Thursday, January 31, 2008

Belasungkawa

Assalamualaikum wbt....

Belasungkawa
Loloq (1957-2008): Hilangnya penulis kreatif

Loloq gemar guna perkataan baru dalam karya meninggal dunia selepas tak sedar diri sejak Ahad lalu. Apabila menghayati seni kata yang ditulis oleh Loloq, sering kali kita akan menemui perkataan baru yang kadang-kadang tidak pernah kita dengar. Itulah kelebihan dan keistimewaan Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis ketika berkarya yang agak 'gila-gila' apabila menggunakan bahasa.

Pelbagai kamus tidak pernah lekang daripada dirinya ketika menulis seni kata. Bahkan, dia mempunyai himpunan buku daripada pelbagai genre untuk dijadikan sumber ilhamnya. Loloq pernah berkata, dia tidak terlalu berkira membelanjakan sejumlah wang semata-mata membeli buku yang berkaitan dengan keagamaan, biografi, sejarah, kebudayaan dan bahasa. Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut. Selain itu, Anugerah Lirik Nasyid pada majlis Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini 2006 serta Anugerah Galakkan Penulis Lirik pada Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005. Beliau juga turut terbabit dalam menulis skrip filem Aduh Saliha yang judul asalnya ialah Misteri Mimpi Syakila arahan M Nasir. Bagaimanapun, filem itu tidak dapat disiapkan sehingga sekarang.

Loloq berasal dari Singapura. Bapanya, Rosli Dayut berasal dari Masjid Tanah, Melaka adalah bekas polis Tanah Melayu. Ibunya, Maimunah adalah Cina mualaf. Mungkin tidak ramai yang tahu selain menggunakan nama Loloq, dia juga turut menggunakan nama pena Nurbisa pada seni kata lagu tulisannya. Hasil perkahwinannya dengan Hairiah, Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10, Jaevn Nur (7) dan Yasha Nur (5). "Nama anak saya memang agak pelik bunyinya. Krsty bermaksud rahsia, manakala Jaevn sebenarnya bermaksud Jawa. Jawa ini pula kalau dihalusi berasal dari kaum Nabi Noh," katanya. Loloq meninggal dunia Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.37 tengah hari kelmarin selepas dimasuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Ahad lalu kerana dipercayai berlaku pendarahan di kepalanya. Al-Fatihah

Sumber - Utusan Online

Wednesday, January 30, 2008

Apo nak dikato

Assalamualaikum wbt....

Apo nak dikato eek? Seringkali perasaan ini terkeliru. Mana satu kaca dan mana satu permata. Kalo kaca, dah sasah terluka tangan ke, part of our body kan... mungkin juga hati dan perasaan turut sama terluka. Permata lak mungkinkah sinarannya yang bercahaya itu akan menceriakan hati, perasaan plus kehidupan kita? Mungkinkah itu?? Abis tu, kenapalah orang suka sangat sakitkan hati kita? Suka permainkan perasaan yang sedang rawan? Ambil mudah soal cinta... yer lahh.. kalo kene kat orang2 yang tak berapa nak mature. Uhuks!! Kita yang anggap serius, si dia lak main2. Taulah dia tu suka bergurau, suka menyakat... Please laa be serious k. I think u should be concern at what are u doing now... Dun worry... u're always in my mind and my heart. U're someone special in my life.... that i cared and loved. Erkk ye ke?? Wakakaka....

Aallooo.... kiter ader perasaan tau. Ada hati dan perasaan. Hengat kiter anak patong ker?? Memula kata nak, pastu tak nak... Haper nih?? Cam hampeh jek kan?? Laen kali, kalo nak bercakap... lebih2 lagi melibatkan hati dan perasaan, fikir dulu elok2 ngan kepala otak. Bukan ngan kepala lutut ye tuan2 dan puan2.... Sorry if ader sesaper yang terasa hati... Ini luahan ketidakpuasan hati Mouriey's jek. Sekadar meluahkan....

APA ITU CINTA??

Cinta adalah sesuatu yang amat istimewa.. ianya lahir dari hati tanpa dipinta.. dan ianya juga boleh tercipta dari persahabatan yang terlalu indah.. dan yang nyata adalah cinta terhadapNya..

Cinta mampu menguasai segalanya..
pandangan manusia mampu diubahnya..
hala tuju hidup boleh berubah kerananya..
kita boleh jadi BUTA kerananya..

ramai kata cinta itu buta.. sehingga lupa siapa yang bercinta
dan kenapa kita bercinta..

ramai org kata cinta itu gila..
sehingga lupa apa itu cinta sebenar
dan mengapa kita dikurniakan cinta..

apa pun sebabnya, cinta adalah naluri,
tak kira lelaki, wanita, mahupun maknanya…

dan apa pun alasannya, setiap insan berhak memilikinya, kerana manusia dilahirkan atas dasar cinta.. dan cinta itu adalah sesuatu yang sepatutnya..

melalui cinta, kita boleh kenal segalanya,
melalui cinta, kita tahu hidup itu indah..
dan melalui cinta, kita sedar betapa besarnya erti sebuah pengorbanan…

P/s : Uhukss... sekali sekala jiwang beb!! Kehkehkeh....

