Tuesday, July 31, 2007

Ahlan WaSahlan


hari nie Mouriey's nak bercerita cket pasal kawan baru Mouriey's, from Egypt. ahlan wasahlan Mouriey's ucapkan. nama dia...ehem ehem... takperlulah korang tau. hehehehe.... Mouriey's panggil dia Man je. dia ni orang Ganu gak.... tapi study sana.

tak tau laa kenapa Mouriey's nak tulis about him. walaupun baru beberapa hari kenal.... dia pon selalu baca entry Mouriey's. hikhikhik!! malu ah.... dia cakap entry Mouriey's sejak akhir-akhir ni asyik sedih je. nak menangis kata dia bila dia baca entry Mouriey's. ermmm... memang sejak akhir-akhir ni sedih cket. banyak sangat konflik yang berlaku, tercari-cari dimana jawapan untuk soalan Mouriey's. apa yang Mouriey's nak sebenarnya..... like live at a strange place.... so lonely.

hidup dengan harapan agar disayangi.... mungkin ianya satu perbuatan yang sia-sia. takda maknanya.... kan? kan? tapi, setelah beberapa kali bersembang dengannya... Mouriey's rasa heppy cket. hehehehe...banyak benda dikongsi. lagi satu, perangai dia gila-gila cket, suka sangat sakat Mouriey's.... Mouriey's suka.... coz perangai Mouriey's pon gila-gila gaks.

Man, nak saya promotekan ke pasal awak? hehehehe...takde laa gurau jer. awak kan pemalu... malu kuroneko kata Junkopile. ermmm sebut pasal Junkopile, senyap je... tak der khabar berita pon. busy sangatkah beliau?? oo... beliau kan nak mendirikan masjid tak lama lagi. hikhik! all the best junk!! ermmm buat UjangMD, selamat berblogging kembali.... sayonara....

Kena Tag

Waa... Mouriey's kene tag ler... Nih Nat punya pasal laa nih. Ambe kekoh mung kekgi Nat!! And for you Nat, jangan marah kalau ada ayat yang tonggang-langgang. Almaklumler kureng reti cket english language nih.... Hehehe..

This is the rule:

If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage". Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.
  1. Friendship is always forever and share everything in my life, happiness and sadness.

  2. My way of saying I care is by expressing my concern and shows it.

  3. To love someone is have a honestly and be yourself.
  4. To love is like eating Cadbury Choclate. Yummy!!

  5. Money makes me lose control and spend all of it! Ahaks!

  6. I miss ... my childhood. Playing pondok2.

  7. Beauty is it's a gift and no need to sacrifice.
  8. I try to spread love and happiness by love everyone in everyday. Hehehe...

  9. If smiles were... forgotten… then I will still give a smile and taking care to others.

  10. Wouldn't it be nice if we could... avoid to be a selfish and be honestly.

  11. Money is not everything but... everything needs money nowadays. Just only one thing always free, penampor!

  12. The most touching moment I have experienced is.... when my lover gave me a very cute teddy bear with note 'I LOVE U'.

  13. When I was thirteen, what I remember the most was.... I had to sit under sunlight to cultivation of plants. Pheww!

  14. If I can change one thing, I will change.... every week has a 3 days leave.

  15. When I was twenty one, I remember.... i'm fall in love with my lecturer. Ahaks!

  16. I am most happy when ..... make my family so proud of me.

  17. Nothing makes me happier than .... when my lover appreciate me that I have.

  18. I smile when.... I'm happy and when I get what I want and people around me is happy.

  19. When I am happy, smile and singing. Lalalala...
  20. Doing this meme, I feel like ... enjoying myself and little bit blurrr... Hehehe.


Untuk kali nie, Mouriey's nak tag mereka yang berkenaan plak for Charity Tagging.... kehkehkeh!! Jangan marah yerk! Mereka yang berkenaan tu adalah....

1. En. Beib
2. Noushy
3. Adam Dryx
4. Bro Rick

Sunday, July 29, 2007

Coti-Coti Malaysia

Teddy Bear ni buat Intan. (Lama bebenor dia nak tengok.... Hehehehe.)

cak!! hye uol's... how r u today?? ada sihat kaa....?? hehehe. wah wah Encik UjangMD kita dah kembali nampaknye. makin riuh le nanti. yang si Nat ni apakehal yang tag Mouriey's nih.... aiyyoo!! ambe kekoh mung kekgi Nat!!

td masa servey umah Nat, terkejut tengok si Natasha Adilla. dah besor ler... tak lama lagi dapat menantu lerr akak Natsumi kita...hikhikhik!!jangan mare Nat. ari jumaat lepas, Mouriey's ngan famili bertolak ke Kuantan dalam kol 3 petang. sampai sana kol 9 malam.

tak banyak tempat berhenti. singgah umah my great grandfather kat kemaman, pastu rileks kat Pantai Cherating tengok dugong putih tengah berjemur. ahaks!! takde laa, gurau je. diorang duk main bola pantai. n then berhenti makan kat Gebeng. tak kemana-mana coz ayah malas nak gerak. main-main ngan Nabila Aisya. petang semalam bertolak balik ke Terengganu. sampai kat umah kol 8 malam. Mouriey's pening kepala. huhuhu.... kat bawah ni Mouriey's masukkan gambar. esok luse jumpa lagi... papai!! :)


Accident kat Merchang. (but not my family k.... )


Nabila Aisya


Nabila Aisya 'N' Uncle Mazar


Lepak kat Pantai Kelulut, Marang.

Nie laa si chubby bucuk Mouriey's yang duk jaga, Irdina Safiyya, 4 bulan.


