Sunday, August 16, 2009

Selaput Dara

APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian. Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

~ THANKS TO ABANG ABI. CILOK SKET. HEHE... UTK RENUNGAN BERSAMA ~

Tuesday, August 11, 2009

Cerita Ceritik Cerituk

Assalamualaikum wbt...

Hye there... wassup?? I wanna ask u'all something. Am i a hiprocrite person?? Urmm.... saper-saper yang kenal aku, maybe derang lebih mengetahui. Huargghhhh!!! Benci betol laa.... Aku tatau nak tulis aper sebenarnya. Aku rasa kadang-kadang aku ni seorang yang hipokrit. Tak pedulikan perasaan orang, cakap kasar. Tapi tulah aku... Dalam keadaan aku nak marah pon, aku still tau batas-batasnya. Mulot lahanat aku ni bukannya pakai main sebut jek. Mulut laser kata orang. Aku juga tahu nak hormat orang, kalo tak... dah lama aku makan penampor.

Saper-saper yang pernah terasa hati ngan kata-kata aku, aku nak mintak maaf banyak-banyak. Ni pon dah dekat nak pose kan. Marhaban Ya Ramadhan.... Well, aku kalo boleh tanak lagi dah sedey-sedey, nanges-nanges... Bazir airmata jek. Kalo nanges sebab dosa aku pada Allah takper la jugak. Huhuhu..... Aku mintak pada Allah, moga hati aku ni tabah dalam menjalani kehidupan seharian. Aku nak kembali senyum dan hidup bahagia seperti dulu. Ditemani kawan-kawan dan keluarga. Aku sedar kadang-kadang sebagai manusia, aku tidaklah sempurna. Mungkin ada baik dan buruknya kelakuan dan tindak-tanduk aku. Sooo cheer's up Mourieys!!!!



Saturday, August 8, 2009

Infulenza H1N1 + Heartbreak

Assalamualaikum wbt....

Sekrang nih macam-macam dah berlaku kat Mesia. Kes terbaru, wabak penyakit Influenza H1N1 yang telah melanda Mesia. Setakat ni, dah 18 orang mangsa terkorban. Huhuhu.... Dunia akhir zaman. Allah turunkan berbagai bala bencana dan
wabak penyakit. Ya Allah... takot rasanya. Kat tempat aku keje, ader beberapa orang pekerja demam-demam. Harap-harap laa bukan wabak tu. Selisih malaikat 44! Nampak gayanyer aku kene pakai mask r datang keje besok. Huhuhu....

Aku nak cter pasal aku pon dah takder mood rasanya. Kalo bleh, nak aje luahkan kat blog nih. Nak aje aku maki hamun... biar puas hati aku. Tapi takleh... aku bukannya jenis yang suka sangat maki hamun orang. Tak baek tau. At least aku pendamkan aje. Biar Tuhan balas.... Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Untuk dia, aku sanggup korbankan walaupun 10 orang kekasih hati. Dia umpama seorang kakak; Kakak yang terbaik buatku. Cukuplah setakat ini keperitan dan kepedihan yang aku rasakan. Aku nak idop bahagia dan mencari keredhaan-Nya.. insyaAllah.


Thursday, August 6, 2009

Disakiti

Assalamualaikum wbt....

" Amat pedih  melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri
Bila bersendiri
Aku mimikirkan
Di mana silapnya
Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji
Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama "

Sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Terlalu pedih hati ini kurasakan... Aku terima ketentuan Illahi dengan hati terbuka. Cuma sedikit rasa terkilan, terkilan yang amat sangat. Aku sedar siapa diri aku. Bagai pungguk rindukan bulan... menanti bulan jatuh ke riba. Aku juga seperti tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin juga aku seorang yang mementingkan diri sendiri, bersikap hipokrit. Aku bingung... Mengapa aku diperlakukan begini. Aku juga seperti insan lain, punyai hati dan perasaan. Terasa sakitnya bila disakiti, dikhianati. Biarlah, aku merelakan apa yang telah berlaku. Doaku semoga mereka berbahagia ke akhirnya.... InsyaAllah..


Wednesday, August 5, 2009

Faizal AF4


Hehehe... jangan marah haa. Saje aku uploadkan video nih.
Suka dengar Faizal nyanyi lagu rakyat.Ahaks...


