Monday, April 30, 2007

Cute Tak??


Pose tido yang paling seksi... Ahakss!!

Ehmm cakap pasal kucing ni kan... Mouriey's suka sgt kat kucing. Dulu kat umah penah bela kucing sampai 15 ekor. Siam tak siam, kampung... sumer ada. Tapi la ni dah tinggal 3 ekoq (kucing dewasa), anak kucing 3 ekoq. Bila balik kejer penat2, main2 ngan anak kucing. Hilang cket tensionnya. Betul laa kata Ustazah dulu masa Mouriey's belajar kat PKKT. Kucing adalah satu2nya haiwan yang suka berfoya-foya. Muahahaha!! Kucing pon tau berfoya-foya gak eek... Ye la, bila nak beranak pinak, tak tau saper ayah dier. Dah tu dapat le adik beradik tiri. Hikss!! Betul tak? Hehehehe... Satu lagi (lantaklah korang nak kata apa kat Mouriey's... ) Mouriey's pantang tengok kucing yang kene langgar. Rasa sebak semacam jer, sedey sangat, mula la nak menangis. Mouriey's pon dah berapa kali tengok kucing kena langgar depan mata Mouriey's. Masa tu dah tak ingat apa dah, mula la menyumpah seranah kat orang tu. Tapi dalam hati jer la. Mak ngan ayah Mouriey's faham sangat ngan perangai Mouriey's. Kucing kat umah eksiden pon Mouriey's ubatkan. Tu pon kalo yang cedera sikit je, patah kaki ke contohnye. Biasanya kucing kat umah mati kene lenyek. Umah Mouriey's kat tepi jalan besar. Banyak jugak yang mati kene lenyek. Hancur lebur... Tapi kalo yang ok tu, tak hancur, ayah ambil dan tanam dia. Bukannya apa. Korang bayangkanlah.... kalo dan hancur nanti, tetiba hujan, baunyer mula la menusuk hidung nih. Perghh... hanyir semacam jer. Cam nak terkeluar isi perut nih. Pastu mengalir kat depan umah... Tak ke kotor, hanyir? Tu kadang2 kalo kucing Mouriey's yang nakal2 tu Mouriey's terpaksa humbankan ke dalam 'gok' (sangkar). Tapi rezab la cket, kena buang taik dier, bagi dia makan. Kucing Mouriey's yang otai2 biasanya duk kat dapur je. Pandai berak kencing dalam jamban. Coz sejak kecik lagi dah diajar supaya berak kencing dalam jamban. Tak mo berak kencing di merata-rata rawa. Penat nak mencucinya nanti.

Nak cter pasal semalam plak. Hehehehe. On da way nak balik umah, hujan lebat. Tempat kejer Mouriey's ngan umah jaraknya dalam 15 minit perjalanan. (Naik motor...) Agak2 dalam 8-9 km kot? But I'm not sure about that. (Wahh speking London nampak...Ekekekeke) Baju hujan ada, tapi malas nak pakai. Lama tak main hujan, alaa gerimis je. Bukan lebat sangat. Lantak laa... Best main hujan. Basah jeruk orang ganu kata. (Basah kuyup le kata orag K.L) Masa tu la memori datang bertandang. Tetiba je rasa sayu... Dengan suasana yang suram, sejuk... Terasa lain macam. Teringat la kat mamat sorang nih. Actually tak tau naper masalahnyer. Mouriey's dah mintak maaf banyak kali. Mungkin berat untuk dia memaafkan Mouriey's. Mouriey's tak nak jadikan dia musuh Mouriey's. Mouriey's tak nak bermusuh dengan dia pon. Hanya satu jer Mouriey's nak, iaitu kemaafan dari dia.... Andainya pintu hatinya dah tertutup untuk memaafkan Mouriey's... Mouriey's redha. Memang salah Mouriey's pon, tak pandai bergurau. Sedar tak sedar Mouriey's dah nak sampai kat umah. Sampai jer kat umah, Mouriey's tros gi mandi. Tido pon awal, belum kol 10.00 dah lentok dah.... Sakit kepala, selsema... Gatal sangat main hujan, kan dah cari penyakit namanya tuh... Kroihh.... Zzzz...

Sunday, April 29, 2007

No Sedey2 Eek

Hari nie Mouriey's nak berkongsi gelak ketawa ngan uol's. Mungkin sesetengah uol's dah tengok clip ni. Mouriey's bukannya apa, coz semalam ada orang komen. Blog Mouriey's 2 3 ari ni cam suram jer...sedey... Biar laa heppi cket.. Hehehe...ok. Soooo kita ENJOY!!!

LAWAK PAK ARAB



MUAHAHAHA!!! Klakar la Pak Arab nie. Terkejut kat ular tu sampai pengsan. Sakit perut Mouriey's duk gelak masa first time tengok clip ni.... Ehmm, thank a lot buat seseorang yang Mouriey's hargai, coz banyak bantu Mouriey's dalam menjalani hidup ni dengan lebih tabah dan cekal. Terima kasih kerana sentiasa disisi dan sudi mendengar luahan hati ini, disaat Mouriey's perlukan seorang teman, merawat luka dihati... TERIMA KASIH WAK...

Mulai ari ni, Mouriey's akan cuba masukkan clip lagu atau clip lawak setiap minggu. Mungkin 2 kali seminggu. Tu pon kalo ader mood laa.... Hehehehe. Mouriey's nak berfikiran positif. Apa yang berlaku sebelum ni, biarlah berlalu. Mouriey's tak nak kenang lagi. Sekarang ni, sementara kita masih hidup, ada orang yang hargai dan sayangi kita... Mouriey's nak gembira. Cam motto ni, "Hidup ini umpama aiskrim, nikmati sepuas2nya sebelum ia cair...". Chaoss!

Saturday, April 28, 2007

Takdir Penentu Segalanya

Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis. Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…

____________________________________________________________________

Hye uol's... Pekabor? Ari Khamis baru ni kan kita cuti, sempena Pertabalan DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.... Actually pagi tu Mouriey's kene kejer. Tapi sekerat ari jer. Coz kat umah ada kenduri. Petang dalam kol 4, Mouriey's kuar ngan adik. Gie spital, tengok kawan Mouriey's eksiden. Lelaki, satu kampung laa. Teruk gak, koma. Dah 5 hari koma, kalo tak silap. Masa nak masuk wad ICU tu, Ya Allah, berdebar gila. Cam nak tercabut jantung nih. Bila bukak je pintu wad tu....ada 6 pesakit. Sumer cam tenat2 belaka. Dia duk kat katil hujung sekali. Masa tu tak cam langsung muka dia. Berubah, jadi sembab. Dia bernafas menggunakan alat / mesin bantuan pernafasan. Misi tu bagitau member Mouriey's ni alami gegaran otak, tulang rusuk retak, mata dia bengkak sebelah. Tengok dia bernafas cam seksa sangat... Cam tak cukup nafas. Kesian Mouriey's tengok dia. Tak lama laa kami duk dalam tu, kan wad ICU... mana leh duk lama2. Orang lain pon nak tengok gak. Lepas tu Mouriey's g jalan2 ngan adik. G Lagun Kuala Ibai, masuk ikut Ibai Ekuestrian, pantai batu buruk, berenti makan kat A&W. Tengok laut jap. Luas terbentang, biru... Sejuk mata memandang. Tubuh Mouriey's pun sejuk...menggigil...angin kuat sangat! Nasib baik tak terbang... Wakakaka!! Dalam kol 7 sampai kat umah.

