Thursday, January 15, 2009
Besday Boyy....
Wednesday, January 14, 2009
Heppy New Year 2009
Wahhh dah tahun 2009 ghopernyer.. Huhuhu... Selamat tahun baru. Apa azam baru? Ahaks! Aku ni kan dah lame nau tak hapdet blog nih. Aku rasa semacam dah lupe yang aku ni ader blog. Tak berkesempatan nak hapdet. Huhuhu... Urmm takpelah kan, ini blog aku yang punyer. So, suka ati akulah nak hapdet ke tak. :p Hua hua hua.... Keje
Urmm dah masuk tahun baru ni mesti ada azam baru kan... Aku ader azam baru ke?? Huhuhu.... Azam yang tahun-tahun lepas pon lom tertunai lagik. Ntah larr... Ape nak jadilah aku ni. Aku rasa laa kan, aku nak kawen ar.. Larikkk!!! Hahahaha... lambat lagi ler. Lom sampai seru lagi kot. Tapi member-member skola aku ramai yang dah kawen, dah beranak pinak pon. Aku ni bukannya muda lagi. Dah tua dahh..... Kita ni dari hari ke hari bukannya makin muda. Umur makin meningkat, kulit makin berkedut... Nak kawen pon takder saper yang nak kat kiter...:( Sesok, kalo dah gatai sangat nak menikah... suh jek mak bonda i tolong carikan. Tak gitu?? Tak salah kan.... Hehehehe... (Tapi aku taklah segatai dan segedik itteww.. Ahaks!!) Kalo ader jodoh ada rezeki, insyaAllah ada laa tu. Kalo takder, tawakkal jelah. Kena mandi bunga la jawabnye. Bley?? Huhuhu..... Choii!!!
Aku tak caye sangat bab-bab mandi bunga ni... Nonsense.... Yang aku percaya, jodoh pertemuan, ajal maut tu kan Allah yang tentukan. Setiap manusia kat muka bumi ni dah ditentukan saper jodoh memasing... (Wahh cam ustazah laa plak..) Tapi hasrat nak kawen tu memang ada laa. Entah saper la yang jadi my future hasben. Wawawa... :p Urmm tanak laa pikior lagi hal nih... Malas nak sakitkan kepala otak yang dah berserabut nih. K la, nak wat keje jab. Daa....
Monday, October 27, 2008
Mase Raye
Sunday, October 26, 2008
Selamat Hari Hari
Hakhakhak!! Camat ari raye... Raye da nak abeh da aku baru nak wish. Tak per laa kan, still di Bulan Syawal. Lama nau aku tak hapdet. Bzi bangett!! Takder masa lorr... Huhuhu.... Raye tahun ni cam raye tahun2 lepas. Sambut dengan sederhana jek. Baju adik2 aku still tak berapa nak siap. Wakakaka!! Seb baik baju aku yang sebanyak 3 pasang ittew sempat siap. Kehkeh... Tema famili aku tahun ni kaler purple. Ahaks!! Kalo ader masa nanti aku upload gambau masa raye ari tuh. Penat wehh duk beraya. (Ni nk cakap Ganu.. lantak r korang paham ke tak. Hakhakhak!!)
Aku nih ghamai anok beranok. Gi mari gi mari, pat tule jek. Nok mutoh jelanok wase. Macang mane dok wase nok mutoh, gi umoh orang ni makang, gi umoh orang tu pulok... ehh makang pulok. Huhuhu... Se'eh ke diri pa. Urmm mase dok mengizingkang. Sesok aku citer pulok neh... Tatata... :p.
Tuesday, September 23, 2008
My Heart Says
Wednesday, September 17, 2008
Aite..
Waahhhh.. pejam celik pejam celik ari nih dah masuk hari ke-16 kita umat Islam menunaikan ibadah puase. Alhamdulillah setakat ini pose aku masih 'full'. Ahaks!... Dan masuk hari ni jugak, aku dah bekerja selama 47 hari. Macam 470 hari! Saket woo kepala nih.. Ader jek masalahnyer, ader jek yang tak pueh hatinyer... Tapi hati tetap mau kene sabor... Kalo aku tak sabor, giler laa aku kekdahnya. ~ Oppss!! Aku pon dah lama nau tak hapdet blog nih. Sampaikan aku lupa yang aku pernah ada blog. Bzi sangat ngan keje plus takder masa. Bulan-bulan pose cenggini kebiasaannya aku banyak aktiviti. Aktiviti pas keje arr. Tolong mak masak dan siapkan tempahan baju raya. Tido pon kadang2 lewat. Pas sahur plak sambung lagi wat keje tu. Tidor pon carca merba jek. Naik jeles plak bila tengok adik-adik aku tidor bergelimpangan. Bestnyerrr.....
