Monday, May 14, 2007

Visit Terengganu - Part 1

~ 21 REASONS TO VISIT TERENGGANU ~


(1) Malaysia longest beach


(2) Malaysia emerald island


(3) world's most beautiful island

1) The Longest Exotic Beach In Malaysia (244 km)
The East Coast of Peninsula Malaysia have always been famed for its long stretch of unpolluted beaches and even so in Terengganu, home to the longest coastlines in Malaysia. The panoramic, untouched beaches of Terengganu spans 244 kilometers from the District of Kemaman in the south, along the scenic coast up north to the District of Besut, overlooking the South China, Sea. Simply breath taking scenery, the dazzling clean and powdery white sandy beaches and crystal clear waters in Terengganu's islands are well known. It is haven for those seeking a good time in the sun, sand and sea.

2) The Emerald Island In Malaysia - Pulau Redang
Situated 50km off the coast, Redang Island is the most developed
in Terengganu. The beaches, washed by the warm waters of the South China Sea is the nature's wonder: a wonderful alchemy of fine powdery white and gold sand, magnificently wide, often times sloping gradually into the sea. Crystal clear water and vibrant underwater world invite enthusiasts to enjoy the colourful, mature coral gardens and several shipwreckeds. With the vastness of the sea, cool breezes and breathtaking sunsets, the island is nothing short of a tropical paradise. Berjaya Air operates daily direct flights to the island from KL & Singapore and speedboats at designated jetty will take 45 minutes to reach the island.

3) One Of The Most Beautiful Island In The World - Pulau Perhentian
A trip to these lush and exotic tropical twin islands is a must for all nature lovers and those who enjoy scuba diving, deep-sea fishing, wind surfing, sailing, boating and canoeing. Surrounded by white sandy beaches, warm sapphire blue waters and colourful coral garden, Perhentian Island is renowned as one of Malaysia's marine paradise and is a part of the National Marine Park of Malaysia. For the passive, do enjoy watching turtles lay eggs or feeding the vibrant coloured fish or just sitting back and enjoy the sun and breeze at the Three Coves Bay. Pulau Perhentian is reachable from Kuala Besut Tourist Jetty and the 21km journey by speedboat takes 1.5 hours.


(4) pretty little island


(5) best diving site


(6) Malaysia highest waterfall

4) Pretty Little Island With Candat Sotong Activity - Pulau Kapas & Pulau Gemia
Kapas and Gemia Islands are two small islands separated by a narrow strait off the coast of Marang District. Only 6km away, it takes 10 minutes by speedboat to reach the island. Known specifically for squid fishing, guests can while away the time pulling in squids using nylon lines in lighted boats at night. As part of the Marine Park, guests can enjoy the dazzling marine life and superb coral formations. Sea eagles, reef herons, tern and the endangered giant leatherback turtles come to rest on the islands every year. The rugged hill terrain invited the adventurous to test their rock-climbing skills or just watching the birds.

5) The Best Diving Site In Peninsular Malaysia - Pulau Tenggol
Off the coast of Dungun, Pulau Tenggol is the furthest among the islands in Terengganu. A speedboat ride from Kuala Dungun jetty takes almost an hour. The well sheltered bay at Pulau Tenggol is home to intact and mature coral gardens, making it a delight for coral lovers. Divers looking for excitement would find the water a challenge because it descends to 20 meters deep at some places. Shy Garden Eels, crabs, turtles and sharks frequent the island.

6) The Highest Waterfall In Malaysia (305 metres) - Cemerong Waterfall
Terengganu is famous for her numerous waterfalls and rapids. A recently discovered waterfall 30km away trom AI Muktafi Billah Shah township in Dungun. Named the Chemerong Waterfall, it is still untouched. The area leading to the waterfall offers diversed richness of nature and wild life. It challenges the adventurous to jungle-trekking activity to the waterfall that magnificently cascade down a 305 meters slope. It is an adventure not to be forgotten, the coolness and the thunderous sound soothes the most weary travellers.

Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu

MySpace Graphics

~SELAMAT HARI IBU ~

Hye uol's.... Selamat Hari Ibu buat Ibu-Ibu di Malaysia....:) Pagi tadi Mouriey's dah ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama Mouriey's yang tersayang. Mouriey's mengucapkan Selamat Hari Ibu Mama... Lantas mencium di kedua-dua belah pipinya.... Dengan harapan agar Mama dipanjangkan usia, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan hidup ceria disamping keluarga yang tercinta... Mouriey's mengkagumi Mama Mouriey's sebagai ibu Mouriey's. Dah bersyukur sangat2 dapat ibu macam Mama...

Buat Mama yang Along kasihi...

Mama...
Di mata Along, Mama seorang yang tabah, cekal dan kuat semangat ketika mengharungi saat2 getir suatu ketika dulu apabila melibatkan keluarga
sendiri. Along faham perasaan Mama ketika itu, betapa hancur luluhnya hati seorang isteri. Hanya pada Along tempat Mama meluahkan rasa sedih, terkilan dan kecewanya. Tapi, Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan rumahtangga yang dibina hampir 24 tahun. Bagi Along, itu adalah dugaan yang paling besar buat Mama. Alhamdulillah, akhirnya... ketabahan Mama terbalas. Hidup Mama kembali ceria. Along tahu, hati Mama sentiasa merintih dan menangis walau hakikatnya tidak setitik pun airmata yang tumpah. Along tak mahu lagi melihat Mama dalam kesedihan. Selama ini, Mama sudah banyak kali terluka…

Mama...

Menjaga kami adik-beradik bukanlah sesuatu yang senang. Dengan berbagai karenah, membuatkan Mama sering tegang dan membuatkan Mama meradang. Lebih2 lagi sekarang ini Mama mengalami tekanan darah tinggi. Kami tahu, kami tidak sepatutnya membuat Mama lebih tertekan. Maafkan kami Mama!! Terutamanya Along, sering yang membuatkan Mama sering terluka. Maafkan Along, Mama. Maafkan!! Along tahu, Mama sayangkan Along. Sebab itulah bila Along menyatakan hasrat untuk mencari kerja diluar, Mama membantah. Setiap kali Mama membantah, Along akan menarik muncung... tanda protes dengan keputusan Mama itu. lama-kelamaan Along sedar, apa yang Mama la
kukan itu semata-mata tak mahu apa2 terjadi pada anak perempuan tunggalnya ini. Mama terlalu risaukan Along, takut terjadi perkara yang tidak elok....