Pagi Jumaat, g Bukit Besar. Konon nak joging ler. Tapi kantoi lagi, hujan. Siap guruh dan petir memancor-mancor!! Eeiii tak nak ler... Pastu duk kat bawah tu jer la. Jalan2 dalam taman. Round kat mahkamah. Petang tido... Kueng...kueng... Oh ya, kalo ader saper2 nak lagu mp3, bagitau laa Mouriey's k. InsyaAllah Mouriey's akan tunaikan. Lagu omputih, hindi ngan melayu. Tengok senarai lagu yang Mouriey's ada laa. Kalo ada, Mouriey's masukkan dalam blog untk uol's download. Chaoss!!

Thursday, April 26, 2007

Third Assignment - BKS

"Sekeping gambar boleh mencerminkan seribu perkataan". BKS mengkehendaki setiap perserta untuk : -


1. Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman (interior image) yang telah ditetapkan kepada setiap perserta, dalam bentuk cerita ataupun pengalaman sebenar tidak kurang dari 1000 perkataan. (INGAT bukan dalam script dialogue, pantun atau sajak!!)

2. SATU object MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini dikehendaki menjadi bahan utama dalam penulisan anda.

3. Gambar yang telah diberi MESTI ada di dalam blog anda bersama penulisan assignment anda.

Ringkasan UjangMD:: Cuba anda tanya pada diri anda?? Adakah aku yang terbaik? Adakah aku yang terhebat? Cermin diri anda.. Jika jawapan anda YA... Ini pesanan UjangMD..Buat assignment berdasarkan FAKTA. Usahalah untuk assignment Minggu Ketiga Ini. Semoga berjaya!

Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak makna yang tersirat dan tersurat. Banyak yang perlu dihuraikan. Diatas terdapat satu gambar meja makan. SATU objek MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini adalah BUNGA ROS MERAH.


OBJEK :
BUNGA ROS MERAH
..... kenapa ia menjadi tumpuan para kekasih terutamanya pada Hari Kekasih atau Valentine’s Day sebagai hadiah untuk yang tersayang? Tak kiralah samada diberi pada hari Konvokesyen, hari lahir dan seumpamanya. Dan didalam gambar diatas, ia sekali lagi menjadi ’mangsa keadaan’ dan diletakkan diatas meja makan. Meja makan? Ya, meja makan tempat kita menjamu selera tak kiralah samada makanan rutin, makanan barat dan sebagainya. Meja makan menjadi tempat kepada mereka yang bertuhankan makanan. Lihat saja di hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang, rumah-rumah banglo, sekurang-kurangnya kelihatan sejambak BUNGA ROS MERAH di ruang meja makan atau ruang tamu. Persoalannya disini, adakah perlu bunga ini disetiap kediaman dan diletakkan di tengah-tengah meja makan? Kenapa mesti BUNGA ROS MERAH, bukannya bunga lain seperti daisy, tulip dan sebagainya? Jawapannya mungkin hanya sekadar menjadi hiasan dan sebagai santapan mata sementara menunggu hidangan. Mungkin juga kerana kecantikannya, keharumannya, ia seringkali menjadi pilihan dan ia senang didapati dimana-mana sahaja kedai bunga. Atau sekadar membuatkan suasana menjadi lebih romantik apabila bersama yang tersayang. BUNGA ROS MERAH juga merupakan bunga kesukaan Allah S.W.T.

PERSONALITI :
BUNGA ROS MERAH
juga merupakan personaliti bagi seseorang. Bagi mereka yang menggemari bunga ini, ia melambangkan penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang menyentuh perasaan. Ia juga memberi makna cinta. Warnanya yang MERAH memberi maksud yang menunjukkan seseorang itu berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Mereka juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain. Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung merupakan sifat negatif yang ada pada dirinya.

CERITAKU :

I
BUNGA ROS MERAH melambangkan seorang wanita. Seperti bunga, keharuman dan kecantikannya tidak akan kekal untuk selama-lamanya. Ia boleh diibaratkan kecantikan dan keayuan seorang wanita, akan hilang suatu hari nanti dan dimamah usia. Apabila sudah tiada lagi bau harum dan kelopaknya mula berguguran, ia akan dibuang dan akan diganti dengan bunga yang lain. Begitu juga juga dengan manusia , pada akhirnya kita akan mulai tua dan tidak lagi secantik dulu sehingga mendapat pujian yang menggunung. Kecantikan yang kita miliki adalah pinjaman cuma. Tak perlu dijaga dan diperlihara kerana benihnya a.k.a hati yang perlu dijaga agar senantiasa melahirkan dan menerbitkan bunga baru yang mungkin lebih cantik, lebih merah dan lebih harum daripada sebelumnya.

ROS MERAH, walaupun mampu dihancurkan dengan sebelah tangan, dengan satu hentakan sebelah kaki, jangan lupa akan durinya yang seakan-akan malu untuk menunjukkan dirinya. Bak kata pepatah, ’secantik bunga ros, setajam durinya’ sudah cukup membuktikan betapa tajam durinya yang tersembunyi. Walaupun seketika, ia cukup untuk menyebabkan kita tersentak dan terduduk keperitan. Bukti daripada alam yang kecantikan dan keharuman tersembunyi secret weapon yang membuatkan kita menjerit kesakitan. Keadaan ini boleh disamakan dengan wanita. Disebalik sifatnya yang lemah lembut, mungkin hatinya tabah dan gagah dalam menjalani kehidupan apabila berdepan dengan sesuatu yang bisa mengganggu-gugat akan dirinya.

II

MEJA MAKAN merupakan tempat mereka melempiaskan nafsu makan masing-masing. Disinilah mereka makan dengan suasana yang selesa, tenang dan merasai kenikmatannya. Dihiasi dengan pinggan, sudu, garfu, gelas yang cantik tersusun rapi. Dijamu dengan hidangan yang lazat seperti menu dari barat, samada Spaghetti Bolognise, Beef Steak yang kelihatan begitu esklusif seperti di hotel-hotel 5 bintang. Apabila tiba saja di meja makan, dengan perut yang sudah mula beriramakan keroncong, keadaan disekeliling sudah tidak dihiraukan lagi. Yang penting perut dapat diisi. Dan meja makan juga boleh menjadi tempat yang paling romantis ketika bersama orang yang tersayang meraikan detik-detik indah. Bertemankan lilin ditengah meja makan dan sejambak BUNGA ROS MERAH. Mungkin ia akan menjadi kenangan yang paling indah untuk dikenang seumur hidup.



P/S : Buat Hakim dan Advokat, terima kasih kerana menilai hasil penulisan saya dengan memberikan kritikan yang membina.

Wednesday, April 25, 2007

Download Testing

Testing nak download lagu / mp3

Aku Yang Kau Panggil Sayang - MP3

Download Muse - Supermassive
Black Hole
Download Muse - Unintended
Download Cromok - Another You
Download Cromok - I Don't Belong Here
Download Sudirman - Hujan

Selamat Mendownload... Sajer je nih testing...

