Wednesday, October 31, 2007

Gambau

Assalamualaikum wbt.....

Hari ni Mouriey's nak masukkan gambau jek. Tak sempat nak hapdet. Bzi cket. Ni gambau masa raya ari tu....


Sedondon di pagi Syawal


My Family


Ngan family mak sedara


Jeng... jeng... Hikss!!


Candid camera - Hehehe....


Yum yum!! First time makan strawberry.
Huhuhu....

Monday, October 29, 2007

Luahan Rasa

Assalamualaikum wbt.....

Actually Mouriey’s tak der benda nak tulis. Mouriey’s pon dah lama tak tulis entry. Bukannya apa, tenet ke potong. Towkey tak bayor. Banyak benda yang berlaku dan yang Mouriey’s fikirkan. Tapi..bila dh duk ngadap pc nih….dah jadi blur. Vengong je wase. Dalam masa seminggu ni…. Banyak sangat perkara yang menguji kesabaran Mouriey’s. Ejard pon sama. Sian kat Ejard…. Paper hal, paper masalah…aku laa yang dikabor nye, ader je benda yang buat dia tak puas hati, bagitau kat aku nih. Ehmmm…udah namanya kawan, so kene tolong solvekan problem dia tu. Aku pon dalam dilema sekarang nih. Tapi, tak tau nak wat pilihan. Penah luahkan kat Ejard, tapi dia pon takleh nak buat apa. Alamatnye kene sembahyang istikharah laa ni. Buat masa ni…ader 3 orang jejaka (jejaka ke?? Huhuhu….) hadir dalam hidup aku. Satu, orang yang aku kasihi, sayangi dan cintai (mungkin tidaklah semekar dulu…). Dua lagi masih setia menunggu kata putus dari aku, tapi aku hanya menyayanginya atas nama kawan... Aku keliru!! Kalau boleh aku taknak hancurkan hati sesiapa. Aku tak mahu dikalangan mereka terluka hatinya, hampa jiwanya. Entahlah….. Aku rasa cam nak jerit jek kuat-kuat, tak pon terjun kat laut. Berkecamuk rasanya jiwa ni. Untuk awak, seandainya awak terbaca tulisan saya ni, harap awak tak kesah. Awak mungkin anggap saya ni gila, tak mahu terima hakikat yang kita tak ditakdirkan bersama. Tak apa, anggap je lah begitu. Saya tak kesal apa yang berlaku sekarang ini. Cuma yang saya kesali, kenapa awak guriskan hati saya setelah awak berjanji untuk sembuhkan luka dihati saya? Awak seolah-olah sudah mengaku kalah walau hakikatnya perlumbaan belum lagi dimulakan! Terkadang saya rasa cukup benci, menyampah, meluat bila teringat kembali kata-kata manis awak. Dah la…aku malas dah nak layan perasaan sangat. Bukan untung paper pon! Lagipun awak tu tak suka jiwang-jiwang karat ni summer kan?!