Sunday, January 27, 2008

Donlod Lagu

Assalamualaikum wbt....

Sorry lerr semenjak dua menjak tiga menjak nih, Mouriey's bzi cket. Semalam pon balek lewat. Dah maghrib. Tengah2 syok naik motor skuter tuh (adik yang bawak) tetiba.... huwaa!!!! motor xleh nak gerak..... Memula tu dah dengar cam somthing yang tak kena... cam benda putus. Motor lak makin lama makin slow n then langsong tak leh gerak. Aku dah bengang kenangkan motor aku yang satu tuh! Tapi nak wat camner....terpaksalah. Tumpang letak motor tu kat balai polis. Adik Mouriey's lak marah2 kat Mouriey's. Macamlah skuter tu rosak disebabkan Mouriey's. Huhuhu.... Wase nok nja jek... Huwaa.....!!!!

Malam gi cc jab... chatting. Bosan arr.... Balek umah tengok tv cter Batman. Dok dan abis pon... Mouriey's dah masuk tidoq. Ngantuk ah. Adik Mouriey's yang paling kecik lak tak pasal2 dapat 'lempeng free'. Geram gak aku. Asek gaduh jek.... Nyampah tol... Suka sangat gaduh ngan abang dia (adik Mouriey's yang nombor 4). Aku pon dah ilang sabor. Dapatlah lempeng. Huhuhu.....


*************************************************
Donlod Lagu (klik jek kat tajuk lagu)

Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu
Meet Uncle Hussein - La La La Kerjalah
Hujan - Pagi Yang Gelap
Bhumiband - Goda
Matta Band - Ketahuan
Laura Pausini - Si Tu Me Faltas (Aku Masih Setia versi Mexico)
Om Shanti Om - Om Shanti Om
Aaja Nachle - Aaja Nachle

Saturday, January 26, 2008

Meh Nyanyi

* klik utk download lagu

Cikgu Sulizi - Cinto Seore Saing


*Saing mulonyo kito bersaing
bilo doh lamo jadi lagu lain
nyo mari raso dok ralik keta knaley

ule * 2x

maso kecik dulu saing sgt rapat
takdok raso malu walau po dok dekat
igt tiko kecik maso duduk skapo
samo dudok jerik samo dudok mlaung

baju kain buleh tukar gilir
mu ambik paka ku ambik paka
duduk bergura
bersaing rama-rama

ule *

saing maso besa tok supo nga dulu
takut doh nok gura kade mari cburu
bilo lamo kena tahu hati budi
nyo mari tok sedak sayenyo di hati

dulu saing loni buke saing
ku anggap demo lebih pade saing
bimbe nyo raso mu buleh kokre lain

ule *

ku saye ko demo sejak kecik lagi
buke sari duo ajak sapa mati
krano bsaing rapat maso dulu-dulu
malu ku nok royak ku kasih pado mu

dulu saing loni buke saing
demo ku pujo tok supo hok laini
nikoh dio cinto seore saing


Wednesday, January 23, 2008

Amek Coti

Assalamualaikum wbt.....

Sorry lama tak hapdet. Bazi cket. N then semalam Mouriey's amek coti. Mak bonda kurang sihat. Lagipun baby tembam ada. Cam biasalah, kene kemas umah, masak untuk adik2. Pahtu mandikan dak tembam tu, pakaikan pampers, pakai baju cantik2, kasi dia susu... den dodoi dia tidoq. Wakaka!!! Tak larat lerr... Dah laa tembam, asyik nak dukung jer. Kalo letak atas lantai, tak reti duk diam lak. Sumer benda yang dia jumpa, tak teragak-agak tros sumbat dalam mulot!! Huhuhu!!! Tak kisahlah, at least Mouriey's rasa terhibur ngan keletah dia. Mouriey's nih takder adik pompuan. So, bila ada dia, heppi cket. Kebetulan Mouriey's sakit kepala. Semenjak dua menjak nih, salu sangat sakit kepala. Nak kata fikirkan masalah, tak jugak. Mata lak kadang2 naik kabur. Entah lah...

Ermm... uol's nak tau tak. 2 hari lepas, masa on da way nak datang keje... cam biasalah naik motor skuter tu. Takkan naik bot nambang laks. Ahaks!! Memula tu, Mouriey's tak perasan, ada benda duk kt tengah jalan. Mouriey's ingatkan bendape.... rupa2nya anak kucing!!!!! Aarrkkk!!!!!!! Mouriey's tatau nak wat apa. Nak berenti tepi jalan, lori treler ada kat belakang. Mouriey's tak sanggup tengok dia kene langgar dek treler tuh. Apalagi, meraung laa Mouriey's atas motor. Sampai kat kejer, terbayang anak kucing tuh. Camnerlah keadaan dia.... pastu mulalah datang perasaan rasa bersalah. Rasa bersalah sangat2 sebab tak selamatkan anak kucing tu. Bila Mouriey's balik keje, takut gak nih....tapi syukurlah, takder tanda2 anak kucing tu kene langgar. Thank God.... Mungkin ada orang lain yang dah selamatkan anak kucing tu, letakkan dia kat tempat selamat. Nih kalo Abang Ujang baca, mesti meluat kan. Sebab Abang Ujang tak suka kucing!!! Huhuhuhu!!!

