Sunday, August 12, 2007

Chubby Girl



hehehe....ari nih Mouriey's nak masukkan gambau budak chubby nih. geram siot!! sesajer jer nak masukkan. masa ni dia tengah menangis...nak tau knp? sebab...sebab Mouriey's kekoh jari dia...hahahaha!! kejamnyer aku!!! alerrr Mouriey's kekoh sket je. takder laa sampai putus jari dia. slow-slow je Mouriey's kekoh. geram sangat.... hehehe. sorry sayang....

semalam Mouriey's tido awal... ngantuk. hari Jumaat tu Mouriey's tak pergi mana-mana. petang tu je pergi lepak ngan famili kat Pantai Airport. pastu gi makan sotong celup tepong. jom makan-makan.... hikhikhik!! maghrib baru balik. tak per la, at least leh gak lapangkan fikiran. tengok laut luas terbentang yang membiru. rasa nak terjun je...nak mandi. tapi takleh, ombak kuat. Mouriey's ni dah laa tak reti berenang. huhuhuhu....

entah laa, bila Mouriey's tengok laut, rasa tenang cket. mendamaikan hati yang sedang gundah gulana..... sebab tu bila kepala serabut, Mouriey's selalu lepak kat pantai. terkadang hati sering berkomunikasi tanpa disedari. seb baik takder orang dengar... berdialog dalam hati jer. tertanya-tanya diri sendiri... takdir hidup Mouriey's yang tak ketemu hujungnya. seperti laut yang terbentang luas... tak bersempadan, tiada penghujungnya. tak tahu apa yang bakal Mouriey's hadapi pada esok hari. adakah hari ini lebih baik dari semalam atau hari esok lebih baik berbanding hari ini.... sayonara...

Thursday, August 9, 2007

Sunyi (Cilok cket....)


Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu. Biarkanlah aku merindu sekian lama dan bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata. Terpisahnya kita kerana mengejar impian Adakah mungkin bersama dua jiwa ini dalam mencari cinta sejati. Mungkinkah segala derita dijiwa akan terubat ??

Sepinya di kamar ini hanya lilin menerangi. Beginikah seksanya hidup dalam penantian dan ada insan kesepian sendirian. Aku tetap setia menantimu tetapi bayanganmu entah di mana. Terkadang aku terfikir, mengapa harus kita di temukan jika akhirnya meresahkan. Apakah aku satu persinggahan pengubat rindu pada dirimu....

Untuk diriku, kau nyalakan prasaan mengukir kemesraan Mungkinkah ada sinar bersama impianku dan telahku duga suasana keindahan hanyalah seketika. Pun begitu, aku tetap menantimu......... Hakikatnya sebuah cinta dan harapan telah menjadi debu berterbangan Hinggakan nafasku tersekat, kabur pandangan mataku... Amat terseksa diriku kerna kehilanganmu disaat itu. Mengapakah aku terus mengharap menanti walau cukup kusedari kau takkan kembali?? Dan saat aku kehilanganmu, hati ini dibaluti rasa pilu dan pedih. Pastinya kedukaanku akan berlarutan kerna telah dikecewakan... Oleh insan sepertimu....

Seribu BIntang - Alleycats
Ingin kupergi jauh darimu

Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu

Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta

Kini kau datang dengan seribu bintang

Bintang yang dulu sembunyi

Bintang yang tiada bererti
Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku

Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku


Wednesday, August 8, 2007

Gambau

Hye uol’s…. hari ni Mouriey’s nak masukkan gambau je. Gambau kucing kesayangan Mouriey’s, Sakura nama dia. Hehehe… Comel tak?? Pagi-pagi selalu je masuk bilik Mouriey’s tupang tido sekatil ngan Mouriey’s. Hikss!! Pastu mula laa mengiau tak habis-habis. Nak tido pon tak senang. (Ni kalau UjangMD tengok gambau kucing nih, mesti menyampah dia. Yelah, dia kan anti kucing….. Hehehehe.)

Mouriey’s kalau time-time bosan, sedey ke….si Sakura ni laa mangsanya. Bukan bermaksud Mouriey’s lepaskan geram kat dia. Cuma Mouriey’s suka usap-usap dia, cakap-cakap ngan dia. Terkebil-kebil dia dengar tuan dia duk mengomel sensorang. Kadang-kadang dia mengiau gak. At least dia bersuara gak. Kononnya setuju laa ngan kata-kata Mouriey’s nih. Hikhikhik!

