Thursday, November 29, 2007

Gambau Lagiii....

Assalamualaikum w.b.t

Arini Mouriey's cuma nak masukkan gambau jek. Tak der apa yang Mouriey's nak citerkan. Semalam tido awal. Mabuk bas tu maseh terasa dan menghantui diri. Ahaks!! Kepala ni salu pening2, tekak terasa loya. Makan pon gitu-gitu jek. Semalam Pesta Moonsun Cup di Pulau Duyong telah bermula. Ingat nak kuar gak.... tapi hujan lak. Ehmm apalagi, tido awal ler...


Chubby gurl


Posing kat pata...


Ecah a.k.a Nabila Aisya


Masa ni kat Kuantan Megamall / Hugo

Wednesday, November 28, 2007

Berc0ti....

Assalamualaikum wbt.....

Hye uol's... maaflah lama Mouriey's tak hapdet blog. Bukan menyepikan diri, walau hakikat masalah seringkali mengganggu-gugat jiwa ini. Mouriey's ke Kuantan selama 5 hari. Emak saudara Mouriey's belah mak bonda Moriey's, yakni kakak pada mak bonda telah menjalani pembedahan membuang barah pangkal rahim / fibroid. Barah tu dah merebak keseluruh rahim dan terpaksa buang skali ngan rahim. Lagipun mak saudara dah nak menopous.

Moriey's bertolak dengan menaiki bas ekspress Transnasional pada hari Khamis, jam 9.30 pagi. Dah lama benor Mouriey's tak naik bas. Biasanya naik kete. Mouriey's gi ngan satu famili, kecuali ayah. Ayah takder, tu pasal laa kene naik bas. Leceh tol.... Memula ok lagi, sempat tido...and then sampai jek kat Kemaman, kepala dah mula rasa pening, tekak loya. Nak muntah!! Alamak.... Mouriey's dah kene mabuk bas. Huhuhuhu.... Dalam 30 menet, kami berhenti makan kat hentian rehat di Bandar Baru Chenor kalo tak silap. Mouriey's gi tandas, cuba jolok. Tapi tak muntah. Nak pitam lak rasanya. Tapi sempat lagi balun burger sebijik...

Sampai kat stesen bas Kuantan kol 2.00 lebih. Hello kat sepupu suh datang amik, campak kami kat umah mak dia. (Kakak ayah) Tros terbungkam...cam nak pecah kepala nih. Hari Jumaat petang, baru gi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Cian kat mama (panggilan kat mak saudara).... Mouriey's pon dah kene operate sekali. Masa tu Mouriey's dalam keadaan sedar. Malu siot!!! Malamnya main-main ngan anak sepupu, si Nabila Aisya. Dah boleh bertatih, makin comel dier. Geram sangat.... Hikss!! Mak bonda Mouriey's tido kat hospital, jaga mama.

Ayah datang ke Kuantan pada hari Sabtu malam. Ingatkan dah boleh balik hari Ahad tu.... tapi tak jadi, balik hari Senin. Huwaa.... dah ler aku boring tahap cipan nih...terperap jek kat umah. Bukan gi mana-mana pon!! Pagi Senin tu gi shopping jab sblom tunggu waktu melawat kat spital. Petang kol 6, barulah bertolak pulang ke Terengganu. Sakit bontot nih duk dalam kete lelama. Sampai kat umah dah tengah malam, bersih umah cket. Ye la, lima hari tinggalkan umah..... Pas mandi, tros masuk tido. Ngantuk, pening kepala... Kroihh...Zzz...

Monday, November 19, 2007

Masalah kerr??

Assalamualaikum wbt....

Hye uols... Pe kabor?? Ari ni Mouriey's rasa malas nak hapdet blog nih. Sms si Ejard lak bertubi-tubi masok. Geram kat bos katanya. Huhuhu... Sabor jelahh.... Hari Sabtu 2 hari lepas, pendrive Mouriey's rosak. Sumer benda kat dalam pendrive tu ilang. Ngan gambo-gambo, ayat cintan-cintun, petua-petui, lagu mp3, resume, template blog Mouriey's. Sumer ilanggg!!! Pastu tak pasal-pasal kene format balik. Bila format, windows unable to format plak. Aduss!!! Damn it!! Damn it!! Ce**** betul lahhh!!! Mouriey's geram sesangat. Nak jek aku patah-patahkan pendrive nih!! Mouriey's langsong tak backup benda-benda tu seblom nih. Ye lah, mana tau leh jadi cam ni kan? Mouriey's geram sangat. Yang paling terkilan, satu-satunya kenangan yang paling Mouriey's sayang, hargai ada kat dalam tu, ilang gitu jek. Cukup-cukup terkilan, sampai menitik air mata ni. Ya Allah, rasa cam nak meraung jek kuat-kuat!! Ari tu, satu kejer pon Mouriey's takleh buat. Kepala ni bengang tahap baboon. Serba tak kena. Adoih laa...