Terima Kasih

Pertama sekali Mouriey's nak ucapkan terima kasih kepada Kak Red kerana masih lagi diberi peluang berada di dalam program BKS ni. Mungkin nasib masih menyebelahi Mouriey's kali ni. Minggu 3,4 dan seterusnya, siapa tau kan? Kalo nasib tak menyebelahi Mouriey's, minggu depan.... babai laa jawabnyer. Dah 2 minggu berturut2 ditangga kedua paling bawah. Tapi, harap2 laa Mouriey's mampu bertahan lagi, InsyaAllah. Walaupun kadangkala Mouriey's rasa Mouriey's dah pun lakukan yang terbaik, masih lagi ditempat yang sama. Tak berganjak pun. Masih ada lagi peserta lain yang lebih hebat dari Mouriey's. Tapi azimat yang diberikan seseorang kepada Mouriey's masih Mouriey's pegang teguh. Walaupun kadang2 Mouriey's rasa cam dah tak mampu nak teruskan. Mouriey's masuk program ni bukan nak dapat hadiah, Mouriey's nak tengok setakat mana orang menilai bakat penulisan Mouriey's dalam blog. Mouriey's juga ingin menambah kenalan blog dan mempelajari sesuatu yang bari dalam dunia blog ni. Kepada uol's yang sentiasa sokong Mouriey's, teruskan sokongan anda. Terima kasih banyak2. Buat Junkopile. thanx a lot. Luv u all. Nak cari idea untuk task 3 BKS ni.... Huhuhu.... Chaoss!!



Tuesday, April 24, 2007

Rindu Lagi....


HUJAN - SUDIRMAN

Hujan yang turun bagaikan mutiara

Berkilau bersinar berkerdipan

Subur menghijau bumi terbentang

Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun

Menyirami ketandusan hati

Dan hujan turut mengiringi

Engkau pergi....

c/o Selembut hujan bercurahan

Begitulah cintaku ini

Semesra bumi yang disirami

Begitulah hati ini....

Hujan yang turun bersama airmata

Bersama pedih bersama rindu

Kau datang dan kau pergi jua

Rindu lagi....

Ulang c/o

** RINDUNYEEEE......

** Mulut kata BENCI, hati kata SAYANG. Ehmm camner eek...


Monday, April 23, 2007

MONOLOG DIRI

Aku sering tertanya-tanya. Adakah aku terlalu hipokrit? Hipokrit terhadap diri sendiri dan orang lain? Hipokrit terhadap orang yang aku sayangi? Mengapa sering saja hati ini terasa asing, sentiasa membentak meminta kasih dan sayang? Bukan mudah untuk kita mencintai dan menyayangi seseorang. Begitu juga sebaliknya, bukan mudah untuk kita membenarkan diri kita dicintai dan disayangi seseorang.... Sesekali aku terfikir, adakah aku ini tidak layak untuk bercinta, dicintai dan menyintai? Adakah aku juga tidak layak untuk saling sayang menyayangi dan disayangi? Aku tidak tahu apa yang aku mahukan. Aku keliru... dan seringkali saja airmata menjadi teman pengubat jiwa dikala sebak dan sendu datang bertandang dihati....

Dan semalam.... menjadi malam yang suram dalam hidupku dan bertemankan airmata. Bukan niatku untuk membuatmu terluka. Akibatnya diri sendiri yang merana jiwa! Aku sendiri yang terluka dan sengsara. Oh Tuhan, apakah ini dugaanMu buatku? Ingin sekali aku mengecap bahagia bersama insan yang aku sayangi. Tapi...mungkinkah ada untuk aku hari yang berbahagia itu? Adakah aku dihukum diatas kesalahan yang telah kulakukan? Insan seringkali melakukan kesilapan. Aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan itu. Itu hanyalah gurauan semata-mata. Tiada niat sebesar kuman pun untuk aku membuatmu terluka. Apa yang mampu aku katakan hanyalah MAAF....


MAAF kerana terlalu memaksa.
MAAF kerana aku terlalu hipokrit.
MAAF kerana tidak memahamimu.
MAAF kerana telah membuatmu terluka.
MAAFkan aku kerana menyakitimu.

Sudikah kiranya kau meMAAFkanku? Aku rela mengundurkan diri jika itu kemahuanmu. Terima kasih kuucapkan kerana pernah membuatku bahagia bersamamu, walaupun untuk seketika. Engkau akan kuingati sebagai kenangan yang paling indah dan bermakna buatku. MAAF sekali lagi.....


Sunday, April 22, 2007

Tak Puas Hati

Waaa... Tak puas hati tol laa... Mouriey's tau laa Mouriey's ni bertubuh kecik. Sampai hati diorang cakap Mouriey's ni budak sekolah, tingkatan 3. Adoi laa.... Hellooww... Kita dah besar ler.... Dah patut kawen pon. Uol's tau tak member2 Mouriey's yang pompuan sumer da kawen. Yang lelaki takyah cakap la. Tu jenis gatal nak kawen. Hikss!! Dah beranak pinak pon. Dalam famili Mouriey's cakap pasal kawen ni adalah sesuatu yang sensitif. Ingat lagi akhir tahun lepas, ada member tanya Mouriey's pasal kursus kawen, da amik ke blom. Pastu Mouriey's saja laa borak2 ngan mama Mouriey's. Ni ayat mukadimah dia, konon nak cover line ler...ahaks! "Ma, member orang kabor yuran ambik kursus kawen 60 hinggit doh." (Masa tu kalo tak silap laa RM 60. Sekarang tak tau laa berapa, kot2 naik lagi.) Haa... uol's nak tau mama Mouriey's jawab apa? "Doh bakpe, mung gatal ujung k*$%^*$t doh nok nikoh??" Fullamak... berdesup mama Mouriey's sound. Berdesing tinge nih... Tak puas hati nih... Mouriey's pon cakap kat mama balik, "Dok lahh.... Orang kabor jer. Dok semestinyer orang hok ambik kursus kawen tu nok nikoh lalu. Ambik awal2, sementara yuran muroh lagi pahtu dok laa gaduh nok ambik kursus. Sok nok nikoh ketik2 baru nok ambik...." Ehmm... mama Mouriey's pun senyap je la dengar penerangan panjang lebar dari anak pompuan dia yang tak puas hati nih. Sorry mom's. Along tak puas hati jer....

Haa satu lagi, kalo jumpa member mama (member masa sekolah dulu) diorang pon tanya laa, "anak ke ke ni? umur braper? tingkatan braper doh skoloh? anok yang ke wape?" Alahaii... Sabor jer laa. "Hoo, anok laa ni, hok sulong. Ishh abih doh skoloh. Besor gung doh.... 2* doh ni...."mama Mouriey's bagitau sedangkan Mouriey's tersipu2 malu. Hikss!! "Laa... 2* dohh...ambe ingatkan skoloh lagi. Base kecik dekpong.... " Waaa.... sedeynyer.... Tak nak laa kecik, nak besor.... Tapi bila difikirkan balik kan.... Mouriey's patut bersyukur pada Tuhan kerana walaupun tubuh kecik, tapi tak penyakit, sihat tubuh badan. Masa Mouriey's kecik2 dulu ye la, Mouriey's ada paru2 berair. Selalu buat date ngan doktor tiap2 minggu... Ahaks!! Sekarang ni, alhamdulillah dah okey. Maybe ni effect dier kot.... Bila dah besar ni jadi kurus kering, kecik jer... Huhuhuhu.... Dan Mouriey's bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah. Hehehe.... uol's nak tau tak... Kalo Mouriey's naik motor ngan mama, tak kira laa g pasar ker, bandar ke... Kan kita sebagai awek cun (blueekkk!! perasan cun tuh....) biasa kena usha dek mat2 motor. Diorang biasa buat cam tu kan.... So, mama Mouriey's pon terkejut la, "Allah... galoknyer. Heyy ni bukan awek ni, MOK AWEK nih..." Mouriey's gelak ajer laa... Muahahaha!! Nakal betul la. Memang, kalo uol's tengok mama Mouriey's rasanya uol's tak kata mak Mouriey's tapi kakak Mouriey's. Betul... Ramai cakap camtu. Muka kami lebih kurang jer.... Awek muda kot? Ahaks!! Lupa nak bawak gambau mama. Nanti kalo Mouriey's masukkan gambau mama Mouriey's, uol's tengok sendiri laa k. Chaoss!! Mmmmuaahhss!!