Tuesday, July 28, 2009

Wish U Gud Luck

Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku upload gambau masa pi anto my bro (Ateh) kat Akademi Laut Malaysia, Melaka. Pastu sempat pose cket. Heheheh..... Well, for my bro... wish u gud luck and take care. We always luv u and miss u. Mmuahh!!! :p






DOA MENCARI CINTA

Assalamualaikum wbt...




Saturday, July 11, 2009

Postpone

Assalamualaikum wbt....

Semalam aku hamper-hamper nak bertolak ke Kuantan. Adik aku yang no 3 dapat sambung blajar kat ALAM, Melaka. So, nak g daftar dia laa hari Ahad ni. Ingat nak singgah tido Kuantan umah mak sedara. Hari Sabtu bertolak ke Melaka, tumpang tido umah my kazen. Aku ngan famili dah nak masuk bandar (bandar Kuala Terengganu ler...) Tetiba pihak ALAM call my bro tu.. postpone on Sunday nextweek, coz Influenza A H1N1 cases. Kat tempat adik aku nak pegi tu, 6 orang pelatih disahkan kena benda alah tuh. Huk aloh laa.... Tapi ok gak... takder laa jangkit kat adik aku plak. So, let's wait n see on nextweek. Hehehe....

Friday, July 10, 2009

Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Assalamualaikum wbt....

2 hari lepas aku bermimpi.... mimpi kuar date ngko!! My date-partner aku bukan calang-calang orang taw... nak tau saper?? Jeng jeng jeng!!!! The one and only....... FAHRIN AHMAD!! Hakhakhak!! Dok caye wase.... kuor date ngan Fahrin. Jejaka idaman malaya tu.. Rasa cam bahagia sangat, siap pegang tangan, g shopping, minum2 kat Starbuck... Waahhh bahagia betol. Tapi.. tu cuma mimpi jek. Bangon pagi, aku sengih sensorang like kerang busuk! Ahaks!! Tatau r naper tetibe leh mimpi si Fahrin tuh... Bila aku cter kat mak aku, tergelak besar derang. Malu lak rasanya... Huhuhu... Urmm mujur sangatlah aku kuor date ngan jejaka hensem cam tu. Impossible lah.. Aku ni takder rupa... orang nak pandang aku ngan sebelah mata pon lom tentu.... Tapi, tak kisahlah. At least aku berjaya kuor date ngan jejaka hensem walaupun hanya dalam MIMPI.. Uhuk!

Tuesday, July 7, 2009

Micheal Jackson's Ghost??


Betul ke roh Micheal Jackson (MJ) berkeliaran di kediamannya di Neverland?? Sama-sama kita saksikan kesasihannya. Mungkinkah ia benar seperti sesetengah dakwaan yang mengatakan MJ tidak mahu mati dan meninggalkan kediamannya itu? Dan ini menyebabkan rohanya masih berkeliaran walaupun beliau sudah meninggal dunia hampir 2 minggu yang lalu? Atau sekadar illusi?? Urmm....



LOS ANGELES : Nampaknya kematian Michael Jackson mencetuskan pelbagai fenomena, termasuk dakwaan rohnya masih berkeliaran di kediamannya di Neverland. Dalam satu klip video di rumah besar raja pop itu, peminat mendakwa bayangan di hujung laluan di rumah berkenaan membuktikan kehadiran roh Michael. Ia adalah khabar angin terbaru mengenai Michael sejak kematiannya hampir dua minggu lalu. Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa konsert jelajah dunia Michael akan diadakan menggunakan teknologi hologram. Mayat Michael juga didakwa akan ditanam tanpa otaknya kerana ia perlu menjalani ujian makmal. Rakaman video di Neverland itu dibuat Miko Brando - anak kepada legenda filem, Marlon Brando - bersama jurukameranya. Pada peringkat awal, tiada sesiapa menyedari kewujudan bayang yang didakwa roh Michael itu. Namun, selepas rakaman berkenaan dipaparkan dalam laman web YouTube, khabar angin mengenainya merebak dengan cepat di Internet. Pengunjung turut meninggalkan komen dan berdebat dengan penuh minat mengenai kemungkinan roh Michael kini berkeliaran di Neverland. Seorang daripada mereka meninggalkan komen: “Ya, itu adalah MJ (Michael Jackson), malah gaya rambutnya menjadi bukti...!! Dia tak mati!” - dipetik dari MyMetro Online.