Sekarang ni ada masalah laen lak yang timbul. Hari-hari duk pikir pasal masalah ni... Berat nih. Dah sampai seru kot? Ahaks!! Nak KAWEN lerr.... Duk sibok pikir pasal kawen nih... Tatau laa naper. Tapi aku nak kawen ngan saper ek? Huhuhu.... Ishh cam ngarot jek kan? Dah sewel kot aku nih. Ada orang yang Mouriey's suka, berkenan... dia buat deek jek. Hari-hari duk teringat kat dia. Like a stupid girl, right?? Kawan Mouriey's penah cakap, apa Mouriey's duk pikir nih bukan satu masalah, tapi soal jodoh. Jodoh tu ada, ditentukan untuk semua orang tapi mungkin blom tiba masanya lagi. Ehmmm jodoh... jodoh... Aiyarkk!! (Pek..pek..pek!! Tepok dahi - Sedarlah Mouriey's dari khayalanmu itu....) Ehmm sok-sok Mouriey's citer lagi. Nak sambong wat keje jab. Tata... titi.... tutu...

Sunday, November 18, 2007

Code Of Awakening 11:11

Assalamualaikum wbt...

Mouriey's cuma sekadar ingin berkongsi dengan korang maklumat ni. Mouriey's terbaca dalam Majalah G-Files tentang peristiwa 11 / 9. Selebihnya, korang fikir-fikirlah sendiri....

"Rumus diorang yang paling penting adalah Code of Awakening 11:11, yang mewakili keseimangan jalur-jalur helix DNA dalam sel manusia. Antara bukti yang dikemukakan :

- Nama presiden George W. Bush mengandungi 11 huruf.
- Tragedi itu berlaku pada 11hb Spetember @ 11 / 9. 9+1+1=11.
- 11 September adalah hari yang ke-254 dalam kalendar Georgian. 2+5+4=11.
- Selepas 11 September, ada baki 111 hari lagi dalam tahun 2001.
- 911 adalah nombor telefon kecemasan di Amerika.
- 119 adalah kod negara untuk menghubungi Iraq melalui telefon.
- Nama New York City mengandungi 11 huruf.
- New York adalah negeri ke-11 yang menyertai persekutuan Amerika.
- Nama bangunan The Pantagon juga mengandungi 11 huruf.
- Pesawat pertama yang merempuh WTC adalah penerbangan #11.
- Penerbangan #11 membawa 92 penumpang. 9+2=11.
- Penerbangan #77, pesawat kedua yang merempuh WTC membawa 65 penumpang. 6+5=11.
- Jumlah mangsa dalam pesawat itu adalah 254 orang. 2+5+4=11.
- Tragedi pengeboman di Madrid pada 3/11/2004 berlaku 911 hari selepas peristiwa 11 September. Jumlah nombor dalam tarikh itu, 3+1+1+2+4=11.

Ini semua adalah teori-teori hasil dari pemerhatian. Adakaah ianya kebetulan @ memang terdapat mknan disebaliknya? Ianya kekal sebagai spekulasi sehingga ke akhir zaman, mungkin....."

Saturday, November 17, 2007

Pepatah Pepitih

Assalamualaikum wbt...

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

~ Thanx to MatPelja.... hikSS!!

Wednesday, November 14, 2007

Rimas

Rimas - Fabulous Cat
Lari lari lari
Aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu
Lafasan kata dari bibir Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini
c/o Mengapa aku yang terluka Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas
Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang Roboh dan tumbang
Sawanku lantang Tidak berpantang Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang Pulanglah sayang
Janji ku tatang Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang Sayangnya hilang
Hilanglah garang Garangku terbang melayang
Terbongkangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang Terkankang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang Janjiku kini kan bertulang
Ulang c/o
Lari lari aku lari tinggalkan tinggalkan semua ini
Tuk mencari Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi... kini ku pergi Tinggalkan mu sendiri

******************************************************************************************

Huhuhu.... Sesajer letak lagu nih. Saat ni memang Mouriey's rimas sangat-sangat. Rimas dengan suasana kerja, orang disekeliling Mouriey's, dengan orang yang Mouriey's sayang.... Cukup mencabar dan menggugat jiwa yang tengah memberontak nih. Tatau nak cakap.... Alangkah indah jikalau Mouriey's mampu menciptakan sendiri dunia milik Mouriey's. Dalam dunia tu Mouriey's tak perlu rasa sakit hati pada orang lain dan orang lain tak sakit hati kat Mouriey's. Tapi, boleh kerr?? Impossible lahh!! Well, life must go on.... Do the right thing if u think u're right.... Betol ke ayat nih?! Ahh lantak ah... Hikss!