Malamnyer gi cc kat umah jap. Chat ngan member2.... jumpa kawan lama. Masa skola rendah, tahun 1996... last jumpa. Dah besor panjang dier. Ahakss!!! Abang Ujang pon ader online...Borak2 jerk... K lah, nak sambung wat keje jap. Daa.....

Monday, January 21, 2008

The Meaning Of

Assalamualaikum wbt...
What Noor Hatida Means
You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are well rounded, with a complete perspective on life.
You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.
At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are a seeker. You often find yourself restless - and you have a lot of questions about life.
You tend to travel often, to fairly random locations. You're most comfortable when you're far away from home.
You are quite passionate and easily tempted. Your impulses sometimes get you into trouble.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.
You are powerful and competent, especially in the workplace.
People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.

~ SPECIAL THAKS TO NAT a.k.a nAtsUmi ~

Sunday, January 20, 2008

Bunga

Assalamualaikum wbt.....

Saturday, January 19, 2008

Luahan Rasa

Assalamualaikum wbt...

Aku tak tahu kenapa terbit rasa ingin meluahkan sesuatu dari hati dan naluri. Perasaan ketidakpuasan hati. Ada sahaja yang tak kena. Semacam sudah bosan dengan kehidupan yang aku lalui sehari-hari. Namun, syukurlah aku belum lagi putus harapan untuk hidup. Masih teringin menghirup udara kurniaan Yang Maha Esa, melihat dada langit yang luas membiru. Terasa damainya saat itu. Inginku lepaskan apa yang terbeban dibahu ini, menjerit... meluahkan apa yang terbuku dihati.

Manusia kini semakin 'lari' dari kenyataan. Membuatkan aku sedikit paranoia.... Perlukah seseorang seperti itu berada disisi aku?? Bertanya pada diri sendiri... Semakin ramai yang bertopengkan syaitan, pandai memainkan watak yang dipegang. Mungkin tercalon di Academy Awards. Niat di hati, siapa yang tahu... Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Entahlah... aku sendiri tak pasti. Hendakku lari menjauhi mereka, tiada daya. Hendak berdepan, tiada teguh imanku. Bukan bersifat pengecut, cuma hanya mendiamkan diri dan melihat sejauh mana permainan mereka. Biarlah Tuhan yang mengadilinya.

Aku tidaklah pandai berkata-kata, berpuisi puitis.... meluahkan apa yang terbuku dihati. Sekadar meluahkan. Sudah terlalu penat menggalas beban. Tak terluah rasanya.... Lebih-lebih lagi pada mereka yang pernah aku sayangi dan kasihi. Cukup-cukup membuatkan aku terkilan dan terluka. Dan ada diantara mereka masih belum 'sedar'. Terleka dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Seronok melihat kesengsaraan dan kesedihan orang lain. Berkali-kali menipu dan kemudian meminta kemaafan. Mungkin sudah terbiasa agaknya. Cukuplah sandiwara itu.... Tak sanggup lagi rasanya hati ini menerimanya. Harapanku agar disuatu hari Yang Maha Esa bukakan hatinya dan menginsafi diri... Cukuplah setakat ini.... Semoga tiada lagi keburukan darimu yang kudengar...


Tetap Keje

Assalamualaikum wbt....

Semalam hari minggu pon Mouriey's kene keje gak.... Uhuk!! Tepat jam 9 pagi dah sampai kat tempat keje. Kol 2 pm baru balek. Perot lak lapor yang amat. Dapat gak RM 15 seorang. Masa on da way nak antor Kak La, pi round2 jap. Round2 kat pantai Mengabang Telipot. Nak pi tengok Ngabang. Wakakaka!!! Senyap sunyi jek umah Man_Kelisa. Muahaha!!! Jangan marah ye Man, saya skodeng umah awok. Skodeng awok tak leh. Hehehehe....

Petang, takder aktiviti. Duk umah jek sambel borak2 ngan mak. Cabut uban mak. Uhuk!! Dah tue mak bonda i ni ye..... Pok Anjang (kawan ayah, tp dah anggap cam familiy sendiri, like my brother....) ada call Mouriey's. Lama dia tak call. Ada kat Selat Melaka. Keje ngan kat kapal kargo, MISC kalo tak silap. (Malaysia International Shipping Corporation) Time dia duk kat kampong, mulalah bertanduk 2 Mouriey's nih. Hahahaha!! Senang nak ajak dia pi jalan2. Makan pizza, beli baju, beli itu, beli ini.... Hikss!! Sumer dia support. Kalo dia ke overseas, mesti dia kirimkan Mouriey's cenderamata.