Sunday, July 5, 2009

Ujian-Mu

Assalamualaikum wbt...

Haii... jumpa lagi dalam ruangan blog aku yang dah lame nau aku hapdet. Huhuhu... Macam-macam hal berlaku kat famili aku sekarang nih. Adoih laa.... Genap sebulan atuk aku eksiden. Tapi alhamdulillah, takder laa teruk sangat.. patah-patah pun takder. Cuma sakit bahagian belakang jek. Pastu hari Khamis baru ni plak my dad masuk wad coz kene batu karang. Kene tahan sehari semalam jek. Pihak hospital tak buat sebarang tindakan.. just x-ray n then bagi medicine. Tak memerlukan operation. Syukurlah... Aku sendiri pon baru baek demam, still batuk-batuk lagi nih. Dah naek serak sore aku ni haa.... Dada plak sokmo rasa sakit. Ye lah.. duk batuk koh-koh-koh!!! Semput rasanya... My mum plak kene operate pas raya. Doc syorkan kat my mum suh buat bulan pose... tapi dia taknak. Baju yang orang tempah untuk raya saper nak jahitkan?? Uhuk!! Aku ni dah ler tak reti... Ni duk makan ubat tahan sakit jelah. Aku faham sangat... cmner sakitnyer bila my mum period. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Ya Allah.... aku redha dengan ujian yang Kau berikan.......

Monday, June 29, 2009

Saturday, June 20, 2009

Hanya Awak



AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA MEMERLUKAN AWAK
SAAT SAYA MERINDUI AWAK
TIKA SAYA DALAM KESULITAN

AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA INGIN MEMBINA
MAHLIGAI INDAH BERSAMA AWAK
LALUINYA BERSAMA
DENGAN TABAH DAN SABAR

AWAK..
SAYA NAK AWK TAHU
HANYA AWAK DI HATI SAYA
MULAI HARI INI,
ESOK,
DAN SELAMANYA..
INSYA-ALLAH

AWAK..
SAYA PANJATKAN DOA
PADA YANG MAHA ESA
SEMOGA JODOH ANTARA KITA
BERKEKALAN
SEMOGA KASIH SAYANG
YANG DISEMAI DIREDHAI-NYA


Monday, June 8, 2009

Lawak Sari Kata - Geli Mat


~ SELAMAT BERHIBUR ~



First time aku tengok clip nih... sendat perot aku duk gelak. Nak pecah
rasanya perot aku nih.Hakhakhak!! Lawak tol!!

Friday, June 5, 2009

My Best Pren

Assalamualaikum wbt...

Ari nih aku nak bercakap mengenai perasaan. About my feelings.... Ekceli aku bukan nak jiwang2 karets. Saje nak meluahkan di ruangan blog aku nih. Dari mana aku nak mulakan eek... Susah jugak nih. Adoih laa... Urmm aku rasatak perlulah sumer ni kan. Apa2 pun yang berlaku.... setiap masalah aku, idop mati aku... Biarlah aku yang hadapinya sendirian. Hanya seorang insan yang aku kenali yang memahami aku. Sanggup mendengar segala luahan hati aku.Terima kasih banyak-banyak Kak La. Disaat aku rasakan hidup ini seolah tak bermakna lagi buat aku... dialah yang memberi dorongan dan semangat. Aku dah anggap Kak La tu as a my own sister. Aku ni takder abang atau kakak.... Sedih sero.. Uhuk!! K r... malas aku nak ungkit benda yang dah lepas. Yang lepas tu, lepas laa. Biarlah aku simpan kemas dalam hati nie. Aku percaya, setiap apa yang kita lakukan... akan mendapat balasannya. So, fikir-fikirkanlah.. .


Expo

Assalamualaikum wbt...