Semalam masa balek keje, gi antor member jab. Cian dier kene balek jalan kaki sensorang. Karang kang tak pasal-pasal kene culik. Tak ke naya namanya tuh?! Hape aku nak jawab kat mak bonda dia nanti kalo jadi paper kat dia? Huwaa.... Haru beb!! Tengah-tengah syok naik motor scoot tu... ader polis wat roadblock. Tetiba abang pulis tuh suh Mouriey's ketepi. Nak tengok ic, lesen ngan roadtax. Wah wah... mentang-mentang la aku ni kecik, dia ingat aku ni takdak lesen kot? Yang herannya, orang lain yang naik motor takder plak dia tahan. Hawau betol!! Damn it!! Dah ler cik-cik abang pulis muda-muda lagik. Gatal plak tu. Cheh! Benci betol...!!

Monday, November 12, 2007

Dari Alam Angker

Assalamualaikum wbt.....

Ari ni Mouriey's cuma nak masukkan gambau jek. Gambau bontot kete. Hikss!! Tak berpeluang nak amik gambau reramai ngan famili kat kete baru.... Ye larr, asyik hujan jek. Malas arr..... Hukhukhuk!


"Semalam berlalu seperti hari-hari sebelumnya. Tiada apa yang berlaku... sedang hati terlalu menginginkan sesuatu, perubahan yang bakal mengubah seluruh hidup Mouriey's. Ehmm.... so complicated, sedang akal fikiran tidak pernah diuar-uarkan dengan apa yang diinginkan oleh hati. Seolah-olah sedang menggamit hari semalam yang penuh girang mengukir seribu senyum di wajah kusam dan rasa kembang menguntum di dada yang kian menghimpit supaya bertandang kembali pada hari ini. Mustahil untuk menciptakan semua itu supaya ujud dalam realiti. Hakikat masa dan waktu senantiasa mengorbit diri, namun diri ini masih utuh, tetap dalam keadaan begitu, hilang dalam kemahuan perasaan yang membuak-buak dan kian memberontak! Tidak ubah seperti boneka yang sering dipergunakan sesuka hati! Bukankah bunyinya terlalu bodoh dan polos, walaupun berkali-kali cuba untuk meloloskan diri dari belenggu yang melanda jiwa. Sedang kerahmatan dari Tuhan makin menjauh, iman di hati dan jiwa makin terpesong.... Mencari hala tuju hidup yang kian ke penghujungnya. Hati ini cuma menginginkan sesuatu kelainan, perasaan 'mendabik dada' dengan kejayaan kasih sayang seseorang. Entah bila semua ini akan berakhir, mengecap bahagia bersama seribu kerahmatan dari-Nya..."

Ehmm kat bawah ni ada gambau koleksi majalah G-Files. Mouriey's suka baca sebab kat dalam tu banyak benda kita bleh tahu. Contohnya pasal benda-benda mistik, paranormal, cerita-cerita seram / angker, cerpen seram, istilah-istilah yang tak pernah kita dengar... Kira best laa baca majalah ni. Ari tu ader cter sikit pasal pergerakan Freemason di Malaysia. Tapi tak banyak. Dalam keluaran terbaru untuk bulan Nov 2007 / 004, ader diceritakan mengenai manusia 'Freak' - manusia tetapi menghadapi kecacatan fizikal, cam takder kaki dan tangan, kembar bercantum kat punggung / dada, muka berbulu macam serigala, orang kerdil (mengalami kecacatan otak yang menyebabkan kepalanya mengecil dan otak yang tidak membesar.) Pastu, perihal Indigo Child, tempat-tempat angker di seluruh dunia, halusinasi dan macam-macam lagi. Kalo korang nak tahu, pegi cari kat kedai buku pasal majalah ni. Hikss!! Jangan marah ha... K lah, Mouriey's nak sambung wat keje jab. Jumpa lagi esok.... Tata!!


Sunday, November 11, 2007

Tenet Lembap!!