Malam pi kenduri tahlil. Sambung men sms ngan Ejard. Buhsan ler.... Kol 11 dah masuk tido. nak tengok cter Matrix, cam tak besh jek. Malam2 cenggini malas nak pikir banyak2. Tengok bintang kat langit... kira bintang... Banyak sangat masalah yang aku hadapi skrang nih. Orang kata, bukan hidop namanya kalo xder masalah..... Last2 aku naik pening. Tido lagi besh...


Friday, January 18, 2008

Tak Tahu

Assalamualaikum wbt.....


Hari nih Mouriey's kureng sihat lerr.... Beselah, ABC. Hukhukhuk!! Err... uol's tak tau ker? Tak tau sudah... Tak der mood arr. Wat keje pon ala kadar jek. Rasa cam malas, letih, penat. Kalo bleh ari nih satu hari nak tido jek. Masa on da way nak datang keje, main hujan dulu. Huwaa.... basah lagi...

Pagi tu, Mouriey's gi spital. Check my dad. Dia sakit batu karang dah lama. 4 tahun lepas kalo tak silap, tapi tak operate. Pakai tembak laser jek. So, 3 bulan sekali kene pi check arr. Boring giler duk kat spital tuh. Dah ler ghamai orang, pahtu kene jaga plak si tembam tuh. Kat luar hujan, pasang air cond lak kuat. Nek kebas tangan nih. Penat ler. Perot lak meragam. Petang tu, pi jalan-jalan kat pasau malam jap. Tak beli apa pon. Belikan ayam goreng jek kat bebudak gumah. Malam Mouriey's tido awal sambel bertungku. Besh... tido pon lena.... Uhukk!! Sesok laa aku citer eek... Daa...


Wednesday, January 16, 2008

New Face In New Year

Assalamualaikum wbt....


Hye uol's.... Semalam Mouriey's kureng cket bzi. Sempat lagi tukau template. Rasa cam tak serasi ler.... Tak melambangkan Perempuan Melayu Terakhir. Ahaks! Erk??? Tak der la... tu peribahasa jek. Mouriey's gurau jek. Template ni dah ok kan? Hehehe.... Mouriey's nak lakukan pembaharuan untuk tahun baru nie. Pembaharuan terhadap diri sendiri, hidup Mouriey's n then blog nie. Mouriey's cuba untuk tidak terlalu berpura-pura dalam menjalani kehidupan seharian. Tanak jadi orang lain untuk memenangi hati dan perasaan seseorang. Mouriey's nak jadi diri Mouriey's sendiri.... Penat ler siot!!

Ada orang tu... tak suka kalo Mouriey's menipu. Tapi pada masa yang sama, sedar atau tidak.... dia sendiri yang menipu Mouriey's. Bukan niat mengungkit, sekadar membetulkan apa yang telah terungkit. Seseorang jugak telah membuat hati Mouriey's hancur luluh.... Biarlah, Mouriey's redha. Cuma Mouriey's tertanya-tanya... Apa salah Mourieys? Apa silap Mouriey's sampai dia menghukum Mouriey's macam tu sekali? Hina sangat ke aku ni? Jahat sangat ke? Ya Allah.... Tak pernah Mouriey's rasa sesedih tu. Tak tersekat air mata ni mengalir.....

Ehmmm yang berlalu tu biarlah berlalu. Kata orang, tutup buku lama, bukak buku baru kan? Apa yang yang berlaku seblom ni Mouriey's biarlah berlalu. Mouriey's nak buat kawan, bukan nak buat musuh. My New Face haa ~ Rambot Mouriey's pon dah kerat pendek. Mahukan kelainan kali ni. Dah puas berambot panjang. Takder lagi laa my rambot yang mengurai cam teknik rebonding tuh... Huhuhu!!! Lagipun, Mouriey's akan potong rambot kalo rasa tertekan, serabut kepala otak, geram, ntah paper lagi laa... Rasa cam serabut yang amat. Ok la, malas dah nak tulis panjang2. Jumpa lagi... Daa....


Tuesday, January 15, 2008

Tukau Template

Yippiee.....!!!
Tukau template lagik... Biar nek juling mate korang duk baca
Blog Mouriey's nih.. Hahahaha!!!Yang ni dah ok kan?
Template yang ari tuh cam dashat sangat kan...
Ngan korok tu.... Cam tak besh jek. Uhuk!!
Esok edit lagi template dier. Nak balek dah...
Chow cincau!!!
Papai.... :)


Kerja Lagii...

Assalamualakum wbt.....


Sorry lah lama Mouriey's tak hapdet blog. Tak berkesempatan. Bzi cket. Huhuhu.... 2 hari lepas Mouriey's pi interview kat Pejabat Sumber Tenaga Kerja / Buroh ~ ye ke ni?? Ermm ye kot? Ahaks!! Mouriey's ingatkan jawatan kosong tu ader kat Ganu nih, ghoper2nyer nun kat Selangor... kawasan Lembah Klang. Pasaraya Econsave... uhuk!! Mouriey's mintak cashier jek. Basic gaji derang kasi RM 550.00. Asrama disediakan. Cukop ke gaji banyak tuh??? Huwaa... kos sara idop kat sane tinggi woo....