Oh ya, baru nie Intan ada tanya, dah takder cuti-cuti Malaysia ke? Buat masa ni takder lagi. Cuma Mouriey’s tengah jalankan research pasal kuih-muih tradisional Terengganu. Kat bawah ni ada contoh kuih yang Mouriey’s suka makan. Hehehehe…. Hari tu si Fahrin ngan krew 3 Hari 2 Malam, datang ke pasar Pekan Batu Enam. Dia sendiri terkejut apabila makcik tu bagitau nama kuih tu. Pelik kata si Fahrin ni, tak pernah dengar. Hehehe… So, sama-samalah kita tunggu hasilnya. Chow!!

Qhasidah

Beronok Sagu (Sound so weird huh? Hehehe...)

Tuesday, August 7, 2007

Me & My Siblings

Ehmm ari nih Mouriey's nak tell uol's about my siblings. dalam famili Mouriey's, daripada 5 beradik, Mouriey's sorang je pompuan. 4 lagi adik Mouriey's sumernya jantan. erkk....rasanya Mouriey's dah pernah bagitau kan? hehehe.... diorang ni nakal sangat, babil, tak dengar kata. silap-silap haribulan, Mouriey's pulak yang kena marah, kena pelangkung. huhuhu.....

actually takder paper nak tulis ari nih. kat umah Mouriey's yang ada hanya 4 beradik. Ateh, Acik dan Afiq. yang Angah... dia tak duduk ngan kami. sejak berusia 18 bulan lagi, pak sedara dah ambil dia. masa tu pak sedara bukan tak der anak, tp anak dia yang sulung dah besor panjang. Lelaki. so, diorang suami isteri tak der tempat nak manja-manja. diorang pon ambil laa adik Mouriey's. sampai laa sekarang ni dah berusia 17 tahun dah....

dia tahu asal usul dia.... tiap-tiap minggu Angah balik umah. walaupun dia tak duduk serumah dengan kami satu famili, Mouriey's ngan Angah rapat sangat. selalu kuar 'date' ngan dia. hehehe... kalah orang tengah couple tau. kalo kuar jalan-jalan ngan dia, siap pegang-pegang tangan bagai.... memang rapat sangat. satu lagi, muka kami ni tak der rupa cam adik beradik. kadang-kadang orang salah anggap. ingatkan couple. hehehe.... kalo dia ada masalah, Mouriey's laa tempat untuk diluahkan masalah dia. walaupun haku ni dah banyak masalah... huhuhu... paper pon, I LOVE U ANGAH!! hikhikhik.... setakat nie je untuk ari nih. chaoss!!

Monday, August 6, 2007

Suratan Atau Kebetulan

Mouriey's hari ni rasa cam nak imbas balik detik-detik perkenalan dengan seseorang. yup, walaupun pedih, at least ada jugak kemanisannya. mungkin mampu membuat Mouriey's tersenyum keseorangan. like kerang busuk!! hehehehe.....

kadang-kadang kejadian yang memeritkan boleh jadi kenangan yang cukup indah untuk dikenang. walaupun hanya dua kali bertemu (secara kebetulan) sudah cukup untuk Mouriey's imbas balik pertemuan tu. ya, kami tak pernah duduk semeja, bersembang.... tapi, susah untuk digambarkan dengan kata-kata bagaimana bibit sayang mula menjelma. Mouriey's sendiri tidak pasti bila hadirnya perasaan sebegitu.

sepanjang perkenalan kami, kami berhubung melalui telefon, bersms. bergurau senda.... Mouriey's selesa berkawan dengannya. setiap kali kami aturkan satu perjumpaan, ada je halangan. Mouriey's ada kerjalah, tak boleh keluarlah, dia plak kena tolong member dia.... macam-macam berlaku. ader je yang tak kena seolah-olah untuk mengelakkan kami daripada berjumpa.
Mouriey's masih ingat lagi. masa tu memang niat Mouriey's nak pegi jumpa dia, ngan adik yang no. 3. biasalah, naik motor scoot cabuk Mouriey's tu. tak sampai separuh jalan, scott Mouriey's tu tetiba je mampus. takleh nak gerak. minyak penuh. start-start tak mau hidup. masa tu rasa cam nak menjerit je. hancur luluh hati nih....dah putus harapan dah.

tanpa membuang masa, tros je send sms kat dia, yang berbunyi... 'Abang, senang2 kita tak yah jumpa la. wat sakit hati je...selalu je camni. apalah majal sangat?' dah sakit hati sangat masa tu. and then dalam 30 minit duk tercongok kat situ tunggu member Mouriey's datang suruh member tunda motor, dia pun sampai. so, first time tengok dia, ehmmm not bad la, ok. lagi pun masa tu malam, tak berapa clear. hehehehe....