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's takder laa bzi sangat. Cuma malas nak hapdet. Mata lak asyik ngantuk jek. Almaklum laa, hujan. Balik keje pon lewat. Kebetulan adik ader donlod Google Earth... Around De World laa... Hikss!! Habis pelusuk kampung Mouriey's duk servey. Dari Malaysia sampai laa ke Filipina, Forbidden City, Egypt, Taj Mahal, Stamford Bridge, Kutub Utara dan lain2. Hehehehe....

Mouriey's balik keje lewat... kol 8 mlm baru sampai umah. Abis basah kuyup... tapi adik Mouriey's laa. Bukan Mouriey's. Hahahaha!! Sejuk gilers... Seb baik tak demam kura-kura Mouriey's.... Sampai umah tros mandi, solat and then makan nasi. Pastu masuk tido. Sempat lagi berbalas sms ngan sepupu.... Ejard senyap jek ari nih. Bzi kah beliau? Huhuhu....Rindu laks rasanya!! Opss kami bukan lesbian tau.... kan Jard kan? Hikss!!! Atas katil Mouriey's lak basah, atap bocor. Huk alohh laa.... Nasib badan. Lantak ah...yang penting aku leh tido! Wakakaka!!! Malas aku nak hapdet panjang2. Tenet lembap, very the vengong!! Chaoss!!!

Saturday, November 10, 2007

Dating kerr???

Assalamualaikum wbt....

Semalam, Terengganu coti. Hari khamis (Depaavali) Mouriey's tak coti. Kene keje. Bosan tol! Bukan banyak keje pon kene buat. Hari Khamis petang gi dating ngan ehem ehem... hikss!!Takder laa...gurau jek. Jumpa member jap. Dia nak bayor hutang. Macam laa takder hari laen nak bayor. Ari tu Mouriey's dah cakap, kalo tak leh bayor... tak pe, Mouriey's halalkan. Ehh dia tak nak Mouriey's halalkan...dia nak bayor jugak. Eiii babil betul laa dia nih. Pastu kami jumpa laa kat pantai belakang nih. Kebetulan ada pasar malam, Mouriey's belikan air laici ngan kepok lekor jek. Perut lak lapor. Tup-tup makan kepok tu tak sedap. Indah rupa dari rasa... Huhuhu!!!

Dah lerr sejuk duk epi pantai tuh...ombak lak kuat. Ader laa kapel duk bertenggek atas motor 2 3 pasang. Huh nyampah tol! Bebulu mate nih tau. Kut ye pon nak 'teman tapi mesra', tengok tempat laa.... Kami borak2 biasa jek. Lagi pun coti dia dah nak abis. Huk alohh laa.... Sedey lak rasanya. Sembang pon tak puas lagi... Entah bila laa leh jumpa lagi... Hukhukhuk!!

Hari jumaat, pagi gi makan nasik dagang kat Chendering. Pastu gi beli barang dapor cket. Petangnya gi hospital, tengok tok sedare belah ayah. Komplikasi jantung. Darah merah dia banyak, so setiap hari doktor kene buang 2 pain. Orang tua, jantung dah tak larat nak pam darah beliau yang banyak tu. And then gi round2 pantai jab seblom balek ke umah. Malam masuk tido kol 10.30. Malas nak serabutkan kepala. Lagi-lagi 'budak' tu jugak yang aku duk pikir. Malas ahh!!! Tata....

Friday, November 9, 2007

JANGAN...JANGAN....

Assalamualaikum wbt....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wassalam

Wednesday, November 7, 2007

Apa nak dikata?

Assalamualaikum wbt....

Hye uol's.... pe kabor? Lama xdgr cerita... Mouriey's sihat cuma bzi cket. Lama Mouriey's tak hapdet kan? Huhuhu..... Balik keje semalam, tup-tup depan umah ada kete Honda baru. Lupa arr jenis apa. Tapi semestinya bukan Honda City, hikss!! Honda Acord jek tapi yag baru.... Keta my dad... daripada tahun lepas lagi dia duk gila-gila kat keta tuh. Ingat lagi masa gi jenjalan Kelantan, seluruh Kota Baru ayah cari keta tuh. Akhirnya jumpa jugak... walaupun second-hand jek. Nak beli yang baru, dah takde... dh sold out dah.