Saturday, April 21, 2007

Bukit Besar VS Sakit

Hye uol's. Semalam kan... Mouriey's pegi jogging kat Bukit Besar. Tapi kantoi, tak dan sampai atas bukit. Sesak napas!! Mouriey's sempat berenti rehat kat ada tanda Allah Selamatkan Terengganu tu. Kat situ diorang ada sediakan tempat lapang, untuk orang ramai rilex kejap. Masa tu Mouriey's rasa cam xleh nak bernafas, sendat, ketat dada ni. Pastu plak tetiba jer rasa nak muntah. Dah ler ramai orang duk lepak kat situ. Kalo muntah, tak ke malu? Adoi la.... Tapi kalo muntah pon tak kuar apa2 kot, coz angin jer yang kuar. Hehehehe.... Kepala plak start pening.... Konon nak cover line, Mouriey's buat senaman ringan. Tu pun tetap rasa nak muntah, adik Mouriey's cakap muka Mouriey's dah pucat lesi. Alamak!! Camner ni?? Tak per, tak per, cool....cool. Yang adik Mouriey's ni plak tak sabor2 nak naik atas bukit. Mouriey's pon cakap la kat dia, ''Doh mung gi laa naik. Orang dok leh tebeng (takleh nak teruskan). Orang tunggu kat motor ah." Dia dengan muka poyonyer... teruskan perjalanan sorang diri. Mouriey's plak, terus turun. Kat depan bukit tu ada disediakan taman. Orang ramai bleh berjogging, bagi orang yang tak nak atau tak sanggup naik bukit tu. Pastu ada, alat2 exercise, ada senamrobik. Ingat nak g join senamrobik, malu la plak. Wakakaka!! Laen la kalo ada geng. Takder laa Mouriey's sorang diri jer. Dalam setengah jam Mouriey's duk pusing2 dalam taman tu, terserempak ngan adik. uikz?? Cepatnyer. Pastu dia ajak balik. Sampai kat umah dalam kol 9.45 a.m. Petang, takder buat apa pon... tido jer la. Penat woo lama tak gi jogging.

Ehmm... adik Mouriey's yang last sekali demam. Dah 3 hari dia demam. Semalam dia meracau. Mak cakap dia bersilat. Hah?! Bersilat? Biar betul mama nih. Hehehehe.. maksud mama, adik meracau, seolah2 cam pukul something sambil mulut dia mengomel entah paper, tapi mama tak nampak apa2 pon. Uol's agak2 laa kan, kenapa kalo budak2 demam, dia akan meracau. Pastu dia cakap, "Mak, halau la benda tu. Dia tengok kat adik, marah kat adik, mata dia merah, bergayut kat pokok..." Kenapa eek? Memang kita tak nafikan, benda2 halus ni ada kat sekeliling kita. Tapi kita sebagai orang dewasa, tak nampak sumer tu. Mungkin budak2, masa dia demam, sistem imun dia tak kuat, letih, penat, fikiran terganggu, semangat dia lemah... jadi otak tak dapat nak tafsirkan apa yang dia lihat. (Cheewah, cam doktor laa plak. Muahaha... Mouriey's agak jer, selebihnya wallahu 'alam.) Sebab tu laa dia meracau, cakap yang bukan2 dan ini akan menyebabkan kita meremang bulu roma! Betul tak? Adik Mouriey's yang no 3 ada bacakan Ayat Kursi kat kepala adik Mouriey's yang demam tu, tak pasal2 kena marah. Mata dia bulat marah kat abang dia nih. Tengok muka adik pon dah laen, meremang bulu roma Mouriey's masa tu. Pas 3 kali baca, baru la okey cket. Dah la malam tu malam Jumaat, lagi meremang beb. Dalam kol 11, lagi sekali dia meracau, lagi teruk. Mouriey's call ayah suruh balik, bawak adik g umah tok bomoh. 12.30 baru balik. Dah okey cket, bibir dia pon nampak merah cket. Mouriey's pon bleh tido lena (walaupun tak kena jaga adik. Ekekeke...)

Erk?? Rasanya cam laen laa plak duk cter pasal benda2 ni kan? Hehehehe..... Alaa, sekali sekala apa salahnya. Ahh, biarlah yang tu, ni nak bagitau ni kat uol's. Mouriey's tak puas hati tau. Minggu depan Mouriey's nak naik bukit tu sampai atas. Yang tak sempat sampai tu bukan pasal apa, Mouriey's dah lama tak naik. Hampir 3 minggu, Dulu ye laa, tiap2 minggu naik atas bukit tu, tak der paper pon. Mouriey's ok jer. Minggu depan, Insya-Allah...sampailah kat atas. Walaupun sumer urat2 kaki Mouriey's ni dah tegang dan sakit, Mouriey's tetap nak naik. Huhuhuhu..... Jumpa lagi...

Thursday, April 19, 2007

Late Update.... ;)

Huhuhu.... Da 2 hari Mouriey's tak update blog. Bukan sbb malas..... Tapi Mouriey's sibuk. Banyak kije. Bzi manjang. 2 hari duk mkn megi... tak sempat beli nasik. Tido plak tak cukup... Lalok jer kepala ni... Oh yer, nak bagitau uol's... Hari selasa (117/4/07) lepas baru Mouriey's belah kek. Huhuhu.... takder birthday party pon... Alaa, gurau jer la. Masa kecik2 dulu bleh laa nak wat birthday party... Sekarang dh besor panjang...xpayah ler. Celebrate ngan family jer kat umah. Gambo kek xder ekk. Tak sempat ambil gambau pon. Huhuhu. Laen kali kita sambung lg eek. I'm so tired now... Lapo ler... Taking care... Babai...

Second Assignment - BKS

ASSIGNMENT MINGGU KEDUA

Aku pulang ke desa dari kota
Kerana kota itu kotor
Aku mahu tidur di sini
Kerana kota itu hanyir
Tetapi ada lolongan yang memanggil
Untuk aku terus tinggal di kota nan sampah

Di desa nan permai ini aku kembali. Kembalinya aku untuk mencari erti kedewasaan dan kematangan yang tidak aku temui ketika di kota. Seringkali wajah-wajah tenang manusia di desa menerpa ke fikiranku. Terasa berbelah bagi perasaan ini untuk kuteruskan langkah, menapak di kota yang penuh kepura-puraan. Nun di desa aku tinggalkan wajah-wajah kebimbangan orang tuaku suatu ketika dulu. Tidak seperti dikota, di desa nan permailah aku ingin hidup dan mencari ketenangan. Berudarakan bayu laut yang membiru, penuh ketenangan dan keindahan. Diselang-selikan dengan deruman ombak yang menghempas ke pantai, siulan si camar dan bot-bot nelayan yang pulang dari mencari rezeki. Mereka mungkin tidak tahu apa-apa mengenai kota itu. Aku ingin sekali menjadi manusia yang ada kemanusiaannya. Ingin sekali aku hidup di desa yang permai ini dalam mencari erti kemanusiaan seorang manusia.... Manusia-manusia yang hidup di kota itu hanyalah hamba kepada dirinya sendiri yang bersifat rakus.

