Monday, June 29, 2009

Saturday, June 20, 2009

Hanya Awak



AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA MEMERLUKAN AWAK
SAAT SAYA MERINDUI AWAK
TIKA SAYA DALAM KESULITAN

AWAK..
SAYA NAK AWAK TAHU
YANG SAYA INGIN MEMBINA
MAHLIGAI INDAH BERSAMA AWAK
LALUINYA BERSAMA
DENGAN TABAH DAN SABAR

AWAK..
SAYA NAK AWK TAHU
HANYA AWAK DI HATI SAYA
MULAI HARI INI,
ESOK,
DAN SELAMANYA..
INSYA-ALLAH

AWAK..
SAYA PANJATKAN DOA
PADA YANG MAHA ESA
SEMOGA JODOH ANTARA KITA
BERKEKALAN
SEMOGA KASIH SAYANG
YANG DISEMAI DIREDHAI-NYA


Monday, June 8, 2009

Lawak Sari Kata - Geli Mat


~ SELAMAT BERHIBUR ~



First time aku tengok clip nih... sendat perot aku duk gelak. Nak pecah
rasanya perot aku nih.Hakhakhak!! Lawak tol!!

Friday, June 5, 2009

My Best Pren

Assalamualaikum wbt...

Ari nih aku nak bercakap mengenai perasaan. About my feelings.... Ekceli aku bukan nak jiwang2 karets. Saje nak meluahkan di ruangan blog aku nih. Dari mana aku nak mulakan eek... Susah jugak nih. Adoih laa... Urmm aku rasatak perlulah sumer ni kan. Apa2 pun yang berlaku.... setiap masalah aku, idop mati aku... Biarlah aku yang hadapinya sendirian. Hanya seorang insan yang aku kenali yang memahami aku. Sanggup mendengar segala luahan hati aku.Terima kasih banyak-banyak Kak La. Disaat aku rasakan hidup ini seolah tak bermakna lagi buat aku... dialah yang memberi dorongan dan semangat. Aku dah anggap Kak La tu as a my own sister. Aku ni takder abang atau kakak.... Sedih sero.. Uhuk!! K r... malas aku nak ungkit benda yang dah lepas. Yang lepas tu, lepas laa. Biarlah aku simpan kemas dalam hati nie. Aku percaya, setiap apa yang kita lakukan... akan mendapat balasannya. So, fikir-fikirkanlah.. .


Expo

Assalamualaikum wbt...

Ni nak cter... Kat Dataran Shahbandar ada Expo. 3 malam lepas aku pi r jenjalan. Jalan-jalan cari jantan.. Opss!! Acahjelah. Hakhakhak!! Tak der maknanya aku nak pi jantan, hengat aku ni lapo kat jantan sangat ker? Huhuhu.... Aku saje jek pi jenjalanwith my kazen. Aku merempit ler... nek my scoot cabuk aku tu ler. Dia tido kat umah... At least aku tak der laa bosan tahap cipan pretnen kalo kazen aku ni ada. Kan Jumaat ngan Sabtu coti sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong plus coti skola lagik.. Soookita enjoyyyy!!! Hakhakhak! Ramai gak laa kat expo tuh. Siap ada taman tema ala-ala Genting Highlands gitu.. Nak masuk dah kene bayau 3 hengget sorang. Urmm tak kisah laa kan. Aku ngan kazen aku pon masuklah... Mak oii meriah curry ngko! Aku ingat nak nek buaian pusing... alerr cam Eyes On Malaysia tuu. Tapi tak kesampaian dek token yang mahal ko. Huhuhu... aku ngan kazen aku just melopong jelah tengok mereka-mereka ittew bergumbira. Uhuk!! Nak nek benda lain pon aku rasa bleh bikin jantung aku tercampak keluar. Seram dowh! Lagi pon aku nak save bajet ler.... Aku balek dalam kol 11 malam. Best gak g jenjalan. Lalalala laa.....

Wednesday, June 3, 2009

Wish Me

Assalamualaikum wbt...

Urmm coti skola dah bermula. Maka... dengan itu, ramai laa yang buat kenduri kawen. Hehehe...Bese r.. asal coti skola jek ader orang kawen... Asal ader orang kawen jek, coti skola. Ahaks!!! Kawan aku baru-baru ni dah kawen. Umur baru 22, tapi dah kawen. Muda-muda lagi dah kawen... Tapi baguslah kawen muda. Aku doakan semoga beliau dan suami berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu, InsyaAllah. My kazen 2 orang pon baru jek bertunang. Aku?? Ntah ler.... no comment. Ader jodoh, ader rezeki aku kawen laa. Setiap orang nakkan keluarga dan kehidupan sendiri yang bahagia kan? Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Kita merancang, Dia yang menentukan. Tinge aku nih dah lali dengan pertanyaan yang bikin aku tak senang duduk. Ye lar, umur dah meningkat, tapi lom kawen... Urmm whatevalah. Suka ati deranglah.... Yang penting, bila tiba saat ittew, aku akan pastikan ia akan menjadi satu peristiwa yang paling bersejarah dalam idop aku... Wish me gud luck k. :D


Tuesday, June 2, 2009

Orang Baru

Assalamualaikum wbt...

Nur Damia Farisha binti Hasli Sham @ Miyako - Cantik nama ni? Err tang Miyako tu saje jek aku tambah. Atuk dia laa
yang panggil Miyako. Bila aku soh letak Rogayah, tanak. Sibok sangat daddy dia duk tanya aku nak kasi nama apa. Barulah klasik cket! Hakhakhak!! Ekceli ni nama anak sepupu aku yang kawen ngan orang Johor tahun lepas. Kuat meragam... Umur lom sampai lagi 3 bulan dah pandai nak nek kete. Bila duk lam kete.. memanjang jek senyumnyer. Sampai ke tinge. Huhuhu.... Dok sabor rasanya nengok dia besor. Ahaks!! Kat bawah ni aku upload gambau si Miyako... Masa ni Miyako berusia 5 hari... :D




Monday, June 1, 2009

Problemo

Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tak tau nak tulis aper. Fikiran jadi buntu, melayang entah ke mana. Banyak yang aku pikirkan waktu ni. Sumer datang serentak. Bak kata pepatah, bukan hidop namanya kalo takder masalah.... Entah lerr... Aku ni jenis kadang2 yang tak amek kesah sangat pon pasal benda nih. Kekadang boleh migrain aku dibuatnyer bila aku amek kesah. Muka pon jadi ber'kerapu' jek... dek banyak pikior le nih. Well.... let's wait n see. Mungkin ader hikmah disebalik sumer nih. Aku harapkan ianya akan berkesudahan dengan baik, InsyaAllah...