Hal kat umah pon sama. Ayah aku, bengkengnye tak abis-abis! Kadang-kadang aku dah naik meluat tengok perangai dia. Mengalahkan budak-budak. Ni laa kaum lelaki, sikit-sikit nak marah… Balik umah tau marah jek, walhal benda tu hal kecik jek. Punca dia marah sangat tu dari topi / kep. Dialah yang pakai, dialah yang sangkut balik kep tu dan tak penah-penah nak basuh. Kotor la kan… Pastu dia baling kep tu, dah start dah hangin dia. Marah-marah kat mak aku, dicakap mak aku nih tak reti nak jaga barang kat dalam umah tu. Aku dah panas tinge duk dengor nih. Kang kalo aku sampuk kang dikatanya aku menjawab. Tak pasal-pasal karang kang sakit yang aku dapat. Pastu, nak menunjukkan yang dia nih marah sangat, dia hempas pintu almari kuat-kuat sampai berderai cermin almari tu pecah. Ada ke patut?!! Dalam hati aku ni, Allah saja yang tahu. Tau pakai jek…apalah salahnya kalo rajinkan diri basuh topi tu. Bukannya orang lain yang pakai, dia jugak yang pakai. Dia ingat mak aku duk umah hari-hari, goyang kaki, tido?! Banyak benda nak dibuat kat umah tu. Aku tengok mak aku, dia duk diam membatu jek. “Mama, along mintak maaf sebab tak daya nak bela mama. Along rasa cam tak guna je jadi anak pompuan. Along sedih tak dapat nak bela mama. Mama tak salah pon. Along pompuan, ma… along tahu perasaan mama. Betapa sakit, perit, pedih hati ni bila dihamburkan dengan kata-kata begitu. Lebih-lebih lagi seorang yang kita sayangi, kasihi dan cintai, yang bergelar suami.” Aku rasa terbeban dengan luahan mak aku mengenai ayah. Sepanjang aku hidup 23 tahun ni, tak pernah sekali pon aku tengok ayah aku tolong mak aku masak ke, basuh kain ke, kemas rumah ke. Paling-paling komang pon, sapu habuk ngan sarang labah-labah kat syiling. Pastu sapu laman umah. Tu jek yang dia tahu buat. Bukan nak mengungkit atau nak jadikan dia sebagai mangsa queen control, tapi orang kata cukuplah sekadar menolong isteri. Ini tidak, bila makanan lambat siap dihidang, mulut tu tak reti duk diam. Membebel ntah paper, marah-marah. Aku tensen tau kadang-kadang duk umah. Rasa cam nak lari jek. Bukan main kejar-kejar! Tapi, aku nak lari dari umah, cari ketenangan kat luar. Bila difikirkan balik, aku batalkan niat aku yang tak bermoral tu. Bila aku takder nanti, macam mana ngan mak aku? Pada siapa mak aku nak mengadu? Setakat ni, aku tak pernah lagi lihat tangan ayah naik kat muka mak aku. Kalaulah betul-betul terjadi macam tu, aku nak bawak lari mak aku. Dayus kan kalo lelaki pukul perempuan? Aku tak kira dah. Mak aku pon penah cakap, dia boleh hidup tanpa lelaki bergelar suami. Sanggup buat apa saja untuk besarkan anak-anak. Mak aku dah cukup bersabar selama ni!!

Melihat perangai ayah, terkadang aku terfikir. Sumer lelaki berperangai macam tu ke? Aku ingat malas nak fikir soal kawin, andainya ini yang berlaku kelak. Aku redha kalo aku ikut jejak langkah sepupu aku yang tak kawin-kawin sampai sekarang. Umur dh lewat 40 pon masih blom kawin. Tak pe laa, aku leh duk bawah ketiak mak aku selalu!!Hikss!! Aku tulis ni pon sebab aku rasa beban sangat dihati ni. Tak der tempat nak luahkan. Tak der niat nak burukkan ayah sendiri. Tapi itulah hakikatnya. Aku sayangkan ayah aku tapi aku tak suka lelaki yang hanginnya tu tak bertempat. Memang summer orang berhak untuk marah, tapi biarlah kene pada tempatnya, kene pada sebabnya. Betul tak? Ermmm….rasa lapang kepala otak aku ni cket. Cuma pasni aku slow-slow nak settlekan masalah berkenaan hati dan perasaan aku ni. Susah bebenor lerrr… Adakah aku memilih?? Huhuhu…. K la, penat dah duk menaip. Jumpa lagi sok. Tata….

Monday, October 22, 2007

Selamat Mendarat

Assaamualaikum wbt.....
Muszaphar selamat mendarat

KEADAAN BAIK: Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan isyarat bagus sejurus tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dibawa dari tempat kapsul pendaratan mendarat, semalam.

Kapsul pendaratan dinaiki angkasawan negara, dua krew tersasar 420 kilometer

ANGKASAWAN pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke bumi semalam apabila kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawanya pulang, mendarat mengikut jadual dekat bandar Arkylk, Kazakhstan, petang semalam.

