putuih urat betis Mouriey's. Huwaaa!!!