Mama...
Betapa besar pengorbananmu, menjaga dan memelihara kami adik beradik. Sejak dalam kadungan; selama 9 bulan hinggalah dilahirkan, dari tapak kaki sebesar dua jari sehingga kami dewasa.... kasih sayang Mama sebagai seorang ibu tetap utuh terhadap kami, tidakpun berubah. Kerana Mama, kami dapat melihat bulan dan matahari, melihat alam yang indah ini. Mama tidak pernah minta sebarang balasan dan tidak pernah
meminta ganjaran kerana telah menjaga dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada kami! Kami pula, bila diminta oleh Mama untuk membelikan barang keperluan, dengan mudah meminta upah. Mama hanya mendiamkan diri dan menghulurkan wang seperti yang diminta. Mama sedaya upaya memberi kesenangan kepada kami. Apa saja yang kami hajati dan diluahkan kepada Mama, akan cuba dipenuhi oleh Mama. Terima kasih Mama!

Mama....
Tak sanggup rasanya untuk Along bayangkan bila
Along berjauhan dari Mama. Maklumlah, Along dan Mama tidak pernah berenggang. Kita diumpamakan seperti kawan rapat, malah seperti adik dan kakak! Segala suka dan duka, gelak tawa, kita kongsi bersama… Ketika Along melanjutkan pelajaran di salah sebuah Institusi di Terengganu, malam pertama tinggal di hostel Along sudahpun menangis sendirian walaupun ketika itu Along dah dapat kawan baru. Hampir sepanjang malam Along menangis dan kekesokan paginya Along mengalami pendarahan hidung. Tidak pernah Along mengalami keadan sebegitu. Ketika itu mahu saja Along menjeri memanggil Mama! Terasa kosong hidup Along bila berjauhan dari Mama.

Mama…
Mama pernah bercerita kepada kami adik-beradik betapa senangnya kehidupan kami kini. Apa yang dihajati, mudah diperolehi. Zaman kanak2 Mama dipenuhi dengan kerja2 yang memenatkan, membantu ibu Mama menambah pendapatan. Tidak ada masa untuk bermain seperti kanak2 lain. Hinggakan kasar tapak tangan Mama kerana setiap hari setelah pulang dari sekolah, Mama mengambil upah menggiling lada. Cuba kita perhatikan, adakah tapak tangan kita terasa kasar seperti kertas pasir atau lembut bak sutera? Moral daripada cerita Mama ialah sejak kecil lagi Mama sudah belajar hidup berdikari, mencari rezeki untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga. Kami sedar, kami kini tidak perlu bersusah payah seperti itu. Tiap-tiap hari Mama akan berikan duit belanja sekolah. Along yang sudah
bekerja, tahu betapa peritnya mencari duit walaupun tidak perlu menggiling lada. Sekarang Along telah cuba untuk hidup berdikari, mencari duit dengan usaha sendiri. Terima kasih Mama…

Mama…
Terima kasih sekali lagi kerana menjaga dan menyayangi kami. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati Along dan adik2 yang lain agar tidak melupakan dan mengabaikan Mama. InsyaAllah, kami akan menjaga dan menyayangi Mama sepertima
na Mama menjaga dan menyayangi kami selama ini. Kami tidak mahu menjadi anak yang membelakangkan ibunya, derhaka pada ibunya…. Kerana sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu…. Setiap anak yang derhaka kepada ibunya akan mendapat balasan yang setimpal ketika di dunia dan di akhirat sana. Seboleh-bolehnya kami tak mahu jadi anak derhaka pada ibunya. InsyaAllah.

~ LOVE U ALWAYS ~
SELAMAT HARI IBU, MAMA!!

Saturday, May 12, 2007

Pastikan

"Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas

Niatku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang

Bila Belum Kau Bahagia

Sejauh Langit Di Atas

Kan Ku Kejar Bahagiamu..."


Semenjak dua menjak ni, Mouriey's banyak sangat berfikir. Hati tak tenteram, makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah..... Dah angau lagi ke aku nih? Asyik teringatkan kat seseorang... I'm fall in love again? Oh tidakkk!! Is that true? My God!! I can't believe it.... Nak tido malam seringa teringat 'si dia'.... Ya Allah, apa dah jadi pada aku ni?


Betul, sukar Mouriey's nak lupakan dia. Seringkali muncul dalam fikiran Mouriey's.... Pernah Mouriey's 'berperang' dengan perasaan sendiri apabla menafikan hati ini menyimpan perasaan terhadapnya. Semakin kuat Mouriey's nak lupakan, semakin kuat rasa sayang ini... Mouriey's mengaku Mouriey's ni kadang2 mudah tersentuh hatinya, mudah jatuh hati dan mudah pula patah hati. Sehingga berdosa Mouriey's rasakan apabila terlintas difikiran, 'Ya Allah, kenapa Kau berikan aku hati yang sebegini rapuh dan lemah? Aku tak sanggup lagi hidup dengan hati yang sebegini lemah.... Terlalu mudah aku untuk menyintai seseorang... Kenapa aku dikurniakan hati yang terlalu mudah dihancurkan oleh seseorang yang aku kasihi? This is not fair!! Tak adil...' Saat itu, hanya airmata menjadi jawapannya... Seketika kemudian, Mouriey's merasakan Mouriey's begitu berdosa dan bersalah kerana mepersoalkan semua ini. Mouriey's seharusnya sedar, bahawa setiap yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya. Ntah la... itu semua kerja Tuhan. Mouriey's tak sepatutnya mempertikan semua tu. Ya Allah, ampunilah aku.....

Bukan sekali hati ini dihancurkan, sudah banyak kali. Pernah Mouriey's ditinggalkan setelah menyemai kasih selama hampir 2 tahun... Tiada sebarang khabar berita darinya. Doa Mouriey's hanyalah semoga dia berbahagia hendaknya. Mouriey's tak mahu berdendam, kerana lama-kelamaan perasaan dendam itu akan memakan diri. Dan diberikan peluang bertemu kembali, hanya satu Mouriey's inginkan, penjelasan darinya. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti... Kata orang cinta pandang pertama sukar nak dilupakan. Ada betulnya... Mungkinkah Mouriey's tidak bernasib baik dalam bercinta? Entahlah... Mungkin begini sudahnya cerita kasih Mouriey's, tidak berkesudahan menunggu 'dia' yang tak kunjung tiba.....

Monday, May 7, 2007

Haruskah...


Bercakap pasal kehidupan…hidup ini terlalu indah untuk dinikmati. Untuk mengecap nikmat bukanlah sesuatu yang mudah… kita hidup didunia ini memerlukan seorang teman disisi kita. Berkongsi suka dan duka, menghulurkan tangan ketika kita memerlukan bantuan. Mouriey’s plak.... masih begini, tercari-cari kemana arah tuju Mouriey’s. Pernah hati ini tertanya-tanya, sampai bila aku harus begini? Apa yang aku cari sebenarnya? Cinta sejati? Kadang-kadang keliru Mouriey’s dibuatnya. Mouriey’s lebih senang menyintai dari dicintai. Entah laa... Kawan-kawan Mouriey’s ramai yang dah berkeluarga. Mulut ni pulak terasa ringan je nak menjawab ‘tak mau laa kawin…’ bila ada kawan-kawan atau saudara mara yang tanya. Orang tua-tua ada biasa pesan, klau sekali anak dara cakap camtu, sampai bila-bila dia takkan kawin. Mungkin ada betulnya...... bukannya betul-betul taknak kawin. Just untuk elakkan diri daripada soalan camtu. Saper yang taknak kawin. Semua orang nak kawin kan? Tapi Mouriey’s rasa blom sampai masanya, blom sampai seru lagi....