Soyuz mendarat tepat jam 2.37 petang waktu tempatan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi

Selain angkasawan Malaysia, kapal angkasa itu turut membawa bersamanya krew Ekspedisi ke-15 di ISS iaitu dua angkasawan Russia, Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang sudah berada di sana sejak enam bulan lalu. Pemeriksaan kesihatan kecemasan yang dilakukan sebaik pasukan penyelamat menemui kapsul pendaratan itu, kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal, mendapati kesihatan Dr Sheikh Muszaphar dan semua krew Soyuz berada dalam keadaan baik. Sejurus kemudian, ketiga-tiga krew itu dibawa ke Kustanai, bandar di sempadan Kazakhstan-Russia sebelum diterbangkan sejauh 1,500km ke Lapangan Terbang Chkalovsky milik tentera Russia berhampiran Star City, di sini.
- Sumber : Berita Harian Online


Syabas Mouriey's ucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana telah berjaya mengharumkan nama negara dan telah membuktikan Malaysia Boleh! Pas balik keje, Mouriey's tros terpacak depan tv. Excited nak tengok pendaratan kapal angkasa Soyuz TMA-10. Tapi petikan pendataran tu tak ditunjukkan. Huhuhu.... Malam, Mouriey's duk umah jek. Bersms ngan dah senak tuh.... Wakaka!! Lentok kol 10.30.... Hikss!!

Sunday, October 21, 2007

Kebesaran Allah


Assalamualaikum wbt....

Hye uol's... Pe kabor ari nih? Mouriey's harap sumernya sihat-sihat belaka yek. Semalam hujan lebat kat Terengganu. Akibatnye lewat datang keje. Mouriey's naik motor ke tempat keje. Ayah plak tak reti-reti tolong hantor Mouriey's. Buat letih mulot jek bagitau dia. Basah kuyup Mouriey's walaupun dah pakai baju hujan. Huwaa.... Seb baik masa balik keje tu tak hujan. Biasalah, dah nak masuk musim tengkujuh. Dalam berita pun ada bagitau yang negeri di Pantai Timur dan Kedah (Kalo tak silap...) hujan akan turun hingga Senin (Esok). Dan kemungkinan akan berlakunya banjir. Huhuhu.....

Mouriey's ingat lagi, banjir besar berlaku dalam tahun 1986. Ingat-ingat lupa jek masa banjir tu berlaku. Arwah nenek ada lagi masa tu. Salu naik perahu ngan dia. Best dapat naik perahu gi jalan-jalan tengok air. Kami sekeluarga pindah umah mak sedara sebab umah Mouriey's tenggelam! Huhuhuhu!! Dalam tahun 2004 banjir
lagi sekali. Tapi tak laa teruk sangat. Tak naik atas rumah pon. Sampai kat tangga jek. Tapi masih sempat naik perahu..... Suka sangat. Hikss!! Mak yang kayuh perahu, Mouriey's tak reti. Reti naik jek! Hehehe....

Malamnya gi umah sepupu, ada jamuan makan-makan cket. Mouriey's makan laksa kuah masak. Sedap gak. Balik umah tros masuk tido. Sakit perot arr. Mungkin makan laksa tu kot, kuah dia pedas cket. Perot Mouriey's ni tak leh makan yang pedas-pedas. Huhuhu....Dak senak tu tak sms pon...bzi kot berdating? Hikss!!

Klip kat atas tu Mouriey's saja letak. Kita dapat melihat tentang keindahan alam dan bukti kekuasaan Allah. Ehmm... Cantik sangat awan tu bergerak, kan? Cam ombak kat laut.... Allah Maha Besar....

Saturday, October 20, 2007

Remember You

Assalamualaikum wbt.....