suka tengok mata dia, bulat, bundar.... tak cakap banyak la bila keadaan camtu. ermmm... keesokannya we meet again (pon secara kebetulan gak....) langsung tak bertegur sapa, terkejut sebenarnya. dan peluang yang ada, disia-siakan sekali lagi... kami tak bercakap pon. just selisih je.

tapi tu sumer dah tinggal sejarah... Mouriey's akan ingat sumer tu sampai bila-bila. sekarang ni baru Mouriey's sedar yang memang kami tak ditakdirkan untuk bersama. Mouriey's takkan benci dia, sebab dialah orang paling istimewa yang pernah Mouriey's jumpa. ehmm... buat masa sekarang, biarlah dia dengan dunia dia. Mouriey's dah tak nak kacau hidup dia lagi. Mouriey's rasa mungkin dia tak perlukan Mouriey's lagi. apa yg penting, Mouriey's makin selesa berkawan dengan Man_Kelisa (sekali lagi promote pasal awak nih. wahhh feymes laa awak pas ni yerk... hehehe) harap kita terus berhubung k... hikhikhik. adios!

Suratan Atau Kebetulan
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
( ulang dari korus 1)

Sunday, August 5, 2007

1.30 a.m - 2.30 a.m.

hye uol's.... heppi weekend to akak kita, NatsUmi, Noushy, Intan, Bro_Rick and to all bloggers. tak lupa juga buat member baru Mouriey's, Oshin. Welcome welcome Oshin. arigato gozaimas coz kerana sudi singgah diteratak buruk ambe nih... hehehe. well, ari ni Mouriey's kejer. huhuhu.... tapi tak pe laa, leh update blog.

ehmmm semalam pas balik kejer, pas siap mandi aper sumer.... masa tu dalam kol 8.00 pm. tengah baring-baring atas katil, ntah bila masa Mouriey's terlelap. layan je la... siap peluk teddy bear bagai. tup-tup Mouriey's terkejut cam dah lama benor Mouriey's terlelap. tengok jam dah kol 11.30 pm. astaghfirullah.... lamanye aku tido?! bangun je, basuh muka dan perut mula laa berkeroncong lembut.... hukhuk, lapornyer.

pas makan nasik, layan cerekarama 'Cari'... best gak. coz mata pon dah cerah balik nie, camner nak tido. dalam kol 12.30 lebih, ayah ajak kuar pergi bandar jalan-jalan cari makan. ajak mak sekali, pergi ngan 2 buah motor scoot. adik Mouriey's lagi 3 orang tengah syok tido sambil sukahati wat peta dunia kat bantal masing-masing. apalagi, kami 3 beranak amik kesempatan ler kuor jalan-jalan. huah huah huah!!!

with my mom at 1.30 a.m. hehehe....

bandar Kuala Terengganu ni bila tengah malam, tak 'havoc' cam K.L.... tak banyak kenderaan, yang ada pon mat-mat motor duk merempit ngan budak-budak muda berkereta wira atau evo yang telah di'solek' bagai. kat bawah ni ader gambor semasa adventure semalam...hikhikhik!! best woo jalan malam-malam, sejuk je. ada satu tempat kami berhenti kat tempat orang naik bot penambang, kat Pasar Kedai Payang. haa.... Nat mesti tau kan kat mana?? kalo Nat dan anda-anda semua nak tau, kat depan Bukit Puteri sekarang ni dah didirikan sebuah kompleks niaga. cantik banget! kat bawah ni ada gambor dia. tp mungkin tak berapa clear.... senibinanya cukup indah, cantik... cam istana zaman dolu-dolu....

masa tu dah kol 1.30 am lebih. and then kami pergi makan nasik lemak kat stesen bas MPKT. ramai gak orang duk menjamu selera. alhamdulillah kenyang... hehehe. balik umah dalam kol 2.30 am. pheww..... perut kenyang, mata pon dah mengantuk. apalagi, tido laa!!! zzz...zz...kroih kroih...


Saturday, August 4, 2007

Mak Bondaku Berleter

semalam Mouriey's tak kerja. tak ke mana-mana pon. pagi tu je adik kejutkan, nak pergi jogging kat Bukit Besar. dah set jam awal-awal, ntah bila Mouriey's offkan tak tau laa.... ngantuk sangat. ingat malas nak pergi. kalau pergi pon Mouriey's tak jogging. just temankan adik je. Mouriey's dah quit dari jogging kat Bukit Besar tu. malas arr, lagi pun dah bingit tinge ni dengar mak duk berleter. pot pet pot pet..... ye lah, kan Mouriey's dah kurus kering... buat apa nak pergi jogging lagi? kan dah kene tu.....