Di kota itu hanyalah sebuah kota yang kotor dan hanyir. Dari manakah asalnya bau hanyir itu? Mungkinkah dari si apek yang menjual ikan di pasar borong? Atau… barangkali bau hanyir dari titik-titik noda hitam mereka yang berada di kota itu sendiri. Titik noda hitam itu menyebabkan manusia di kota berbau hanyir kerana kesilapan dan dosa yang mereka lakukan sendiri. Mungkin juga bau hanyir itu terhasil dari najis Najis? Ya, najis. Bukan najis manusia atau haiwan, tetapi najis dadah. Di kota-kota besar, bau hanyir itu menyesakkan hidung.. Di lorong-lorong sempit dan suram itu kelihatan mayat-mayat hidup menunggu maut datang menjemput. Mereka-mereka inilah yang dianggap sampah masyarakat, sampah dikota yang pesat membangun menuju ke arah pemodenan dan era globalisasi. Menyakitkan mata yang memandang. Wajahnya pucat, kurus melidi, tak ubah macam Zombi... Zombi Kampung Pisang agaknya. Cuma yang ni nampak lebih real, tak perlu nak touch-up lebih-lebih, tak perlu pakai foundation atau compact powder sampai tebal 4 inci.... tak payah. Tapi tidaklah seaktif dan seganas zombi-zombi itu. Bezanya zombi ini satu makhluk yang berani melantik dirinya sebagai doktor yang tidak bertauliah. Menyuntik dirinya sendiri dengan ubat cari penyakit, walhal tubuhnya sihat wal-afiat. Saja-saja, mungkin suka-suka je nak suntik. Hingga disuatu ketika dia tidak lagi mampu lagi bergerak aktif dan kemudian mati dengan sia-sia. Tak ada penyakit, cari penyakit..... ’Mengapa mereka memilih jalan dan cara hidup yang begini?’ fikirku. Pada mulanya mereka hanya ingin mencuba sesuatu yang baru, tetapi akhirnya menjerat diri sendiri.

Aku tidak mahu menjadi seperti sampah itu. Bau hanyir dan kotor juga ada kemungkinannya datang dari tangan-tangan mereka yang melakukan kekejaman. Bermandikan darah kerana terlalu ikutkan nafsu dek tekanan hidup di kota atau termakan hasutan iblis. Sanggup melakukan kekejaman dan berbunuhan sessama sendiri. Manusia-manusia ini sudah mula hilang kemanusiaannya. Mula menunjukkan kebinatanganya. Di kota itu seolah-olah sudah bertukar wajah. Hidung ini juga sudah pedih menghidu asap-asap pemodenan yang datangnya dari tapak-tapak pembinaan. Ehmm... bau hanyir dan kota yang kotor ini boleh jadi pekerja asing kot? Yang bekerja keras siang malam membangunkan bangunan yang mencakar langit. Bukan saja hanyir dan kotor, hapak, tungkik, tengik.... Semua la kasi kat mereka. Mana taknya, dah pekerja kontrak, kerja pulak di bawah panas terik matahari, berpeluh. Anak-anak muda kita? Mungkin hanya ada segenlintir yang sanggup melakukan pekerjaan ini. Tidak kurang juga hanya mahu bersuka-ria dengan hiruk-pikuk dikota. Yalah, mak bapak mereka orang kaya.... tak payah kerja pun tak apa. Ini ke anak-anak muda bangsa kita yang bakal mencorak dan memimpin masa depan negara? Mereka-mereka inilah yang menyumbang kepada kehanyiran dan kekotoran di kota itu sendiri.

Lolongan yang sering aku dengari membuatkan aku terpaksa akur. Lolongan kemewahan, kemahsyuran, nafsu dan hiburan. Di kota nan sampah inilah segala-galanya dapat dimiliki. Wang, harta, kekayaan dan sebagainya. Tetapi untuk memiliki semua itu tidak mudah. Aku perlukan kekuatan untuk menghadapi rintangan hidup dikota metropoltan ini. Jika aku gagal , tidak mustahil juga aku menjadi sampah di lorong-lorong gelap. Rasanya tidak sanggup lagi untuk aku melihat sampah-sampah berlonggok di lorong-lorong itu yang semakin membusuk, bau-bau hanyir yang menusuk hidung dan meloyakan anak tekak. Inikah wajah-wajah kota? Indah mimipi dari realiti. Inilah kenyataannya, walaupun pahit terpaksa kutelan. Hidup di kota bersama-sama manusia yang semakin hilang sifat kemanusiannya. Kini aku kembali ke desa yang kucintai bersama tekad di hati untuk tidak kembali lagi ke kota nan sampah....


Monday, April 16, 2007

April GurLs


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

** Personaliti bagi mereka yang lahir pada bulan April. (Mouriey's punya laa ni.....) Tapi tak semua yang disenaraikan diatas ada pada Mouriey's.... Ekekeke....

Balik keje petang semalam, main badminton ngan adik. Perghh.... lama tak main badminton. Ye la sejak jatuh motor ari tu laa. Hampir 2 minggu tak main badminton. Lenguh satu badan. Mouriey's suka main badminton pas balik keje. Kadang2 main ngan adik, kadang2 ayah, mama.... adik2 yang lain. Best giler.... Rasa rilex je fikiran ni, lapang...tension pasal keje pon bleh hilang. Ni la masanya untuk Mouriey's beriadah ngan famili.

Kalo ari minggu, hari Jumaat kan Terengganu tak keje.... Pagi-pagi lagi dalam kol 7 Mouriey's ngan 2 orang adik Mouriey's pergi 'khabak' Bukit Besar. Jongging ler.... Ramai gak orang duk jongging. Masa paling best bila sampai kat puncak bukit. Betapa indahnya pemandangan kurniaan Yang Maha Esa. Bukit-bukau, sawah padi yang menghijau.... redup mata memandang. Hilang penat walaupun masa tu rasa tak cukup nafas. Ekekeke.... Kita bleh nampak Jambatan Sultan Mahmud bila berada di puncak bukit..... Cantik... Ehmm... Mouriey's pon lama dah tak naik Bukit Besar. Kalo Mouriey's pegi, balik mesti suruh mama urutkan betis Mouriey's, sakit wooo.... Mouriey's pegi jongging bukan pasal nak kuruskan badan, Mouriey's nak hidup sihat. Kita kena amalkan cara hidup sihat, betul tak? Muahaha..... Nak kuruskan badan apa kebendanya udah tubuh Mouriey's ni kurus kering..... Tak payah nak kuruskan lagi... Ni pon berat badan dah naik cket, walaupun body maintain slim.... Wakakaka!! Chaoss!!

Sunday, April 15, 2007

Lonely Day.....