Balek umah, kene interview plak ngan mak bonda. Mouriey's cter ar dari A sampai Z. Alih-alih mak bonda Mouriey's tak kasi pegi lak. Tak caya katanya. "Dok soh beng keje lah. Jauh-jauh gitu. Ma dok caye, dok napok mung depan mate ma. Cari keje sining jek." Pulak dahh... Mouriey's hanya diam seribu bahasa sambel terkebil-kebil bijik mata nih. Hari tu, mak bonda Mouriey's gak yang beria-ia suh Mouriey's pi interview tu. Tup-tup tanak kasi lak. Huk aloh laa.....

Hari Ahad baru ni, saudara Mouriey's meninggal. Dia dah terlantar sakit selama hampir 24 tahun. Tak leh nak gerak, terlantar jek atas tilam. Makan minum, kencing berak dia anak-anak dia yang uruskan. 2 Hari kendian, tak jauh dari umah Mouriey's... sorang lagi meninggal. Sakit dalam perot. Pak cik tu dah tua gak. Meninggal kat spital. Ingat pasal mati, giliran kita tak siapa yang tahu, kan? Amal ibadat kita entah cukop ke idak.... Huhuhu.... K laa, nak sambong wat keje jab. See ya....


Thursday, January 10, 2008

Salam Maal Hijrah 1429

Assalamualaikum wbt....


Mouriey's ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1429 kepada rakan-rakan blog iaitu NatsUmi, UjangMD, AdamDyrx, E-Jard, Kak Jie, Kak Mayang, Noushy, Intan, En. Beib, Pezul, Biskutz, Rijanfe, Ulwan and then saper2 yang mengenali diri nie. Tak lupa buat Junkopile, Man_Kelisa, Sue and sesaper laa yang baca blog ambe nih. Err... cam ucapan raya laks... Huhuhu. Apa azam tahun baru?? Hehehe.... K laa, taking care. Papai....


Wednesday, January 9, 2008

Malas!!!

Assalamualaikum wbt....

Hari nie aku malas nak hapdet. Aku malas, xder mood. Aku nak pi main game lumba kete. Need For Speed Underground. Babai!!!!!


Tuesday, January 8, 2008

Besday Boyyyy

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's pi makan roti canai. Dah lama tak pekena roti canai. Kat mana?? Kat Ganu lerr... Wakakaka!! Dekat jek ngan umah Mouriey's. Yang tak beshnyer kene bawak skali budak tembam tuh. Udah ler tembam, aku nak makan pon tak senang, buas bebenor lerr. Tapi, tak kesahlah... Mouriey's sumbatkan jugak roti canai telor kat mulot dia. Si tembam nih sumer benda dia telan. Pantang nengok aku makan, awal2 lagik dah nganga mulot dia. Patutlah makin tembam! Huhuhuhu.....

Mouriey's masok keje awal. Ader keje banyak nak kene settlekan. Petangnye balek awal.... gelap nak hujan. Last-last kene hujan gak! Huhuhu... basah kutup aku dibuatnyer. Baju hujan lak tak bawak. Ye lahh.... pagi td ok jek, cerah terang menderang. Tup2 petang hujan lebat yang amat. Sebab tulah orang kata, sediakan payung seblom hujan. Huwaa.... Mouriey's malas nak wenti berteduh. Dah on de way nak balek umah pon. Aper salahnya main hujan kan? Hikss!! Sampai nek biru kuku jari kaki tangan duk men hujan. Sejuk siott!!! Mouriey's plak silap pi pakai baju ala-ala Punjab kaler putih. Alahai....

Malamnyer pi cc.... chatting ngan Ejard. Buhsan arr duk umah. Pahtu, balek umah tolong mak sembat baju orang nak kawen. Huhuhu... sambel2 tu tengok teevee cter Dupa Chendana... citer orang dolu-dolu. Cter zaman P. Ramlee tu.... Gamabu hitam putih. Cter pasal Dewa Dewi. Huk aloh laa.... Tepat kol doblas, wish Heppi Besday kat Besday Boy - EJARD TENUK.

HEPPY BIRTHDAY TO U EJARD!!!
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, senyum sokmo, dikurniakan kesihatan yang baik
dan dirahmati Allah selalu hendaknya. Sabarlah dalam menjalani kehidupan seharian. :)


Monday, January 7, 2008

Kekeliruan

Assalamaulaikum wbt.....

Semalam Mouriey's keje shift pagi. Mata lak ngantok yang amat. Kebetulan keje tak banyak ari nih. Masa lunch, pi beli mee hoon sup. N then tros balek umah. Lapor lerr.... Petang, xder buat apa... Perut kenyang, jeretoh laa jawabnya. Hikss!! Err... aa.... jeretoh tu ayat Ganu yang bermaksud tido! Hehehehe....