Mouriey’s ada berkawan rapat ngan budak lelaki ni. Mouriey’s senang berkawan dengannya. Seorang yang happy go lucky, suka melawak, romantik. Umurnya 3 tahun lebih muda dari Mouriey’s. Hampir setengah tahun kami kenal. Seingat Mouriey’s hanya 2 kali je kami berjumpa. Baru-baru ni dia ada contact Mouriey’s. Dia ada menyatakan hasrat untuk menyunting Mouriey’s. OH TIDAK!! Adakah aku bermimpi?? Mouriey’s terkedu... Sampai macam tu sekali... Bagi Mouriey’s ia satu penghargaan buat Mouriey’s. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang tahu untuk menghargai dan menyintai diri ini. Mouriey’s sedar, Mouriey’s banyak kekurangannya. Rupa menjadi ukuran dalam bercinta. Orang macam Mouriey’s ni rasanya tak siapa memandang. Tapi Mouriey’s bersyukur kepada Allah Taala, kerana dikurniakan wajah yang sempurna. Bukan Mouriey’s tidak mahu menerimanya, tapi dia terlalu muda untuk Mouriey’s. Mouriey’s bimbang kalau-kalau mahligai yang dibina nanti roboh ditengah jalan. Dah berkali-kali Mouriey’s terangkan padanya, kawin bukan perkara main-main! Kita nak hidup bukan untuk sehari dua, tapi hingga ke akhir hayat. Namun dia tetap berkeras, katanya dia sudah fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Malah ibubapanya sudah sedia maklum perkara ni. Ya Allah.... mahu saja Mouriey’s menjerit masa tu. Jantung ini terasa seperti mahu tercabut dari tangkainya. Dia juga menyatakan hasratnya untuk datang kerumah untuk berjumpa dengan mak ayah Mouriey’s. Tapi Mouriey’s menghalang. Tak tahulah apa natijahnya nanti bila mak ayah Mouriey’s tahu tentang perkara ni. Mouriey’s keliru... takut, bimbang.... semuanya bercampur-baur.

Biarlah, apa salahnya jika kita menerima cinta seseorang jika seseorang yang lain yang kita cintai tidak menghargai cinta yang kita berikan. Seseorang pernah berkata, kita harus mencintai orang yang mencintai diri kita. Biar ‘dia’ sendiri yang datang kepada kita, dan menyerahkan cintanya kepada kita dengan sepenuh hati.... Mungkin Mouriey’s patut belajar mengenai perkara ini. Belajar menyintai orang yang mencintai diri Mouriey’s. Mouriey’s sudah penat kerana terlalu murah hati memberikan cinta kepada Mouriey’s kepada orang lain sedangkan ianya tidak pernah dihiraukan. Terlalu pedih rasanya bila cinta kita yang diberikan disia-siakan.... InsyaAllah, Mouriey’s akan berbincang perkara ini dengan mama Mouriey’s terlebih dahulu. Apa saja yang keluar dari mulut mama, baik atau buruk... Mouriey’s akan terima. Harap kalian doakan Mouriey’s. Mouriey’s dah malas nak pikir lagi dah hal cintan-cintun ni... Penat sangat.... Ehmm... lega rasanya dapat berkongsi masalah dengan uol’s. Terasa ringan beban yang ditanggung. Harap-harap laa kan, Mouriey’s dapat membuat keputusan yang betul untuk hidup Mouriey’s.... See u again...

Sunday, May 6, 2007

My Pinboard




Hye uol's... Ni ada lagi benda baru Mouriey's nak kongsi ngan uol's. Kat Pinboard ni, uol's boleh la letak gambau uol's. Or anything.... Apa2 je gambau. Asalkan bukan pornography... Hehehehe. Just klik sini kalo nak masukkan gambau uol's. Limit gambau yang nak dimasukkan dalam sehari hanya 5 keping. So tak leh lebih2-lebih k. Uol's cuma klik add own picture, kendian pilih gambau yang uol's nak masukkan. Tapi Mouriey's kena masukkan hari2, baru gempak!! Tu pun kalo uol's ada masukkan gambau uol's. Nanti Mouriey pastekan dalam blog ni. Have fun...

Saturday, May 5, 2007

Comelnye...:)


HUJAN DAN AIRMATA - SALEEM

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku

Bridge:
Ohhh... hujan..
Di antara airmata ku
Menitis laju
Bersama pilu pilu

Korus 1:
Ku cuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Korus 2:
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih

Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih

Download - Hujan Dan Airmata

Thursday, May 3, 2007

Caution!!


hahaha.... acah jer. blog Mouriey's ni bukan berhantu tau. saja jer suka2 letak. korang nak wat cam ni tak? pastu bleh letak kat blog memasing. klik je kat sini - warninglabel. macam2 korang bleh buat... just nak berkongsi benda baru ngan korang. enjoy!! ehmm... kat bawah ni ader lawak. have fun....

LAWAK JEPUN



Wednesday, May 2, 2007

Terkedu

Erk?? Me? Waa.... cam tak caye plak bila tengok result BKS ari ni. Semalam kan cuti. Ingat nak g cc tengok result BKS. Tapi hujan le, tak leh nak gerak la. Duk kat umah jer. Pagi ni datang kije, bukak blog BKS... tup tup dah kene kicked. Sedih gak la... Tapi nak wat camner kan, tak pe la. Mungkin Mouriey's patut kene kicked pon. Rasanya assignment yang Mouriey's siapkan untuk minggu ketiga ni hancur....