Semenjak dua menjak nie kan, Mouriey's rasa sunyi sangat, hati plak rasa sayu jer.... Seringkali air mata nie tumpah. Tak tau laa naper mudah sangat air mata nie mengalir.... Puas diseka air mata nie namun tetap laju mengalir. Entah apa yang menyebabkan Mouriey's sedih sampai camni sekali. Terasa sangat bila insan yang disayangi dan dirindui tiada disisi. Ya, Mouriey's tahu, tidak semestinya orang kita cintai itu sentiasa berada disisi kita. Tapi adakalanya kita memerlukannya untuk sentiasa disisi kita, kan? Mungkin ada yang anggap Mouriey's ni anak yang manja. Memang ya, Mouriey's akui Mouriey's anak yang manja ngan mak (mama) dan ayah Mouriey's. Memandangkan hanya Mouriey's satu-satunya anak perempuan dalam keluarga Mouriey's. Empat orang adik Mouriey's sumer lelaki. Tapi satu jer, Mouriey's jarang sekali meluahkan perasaan Mouriey's kepada mama Mouriey's, luahkan masalah yang terbuku dihati Mouriey's. Mouriey's tak nak bebankan mama Mouriey's....

Mouriey's juga kurang bersosial, lebih suka duduk dirumah. Kebiasaannya klau nak keluar umah, nak gi bandar ke, pasar ke, mesti kene ajak mama atau adik. Sebagai bodyguard kot?? Ehmm??? Alaa uol's faham2 je laa zaman sekarang ni cmner kan? Dulu nak jalan sorang2 malam buta bleh laa. Tapi sekarang dah laen. Perangai manusia akhir zaman ni susah cakap. Macam2 bleh berlaku. Ngan member2 kadang2 jer. Tu pon mesti POMPUAN. Ayah Mouriey's plak tak berape nak benarkan Mouriey's kawan ngan budak2 lelaki. Klau satu kampung, ye laa. Sebab tu Mouriey's tak berani nak ngeyrek ke, ngeypong ke.... (Ni ayat Ganu kot.... Maknenye naik motor ngan pakwe/makwe... Rasa2nye laa....) Nak naik motor ngan sepupu lelaki pon kadang2 dengan keizinan ayah. Nak g dating kat taman bunga jauh sekali. Tu laa kadang2 Mouriey's rasa jeles sangat bila tengok couple remaja berdating. Terasa sangat2.... Mungkin peluang tu takkan ada untuk Mouriey's. Tak kisahlah, yang penting Mouriey's tak nak sakitkan hati mak dan ayah Mouriey's....

Mouriey's lebih suka pendamkan seorang didalam hati. Apa saja yang terbuku di hati Mouriey's, akan Mouriey's benamkan jauh didasar hati Mouriey's. Mungkin dengan air mata saja yang mampu mengubati kedukaan Mouriey's. (Erkk?? Naper emosional sangat ari nie...???) Dah... malas dah nak tulis.... Bimbang air mata ini mengalir lagi....Pastu melalut lagi ntah paper..... Babai...



Saturday, April 14, 2007

THanK YoU Sooo MucH....

Semalam Mouriey's bzi sangat. Tak sempat nak update blog. Huhuhu..... Sehari suntuk duk umah mak sedara baru pindah dari Kuantan. Kena mengemas kat umah dier. Lauk untuk makan tengahari just beli kat kedai jer. Malas nak masak. Lagi pun kat dapur menyemak sangat ngan barang2. Petang tu Mouriey's main2 ngan baby.... Baby?? Haa bukan baby Mouriey's daa... Anak sepupu Mouriey's. Nabila Aisya nama dia, berusia 2 bulan setengah. Nasib baik tak banyak karenah. Petang baru balik umah. Penat woo... Malam ingat nak g cc, malas la plak. Duk umah jer laa, tengok cter Ice Age. Muahahaha!!! Abis cter tros masuk tido... Kroihh... kroihh...


Ehmm...Buat Intan, Meen, Noushy, Zeleo thanx a lot coz your wish. Intan, nak tengok teddy bear Mouriey's? Alaa bese2 jer.... Mouriey's ni tengok sumer benda dikatanya cute. Muahahaha.... Nanti laa, ada masa nanti Mouriey's masukkan k. My birthday party pon tak wat lagi nih. (Alaa setakat beli kek birthday je. N then celebrate ngan family Mouriey's.....) Huhuhu!! Xder org nak sponsor my birhday party ker?? Wakakaka!!! Junkopile, thanx a lot coz sudi dgr masalah ambe. Ambe sayang mung lebih laa!!! Ekekekeke.... Buat Pearl@Home, Bro Rick dan Engku Darius, terima kasih banyak2 atas sokongan kalian. Doakan Mouriey's agar terus bertahan. Cheewahh!! Mouriey's akan lakukan yang terbaik dan termampu untuk BKS. Chaoss....

Thursday, April 12, 2007

BirTHdAy GurLs.....

Pagi ni, bangun je tido tros bukak present. Wow.... Guess what?? Teddy bear lagi laa.... Huhuhu.... Cute siot!! Kaler putih, gebu jer.... beshh bila dipeluk!! Wakaka.... Tahun lepas dapat teddy bear gak, tapi kaler kekuningan... Nak tengok?? Hehehehe.... Nanti laa, kalo ader masa.... Mouriey's masukkan gambau tu. Nak tau saper yg bagi present tuh?? Jeng jeng jeng!!! Biarlah rahsia.... Muahahaha!! Dah tue pon ambe nih... Ingat nak masukkan gambar Mouriey's masa kecik2 dulu. Masa kecik, Mouriey's tembam 'n' cute tau... Jangan jeles eek. Tapi ader cket amoi laa... Ekekekeke... Tak cm skrang nie, kurus kering jer... Huhuhu....

Semalam xder orang pon wish kat Mouriey's .... Huhuhu.... sedih tau. Selain Junkopile ngan adik Mouriey's. Thanx a lot. Diorang la org yang pertama ucap, blom masuk kol doblas lagi dh wish kat Mouriey's. (Ambe sayang mung due org lebih laa... Ahaks!~) Ehmm... buat Abang Ujang, Nat, ADam Dryx..... terima kasih banyak2. Err hadiah xder ker? Muahaha... Just kidding!! Mouriey's dah cukup bahagia dan gembira dgn doa2 kalian untuk Mouriey's. Mak Mouriey's wish pagi tadi, bagi kiss je kat pipi Mouriey's. Hehehehe... Ok laa tuh. Owhh pasal BKS tu, itu jer yang mampu Mouriey's huraikan. Mouriey's taknak meleret2.... Takut terkeluar dari tajuk. Kita mana tahu pendapat org yang menilai task kita. At least kene kutuk gak... Waa..... Yang penting 'Hidup Mesti Diteruskan....' ekekekeke... Buat peserta BKS yang laen, teruskan usaha anda. Sama2 kita tunggu result dan kutukan bertalu-talu dari hakim dan juri. Bak kata Kak Ogy, "Kalo xnak dengar, tolong tutup telinga...." Muahaha!! Good Luck for uols..... Chayok chayok!! ~ The End ~

Wednesday, April 11, 2007

Ketenangan Jiwa....