Yuhuu uol's..... Hehehe. Semalam Mouriey's duk umah jek. Jumaat, kan terengganu coti. Malas nak kuor jenjalan. Hujan lerr. Bangun pepagi goreng mee hoon. Dah tak der benda nak masak. Tu je yang paling senang nak masak. Kol 11.00 pagi baru gi bersiram. Hikss!! Sejuk lerr hujan - hujan nih.... Pastu gi pasar ngan mak. Beli ikan aya (a.k.a ikan tongkol ye Jard....), daging, kangkung dan petola / teney. Mouriey's masak kangkung goreng belacan ngan sayaur pedas teney, mak buat menu daging goreng merah. Nak singgang ikan malas laa plak. Cancelled.... Huhuhu!!

Petang, duk lay-park depan tee vee. Golek-golek, guling-guling... last-last terlentok. Sedar-sedar mak kejutkan sebab nak kuor jenjalan. Rupa-rupanya nak gi Giant. Huk alohh laa...... Beli barang dapur cket. Ramai gak orang. Sambil-sambil tu bersms ngan dak senak tu. Kalo laa dak senak tu ada, maunya pengsan dia tuh.... Menggugat iman wa cakap lu.... Hikss!! Pas puas jalan-jalan... beralih pula ke acara makan-makan. Lapor lerr.. Mourieys makan nasi daun pisang. Lama tak makan. Best gak.... Malam, adik gi cc...Nak burn cd MP3. Bukak blog Jard jab. Alahaiii diletaknye plak gambau En. Abu. Ehmm feymes laa dia nanti Jard oii.... Hukhukhuk!! Kol 11 dah masuk tido.

Sambil peluk teddy bear, Mouriey's tetiba teringat kat mamat tu. Senyap, sunyi, sepi jek.... Langsuing tak dengar khbar berita. Tataulaa naper. Bzi sangat kot? Susah betul nak jaga perasaan orang kan? Kekadang perasaan sendiri tak terjaga. Sedangkan orang tu hanya memandang kita ni dengan sebelah mata jek... sipi-sipi gitew je kann... Dulu kemain lagi mulut manis berbicara. Siapa sangka akan jadi begini?? Huhuhu.... Ehmm tak pelah, siapalah aku disisimu..... Cheewaahh!! Ni pon dah cukup dengan masalah melibatkan hati dan perasaan. Rasa cam dipermainkan pulak! Hikss!! Mouriey's sering berbisik sendirian pada diri dan hati, mungkin jodoh aku blom sampai lagi. Sabarlah.... Terkadang, Mouriey's akui teringin gak nak berkapel-kapel nih. Jeles tau nengok member-member kapel. Huhuhu.... Sabau jelahh.... Astaghfirullah, cam kemaruk je kan? Huhuhu... Dah melalut laa ni... K laa, jumpa lagi. Maleh dah nak melalut, tak nak ikot perasaan sangat. Bubbyee.....

Friday, October 19, 2007

Masih Ditinggalkan

Assalamualaikum wbt....

Huhuhu.... Aku masih lagi ditinggalkan. Member Mouriey's blom datang keje lagik. Bosan siot duk sensorang.... Tenet plak buat hal. Sakit hati tol.... Kejer pon tak banyak mana. Goyang kaki je laa. Hikss!! On de way Mouriey's nak balik keje, singgah pasar minggu jab. Dekat je ngan tempat keje Mouriey's. Tak der apa pun yang nak dibeli. Saja servey.... ramai gak orang. Last-last teringat kat adik - adikku kat umah yang senantiasa kelaparan.... Beli ayam goreng jek 4 ketul. Cukuplah tu sorang seketul.....

Adik - adik Mouriey's kat umah tu, beli laa gajoh rimau pun...dibalunnyer habis. Kita bajet makanan tu disimpan untuk pat lima hari... sekelip mata jek dah abis. Dalam
masa atu hari jek. Cuba korang bayangkan? Dia ingat aku ni keje kat kilang cop duit?? Huwaa..... Bleh botak kepala gue... Suasana raya plak semakin berkurangan. Orang dah jarang datang beraya kat umah.... Bosan tol. Duit raya pon cket je dapat... Dah tak der mangsa untuk mengepau duit raya. Opsss!! Hehehe....