Tapi kan, bila Mouriey's scroll down baca entry BKS tu.... tetiba je timbul persoalan di benak Mouriey's nih. Kak Red tak mo penyingkiran berlaku? Why? Apa dah jadi ngan Kak Red? Apa yang menyebabkan Kak Red berubah fikiran sedemikian rupa? Haa... jeng jeng jeng!! Agaknya Kak Red dah lembut hati kot? Setahu Mouriey's, sepanjang 3 minggu berada dalam program BKS ni, Kak Red seorang yang lantang bersuara dan komen2nya yang pedas bak anak panah terlepas dari busurnya, laju menikam jantung. (Hehee... Jangan marah ye Kak Red. Maaf kalo ada terkasar bahasa.) Adakalanya Mouriey's simpan dalam hati apa yang Kak Red kata. Manusia kan ada hati dan perasaan. Sesekali terasa jugak... But, never mind, dah adat pertandingan, kan? It's ok. Kak Red hanya menjalankan tugas. Mouriey's tahu Kak Red baik hati orangnye... Dalam program ni, hakim dan juri hanya komen melalui entry. Bukan nampak muka pon. Tapi, tengok aje la cam konsert Akademi Fantasia (AF5). Depan muka tu kena sound! Lagi pedih, lagi menyakitkan telinga. Peserta tu plak buat muka poyo... mungkin ada ketikanya ter'kesok' hati. Berasa hati org ganu kata.

Lepas tu, Mouriey's dah boleh biasakan diri dengan komen2 pedas camtu, untuk minggu seterusnya. Tapi, tak kemana jugak. Tak naik2, tak bergerak pon tempat Mouriey's tu. Entah la, Mouriey's sendiri pon tak faham. Kita ingat kita dah buat yang terbaik. Tapi, tidak... Akhirnya Mouriey's disingkirkan. Mungkin ada betulnye assingment yang disiapkan oleh peserta untuk minggu ni, sumernya bagus-bagus belaka... (Cuma tang Mouriey's punya la kot yang hancur cket...) Memang tak dinafikan assignment yang disiapkan oleh peserta2 BKS ni cukup hebat, yang Mouriey's sempat baca . Buat KurtKuden, teruskan usaha anda. Buktikan Terengganu Boleh!!! Hehehe... Syabas mere dhost!! Congratulation for u all. Teruskan usaha anda. InsyaAllah Mouriey's akan sentiasa menyokong anda sumer. Chaiyok chaiyokk!! :)

Ehmm... Actually pagi semalam Mouriey's gi berkelah kat Sekayu. Gi ngan member 4 orang, naik keta. Sorang laki 3 pompuan. Hehehehe... Member Mouriey's bawak ayam, buat BBQ. Mouriey's bawak mee goreng je. Ramai giler orang... Ada yang datang ngan famili, kapel2, konvoi, mat2 motor... Member Mouriey's mandi ngan pakwe dia. Mouriey's mandi ngan member sorang lagi. Tak nak ar kacao diorang. Diorang pon nak privacy gak kan? Takpe la, Mouriey's bagi diorang chance... nak bergurau senda. Hikhik... Tak lama la kami main air, ramai siot orang... Malu weh... Dah laa org jantan ramai plak tu. Bersidai jer tgk awek2 cun duk mandi. N then kami gi jalan2 naik kat atas, kat air terjun. Beshh... tapi tak mandi laa kat situ. Ramai sangat mat2 motor duk mandi, siap terjun tiruk tu. Mouriey's ngan member ni duk perati jer diorang mandi kat jambatan kecik kat situ. Bila turun, tengok2 pasangan bahagia tu dah tercongok duk bakar ayam...Hehehehe... Lapor le tu. Pastu kami sama2 makan. Pas makan, turun main air, basahkan kepala cket... n then berangkat pulang. Kami bertolak kol 3.30 petang. Mouriey's sampai kat umah dalam kol 5. Sampai kat umah jer tros hujan... Waa..alhamdulillah. Nasib baik sempat sampai. Bulan depan pegi lagi... insyaAllah. Hikhikhik donk lie...

Kata-Kata Terakhir - BKS

Akhirnya giliran saya terkeluar pada minggu ini. Terkedu... Peluang yang diberikan oleh hakim – Kak Red, nampaknya sia-sia. Walaupun kadang-kadang saya fikir saya telah pun buat yang terbaik. Ternyata tugasan yang saya selesaikan ini tidak berjaya menyakinkan pihak juri dan advokat. Apa yang penting, saya dah sedaya upaya menyiapkan tugasan yang diberi dan mampu bertahan hingga ke minggu ketiga. Sememangnya saya rasa saya tidak berkebolehan dalam mengarang. Mungkin ini kelemahan saya. Ada ketikanya saya tidak memahami soalan dan tidak menumpukan sepenuh perhatian.

Ucapan terima kasih saya tujukan kepada Blogger Kickstart terutama UjangMD & Kak Red, kerana sudi memilih saya untuk menyertai Blogger Kickstart ini. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun saya masih baru dalam dunia blogger ini, dengan menyertai Blogger Kickstart, banyak yang telah saya pelajari. Bagi saya ia amat berguna dan berharga. Dengan menyertai Blogger Kickstart, secara tidak langsung saya mendapat ramai kenalan dan mengeratkan silaturrahim antara peserta Blogger Kickstart. Saya juga berasa amat gembira dan bertuah dan menyertai program seumpam ini.

Buat rakan blogger saya, intan, kurt_kuden, katarsis, kriesz, syawaludin, bro rick & maliha anoushka, teruskan usaha anda. Sememangnya anda merupakan yang terbaik yang pernah saya kenali. InsyaAllah saya akan menyokong anda semua. Teruskan usaha anda dan buat yang terbaik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat juri jemputan minggu ketiga iaitu Puan Pearl yang sudi menilai hasil kerja kami. Kepada mereka yang sentiasa menyokong saya, terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Monday, April 30, 2007

Cute Tak??


Pose tido yang paling seksi... Ahakss!!

Ehmm cakap pasal kucing ni kan... Mouriey's suka sgt kat kucing. Dulu kat umah penah bela kucing sampai 15 ekor. Siam tak siam, kampung... sumer ada. Tapi la ni dah tinggal 3 ekoq (kucing dewasa), anak kucing 3 ekoq. Bila balik kejer penat2, main2 ngan anak kucing. Hilang cket tensionnya. Betul laa kata Ustazah dulu masa Mouriey's belajar kat PKKT. Kucing adalah satu2nya haiwan yang suka berfoya-foya. Muahahaha!! Kucing pon tau berfoya-foya gak eek... Ye la, bila nak beranak pinak, tak tau saper ayah dier. Dah tu dapat le adik beradik tiri. Hikss!! Betul tak? Hehehehe... Satu lagi (lantaklah korang nak kata apa kat Mouriey's... ) Mouriey's pantang tengok kucing yang kene langgar. Rasa sebak semacam jer, sedey sangat, mula la nak menangis. Mouriey's pon dah berapa kali tengok kucing kena langgar depan mata Mouriey's. Masa tu dah tak ingat apa dah, mula la menyumpah seranah kat orang tu. Tapi dalam hati jer la. Mak ngan ayah Mouriey's faham sangat ngan perangai Mouriey's. Kucing kat umah eksiden pon Mouriey's ubatkan. Tu pon kalo yang cedera sikit je, patah kaki ke contohnye. Biasanya kucing kat umah mati kene lenyek. Umah Mouriey's kat tepi jalan besar. Banyak jugak yang mati kene lenyek. Hancur lebur... Tapi kalo yang ok tu, tak hancur, ayah ambil dan tanam dia. Bukannya apa. Korang bayangkanlah.... kalo dan hancur nanti, tetiba hujan, baunyer mula la menusuk hidung nih. Perghh... hanyir semacam jer. Cam nak terkeluar isi perut nih. Pastu mengalir kat depan umah... Tak ke kotor, hanyir? Tu kadang2 kalo kucing Mouriey's yang nakal2 tu Mouriey's terpaksa humbankan ke dalam 'gok' (sangkar). Tapi rezab la cket, kena buang taik dier, bagi dia makan. Kucing Mouriey's yang otai2 biasanya duk kat dapur je. Pandai berak kencing dalam jamban. Coz sejak kecik lagi dah diajar supaya berak kencing dalam jamban. Tak mo berak kencing di merata-rata rawa. Penat nak mencucinya nanti.