Huhuhu.... Tadi sakit kepala woo duk pikir pasal jawapan BKS. Memang mencabar minda. Tapi, tak kisah laa, bleh rest cket otak nih... Semalam pun termimpikan jawapan untuk BKS. Btol nih... Tak bohong... Sumpah makan satey 6 cucuk!! Muahaha!! Petang semalam balik kejer... tros pikirkan jawapan untuk BKS tuh... Ntah paper ler. Melalut jer... Tapi kuteruskan jua, kugagahkan diri... membuktikan kesungguhanku menyiapkan assignment nih... (Uikzz... Baik punya ayat? Kehkehkeh...)
Sebelah malam pekena lempeng nyior. Best gak... lama xmkn lempeng. Dulu masa kecik2 nenek selalu buatkan untuk Mouriey's. Huhuhu... teringat la plak. Balik tros tido. Kol 3 pagi layan bola ngan adik, Chelsea VS Valencia. Tak sampai setengah jam, mata da takleh nak bukak. Masuk bilik tros kroihh...zzz...zzz...

Petang tadi balik kejer, lapo la plak. Singgah kat warung beli kuey teow goreng. (My favourite food nih....) Balik umah, masuk bilik... Humang aih... terkojut den... Guess what?? Ada present atas katil.
Lawa... Siap ada love2 lagi kat kotak tuh... Wahh...seronok btol!! Melonjak keriangan hati ini... Wakakaka!! Tapi, takleh bukak lagi... Esok la baru beshh!! Muahahaha!! Kasi lagi surprise... Well malam nie tentu tak tido lena. Tak sabar nak bukak present tu pagi sok... Apa agaknyer eek?? To be continued....



First Assignment...

ASSIGNMENT MINGGU PERTAMA
Semasa membulatkan satu titik dengan pen merah, apa yang kamu lihat?

P/s:: Ingat HAKIM kita memang arif tentang "warna merah". Jadi berhati-hatilah, supaya tidak disembur. (Ingat BAHASA menunjukkan sesuatu BANGSA)

Jawapan :
Semasa membulatkan titik tersebut, mata kita tertumpu pada titik tu jer. Tanpa kita sedari, semakin lama semakin ia membesar jika bulatan dibuat berulang2 dan berterusan. Dan ini akan mengubah bentuk titik kecil itu tadi. Walau apapun warna untuk titik kecil tersebut, ia akan tenggelam dalam warna MERAH yang kita bulatkan tadi. Ini akan mewujudkan satu titik besar yang berwarna MERAH. (a) (Warna bergantung kepada pen yang digunakan.) Jika bulatan tidak dibuat secara berterusan, yang kelihatan hanyalah titik dan garisan yang melingkarinya (b).

Memandangkan MERAH ni warna kegemaran Kak Red, so Mouriey’s tak nak meleret-leret.... Sebabnye kalau bahagian conclusion ni Mouriey's tak reti sangat. Harap2 Mouriey’s tak merapu la. Conclusion is.....sama seperti kehidupan kita, apabila pertelingkahan berlaku contohnya.... hal yang kecil pun bleh jadi besar. Perbuatan kita yang sekecil mana pun lama-kelamaan nampak jelas. Begitulah pada pandangan Mouriey’s. Itu yang Mouriey’s fikirkan masa mencari jawapan untuk soalan nie. So, Mouriey’s dapat kaitkan soalan ni dengan kehidupan kita seharian. Itu pendapat dan huraian Mouriey’s. Selebihnya bergantung kepada individu yang menilainya. Kalau ada terkasar bahasa dan merapu entah apa2... Harap dimaafkan...


Tuesday, April 10, 2007

Aiyakk!!

Perghh dia punyer soalan.... Bikin pocah kepalo den ni haa... Alamatnyer tak tido laa malam nie, duk pikiaq camner nak bagi jawapan. Huhuhu.... Kalo diikutkan malas nak update ari nih. Banyak sangat khoje nak kene buat. Penat tol... Kalo bleh Mouriey's sentiasa nak sibukkan diri.

Macam semalam..... Aahh malas nak ingat lagi. Apa yang berlaku semalam, biarkanlah berlalu. Kalo diingat balik, buat sakit kepala jer. Adoi laa.... Nak fikir jawapan untuk soalan BKS. Power gilerrr!! Chow!



Monday, April 9, 2007

Menghitung Hari

Pagi nie datang kejer jer tros bukak blog. Ada kata-kata pemanis dari hakim BKS. Ehm... memang manis.... Untuk Kak Red, terima kasih kerana sudi memilih Mouriey's. Walaupun Mouriey's masih baru dalam dunia blog nie..... Insya-Allah Mouriey's akan cuba yang terbaik selagi termampu. Kalo ader salah silap harap dimaafkan dan silalah beri tunjuk ajar.... (Cam nak belajar ilmu silat jer nih?? Tapi takper laa kan... ni kira menuntut ilmu gak. Ahaks!~)

Semalam.... Takder apa2 yang boleh Mouriey's ceritakan. Semakin hari Mouriey's rasakan semakin cepat masa berlalu... Minggu ke minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun!! Ehmm... ari tu Mouriey's ada surf Internet.... Hemmy.net. Mungkin korang dah masuk web nie... Banyak gak maklumat dan ilmu yang bleh kita dapat. Antaranya makhluk dan kejadian yang pelik2... bukan makhluk asing tau!! (Tp...Wallahu'alam...) Kat bawah nie ada gambau yang sempat Mouriey's ambil. Fikir-fikirkanlah...




Haa... Kepada yang kepala 'blue' tu... jangan fikir yang bukan2 eek...Cuba korang tengok betul2... Agak2 korang laa kan... berapa JUMLAH DOLPHIN dalam gambau kat bawah ni....
Jawapan : 9 ekor...


Sunday, April 8, 2007

~ Ada Apa Dengan Cinta ~


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -HamkaOrang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.


Buat insan yang insan yang Mouriey's kasihi dan rindui.... Maafkan sayang kerana sentiasa membuatmu terluka. Sesungguhnya sayang amat merindui abang setiap detik dan waktu.Tetapi abang..?? Kita sentiasa mencari alasan dan menyalahkan antara satu sama lain...Kadang2 fikiran ini seringkali diterjah oleh soalan2 yang membuatkan sayang keliru...sehinggakan kepercayaan terhadap abang semakin berkurangan. Apakah kesudahan cerita cinta kita? Sayang doakan semoga hubungan kita ini mampu bertahan dan berpanjangan hendaknya. Sekiranya sudah ditakdirkan-Nya tiada jodoh antara kita, sayang redha....

(Sorry....jiwang karat cket ari nie...Huhuhu...)

Saturday, April 7, 2007

Kenangan Lalu.

Kepala dah blurr.... Naper la bodoh sangat Mouriey's nie.... Silap update lerr. Huhuhu.... Semalam masa Mouriey's check email... Tak tau saper yang bagi benda alah nie... Tapi ok jugak. Tentang Sahabat, Kawan, Member, Saing... dan yang sewaktu dengannya.... Renungkanlah...


Kalo ader sesiapa yang terputus hubungan ngan kawan2, hubungilah mereka. Ingati kembali detik-detik indah yang dilalui bersamanya, saat suka dan duka..... Mungkin mereka perlukan anda.... Dan perasaan Mouriey's tersentak..... Terasa kehilangan seorang sahabat yang dikasihi. Yang telah pergi untuk selama-lamanya. Terlalu banyak kenangan kami bersama di bangku sekolah, Sifatnya yang kelakar, peramah, periang... Sukar untuk dilupakan. Selagi mereka masih hidup, hargailah mereka.... Sentiasalah disisinya ketika mereka memerlukanmu.... Untuk sahabatku, semoga rohmu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....