Tengah lentok...

Ni laa si Chubby Girl tengah letok atas bahu Mak Long dia. Huhuhu.... Payah bebenor nak ulit dia tidur..... Aku geram tau... cute sangat. Sejibik you macam i kecik-kecik dulu... Hikss!! Malam duk umah jek tengok tv sambil berbalas sms ngan dak senak tu... Erkk?? Larikk!!! Last-last tertido. Ntah bila aku sendrik pon tak sedar.... Chow!

Thursday, October 18, 2007

Aku Ditinggalkan

Yuhuu... Ari nih Mouriey's ingat nak masukkan gambau masa hari raya ari tu. Satu famili pakai sedondon, tema kaler hijau giteww!! Hikss! Tapi lupa lak nak bawak kamera... usb port dia dalam beg Mouriey's. Huhuhu.... So, Mouriey's masukkan je la gambau nih. Sesajer suka-suka. Gambau dak chubby tu pon lupa nak masukkan sekali. Tidur di bahuku lagi youuu..... Manja sangat. Geram Mouriey's nengoknye. Nak ulit dia tido punyalah payah... Last-last terlentok gak setelah segala usaha dan semangat waja yang ditunjukkan oleh Mak Longnya nih... Huhuhu.

Baju raya nih..... Hik2....

Ni laa dia Angah Pok Itam Naa Naa.....

Semalam Mouriey's dah start keje. Bosan ah... Bukannya apa, Mouriey's ditinggalkan. Pah tu plak customer kureng. Bertambah-tambahlah bosan haku nih... Member Mouriey's amek coti pasal mak dia dimasukkan ke wad, lelah. Huhuhu.... Alahai... Terkontang-kanting daku keseorangan... Hikss!! Balek kejer jek, tros melantak. Lapor lerr.... Seb baik mak buat lauk... daging goreng jek. Ahh tak kisahlah... asal kenyang. Kedaroh jek!! Malam duk umah je sambil makan jemput-jemput pisang... Bosan siot!! Bersms ngan Jard.... Ntoh bila terlelap taktau laa.... Ngantok lerr.... Ari ni takder idea nak wat entry panjang-panjang. Huhuhu... Sayonara....

Wednesday, October 17, 2007

Raya...Raya...Raya....

Assalamualaikum wbt....

Yuhuuu...pe kabor sumer? Sihat ke? Best beraya? Hehehehe... Mouriey's alhamdulillah, sihat. Mouriey's beraya pun best gak walaupun tidaklah seperti 5-8 tahun yang lalu. Rumah plak tak semeriah dulu. Hari Jumaat tuh sibok duk bersihkan umah. Petang kuor ngan dik sat, pi cari suar kargo yang dia nak. Mahal gak, dalam RM 100++. Berbuka umah mak sedara. Malamnyer plak, sibok duk kukur nyior sebab besok (hari raya) mak nak buat nasik kunyit a.k.a pulut kuning ngan rendang. So, yang jadi mangse kene kukur nyior, ambe la. Sampai naik kerang tapak tangan ni...mana tak nyer, kene kukur 4 biji! Tapi tak sempat laa 4 biji coz Jard ajak kuor cari cekot raye kat chow kit. Sekejap jer...tak suka duk lama-lama kat chow kit, ramai sangat orang, sakit kepala. Sblom balik, makan-makan jap. Sampai kat umah dah kol 1 pagi! Huwaa.... Mak dah lentok, letih duk jahit baju melayu adik-adik.

RAYA PERTAMA - 13/10/2007
Bangun seawal 5.30 pagi...sambung kukur nyior lagi 2 biji. Malam tadi mak dah siap wat rendang ayam. Cuma nak tanak pulut je la. Letih siot, naik kebas tangan ni. Ellooo... kita kukur bukan pakai mesin tau, duduk atas bangku bagai. Cam naik kuda laks! Kol 8.30 gi solat Sunat Aidil Fitri. Singgah pusara nenek belah ayah, sepupu dan pak sedara. Nenek belah mak meninggal kat Mekah, masa tunai fardhu haji tahun 2001. Sedih sangat, sayu je hati ni.... Balek umah, mintak ampun dan maaf ngan mak ayah Mouriey's. Pastu kuor gi umah mak sedara, pak sedara..... Petang, membuta. Hiks!! Malam, duk umah layan tetamu datang.