Aku tengah kumpul duit nih... seyes nak kumpul nih. Nak kawen arr, agak-agak dalam tahun depan arr kot? Ahaks... gatai!!! Takder maknanye aku nak kawen buat masa terdekat nih... Ekceli aku nak hambik lesen kete. Huhuhu... Kengkawan aku sumer dah ader lesen kete, pakai kete sendrik... tapi tak kesah ler pasal mak bapak diorang loaded, pandai simpan duit. Cam aku nih, payah cket.. Apa yang aku beli tatau. Adik aku plak sindir aku... eii kalo ikutkan hati aku yang mendidih ngan tinge bedesing nih... nak jek aku lempang dia laju2. Nyampah nau aku. Bukan nak bagi sokongan pon. Takper.. takper.... aku sabor. Adoih larrr... perot aku ni sokmo meragam. Apa kene aku pon tatau. Dah pi kenet, doc tu cakap nak refer aku kat pakar coz perot aku cam tak berapa 'sehat' cket. Dia cakap nak contact aku. Tapi, sampailah la ni senyap kipah jek! No fon yang aku kasik ari tu ilang kot?? Tak pon 'ter'buang lam tong sampah. Huhuhu.... masaklah aku.
Buat pertama kalinya dalam tahun 2008... aku pi kenet naik bas ko. Dari umah aku ke kenet tu kene tambang 50 sen jek. Dulu masa aku form 5, tambang 20 sen. Uhuk!! Ekceli my scoot aku adik aku guna bawak pi skolah. Scooter dia xcident. Nak tak nak, terpaksalah aku nek bas. Kalo tak, takder maknanya aku bersusah payah nek bas. Masa tengah tunggu bas nak balek umah, aku duk sorang2 jek kat bus stop tu. Hampeh tol... lori balak plak duk tertenggek tepi jalan. Tak nampak arr bas yang lalu lalang nanti. Nak nyumpah lebih2 karang kurus plak pahala pose aku. Sabor jelahhh.... Udah ler panas, takkan aku nak duk tengah2 panas tu tunggu bas tepi jalan?? Huk aloh laa... Mikir panjang aku. Apalagi.. dengan sisa yang ada, dengan lemah gemalai, perot plak tengah bergelodak..... menapak dengan penuh kegigihan pergi kat satu lagi bus stop. Jarak dia lebih kurang 300 meter. Sepanjang aku menapak tuh, seb baik aku tak kene culek. Kalo tak, mampus aku. Berpeloh2 aku dibuatnyer. Alhamdulillah, sampai jugak aku kat bus stop tuh. Tak sampai pon 5 menet aku duk situ, pungkok pon takdan panas... bas pon sampai. Syukran, syukran.... berkat orang sabor, tak gitu?? Ahaks!! Sesampainya aku kat umah, tros capai bantal... kroihh..... zzzz. Penat ler... Sekejap je aku terlelap. Petang tu aku pi bazar ramadan. Beli apa yang patot untuk berbuka. Ok laa.... nek lenguh dah tangan aku duk menaip. Malas doh wase. See ya. Daa....
Friday, September 5, 2008
Friday, August 1, 2008
Can i...???

Aku takut aku juga seperti mak bonda aku. Aku taknak kene bedah lagi dah. Huhuhu.... Aku dibedah dalam keadaan sedar. Jangan malu untuk berjumpa doktor. Cegah sebelum terlambat. Kata doktor, aku berisiko dapat Breasts Cancer coz mak sedara aku ada penyakit ni. (Tapi dah dibuang breastnye.) Sorang lagi sepupu aku tapi dah meninggal. OMG..... takut gilers masa tu. So, kaum hawa... beware. Jangan sampai terlambat. Banyak artikel yang aku baca pasal breast cancer yang merupakan salah satu penyebab utama kematian bagi kaum pompuan adalah kerana lambat dikesan dan lambat mendapatkan rawatan. Alasannya, MALU!