Kena Dera.

Ehmm..... Semalam Mouriey's kena dera laa... Huhuhu... Kena bersihkan umah mak sedara yang baru siap di'tokok tambah' kat Rumah Murah Gong Badak. Actually umah tu kan umah murah...sempit. So, dia upah tukang umah sambung bahagian depan (untuk ruang tamu) ngan satu bilik lagi. Abis dalam RM 40,000.00..... Fuyyooo!!! Banyak gak tuh... Bukannya beli yang baru, tapi hanya baiki balik umah tu... Suami mak sedara ni pesara polis kat Kuantan, so dah pencen nie kena pindah balik sini laa. Kol 10.30 Mouriey's ngan mak ayah gi sana. Biasalah umah baru siap, kat dalam tu Ya Rabbi macam tongkang pecah.... Mouriey's ni alah pada habuk, bila start menyapu jer... mulalah aaacchooommmm!!! Sampai meleleh air idung nie haa...Duk sok sek... Dekat kol 1.00 baru balik, ayah nak sembahyang jumaat plak. Petang pas Asar sambung balik. Letih woo... Rasa cam nak tercabut jer kepala bahu ni duk mop lantai. Huhuhu..... Penat2 pon tdo lewat gok.....

Haa... nie ada lirik lagu untuk korang... Best gak, dengar radio jiran sebelah... Ekekeke... 'KERABU PUCUK PAKU' Enjoyy.... Buat masa nie lagu ye tak dok lag ekk... Jangan maree haa... Muahaha!!!

Kerabu pucuk paku sayur kacang
Panggang ikang puyu tumbuk sambal belacang
Celur pucuk labu buat ulam
Tanok nasi beras usang
Ikang kering anok tambang

Nak makan sedak kita pitih tak dok
Bini beranok rapat anok rama telajok
Kalau pisang sikat kite dok dang koyok
Ade lagi hok duk teriok
Hok ni kecing hok ni berok

Tamboh pulok keje buleh sikit sikit
Banyok hok duk sajer perabih duit
Lepah-lepah isyak dok dang makang nasi
Bosang anok duk jerit
Pagi-pagi mitok duit

c/o

Kadang-kadang mari pikir dalang hati
Macang maner care nak tamboh rezeki
Mujurlah pagi ni ade saing mari
Ajok nega kecik-kecik
Rase senang dalam ati

Ambe nega buat kusi rotan
Ade warne coklat warne itang
Nak ator dekat jabat keraftangang
Jalan Conley Bukit Bintang
Ooo Buleh tamboh pendapatang

Begitulah care kalu mau idup
Buat ape saje yang kite sanggup
Jangan duduk saje buat bucit perut
Lame-lame buleh meletup
Ooo....Anok bini buleh cabut

Ulang (c/o)

Orang tue dulu ade bese pesan
Kalu-kalu kite nok wi anok jarang
Rebuh akor kayu buwi bini makang
10 tahun buleh sorang
Ooo... baru ceroh mase depang

Friday, April 6, 2007

Penatnyer....

Semalam hari yang memenatkan dalam hidupku.... Penat giler!! Banyak kejer. Biasa laa wat kejer sensorang... penat laa kan. Kat kejer Mouriey's ada pasar minggu. So, pas tutup kedai, pi jalan2 kat pasar minggu. Saja cuci mata. Beli makanan jer bawak balik untuk adik2.

Sampai kat umah, ayah ajak pi kat sprint test. Kat Lembah Bidong. Pas isyak nanti katanya. Ok gak.... Bukan motor, tapi kereta. Last Mouriey's pegi awal tahun lepas. Masa tu turn motor tengah merempit... Heheheh. Bising arr... Tak suka la Mouriey's, cam nak terkeluar taik tinge ni haa... Kalo kereta tu kureng cket dier punya sound yang kuar... Ahaks!~ Dalam kol 9, kami pun bertolak. Bila masuk je kat kawasan tu... gelap gulita je. Kiri kanan semak merimbun, bulan plak terang benderang. Berdiri bulu roma beb!! "Tak dok pong Long? Gelap katuk jer nih....." tetiba je ayah bersuara. "Mane orang tahu..." Mouriey's menjawab perlahan.... "Aahh... celakak sunggoh... Kena tipu doh!!!" Kueng... kueng... Kena tipu da..... Nak tergelak gak masa tuh... Tapi Mouiey's tahan.... Ekekeke... Tak pasal2 kami 'dikencing hancing pering'kan oleh member ayahku... "Base me&@$**&^#* sunggoh budok tuh!!" Mouriey's senyap jer la.... Tak kata apa... Sebaliknya didalam hati, gelak sakan kat ayah. Muahahaha!!! Jangan marah eek my beloved dad...

Thursday, April 5, 2007

Ada Hikmahkah??

Huhuhu..... Ari ahad baru nie Mouriey's jatuh motor. Semalam adik Mouriey's yang nombor 3 plak jatuh motor. (Mungkinkah ada hikmah disebalik sumer nih?? Ehhmmm??) Nak elak van kata dia, pastu terbabas. Masa balik sekolah. Alah.. ntah betul ke tak kata dia tuh. Udah namanya lelaki. Bukan tak tau dia suka bawak motor laju-laju. Nasib baik ada pakcik tu tolong antar adik balik umah. Naik lori JKR... Muahaha!!! Cian dier.... Teruk gak. Dapat mc 2 hari... Nok wak guane...nok geroh kata orang ganu. Harap2 cepat sembuh and insaflah wahai adikku.... Cheewah!!

Tapi tulah kadang2.... gerun rasanya bila tengok kat tv, suratkhabar.... Banyak sangat kemalangan berlaku. Ada yang kena gilis lori, hancur kepala.... Nauzubillah.. Mintak2 jauhlah jadi cmtu. Selisih malaikat 44! Mouriey's ni pon kadang2 time ingat, slow jer.... ayu semacam jer bawak motor. Bila tak ingat, minah rempit ler jawabnyer... Tapi takat 80-90 km/j jer laa. Muahahaha!! Tak berani woo laju2... takut terbabas. Mouriey's ingat lagi... masa tu on da way nak g kelas, PKKT...nak cepat, terkejut lewat. Atas jambatan Sultan Mahmud, Mouriey's potong 2 buah lori balak pada kelajuan 100 km/j. Abih rapat Mouriey's pulas minyak. Fuyyoohh!! Masa tu tak pikir apa dah.... Nak cepat sampai jer. Tapi alhamdulillah, selamat juga akhirnya sampai kat PKKT. Pastu.. tobat tak buat lagi dah... So, apa yang Mouriey's nak bagitau kat sini, hatil2lah bawak motor tu. Jangan ingat nak cepat jer. Kadang2 nasib tak selalunya menyebelahi kita. Mungkin kita terselamat atau bernasib baik pada ari nie... Tapi sok2... Sapa tahu, kan? Kan? Wallahua'lam....

Kat bawah nie ada gambau masa gi berkelah kat lata Tembakah. (Kalo korang nak tau kat mana tempat nie, tanya Abang Ujang. Muahaha!!) Jangan marah eek Abang Ujang....