Nak cter pasal semalam plak. Hehehehe. On da way nak balik umah, hujan lebat. Tempat kejer Mouriey's ngan umah jaraknya dalam 15 minit perjalanan. (Naik motor...) Agak2 dalam 8-9 km kot? But I'm not sure about that. (Wahh speking London nampak...Ekekekeke) Baju hujan ada, tapi malas nak pakai. Lama tak main hujan, alaa gerimis je. Bukan lebat sangat. Lantak laa... Best main hujan. Basah jeruk orang ganu kata. (Basah kuyup le kata orag K.L) Masa tu la memori datang bertandang. Tetiba je rasa sayu... Dengan suasana yang suram, sejuk... Terasa lain macam. Teringat la kat mamat sorang nih. Actually tak tau naper masalahnyer. Mouriey's dah mintak maaf banyak kali. Mungkin berat untuk dia memaafkan Mouriey's. Mouriey's tak nak jadikan dia musuh Mouriey's. Mouriey's tak nak bermusuh dengan dia pon. Hanya satu jer Mouriey's nak, iaitu kemaafan dari dia.... Andainya pintu hatinya dah tertutup untuk memaafkan Mouriey's... Mouriey's redha. Memang salah Mouriey's pon, tak pandai bergurau. Sedar tak sedar Mouriey's dah nak sampai kat umah. Sampai jer kat umah, Mouriey's tros gi mandi. Tido pon awal, belum kol 10.00 dah lentok dah.... Sakit kepala, selsema... Gatal sangat main hujan, kan dah cari penyakit namanya tuh... Kroihh.... Zzzz...

Sunday, April 29, 2007

No Sedey2 Eek

Hari nie Mouriey's nak berkongsi gelak ketawa ngan uol's. Mungkin sesetengah uol's dah tengok clip ni. Mouriey's bukannya apa, coz semalam ada orang komen. Blog Mouriey's 2 3 ari ni cam suram jer...sedey... Biar laa heppi cket.. Hehehe...ok. Soooo kita ENJOY!!!

LAWAK PAK ARAB



MUAHAHAHA!!! Klakar la Pak Arab nie. Terkejut kat ular tu sampai pengsan. Sakit perut Mouriey's duk gelak masa first time tengok clip ni.... Ehmm, thank a lot buat seseorang yang Mouriey's hargai, coz banyak bantu Mouriey's dalam menjalani hidup ni dengan lebih tabah dan cekal. Terima kasih kerana sentiasa disisi dan sudi mendengar luahan hati ini, disaat Mouriey's perlukan seorang teman, merawat luka dihati... TERIMA KASIH WAK...

Mulai ari ni, Mouriey's akan cuba masukkan clip lagu atau clip lawak setiap minggu. Mungkin 2 kali seminggu. Tu pon kalo ader mood laa.... Hehehehe. Mouriey's nak berfikiran positif. Apa yang berlaku sebelum ni, biarlah berlalu. Mouriey's tak nak kenang lagi. Sekarang ni, sementara kita masih hidup, ada orang yang hargai dan sayangi kita... Mouriey's nak gembira. Cam motto ni, "Hidup ini umpama aiskrim, nikmati sepuas2nya sebelum ia cair...". Chaoss!

Saturday, April 28, 2007

Takdir Penentu Segalanya

Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis. Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…

____________________________________________________________________

Hye uol's... Pekabor? Ari Khamis baru ni kan kita cuti, sempena Pertabalan DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.... Actually pagi tu Mouriey's kene kejer. Tapi sekerat ari jer. Coz kat umah ada kenduri. Petang dalam kol 4, Mouriey's kuar ngan adik. Gie spital, tengok kawan Mouriey's eksiden. Lelaki, satu kampung laa. Teruk gak, koma. Dah 5 hari koma, kalo tak silap. Masa nak masuk wad ICU tu, Ya Allah, berdebar gila. Cam nak tercabut jantung nih. Bila bukak je pintu wad tu....ada 6 pesakit. Sumer cam tenat2 belaka. Dia duk kat katil hujung sekali. Masa tu tak cam langsung muka dia. Berubah, jadi sembab. Dia bernafas menggunakan alat / mesin bantuan pernafasan. Misi tu bagitau member Mouriey's ni alami gegaran otak, tulang rusuk retak, mata dia bengkak sebelah. Tengok dia bernafas cam seksa sangat... Cam tak cukup nafas. Kesian Mouriey's tengok dia. Tak lama laa kami duk dalam tu, kan wad ICU... mana leh duk lama2. Orang lain pon nak tengok gak. Lepas tu Mouriey's g jalan2 ngan adik. G Lagun Kuala Ibai, masuk ikut Ibai Ekuestrian, pantai batu buruk, berenti makan kat A&W. Tengok laut jap. Luas terbentang, biru... Sejuk mata memandang. Tubuh Mouriey's pun sejuk...menggigil...angin kuat sangat! Nasib baik tak terbang... Wakakaka!! Dalam kol 7 sampai kat umah.

Pagi Jumaat, g Bukit Besar. Konon nak joging ler. Tapi kantoi lagi, hujan. Siap guruh dan petir memancor-mancor!! Eeiii tak nak ler... Pastu duk kat bawah tu jer la. Jalan2 dalam taman. Round kat mahkamah. Petang tido... Kueng...kueng... Oh ya, kalo ader saper2 nak lagu mp3, bagitau laa Mouriey's k. InsyaAllah Mouriey's akan tunaikan. Lagu omputih, hindi ngan melayu. Tengok senarai lagu yang Mouriey's ada laa. Kalo ada, Mouriey's masukkan dalam blog untk uol's download. Chaoss!!