Ermm Mouriey's tengah serabut kepala otak nih. Mouriey's rasa rimas bila berdepan dengan keadaan begini. Keadaan begini?? Yup, keadaan yang melibatkan hati dan perasaan. Mouriey's ada kawan sekolah sejak FOm 4 hinggalah Form 5. Satu kelas ngan Mouriey's. Azri nama dier. Sekarang menjalani latihan Askar Wataniah di Kem Terendak Melaka. Kami tamat sekolah pada tahun 2001. Pada setiap tahun, dia tak lupa datang beraya umah Mouriey's. Sehinggalah pada tahun 2004, kami terputus hubungan. Tapi semenjak akhir tahun lepas, dia menghubungi Mouriey's dan meluahkan hasrat hatinya. Mouriey's terkedu! Hingga sekarang ia masih berlarutan, namun Mouriey's tak dapat menerimanya.

Dalam masa yang sama, seorang lagi masih menaruh hati pada Mouriey's. (Susah betol lerr.... Aku ni bukan lawa pon. Uhuk!!) Muda 2 tahun dari Mouriey's, anggota polis di Perak. Err cmner kami kenal, tak yah cter laa eek. Malas nk cter. Huhuhu.... Tapi laa ni dh senyap tros. Takder kabor berita. Ari tu dia bgtau Mouriey's yang dia betul2 serius, nak masuk meminang. Huwaa.... Cam hangat2 taik ayam jek?? Ehhmmm??? Alerr kan Moureiy's dh cter ari tu?? Tapi kan, lelaki zaman sekarang bleh percaya ke? Setiap lelaki ang Mouriey's jumpa, bukan semuanya ikhlas nak berkawan. Like Musang Berbulu Ayam. (Slang omputih eek... hikss!) Rata-rata mereka jadikan hunbungan intim/seks satu perangkap. Tengok ajelah zaman sekarang, bebudak sekolah pon dah tau buat. (Sorry if topic ni bunyiknye terlalu sensitif....)

Mouriey's pernah berkawan ngan ramai orang. Baik yang tua, muda, yang single, boipren orang, tunang orang, suami orang, lelaki yang tak serupa lelaki.... Tapi niat Mouriey's satu jek.... nak berkawan. Mereka2 ni memberikan Mouriey's perspektif yang berbeza. Rata-rata mereka mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu hubungan. Dan semestinya untuk merapatkan lagi hubungan tersebut, seks adalah modal paling mudah! Tak der manusia yang idop kat dunia ni tak buat salah. Bukan sumer manusia tu sempurna! Mouriey's sendiri pon keliru.... Well.... Hehehe.... ~ Mouriey's tak kata ni Mouriey's ni baik sangat... ~ Cukuplah hanya Mouriey's dan Allah Taala jek yang tahu apa yang berlaku. Buat masa ni, Mouriey's masih boleh berkawan... berkawan ngan saper2 yang boleh dijadikan kawan. Sementelah ni, Mouriey's dalam peringkat mengenali hati budi seseorang yang Mouriey's kenal sedikit waktu dulu... berusaha mengajaknya ke arah kebaikan, berpijak di bumi nyata. Walaupun diri serba kekurangan..... Mouriey's akan cuba. InsyaAllah....

P/S : Camner nak wat pilihan nie? Hukhukhuk!!! Tak yah kawen sampai ke tua aci tak?? Larik!!!

Sunday, January 6, 2008

Letih

Assalamualaikum wbt.......

Pagi semalam Mouriey's ngan mak pi jalan-jalan cari minyak masak. Hukhuk!! Kita kan kekurangan minyak masak sekarang nih?? Mak Mouriey's nak berniaga jual nasik kunyik (pulut kuning) pon payah. Dari pekan Batu 6 sampailah ke Pasar Manir, habuk pon tarak. pastu kami meneruskan pencarian kami ke pusat bandar lak. Sumer dah abis orang rembat. Termasuklah Giant ngan Mydin. Huwaa...... Kol 12.30 tengahari masuk keje lak, shift petang.

Petangnyer Mouriey's busy giler tahap cipan. Letih yang amat!! Nak pitam rasanya. Dah laa masa lunch tu tak sentoh paper pun, tak dan nak makan. Rasa nak perhambat sumer customer yang datang kat kedai nih. Tensen siot!!!! Datang sorang nak cepat, datang dua nak cepat..... Weiii, nak cepat2 bukak kedai sendrik arrr! Ingat aku ni robot?? Balek pon lewat. Sampai umah tido jap. Malam duk umah tengok tv jek, cter Legally Blonde. Uhuk! Best gak. Kol 12 masok tido. Kroihh.....

Saturday, January 5, 2008

Makan Lagi

Assalamualaikum wbt....

Kebiasaannya pada hari minggu, hari Jumaat Mouriey's ngan famili suka makan kat luar. Bekpes kat warong. Jarang-jarang jek mak masak. Menu bese yang mak buat pada hari Jumaat tu cam pulut gaul nyior (nasi pulut eek?? err.... Mouriey's tatau apa orang luar Ganu sebot. Mouriey's reti makan jek... hikss!) mee hoon goreng, nasi minyak or nasi lemak. Hehehe... Mouriey's suka sumer masakan mak. So, Mouriey's ngan famili bese pi makan kat Cik Ngah Nasi Dagang kat Chendering.