ari tu mak buat sauna / mandi wap. diorang datang kat umah, buat promosi. RM 30 untuk 3 orang. murah laa kan? biasanya kalau pergi kat salun dia, seorang dikenakan RM 50. untuk sesi promosi ni, bahan-bahan dia kitorang kena sediakan. yang biasa-biasa je... cam limau nipis, lada besor, daun pandan, daun mengkudu, daun kari, halia. banyak khasiatnye. first time tau buat sauna nih... setiap bahan-bahan tu ada fungsinya. yang Mouriey's ingat, untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, awet muda, mengurangkan pertumbuhan uban, kulit licin banyak lagi la...

seblom tu kena check kolestrol brape, tekanan darah ok ke tak? yang klakarnyer, kolestrol kat badan Mouriey's ni tak der langsung, 0%! akak promoter tu cakap bahaya gak kalau tak der kolestrol ni. so, akak tu suh makan kubis bunga ngan ketiak jagung banyak-banyak. waa... kena makan sayur dan minum air banyak-banyak.... huhuhu....

so, lepas pada tu laa mak dah larang Mouriey's pergi jogging. lepas ni, dah tak dapek la nak tengok pemandangan dari atas bukit tu lagi. tapi tak kisahlaa kan? main-main kat taman rekreasi tu pun dah cukup. jalan-jalan ambil angin pagi. perghhh...sejuk giler!! petangnya Mouriey's membuta. tak tau nak pergi mana, tido je laa jawabnye.... hikhikhik!!

*******************----<<@ ******************

Friday, August 3, 2007

Friendship Forever

hye uol's... Mouriey's tak de paper2 nak dikongsi hari nih. korang penah buat keje bodoh dalam hidup korang tak?? selama Mouriey's hidup 23 tahun ni.... 2 malam lepas Mouriey's buat keje bodoh tu. nak tahu apa Mouriey's buat?? emmmphhh tak yah laa korang tahu. cukuplah malam tu je. tak nak buat lagi dah. kesnya cuma Mouriey's ada selisih faham sikit ngan kawan. tak pernah Mouriey's bengang camtu. pastu mula laa rasa runsing sangat-sangat, sedih, sakit hati and then tak leh tido. tu je... tak tau laa naper leh jadi sampai camtu.

nasib baik sumer orang dalam umah tu dah tido. saat tu Mouriey's rasa cam dah xder paper.... terasa berada di awang-awangan. bangun pagi je rasa cam orang bodoh. bodoh sebodohnya. cam dah tak der kerja lain nak dibuat. dan macam dah tak der orang lain nak difikirkan. sedangkan orang mungkin tak pernah pun terfikir pasal kita. lepas pada kejadian tu.... Mouriey's dah malas nak fikir lagi pasal benda-benda macam ni.

setelah kewarasan tu kembali, satu je cara untuk tidak lagi berfikir akan beliau...iaitu stay away from him. that's all.... walaupun payah sangat Mouriey's nak lupakan beliau tu. demi Allah, tak pernah Mouriey's rasa cam tu. payah sangat nak lupakan beliau yang tak berapa hensem tu. lantak laa apa nak jadi pasni.... Mouriey's ngan hidup Mouriey's, dia dengan hidup dia. cuma Mouriey's berharap agar dia jumpa seseorang yang lebih baik dari Mouriey's. betul kata Nat, usah dirayu pada yang tak sudi! Nat, terima kasih kerana sudi bagi nasihat dan mendengar luahan hati Mouriey's. Ambe sayang mung Nat!! buat kawan baru, Man_Kelisa, thanx coz sentiasa menggelikan hati Mouriey's tatkala sepi menjelma. Thanx yea..... Choww!!

*****************************************************

Thursday, August 2, 2007

Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya. Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun ia sudah menghadapi satu masalah,beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan
supplement untuk anak kami tersebut

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 Sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui.

Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya
meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, n ugget,sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur
Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam

P/s : Terima kasih kepada kawan Mouriey's kerana sudi berkongsi ilmu. Sama-samalah kita fikir-fikirkan....

Wednesday, August 1, 2007

Ab To Forever

hari ni Mouriey's nak beralih angin. kita berdansa berentak hindi and disco. layan jer.... hehehe. Mouriey's kan Mouriey's suka dengar lagu nih. heppy...santai. rasa nak ikut menari sama ngan Rani Mukherjee ngan Saif Ali Khan. so, hope uol's enjoy..... tak ada apa2 Mouriey's nak tulis hari ni. busy cket. almaklumlah dah masuk keje balik. hehehehe.... k, papai!


Mari Berdisco... Hahahahaha!!!