Hari Senin lepas, gi date ngan ehem ehem kat pantai. Dekat jek ngan tempat Mouriey's keje. Tapi dah lewat... ye larr, masa tu Mouriey's baru balik kejer... kol 6. Bukan dating pon... saja borak-borak. Member pon join skali. Pada pandangan mata Mouriey's, dia cukup sederhana orangnya, sedap mata memandang... Ehmmm.... Mouriey's nak kongsi cket detik2 lamaran 'cinta' Mouriey's diterima... Ahaks!! Tak yah lerr... Mouriey's gurau jek. Dah takde maknanya sumer tu. Biarlah ianya menjadi satu kenangan yang terindah yang tersemat didalam memori hati Mouriey's....

Manusia.... tak semuanya sempurna. Setiap manusia ada kesilapan yang dia dah lakukan. Terkadang, manusia perlu berpura-pura untuk membahagiakan seseorang yang lain. Terkadang, manusia cepat benar hatinya berubah. Eiii...dah ler....malas aku nk tulis. Menamnahkan luka dihati lagi ada la...hukhukhuk!! Chaoss!!

Saturday, November 3, 2007

Drifting

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's pi tengok pameran keta - Apungan Keta ~ Drift kat Taman Syahbandar. Best gak tengok. Actually Mouriey's tak tau plak ader orang drift keta kat kawasan tu. Sebab malam Jumaat tu Mouriey's ngan famili kuar jenjalan cari makan. Pastu adik-adik ajak pi lepak kat Taman Syahbandar, leh tengok orang mengail. Tetiba Mouroey's dengar cam bunyik enjin keta. Semacam jek. Ingatkan ader racing, sprint test keta. Tup tup derang nak drift.... Tapi sayang masa tu Mouriey's tak sempat nak rakam pasal kamera Mouriey's tak bawak. Rugi siot!!!

Memang gila-gila ah derang drift. Alerr cam dalam citer kartun INITIAL D tu...... Mungkin derang wat latihan, panaskan litar. Esoknya (Jumaat) brau derang buat persembahan. Pas latihan tu berakhir, ader berlaku cket kekecohan apabila seorang budak lelaki disyaki ingin mencuri sebuah motorsikal tapi sempat ditangkap orang ramai. Ehmm biasalah...orang-orang Terengganu ni murah hati cket. Seblom derang bawak budak tu ke balai, derang belasah dulu. Tapi, taklah sampai parah. Tengok keadaan budak tu pon ada gak la bengkak-bengkak kat muka dia. Padan muka!


So... pagi semalam, pas makan nasi dagang kat Chendering (terserempak ngan Papa Rock - Ramli Sarip ~ masih lagi otai rock...) tros jek ke destinasi yang dituju. Tapi agak mengecewakan cket pasal Mouriey's dah banyak terlepas adengan-adengan yang mendebarkan. Huhuhu..... Cuma Mouriey's sempat rakam cket jek. Tu pon derang bawak penonton bertuah naik keta yang derang drift. Best kan? Mouriey's ingat nak naik gak... tapi ayah tak bagi. Mouriey's pon bukan berani sangat. Cuma nak rasai pengalaman naik keta tuh. Mouriey's tak sempat nak snap gambau salah seorang drifter, Tengku Djan. Alerr yang iklan panadol ActiFast tu...yang main go-kart tuh... Alahaiii kempunan gue. Hujan plak turun mencurah-curah, apalagi cabut balik la... Huhuhu!!!



~ Maaf jika video kurang memuaskan ~

Thursday, November 1, 2007

Kucinku Lagi

Assalamualaikum wbt.....

Hehehe..... Mouriey's sesajer nak masukkan kucin cute nih dalam blog Mouriey's. Time-time Mouriey's ngan member boring, kucin ni laa tempat bermanja. Tapi, cian dier... dier kena langgar baru nih. So, tak berapa sihat la. Makan pon gitu-gitu jek... tak der selera laa tuh. Kurus kering jek. Cian sangat Mouriey's tengok, asyik mengiau jek. Duduk tak kena, tido tak kena.... Alahaii.... Sabor jelahh. Mouriey's ni bukannya reti bahasa kucin ni.... Mouriey's tak tau dia sakit kat mana. Mouriey's urutkan je badan dia, usap-usap dia. Last-last tertido atas meja pc Mouriey's. Ehmm pasal Mouriey's? Mesti korang pon nak tahu pasal hidup Mouriey's sekrang kan? Nanti lah... ader masa nanti Mouriey's cterkan. Buat masa ni, Mouriey's tak nak serabutkan kepala otak Mouriey's nih. Hakikatnya dalam lubuk hati ni Allah saja yang tau.... Dengan kehadiran kucin ni....at least Mouriey's tak terpikir sangat pasal masalah yang sedang melanda..... Dah laa, malas aku nak tulis. Chow!