Aku takut aku tak mampu hadapinya seorang diri. Aku juga seperti mak bonda aku. Selalu senggugut. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku mahu jadi seperti mak bonda aku, tabah menghadapi ujian dari Allah. Aku takut untuk menghadapinya. Allahu Akhbar.... Berikanlah aku kekuatan menghadapi ujian dari-Mu ya Allah...
Thursday, July 31, 2008
Yeebaaa....
Untuk pengetahuan korang... kepada sesaper yang tak mengenali aku, dan ingin mengenali aku... Aku mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dibawah... Huhuhu....
1. Little bit 'crazy' : (lu pikirlah sendiri....)
2. Keras kepala : bese arr, kalo aku tak dapat apa yang aku nak..... muncung leh tanjong.
3. Easy to fall in love : i think... perasaan tertarik terhadap pasangan yang bukan jenis aku. (lelaki ler tuh..) Senang kata, MINAT. Bukan cinta betol2 pn. Dah salu sangat kene cam tu...
4. Mudah menangis : Ngan kawan2 susah sket, selebihnya hanya pendam dalam hati or 'luahkan' lam bilek sambel pelok teddy bear.
5. Suka berkenalan / sembang2 : tak kisah ngan saper2... tp tengok mood arr. Ngan nenek, opah pon jadik aku duk sembang. Cam orang tua ghanyut laks...
6. Pendengar yang setia : Kekadang aku rs aku leh jadi penasihat or salunyer dijadikan tempat org luahkan perasaan. Include my mom, my lovely bro and my best friends. (Walaupn masalah aku tak terluah... Huhuhu!!)
Cukuplah tuh...malas doh aku nok tulih panjang jengong.... Mungkin ada banyak lagi 'ketaksempurnaan' yang ada pada aku. Tapi yang tu, biarlah 'mereka2' jek yang tau. Dan mungkin juga pada pandangan mata sesetengah 'mereka' itu, aku terlalu sinis, hipokrit layaknya... Biarlah. Hati aku, perasaan aku... hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Wednesday, June 11, 2008
Kata-kata Pujangga
"Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih
"Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."
"Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."
"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
"Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."
"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Tuesday, June 10, 2008
SUKMA 2008
Semalam telah pun berkahirnya SUKMA yang ke-12 di Negeri Terengganu. (Ekceli aku lupa nak wat entry untuk mengalu2kan kedatangan kontinjen2 dr luar Terengganu dan malam perasmian SUKMA pada 31 Mei lalu...) Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kontinjen Negeri
Terengganu kerana berjaya mejadi Juara Keseluruhan pada SUKMA Ke-12 kali ini. Bangga woo jadi anok Tranung... Hikhikhik!! Dapat 61 pingat emas, mengatasi target iaitu 40 pingat emas.
Syabas kontinjen Tranung!! Memang havoc semalam masa majlis penutup SUKMA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Siap ader bunga api tuh.... Ahakss!! Ada persembahan dari kumpulan Rabbani, Faizal AF, Heliza dan Mawi. Kire terhibur gak arr...Uhuk! K lah, aku malas nak cter panjang-panjang. Ader khojer cket.... Daa...
Monday, June 9, 2008
Someone...
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh. "
Aku sedar, kebelakangan ini... hidup aku kurasakan penuh dengan kepura-puraan. Disebalik senyuman yang kuukirkan, terdapat kedukaan disebaliknya. Aku merasakan seorang yang bermasalah! Masalah yang mungkin aku cipta dan cari sendiri... Aku benar-benar membutuhkan 'seseorang' yang menghargai diri aku. Aku tak pasti adakah 'seseorang' yang aku cari itu akan ku temui.... Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui... Wallahu'alam...
Sunday, June 8, 2008
Mengomel
Aku sebenarnya tak tau apa yang nak dingomelkan. Cukuplah aku cter pasal my pren wedding. Aku lak lupa nak snap gambau dia ngan her hasben. Dia ni kawan aku mase aku blajor kat poli ari tu. Sama umur arr... best pren aku kat poli. Tak sangka lak dia dah kawen... Huhuhu!!! Cepatnyer masa berlalu. Dah ramai kawan-kawan aku yang kawen. Aku jek yang tak kawen lagi. Uhuk! Alerr... kalo aer jodoh, ader laa kan. Tak kemananya... Bak kata pepatah, "Takkan lari gunung dikejar.." Wawawa....