Thursday, April 26, 2007

Third Assignment - BKS

"Sekeping gambar boleh mencerminkan seribu perkataan". BKS mengkehendaki setiap perserta untuk : -


1. Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman (interior image) yang telah ditetapkan kepada setiap perserta, dalam bentuk cerita ataupun pengalaman sebenar tidak kurang dari 1000 perkataan. (INGAT bukan dalam script dialogue, pantun atau sajak!!)

2. SATU object MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini dikehendaki menjadi bahan utama dalam penulisan anda.

3. Gambar yang telah diberi MESTI ada di dalam blog anda bersama penulisan assignment anda.

Ringkasan UjangMD:: Cuba anda tanya pada diri anda?? Adakah aku yang terbaik? Adakah aku yang terhebat? Cermin diri anda.. Jika jawapan anda YA... Ini pesanan UjangMD..Buat assignment berdasarkan FAKTA. Usahalah untuk assignment Minggu Ketiga Ini. Semoga berjaya!

Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak makna yang tersirat dan tersurat. Banyak yang perlu dihuraikan. Diatas terdapat satu gambar meja makan. SATU objek MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini adalah BUNGA ROS MERAH.


OBJEK :
BUNGA ROS MERAH
..... kenapa ia menjadi tumpuan para kekasih terutamanya pada Hari Kekasih atau Valentine’s Day sebagai hadiah untuk yang tersayang? Tak kiralah samada diberi pada hari Konvokesyen, hari lahir dan seumpamanya. Dan didalam gambar diatas, ia sekali lagi menjadi ’mangsa keadaan’ dan diletakkan diatas meja makan. Meja makan? Ya, meja makan tempat kita menjamu selera tak kiralah samada makanan rutin, makanan barat dan sebagainya. Meja makan menjadi tempat kepada mereka yang bertuhankan makanan. Lihat saja di hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang, rumah-rumah banglo, sekurang-kurangnya kelihatan sejambak BUNGA ROS MERAH di ruang meja makan atau ruang tamu. Persoalannya disini, adakah perlu bunga ini disetiap kediaman dan diletakkan di tengah-tengah meja makan? Kenapa mesti BUNGA ROS MERAH, bukannya bunga lain seperti daisy, tulip dan sebagainya? Jawapannya mungkin hanya sekadar menjadi hiasan dan sebagai santapan mata sementara menunggu hidangan. Mungkin juga kerana kecantikannya, keharumannya, ia seringkali menjadi pilihan dan ia senang didapati dimana-mana sahaja kedai bunga. Atau sekadar membuatkan suasana menjadi lebih romantik apabila bersama yang tersayang. BUNGA ROS MERAH juga merupakan bunga kesukaan Allah S.W.T.

PERSONALITI :
BUNGA ROS MERAH
juga merupakan personaliti bagi seseorang. Bagi mereka yang menggemari bunga ini, ia melambangkan penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang menyentuh perasaan. Ia juga memberi makna cinta. Warnanya yang MERAH memberi maksud yang menunjukkan seseorang itu berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Mereka juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain. Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung merupakan sifat negatif yang ada pada dirinya.

CERITAKU :

I
BUNGA ROS MERAH melambangkan seorang wanita. Seperti bunga, keharuman dan kecantikannya tidak akan kekal untuk selama-lamanya. Ia boleh diibaratkan kecantikan dan keayuan seorang wanita, akan hilang suatu hari nanti dan dimamah usia. Apabila sudah tiada lagi bau harum dan kelopaknya mula berguguran, ia akan dibuang dan akan diganti dengan bunga yang lain. Begitu juga juga dengan manusia , pada akhirnya kita akan mulai tua dan tidak lagi secantik dulu sehingga mendapat pujian yang menggunung. Kecantikan yang kita miliki adalah pinjaman cuma. Tak perlu dijaga dan diperlihara kerana benihnya a.k.a hati yang perlu dijaga agar senantiasa melahirkan dan menerbitkan bunga baru yang mungkin lebih cantik, lebih merah dan lebih harum daripada sebelumnya.

ROS MERAH, walaupun mampu dihancurkan dengan sebelah tangan, dengan satu hentakan sebelah kaki, jangan lupa akan durinya yang seakan-akan malu untuk menunjukkan dirinya. Bak kata pepatah, ’secantik bunga ros, setajam durinya’ sudah cukup membuktikan betapa tajam durinya yang tersembunyi. Walaupun seketika, ia cukup untuk menyebabkan kita tersentak dan terduduk keperitan. Bukti daripada alam yang kecantikan dan keharuman tersembunyi secret weapon yang membuatkan kita menjerit kesakitan. Keadaan ini boleh disamakan dengan wanita. Disebalik sifatnya yang lemah lembut, mungkin hatinya tabah dan gagah dalam menjalani kehidupan apabila berdepan dengan sesuatu yang bisa mengganggu-gugat akan dirinya.

II

MEJA MAKAN merupakan tempat mereka melempiaskan nafsu makan masing-masing. Disinilah mereka makan dengan suasana yang selesa, tenang dan merasai kenikmatannya. Dihiasi dengan pinggan, sudu, garfu, gelas yang cantik tersusun rapi. Dijamu dengan hidangan yang lazat seperti menu dari barat, samada Spaghetti Bolognise, Beef Steak yang kelihatan begitu esklusif seperti di hotel-hotel 5 bintang. Apabila tiba saja di meja makan, dengan perut yang sudah mula beriramakan keroncong, keadaan disekeliling sudah tidak dihiraukan lagi. Yang penting perut dapat diisi. Dan meja makan juga boleh menjadi tempat yang paling romantis ketika bersama orang yang tersayang meraikan detik-detik indah. Bertemankan lilin ditengah meja makan dan sejambak BUNGA ROS MERAH. Mungkin ia akan menjadi kenangan yang paling indah untuk dikenang seumur hidup.



P/S : Buat Hakim dan Advokat, terima kasih kerana menilai hasil penulisan saya dengan memberikan kritikan yang membina.

Wednesday, April 25, 2007

Download Testing

Testing nak download lagu / mp3

Aku Yang Kau Panggil Sayang - MP3

Download Muse - Supermassive
Black Hole
Download Muse - Unintended
Download Cromok - Another You
Download Cromok - I Don't Belong Here
Download Sudirman - Hujan

Selamat Mendownload... Sajer je nih testing...