Restoran nasi dagang ni penah mencetuskan kontrovesi suatu ketika dulu. Mesti uol's penah dengar kan?? Alerr... yang masuk dalam paper tuh.... jual kepala ikan tongkol / aya RM 45 setongkol. Ingat tak? Menurut kawan ayah yang khojernye wat air kat restoran tu, Cik Ngah ni dianiaya. Ader orang dengki kat restoran dia.
Sebenarnya, Cik Ngah bukan jual kepala ikan tongkol tu jek, nasi pon ader dia bagi, isi ikan lagi. Nasi tu bleh 6 - 7 orang makan. Kalo tak silap. Wallahu'alam... entah betul ke idak, Mouriey's tatau. Ye laa...tiap2 hujung minggu, restoran dier penoh ngan pelanggan. Kadang2 sampai tak cukup tempat duduk. Terpaksa menunggu... termasuklah famili Mouriey's. Huhuhu....

Pas makan tu, kami pi melepakkan diri kat Lagun Kuala Ibai... berhampiran Masjid Terapung. Mouriey's ngan adik2 jalan-jalan tepi pantai. Konon cam menyusuri pantai arr.... huhuhu... takdak orang nak temankan Mouriey's.... Sambil-sambil tu tangkap anak ketam yang duk merayap atas pasir. Hikss!! Balek dalam kol 12 tengahari, n then gi pasor ngan mak. Harini nak wat lauk telor bungkus, goreng ayam ngan kangkong goreng belacan. Umphhhh...makan kangkong goreng belacan, teringat kat Angah. Camner laa ekk dia tu? Sihat ke idak? Okey ke latihan dia? Huhuhu.... rindunyeeeee...... Malam duk umah jek. Ejard antor sms, Ujang demam katanya. Meracau-racau. Asal balek Sungai Buloh jek mesti demam. Asal demam jek mesti balek Sungai Buloh.. ... Errkk??? Ngehh.... Seb baik Ejard ader tolong tengok2 kan si Ujang tu. Sabor je lahh.....

Friday, January 4, 2008

Hujan Lagi

Assalamualaikum wbt.....

Semalam Mouriey's xberapa nak busy. Hehehe.... Xder keje nak dibuat. Main PC games. Need For Speed Underground. Ermmm best gak. Lumba-lumba kete. Kalo menang duit masuk dlm bank, dapat eksesori kete, tukau rim, enjin, bla.... bla.... bla... Hikss!! Game ni dah lama kan? Dulu Mouriey's tak reti sangat main game kete ni. Sekarang ni cam dah gian lak duk main game nih.

Hari ni hujan lagi....alahai. Hujan-hujan camnie perot cepat lerr lapornye. Kebetulan masa tengah syok duk main game, ader laa pensyarah UDM datang nak print khojernye. Sambil-sambil tu kami duk sembang. Dari satu topik ke topik kami duk borak. Tetiba kuarlah topik hangat - skandal seks Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek. Hehehe..... Masa tu kan dia taknak letak jawatan lagi. Tapi ni dah letak jawatan kan? Sebab ramai dah yang tak setuju dia still jadi Menteri Kesihatan.

Perot lak makin berkeroncong dah nie. Nak kuor pi beli makanan hujan lebat plak. Pensyarah ni lak berseloroh suh bawak kete dia. Mak oii.... biar betul dia nih?? Harap Mouriey's tak reti bawak kete n then xder lesen. Kalo tak, Mouriey's bawak jek kete beliau itu. Wakaka!!! Malam Mouriey's duk umah jek. Malas arr nak kuor. Tido lagi beshh....

Thursday, January 3, 2008

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum.... wbt

Semalam Mouriey's busy cket kat keje. Hujan plak mencurah-curah. Cam nak banjir jek... Huhuhu. Dari hari ke hari, Mouriey's rasa cam malas jek nak datang keje. Gaji dah laa ciput jek. Mak bonda Mouriey's plak dah start bising-bising lagik suh Mouriey's pi cari keje lain. Dah berapa kali Mouriey's pegi temuduga. Tapi, tak dapat. Takder rezeki laa tu kot? Huhuhu... Temuduga guru tadika KEMAS tak dapat, guru taska pun tak dapat. Pahtu plak temuduga kat kilang pembekal alat tulis (bahagian admin - opis) pun tak dapat gak.

Ingat dapat laa keje kat situ.... tapi tak dapat jugak. Kat situ Mouriey's kene handle bahagian pengiklanan produk derang. Mouriey's kene mahir guna Adope Photoshop sebab nak edit, crop gambar n then buat iklan letak dalam website derang. Pahtu networking pon Mouriey;s kene jaga gak. Huhuhu.... Tak per lah, nak buat cmner, tak der rezeki. Ni tengah pening, berkira-kira nak cari keje lain ke? Nak berenti ke? Nak carik duit lagi... Alahai... K lah, malas ar nak cter panjang2. Nak sambung wat keje jab. Daa....

Wednesday, January 2, 2008

Bunga Api!!!!

Assalamualaikum wbt.....