My mom penah cakap.... adik beradik dia dulu, bila time umur 21... sumer dah kawen. Umur 22 dah ada anak. Aku ni saboh (sesuai) ke dah ada anak?? Cam budak skola rendah jek. Sumer orang cakap camtu... Huhuhu!!! Nantilahh... kalo ader jodoh, ader rezeki... aku kawinlah. Aku rasa nilah masa yang sesuai untuk mencari colan-colan suami. Ahaks!!! Tak salahkan bercinta pas kawen?? Aku ni ada ramai kawan lelaki... seriously. Tapi tak semua menepati citarasa aku. Aku bukanlah nak mencari kesempurnaan seorang yang bakal bergelar suami.... Tengok ajelah zaman sekarang. Bukan senang nak mempercayai lelaki. Berapa ramai yang sanggup datang ke rumah, jumpa our parents... minta izin ajak anak dara derang kuar?? Kebiasaannya tahu ambil dan hantar kat depan umah atau tepi jalan. Ader ke patot?? Gentleman laa cket. Huhuhu!! My parents tak suka lelaki yang type camtu. Nak ajak kuar, kena datang umah. Derang pon nak tahu ngan saper anak dara dia nih kuar.... Huhuhu!! Oklah... jumpa lagi. Daa...
Saturday, June 7, 2008
Gambau222....
Sunday, June 1, 2008
Jenjalan
Friday, May 30, 2008
Rindu Lagi
Thursday, May 29, 2008
Lagu
Wednesday, May 28, 2008
Berputaran
Friday, May 23, 2008
In Memories
Thursday, May 22, 2008
One Love
Aku sebenarnya xtau nak cakap apa. Aku kalo bleh, tanak lagi dah cakap hal yang remeh temeh, yang boleh buatkan aku bersedih, meratap pilu... Huhuhu!! Berkenaan sakit hati, hajat tak kesampaian, kekecewaan, kelukaan, etc... I'm just talking about myself... Tapi, tulahkan... manusia. Tak semua manusia tu perfvct. Buat apa nak cari kesempurnaan pasangan kita sedangkan diri kita sendiri tak sempurna? Dan manusia juga tak dapat lari dari masalah... Maslah yang bernama CINTA. Ekceli kan, kalo diikotkan aku ni jiwang gak. Nak kata jiwang sangat2 tu takderlah. Aku kadang2 suka gak dengar lagu yang berentak slow rock. Tapi serius aku cakap... kalo dengar lagu jiwang yang sedey2... menanges gak beb. Bese arr kan, udah namanya pompuan. Well ua'll kan tau serapuh mana hati pompuan. Ganas mana pon pompuan tuh, last2 menanges jugak.
Urmm... untuk sesuatu yang kuanggap amat berharga dan bernilai dalam idop nih iaitu CINTA, hargailah cinta tersebut. Dan juga hargailah orang yang mencintai kita. Apa yang penting, kita seharusnya ingat.. cinta kepadaNya adalah cinta yang hakiki. Kerana cinta kita bisa hidup, kerana cinta juga kita bisa mati. Dan jangan kerana cinta, hidup kita porak peranda. Aku sungguh2 berharap (urmm bukan berharap pada orang yang pernah aku cintai dulu..) bahawa orang yang mencintai kita akan menghargai dan menyayangi kita akan menjadikan hidup aku lebih sempurna. Aku tak mahu lagi kenangan lalu menghantui idop aku.
Seorang kawan pernah berkata, apay yang aku alami ketika itu bukanlah berdasarkan cinta semata2... tapi berlandaskan minat semata2. Mungkin perasaan minat tu wujud kerana pertuturannya barangkali atau mungkin juga budi bahasanya. Urmm... ader betolnyer kata2 kawanku ittew... Memang aku ni jenis yang mudah minat kat mamat2 hensem kot?? Wawawa... pasan tahap lelabi ayer.... Huhuhu!! Well, kita tgk ajelah pasnih... See ya.