RAYA KEDUA - 14/10/2007
Kuor beraya ngan famili. Umah warih waroh..... Jard ada datang beraya. Ari ni mak tak buat apa, cuma tempah satay. Petang, duk umah jek. Layan tetamu, kawan-kawan ayah, bebudak nak mengepau duit raya. Malamnya plak, si Man_Kelisa datang beraya. Bawak adik 2 orang. Aii bodyguard ke? Hehehehe.... Jard ada datang, ingat nak gi beraya umah Ujang.... Tapi tak jadi. Call tak angkat, sms tak reply. Malas ah. Kang kalo dier takder kat umah, buat perabihkan minyak kete jek.... Dia plak haram tak datang umah kita. Huhuhu.... Ari tu janji kemain lagi. Hampeh tol! Jard, memang dia makan sauh celup tepong la gamoknye.... Suka sangat sakitkan hati aku nih!! Rasa cam nak luku-luku je kepala dia yang kojek tuh! Alang-alang dah kuor ngan Jard, gi makan je la.

RAYA KETIGA - 15/10/2007
Ingat nak kuor gi beraya umah member-member, tapi hujan lak. Malas ah nak gerak...bukannya naik kete. Jard ada singgah kat umah seblom balek K.L sebab mak dah janji nak bagi tapai ngan kuih raye cket. Dapat kawan baru, Abu. Wakakaka!! Petang g umah Chubby Girl. Geram siott!!! Main-main ngan dia jap. Malam tido awal coz xder tetamu. Opss lupa. Dikesempatan ini, Mouriey's nak ucapkan : SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 kpd Man_Kelisa. Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan smile alwayz. Nak hadiah gak ke? Tak yah la ek... awk dah besau panjang. Nak... belik sendrik! Muahahaha!! Just kidding...

RAYA KEEMPAT - 16/10/2007
Duk umah jek. Petang kuor gi umah terbuka kawan ayah. Gulai kambing, sambal belacan, ikan kering.... sedap sangat. Kebetulan sampai jek umah dia, perut tros berkeroncong. Hehehe.... Mouriey's dah lama tak makan gulai kambing. Best gak.... Gi beraya umah kawan ayah, merat-rata rawa. Malam kuor gi bandar, cari selipar bebudak nih. Balik kol 11.30... Tros lentok. Ehmm raya tahun ni banyak gak dapat duit raye... Opss!! Hikhikhik!! SELAMAT BERAYA!! Raya kan sebulan... sooooo kita enjoyyyy!!!! Tata....

Thursday, October 11, 2007

SaLaM LeBaRaN 1428H



Hye uol's.... Sihat ari nih?? Mouriey's dah sihat cket. Excited nak sambut raya. Ekekeke..... Tapi rasanya tahun ni takder laa semeriah tahun-tahun lepas. Kebiasaannya mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat dah balik kampung (Umah Mouriey's). Mouriey's tak balik kampung coz dah memang asal orang situ. Umah Mouriey's tu umah peninggalan arwah nenek di sebelah ayah, umah pusaka. Selalunya sehari seblom raya atau malam raya, anak beranak Mouriey's dah berkumpul. Campur ngan keluarga Mouriey's ada 3 famili kat umah tuh.