Terima Kasih

Pertama sekali Mouriey's nak ucapkan terima kasih kepada Kak Red kerana masih lagi diberi peluang berada di dalam program BKS ni. Mungkin nasib masih menyebelahi Mouriey's kali ni. Minggu 3,4 dan seterusnya, siapa tau kan? Kalo nasib tak menyebelahi Mouriey's, minggu depan.... babai laa jawabnyer. Dah 2 minggu berturut2 ditangga kedua paling bawah. Tapi, harap2 laa Mouriey's mampu bertahan lagi, InsyaAllah. Walaupun kadangkala Mouriey's rasa Mouriey's dah pun lakukan yang terbaik, masih lagi ditempat yang sama. Tak berganjak pun. Masih ada lagi peserta lain yang lebih hebat dari Mouriey's. Tapi azimat yang diberikan seseorang kepada Mouriey's masih Mouriey's pegang teguh. Walaupun kadang2 Mouriey's rasa cam dah tak mampu nak teruskan. Mouriey's masuk program ni bukan nak dapat hadiah, Mouriey's nak tengok setakat mana orang menilai bakat penulisan Mouriey's dalam blog. Mouriey's juga ingin menambah kenalan blog dan mempelajari sesuatu yang bari dalam dunia blog ni. Kepada uol's yang sentiasa sokong Mouriey's, teruskan sokongan anda. Terima kasih banyak2. Buat Junkopile. thanx a lot. Luv u all. Nak cari idea untuk task 3 BKS ni.... Huhuhu.... Chaoss!!



Tuesday, April 24, 2007

Rindu Lagi....


HUJAN - SUDIRMAN

Hujan yang turun bagaikan mutiara

Berkilau bersinar berkerdipan

Subur menghijau bumi terbentang

Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun

Menyirami ketandusan hati

Dan hujan turut mengiringi

Engkau pergi....

c/o Selembut hujan bercurahan

Begitulah cintaku ini

Semesra bumi yang disirami

Begitulah hati ini....

Hujan yang turun bersama airmata

Bersama pedih bersama rindu

Kau datang dan kau pergi jua

Rindu lagi....

Ulang c/o

** RINDUNYEEEE......

** Mulut kata BENCI, hati kata SAYANG. Ehmm camner eek...


Monday, April 23, 2007

MONOLOG DIRI

Aku sering tertanya-tanya. Adakah aku terlalu hipokrit? Hipokrit terhadap diri sendiri dan orang lain? Hipokrit terhadap orang yang aku sayangi? Mengapa sering saja hati ini terasa asing, sentiasa membentak meminta kasih dan sayang? Bukan mudah untuk kita mencintai dan menyayangi seseorang. Begitu juga sebaliknya, bukan mudah untuk kita membenarkan diri kita dicintai dan disayangi seseorang.... Sesekali aku terfikir, adakah aku ini tidak layak untuk bercinta, dicintai dan menyintai? Adakah aku juga tidak layak untuk saling sayang menyayangi dan disayangi? Aku tidak tahu apa yang aku mahukan. Aku keliru... dan seringkali saja airmata menjadi teman pengubat jiwa dikala sebak dan sendu datang bertandang dihati....

Dan semalam.... menjadi malam yang suram dalam hidupku dan bertemankan airmata. Bukan niatku untuk membuatmu terluka. Akibatnya diri sendiri yang merana jiwa! Aku sendiri yang terluka dan sengsara. Oh Tuhan, apakah ini dugaanMu buatku? Ingin sekali aku mengecap bahagia bersama insan yang aku sayangi. Tapi...mungkinkah ada untuk aku hari yang berbahagia itu? Adakah aku dihukum diatas kesalahan yang telah kulakukan? Insan seringkali melakukan kesilapan. Aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan itu. Itu hanyalah gurauan semata-mata. Tiada niat sebesar kuman pun untuk aku membuatmu terluka. Apa yang mampu aku katakan hanyalah MAAF....


MAAF kerana terlalu memaksa.
MAAF kerana aku terlalu hipokrit.
MAAF kerana tidak memahamimu.
MAAF kerana telah membuatmu terluka.
MAAFkan aku kerana menyakitimu.

Sudikah kiranya kau meMAAFkanku? Aku rela mengundurkan diri jika itu kemahuanmu. Terima kasih kuucapkan kerana pernah membuatku bahagia bersamamu, walaupun untuk seketika. Engkau akan kuingati sebagai kenangan yang paling indah dan bermakna buatku. MAAF sekali lagi.....


Sunday, April 22, 2007

Tak Puas Hati

Waaa... Tak puas hati tol laa... Mouriey's tau laa Mouriey's ni bertubuh kecik. Sampai hati diorang cakap Mouriey's ni budak sekolah, tingkatan 3. Adoi laa.... Hellooww... Kita dah besar ler.... Dah patut kawen pon. Uol's tau tak member2 Mouriey's yang pompuan sumer da kawen. Yang lelaki takyah cakap la. Tu jenis gatal nak kawen. Hikss!! Dah beranak pinak pon. Dalam famili Mouriey's cakap pasal kawen ni adalah sesuatu yang sensitif. Ingat lagi akhir tahun lepas, ada member tanya Mouriey's pasal kursus kawen, da amik ke blom. Pastu Mouriey's saja laa borak2 ngan mama Mouriey's. Ni ayat mukadimah dia, konon nak cover line ler...ahaks! "Ma, member orang kabor yuran ambik kursus kawen 60 hinggit doh." (Masa tu kalo tak silap laa RM 60. Sekarang tak tau laa berapa, kot2 naik lagi.) Haa... uol's nak tau mama Mouriey's jawab apa? "Doh bakpe, mung gatal ujung k*$%^*$t doh nok nikoh??" Fullamak... berdesup mama Mouriey's sound. Berdesing tinge nih... Tak puas hati nih... Mouriey's pon cakap kat mama balik, "Dok lahh.... Orang kabor jer. Dok semestinyer orang hok ambik kursus kawen tu nok nikoh lalu. Ambik awal2, sementara yuran muroh lagi pahtu dok laa gaduh nok ambik kursus. Sok nok nikoh ketik2 baru nok ambik...." Ehmm... mama Mouriey's pun senyap je la dengar penerangan panjang lebar dari anak pompuan dia yang tak puas hati nih. Sorry mom's. Along tak puas hati jer....