Ni nak cter... Kat Dataran Shahbandar ada Expo. 3 malam lepas aku pi r jenjalan. Jalan-jalan cari jantan.. Opss!! Acahjelah. Hakhakhak!! Tak der maknanya aku nak pi jantan, hengat aku ni lapo kat jantan sangat ker? Huhuhu.... Aku saje jek pi jenjalanwith my kazen. Aku merempit ler... nek my scoot cabuk aku tu ler. Dia tido kat umah... At least aku tak der laa bosan tahap cipan pretnen kalo kazen aku ni ada. Kan Jumaat ngan Sabtu coti sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong plus coti skola lagik.. Soookita enjoyyyy!!! Hakhakhak! Ramai gak laa kat expo tuh. Siap ada taman tema ala-ala Genting Highlands gitu.. Nak masuk dah kene bayau 3 hengget sorang. Urmm tak kisah laa kan. Aku ngan kazen aku pon masuklah... Mak oii meriah curry ngko! Aku ingat nak nek buaian pusing... alerr cam Eyes On Malaysia tuu. Tapi tak kesampaian dek token yang mahal ko. Huhuhu... aku ngan kazen aku just melopong jelah tengok mereka-mereka ittew bergumbira. Uhuk!! Nak nek benda lain pon aku rasa bleh bikin jantung aku tercampak keluar. Seram dowh! Lagi pon aku nak save bajet ler.... Aku balek dalam kol 11 malam. Best gak g jenjalan. Lalalala laa.....

Wednesday, June 3, 2009

Wish Me

Assalamualaikum wbt...

Urmm coti skola dah bermula. Maka... dengan itu, ramai laa yang buat kenduri kawen. Hehehe...Bese r.. asal coti skola jek ader orang kawen... Asal ader orang kawen jek, coti skola. Ahaks!!! Kawan aku baru-baru ni dah kawen. Umur baru 22, tapi dah kawen. Muda-muda lagi dah kawen... Tapi baguslah kawen muda. Aku doakan semoga beliau dan suami berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu, InsyaAllah. My kazen 2 orang pon baru jek bertunang. Aku?? Ntah ler.... no comment. Ader jodoh, ader rezeki aku kawen laa. Setiap orang nakkan keluarga dan kehidupan sendiri yang bahagia kan? Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Kita merancang, Dia yang menentukan. Tinge aku nih dah lali dengan pertanyaan yang bikin aku tak senang duduk. Ye lar, umur dah meningkat, tapi lom kawen... Urmm whatevalah. Suka ati deranglah.... Yang penting, bila tiba saat ittew, aku akan pastikan ia akan menjadi satu peristiwa yang paling bersejarah dalam idop aku... Wish me gud luck k. :D


Tuesday, June 2, 2009

Orang Baru

Assalamualaikum wbt...

Nur Damia Farisha binti Hasli Sham @ Miyako - Cantik nama ni? Err tang Miyako tu saje jek aku tambah. Atuk dia laa
yang panggil Miyako. Bila aku soh letak Rogayah, tanak. Sibok sangat daddy dia duk tanya aku nak kasi nama apa. Barulah klasik cket! Hakhakhak!! Ekceli ni nama anak sepupu aku yang kawen ngan orang Johor tahun lepas. Kuat meragam... Umur lom sampai lagi 3 bulan dah pandai nak nek kete. Bila duk lam kete.. memanjang jek senyumnyer. Sampai ke tinge. Huhuhu.... Dok sabor rasanya nengok dia besor. Ahaks!! Kat bawah ni aku upload gambau si Miyako... Masa ni Miyako berusia 5 hari... :D




Monday, June 1, 2009

Problemo

Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tak tau nak tulis aper. Fikiran jadi buntu, melayang entah ke mana. Banyak yang aku pikirkan waktu ni. Sumer datang serentak. Bak kata pepatah, bukan hidop namanya kalo takder masalah.... Entah lerr... Aku ni jenis kadang2 yang tak amek kesah sangat pon pasal benda nih. Kekadang boleh migrain aku dibuatnyer bila aku amek kesah. Muka pon jadi ber'kerapu' jek... dek banyak pikior le nih. Well.... let's wait n see. Mungkin ader hikmah disebalik sumer nih. Aku harapkan ianya akan berkesudahan dengan baik, InsyaAllah...

Sunday, March 29, 2009

Heppi Anniversary...

Assalamualaikum wbt...




Wahh lama nau aku tak hapdet blog ni kan. To JUNKOPILE, so sorry coz lama tak hapdet.
Ari nih, genaplah Ulangtahun Yang Ke-3 For My Blog. Huhuhu.... SELAMAT HARI JADI!!!!!!!!
InsyaAllah, ada masa nanti aku hapdet laa blog aku nih. Kikiki......