Sepupu Mouriey's 7 orang, 2 pompuan 5 lelaki. Memang havoc satu umah. Time tido besh bila tengok ahli keluarga mak sedara, pak sedara tido bergelimpangan. Mouriey's tido dalam bilik Mouriey's ngan sepupu Mouriey's...wakaka!!! Seblom tido tu, kitorang main mercun, bunga api..... Besh giler wa cakap lu!! Siap berperang main mercun ngan bebudak kampung sebelah. Hehehehe. Yang baling atas jalan raya pon ader. Kalo la terkena kat kete ke, motor...tak ke mamposs?? Huhuhu...Mouriey's tak buat...... Bila dah penat, ngantuk, mercun pon dah abis berkotak-kotak, barulah kitorang masuk tido. Masa tu pon dah lewat, kol 2 3 pagi..... bangun pagi mula lah payah. Huhuhu.....

Ehmm ok laa, kat sini Mouriey's nak buat ucapan cket. Ehem...Ehem!!! :
Mouriey's pohon AMPUN dan MAAF kepada anda semua sekiranya Mouriey's ada buat salah dan silap selama Mouriey's berblogging, sekiranya ada mereka-mereka yang terasa hati, tersinggung dengan entry-entry Mouriey's di dalam blog nie. Jemputlah kerumah raya nanti ye... Hehehehe!! Buat NatsUmi, UjangMD, Junkopile, Kak Mayang, Kak Jie, E-Jard, En. Beib, Intan, Noushy, Mat Redo and then sesiapa yang berkenaan, para pembaca blog Mouriey's, Mouriey's ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MINAL AIDIL WAL-FAIZIN...MAAF ZAHIR & BATIN. Dan untuk AWAK, ku menunggumu di hari raya.... Salam Lebaran. Wassalam.

Wednesday, October 10, 2007

Indahnya Suasana


Hye uol's...How r u today?? Hehehehe.... Mouriey's blom okey lagi. Still batuk-batuk and cema-cema datang balik. Tak tau laa kenapa. Uhuk..... 2 3 ari ni Mouriey's busy cket. Banyak keje nak kene selesaikan. Malam-malam lak kene tolog mak sembat baju.... pastu kene wat kuih lagi.

Semalam, di halaman rumah Mouriey's dihiasi dengan pelita. Baru semalam pasang pelita walaupun malam tujuh likur dah lepas. Hukhukhuk....Tapi okey laa kan....?? Asal pasang, namapak bercahaya cket halaman rumah tuh. Mouriey's nak masukkan gambau, tapi takleh.... Gambau merapu... Hiks!!

Lebaran akan tiba tak lama lagi. Tinggal 2 hari je lagi, kan? Kan? Cam tak caye je...tup tap tup tap dah nak raya. Rasanya cam baru minggu lepas kita mula berpuasa, dah nak raya dah. Sebenornye Mouriey's tengah sakit hati nih.... Bonus raye blom dapat-dapat lagi nih... Ni yang haku hangin satu badan ni.... Tapi nak mintakngan boss tak sampai hati lak rasanya. Alahaiii sabor je laaa... Esok last Mouriey's keje. Mungkin Mouriey's bercuti raya selama seminggu kot.... Ehmmm. Jumpa esok ek.... Chow cincau!!!

Monday, October 8, 2007

Busy...Busy....


Hye uol's... Pekabor? Lama Mouriey's tak update kan? Maaflah, coz Mouriey's bzi sesangat. banyak keje. Kat umah pon kadang-kadang tak sempat tolong mak masak kat dapur. Balik umah tros membuta. Bonus raye pon lom dapat-dapat lagi nih. Tension tol la..... Huhuhu!!

Kita pun dah tak lama lagi nak menyambut lebaran. Ehmmm macam mana ngan uol's? Semua persiapan dah siap? Mouriey's..... ok laa. Biskut raye pon baru 2 jenis Mouriey's buat. Huhuhu...entah sempat ke tak nak wat lagi 3 jenis.

Ehmm dalam kemeriahan nak sambut lebaran ni, baru-baru ni Mouriey's dikejutkan ngan satu berita sedih. Ex-boipren Mouriey's terlibat dalam satu kemalangan maut di Gua Musang. Sedih, terkejut, tak sangka.... Kami sebenarnya mula bercinta dalam tahun 96. Mungkin boleh dianggapkan sebagai cinta monyet. Tapi tak kekal lama... ye larr udah namanya cinta monyet kan? Tapi, yang paling sedih..... dia akan melangsungkan perkahwinan pada raya ke-6 nanti ngan pilihan hatinya. Mouriey's tak tau nak kata apa. kalaulah perkara tu terjadi kat Mouriey's.... betapa hancur luluh hati ni kehilangan orang / tunang tersayang.