Haa satu lagi, kalo jumpa member mama (member masa sekolah dulu) diorang pon tanya laa, "anak ke ke ni? umur braper? tingkatan braper doh skoloh? anok yang ke wape?" Alahaii... Sabor jer laa. "Hoo, anok laa ni, hok sulong. Ishh abih doh skoloh. Besor gung doh.... 2* doh ni...."mama Mouriey's bagitau sedangkan Mouriey's tersipu2 malu. Hikss!! "Laa... 2* dohh...ambe ingatkan skoloh lagi. Base kecik dekpong.... " Waaa.... sedeynyer.... Tak nak laa kecik, nak besor.... Tapi bila difikirkan balik kan.... Mouriey's patut bersyukur pada Tuhan kerana walaupun tubuh kecik, tapi tak penyakit, sihat tubuh badan. Masa Mouriey's kecik2 dulu ye la, Mouriey's ada paru2 berair. Selalu buat date ngan doktor tiap2 minggu... Ahaks!! Sekarang ni, alhamdulillah dah okey. Maybe ni effect dier kot.... Bila dah besar ni jadi kurus kering, kecik jer... Huhuhuhu.... Dan Mouriey's bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah. Hehehe.... uol's nak tau tak... Kalo Mouriey's naik motor ngan mama, tak kira laa g pasar ker, bandar ke... Kan kita sebagai awek cun (blueekkk!! perasan cun tuh....) biasa kena usha dek mat2 motor. Diorang biasa buat cam tu kan.... So, mama Mouriey's pon terkejut la, "Allah... galoknyer. Heyy ni bukan awek ni, MOK AWEK nih..." Mouriey's gelak ajer laa... Muahahaha!! Nakal betul la. Memang, kalo uol's tengok mama Mouriey's rasanya uol's tak kata mak Mouriey's tapi kakak Mouriey's. Betul... Ramai cakap camtu. Muka kami lebih kurang jer.... Awek muda kot? Ahaks!! Lupa nak bawak gambau mama. Nanti kalo Mouriey's masukkan gambau mama Mouriey's, uol's tengok sendiri laa k. Chaoss!! Mmmmuaahhss!!


Saturday, April 21, 2007

Bukit Besar VS Sakit

Hye uol's. Semalam kan... Mouriey's pegi jogging kat Bukit Besar. Tapi kantoi, tak dan sampai atas bukit. Sesak napas!! Mouriey's sempat berenti rehat kat ada tanda Allah Selamatkan Terengganu tu. Kat situ diorang ada sediakan tempat lapang, untuk orang ramai rilex kejap. Masa tu Mouriey's rasa cam xleh nak bernafas, sendat, ketat dada ni. Pastu plak tetiba jer rasa nak muntah. Dah ler ramai orang duk lepak kat situ. Kalo muntah, tak ke malu? Adoi la.... Tapi kalo muntah pon tak kuar apa2 kot, coz angin jer yang kuar. Hehehehe.... Kepala plak start pening.... Konon nak cover line, Mouriey's buat senaman ringan. Tu pun tetap rasa nak muntah, adik Mouriey's cakap muka Mouriey's dah pucat lesi. Alamak!! Camner ni?? Tak per, tak per, cool....cool. Yang adik Mouriey's ni plak tak sabor2 nak naik atas bukit. Mouriey's pon cakap la kat dia, ''Doh mung gi laa naik. Orang dok leh tebeng (takleh nak teruskan). Orang tunggu kat motor ah." Dia dengan muka poyonyer... teruskan perjalanan sorang diri. Mouriey's plak, terus turun. Kat depan bukit tu ada disediakan taman. Orang ramai bleh berjogging, bagi orang yang tak nak atau tak sanggup naik bukit tu. Pastu ada, alat2 exercise, ada senamrobik. Ingat nak g join senamrobik, malu la plak. Wakakaka!! Laen la kalo ada geng. Takder laa Mouriey's sorang diri jer. Dalam setengah jam Mouriey's duk pusing2 dalam taman tu, terserempak ngan adik. uikz?? Cepatnyer. Pastu dia ajak balik. Sampai kat umah dalam kol 9.45 a.m. Petang, takder buat apa pon... tido jer la. Penat woo lama tak gi jogging.

Ehmm... adik Mouriey's yang last sekali demam. Dah 3 hari dia demam. Semalam dia meracau. Mak cakap dia bersilat. Hah?! Bersilat? Biar betul mama nih. Hehehehe.. maksud mama, adik meracau, seolah2 cam pukul something sambil mulut dia mengomel entah paper, tapi mama tak nampak apa2 pon. Uol's agak2 laa kan, kenapa kalo budak2 demam, dia akan meracau. Pastu dia cakap, "Mak, halau la benda tu. Dia tengok kat adik, marah kat adik, mata dia merah, bergayut kat pokok..." Kenapa eek? Memang kita tak nafikan, benda2 halus ni ada kat sekeliling kita. Tapi kita sebagai orang dewasa, tak nampak sumer tu. Mungkin budak2, masa dia demam, sistem imun dia tak kuat, letih, penat, fikiran terganggu, semangat dia lemah... jadi otak tak dapat nak tafsirkan apa yang dia lihat. (Cheewah, cam doktor laa plak. Muahaha... Mouriey's agak jer, selebihnya wallahu 'alam.) Sebab tu laa dia meracau, cakap yang bukan2 dan ini akan menyebabkan kita meremang bulu roma! Betul tak? Adik Mouriey's yang no 3 ada bacakan Ayat Kursi kat kepala adik Mouriey's yang demam tu, tak pasal2 kena marah. Mata dia bulat marah kat abang dia nih. Tengok muka adik pon dah laen, meremang bulu roma Mouriey's masa tu. Pas 3 kali baca, baru la okey cket. Dah la malam tu malam Jumaat, lagi meremang beb. Dalam kol 11, lagi sekali dia meracau, lagi teruk. Mouriey's call ayah suruh balik, bawak adik g umah tok bomoh. 12.30 baru balik. Dah okey cket, bibir dia pon nampak merah cket. Mouriey's pon bleh tido lena (walaupun tak kena jaga adik. Ekekeke...)

Erk?? Rasanya cam laen laa plak duk cter pasal benda2 ni kan? Hehehehe..... Alaa, sekali sekala apa salahnya. Ahh, biarlah yang tu, ni nak bagitau ni kat uol's. Mouriey's tak puas hati tau. Minggu depan Mouriey's nak naik bukit tu sampai atas. Yang tak sempat sampai tu bukan pasal apa, Mouriey's dah lama tak naik. Hampir 3 minggu, Dulu ye laa, tiap2 minggu naik atas bukit tu, tak der paper pon. Mouriey's ok jer. Minggu depan, Insya-Allah...sampailah kat atas. Walaupun sumer urat2 kaki Mouriey's ni dah tegang dan sakit, Mouriey's tetap nak naik. Huhuhuhu..... Jumpa lagi...

Thursday, April 19, 2007

Late Update.... ;)

Huhuhu.... Da 2 hari Mouriey's tak update blog. Bukan sbb malas..... Tapi Mouriey's sibuk. Banyak kije. Bzi manjang. 2 hari duk mkn megi... tak sempat beli nasik. Tido plak tak cukup... Lalok jer kepala ni... Oh yer, nak bagitau uol's... Hari selasa (117/4/07) lepas baru Mouriey's belah kek. Huhuhu.... takder birthday party pon... Alaa, gurau jer la. Masa kecik2 dulu bleh laa nak wat birthday party... Sekarang dh besor panjang...xpayah ler. Celebrate ngan family jer kat umah. Gambo kek xder ekk. Tak sempat ambil gambau pon. Huhuhu. Laen kali kita sambung lg eek. I'm so tired now... Lapo ler... Taking care... Babai...