Semalam Mouriey's pulang kerumah dalam kebasahan... uhuk!! uhuk!! I mean... kena bahang hujan ler.... Seb baik tak demam Mouriey's. Betul la kata Ejard, best main hujan. Walaupun sejuk sampai terketar-ketar, sampai naik kebas tangan ni.... best sangat main hujan. Masa kecik2 dulu lagi best... mandi ramai2 kat 'baroh' - bendang/sawah padi. Belakang umah Mouriey's ada sawah padi. Masa arwah nenek ada, nenek tanam padi. So, sekarang ni dah tak buat. Takder orang nak usahakan sawah tu. Sawah tu plak dah dipenuhi lalang, tak sesuai untuk buat padi. Dulu kalo hujan, air akan bertakung dalam sawah tu. Jernih, bleh mandi. Masa ni la Mouriey's suka main air ngan member2 Mouriey's. Tapi, la ni dah xleh mandi dah, kotor.

Malam semalam berlangsungnya majlis pelancaran Bandaraya Terengganu - Warisan Bandaraya Pesisir Pantai. Sempat rakam persembahan bunga api, kereta berhias. N then sempat snap gambau sesorang. Ahaks!! Bukannya apa, suka tengok pakaian dia. Kalo tak silap dia nih bahagian Istana. Polis Istana ker?? Urmm?? Putih bersih, kemas jer... smart siot! Heheheh... Ekceli bukan Mouriey's tau yang snap. Malu wehh nak gi snap. Mouriey's suh adik Mouriey's. Mouriey's suh snap gambor abang ni ramai2... sebab dey'all ada kumpulan.

Alih2 adik Mouriey's ni pi amek gambor abang ni sorang jek. Pastu siap berkirim salam lagik! Hehehehe.... Adik Mouriey's bagitau yang abang tu kim salam. Hikss!! Malunyerr... Dia xtau mana satu Mouriey's sebab awal2 lagi Mouriey's dah cabot larik. Entah2 malam tadi abang tu tido lena ke idak. Ahaks!! Balik umah dalam kol 12.30 pagi. Ngantuk yang amat sangat. Si Ejard plak sms Mouriey's, sakit perut katanya. Tangok jam kol 4 pagi tuh!! Cian lok ke mung Jard.... Uhuk!


Abang pakai seragam putih... Hikss!



Persembahan Bunga Api
(Maaf, jika visual kureng memuaskan)



Persembahan Kete Berhias
(Maaf, jika visual kureng memuaskan)

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru 2oo8!!!

Assalamualaikum wbt.....

Yuhuu... i'm back!! Hehehehe.... Urmm... camner ngan sambutan tahun baru? Havoc ke? Hiks!!! Kat Ganu, xmeriah ponn... Semalam hujan renyai2. Bunga api pon takdak. Buhsan tol! Wat penat jek gi Dataran Syahbandar. Owhh... by the way, Mouriey's nak bagitau ni...(tp rasanya uol's dh tau kan... UjangMD kita pon dh bagitau....) hari ni merupakan hari yang paling bersejarah buat Negeri Terengganu sebab telah pon diisytiharkan sebagai Bandaraya. Takder lagi dah Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Sekarang dah tukau jadi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Terengganu - Bandaraya Pesisir Pantai (Heritage Waterfront City).

Tahun 2007 banyak meninggalkan kesan buat Mouriey's. Rasanya banyak kenangan pahit dari yang manis. Huhuhu.... Angah plak dah berjauhan dari kami sekeluarga sebb menyertai kursus PLKN kat Gambang, Pahang. Pahtu, En. Abu dah pon 'dibuang daerah'. Huwaa... sedih lak rasanya. Ayah terpaksa buang dia sebab dah makin ganas, gigit tangan Mouriey's. Takut nanti dia gigit atau cederakan orang laen lak. Yang laen2 tu malas dah nak ingat balek. Orang kata, tutup buku lama, bukak buku baru...kan? Kan? Hehehehe....

Azam tahun baru Mouriey's adalah..... jeng jeng jeng!! Rasa2nya nak kawen ler... Nguahahaha!! Gatai betol jek bunyiknyer kan? Xder laa... Mouriey's nak cari duit banyak2, kumpul pahtu simpan dalam bank. Pahtu nak amik lesen kete n then beli kete Hyundai Getz! Wakakaka!! Tak kuasa aku larr nak beli kete katok tuh.... Hikss! Mouriey's berkenan ngan kete Honda Jazz jek. Ntah dapat beli ke idak... Mahal loll!! InsyaAllah.... kalo ader rezeki, duit lebih... produa Kancil or Kelisa pon jadik lerr. Lagi pun kat umah dah ada 2 bijik kete.... Huhuhu... Ekceli, tiap2 hari kita bleh buat azam baru. Tak yah nak tunggu masuk tahun baru, baru nak berazam. Cuma kita perlukan kesungguhan dan tanamkan tekad dihati, capai apa yang diingini. InsyaAllah apa yang kita inginkan tu tercapai. Anyway, HEPI NEW YEAR 2008.... Chaoss!

Antor Angah kt Stesen Bas

Pintu Gerbang Istana Maziah

Lampu rambu rambai kaler biru
(peberet kaler nih...)

Kat Taman Syahbandar
(depan Istana Maziah)