Mouriey's redha dengan ketentuan Illahi. Moga rohnya tenang bersemadi di alam sana dan aman bertemu-Nya. Amin. Al-Fatihah......

Tuesday, October 2, 2007

Di Ribaanku




Hikhikhik.... Mouriey's sesajer je letak video nih. Testing.... Ni laa kucin Mouriey's, Tomi nama dia. Dier ni manja sangat ngan Mouriey's. Dengar cakap Mouriey's lak tuh. Kalo Mouriey's suh dier baring, dier baring.... Hehehehe. Dier laa pengubat jiwa Mouriey's dikala duka lara. Malam-malam kalo dier rindu kat Mouriey's, dier mengiau kuat-kuat kat pintu bilik Mouriey's. Dier ni suka tido ngan Mouriey's. Mouriey's pun selalu gak mandikan dia. Kasi bersih-bersih cket.... Hehehe.

Kat keje cam biasa, busy cket. Masa on da way nak balik tuh, ingat nak singgah pantai jap. Lama dah tak singgah pantai. Rindu nak tengok laut yang membiru, sedut udara segar. Emmmphh!!!! Mesti lega gila kalo dapat Mouriey's lepak kat pantai. Serabut sangat rasanya kepala otak ni. Semalam Mouriey's berbuka ngan lauk tom yam sayur, telur bungkus, ayam goreng kunyit - menu ni Mouriey's yang masak, daging masak merah mak Mouriey's buat. Malam nie duk umah je. Tolong mak sembat baju. Tido awal. Ngantok ah.... Zzz...

Monday, October 1, 2007

Benda Baru


Hye uol's...how r u today?? Hope u very well k. Ehmm...sedar tak sedar, ari ni kita berada pada hari ke-19 di bulan puasa ni. Kejap je kan? Huhuhu.... Mouriey's camnilah, nothing happens to me. I'm ok ryt now.... Just little bit... Ehmm, takder paperlaa... Kihkihkih....



Udah cam owang tak betul Mouriey's ni kan? Huhuhu..... Semalam Mouriey's gi temankan adik beli suar jeans kat bandar. Singgah kat bazar. Dia nak beli suar jeans kat bundle je. Kira havoc jugaklaa tempat nih... Mouriey's gelarkan tempat ni sebagai 'chow kit road Ganu' hehehe...... Mouriey's dah beli jeans Levi's Red Tab kat butik Levi's, RM 200++. Tinggal tshirt ngan kain tudung je tak beli lagi. Mouriey's ader gi kat Arena Sport, ader laa terpandang tshirt pompuan, Body Glove ngan Converse. Lawa siot! Tapi tak tau nak beli yang mana. Semalam pun masa duk belek-belek tshirt kat bundle ada gak terpandang, Baby Milo. Terkezut beruk Mouriey's bila abang bundle tu bagitau yang harga dia RM 80. Huwaa...... Melepas laa. Kebetulan gaji blom dapat lagi. Tapi, Mouriey's nak gi beli tshirt Tropicana Life. Erkk...tengok keadaan la. Coz bahan-bahan nak wat kuih raye blom beli lagi. Alahaii.....

Ehmm untuk kemudahan korang nak tengok gambar-gambar Mouriey's, Mouriey's dah masukkan BENDA BARU kat Stikcam sebelah ni. Bleh dengar lagu sekalik. Uol's just klik je kat icon camera tu. Tihtihtih.... Sesaje sesuka hati Mouriey's nak letak gambau..... Nie kan blog Mouriey's punyer?? Ader saper-saper nak marah ke?? Nguahahaha!!! Chaoss!!