It's me.... berlatarbelakngkan laut China Selatan
dan Pulau Kapas. Hik2...

Monday, July 23, 2007

Makan & Tido

" apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. "kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI". Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi,Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. "

*****************************************************

Assalamualaikum... hye semua. apa khabar? Mouriey's harap kalian semua sihat hendaknya. Mouriey's?? alhamdulillah sihat. dah lama Mouriey's tak update blog kan. akak kita, si NatsUmi bising-bising duk tanya naper tak update blog. huhuhu... sowie yer Nat.... sibok jaga baby baru.... hehehe. bukan baby Mouriey's lerr... anak sepupu Mouriey's. Mouriey's nak masukkan gambar dia dalam blog nie. tp scanner plak rosak. insya-Allah, sok lusa Mouriey's cuba masukkan.

actually, Mouriey's tak tahu nak tulis apa... pasal hidup Mouriey's?? bosan laa.... kat umah pon asyik makan, tido, makan, tido.... berat tak naik-naik jugak!! adusss!! semalam Mouriey's tolong mak prepare santan pulut durian @ santan durian. berlambak durian kat umah. blueekkk!! dah naik jemu dah.... hari-hari duk makan durian. sampaikan hari Jumaat tu Mouriey's sakit kepala. sakit kepala sangat-sangat. mungkin banyak makan durian kot? nak makan ubat tak berani... huhuhu... tahan jer laa.

takder apa yang difikirkan sangat sekarang nie.... cuma still rindu kat someone.... ehmm?? arghhh!! dulik ah... lebih baik tido lagi besh!! muahahaha!!

Thursday, July 19, 2007

Stanza Sekeping Hati - Part II

setiap detik dan ketika, aku terfikirkan peristiwa yang menimpa diri. bagaimana ianya bermula dan bilakah akhirnya.... hanya masa penentu segalanya. aku disini hanya menunggu sebuah jawapan yang tak pasti. membuatkan aku hidup dalam kesengsaraan. entahlah, aku sendiri tak pasti mengapa aku terkadang terlalu emosional?? ya.... sesekali kita perlu emosional, perlu perasan.... tak salah, bukan? demi Allah, terlalu sukar untuk aku melupakan insan sepertinya. walaupun berkali-kali aku terluka dan disakiti, hatiku masih untuknya. cintaku tetap utuh. tapi, aku tahu.... dia tidak akan sesekali membalas cintaku. sukar untuk aku ungkap dengan kata-kata, betapa aku menyintainya.

terasa begitu bodoh diri ini.... diperbodohkan dan perasaanku dipermainkan olehnya. tetapi aku?? aku masih begini... tetap berdegil....
terkadang aku rasakan seolah-olah dia telah diciptakan oleh-Nya untuk aku... ditakdirkan menjadi milik aku. entah laa... aku keliru!! kalaulah ini jodoh yang telah ditentukan untuk aku, mengapa ujian yang sebegini rupa yang terpaksa aku hadapi? mungkinkah?? semoga Allah Taala bukakan hatinya. aku redha sekiranya dia tidak dapat menerima aku seadanya. siapalah aku untuk memaksa hati dan perasaannya untuk menerima aku sebagai suri dalam hidupnya?

saat itu, aku akan pergi jauh dari hidupnya... bersama luka dihati. dia akan akan kukenang sebagai kenangan terindah dalam hidupku. dan aku harapkan agar segala kesilapanku dimaafkan. kesilapanku kerana muncul dalam hidupnya ta
npa dia sedari.... aku pasti, semua ini akan berakhir sedikit masa lagi.... ku sedar KebesaranMu Tuhan, mungkin terdapat rahmat disebalik semua ini.... dan untuk mengharungi semua ini, semoga diberikan kekuatan oleh-Nya..... biarlah hari esok yang bakal menjelma lebih cerah berbanding hari ini....

Sunday, July 15, 2007

Stanza Sekeping Hati - Part 1

Di ketika ini.... melalui hari-hari yang penuh berliku. Melalui lorong-lorong sempit dan begitu gelap kurasakan. Dan dari hari ke hari, aku merasakan yang ianya semakin sempit. Lorong itu yang dahulunya terdapat sedikit cahaya, kini tiada lagi. Aku hilang.... Hilang arah tuju! Dan malamku pula kini terasa begitu suram, sentiasa bertemankan mimpi ngeri. Saat itu, satu persatu janji-janji yang ditaburkan menujah kotak fikiranku.....

Kenapa manusia perlu berkelakuan begitu? Apa yang tersirat dihatinya? Suka menabur janji tetapi sukar pula untuk melestarikannya? Pernah diri ini cuba untuk melupakan janji-janjinya itu... Menipu diri ini bahawa apa yang telah berlaku sebelum ini hanyalah satu mimpi ngeri, khayalan semata-mata! Tapi apakan daya, ia tetap menghantui diri ini hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi....

Alangkah indah jikalau janji-janji itu dilestarikan.... Meniti hidup berdua, tanpa memikirkan apa jua halangan yang melanda. Ku pasti, semua itu akan dapat kami harungi. Tetapi, terkadang aku terfikir sejenak, apalah gunanya aku terlalu mengharapkan sesuatu yang mustahil bagi diriku untuk memilikinya? Akhirnya siapa yang merana? Tiada yang lain, melainkan hanya aku! Hanya aku yang merana, terseksa dan terluka sendiri....

Hati sering tertanya-tanya, adakah apa yang berlaku ini tiada akhirnya? Hanya padamu ada jawapannya....

ﺮﻱﺯﻦ

Tuesday, July 10, 2007

Senyum Pisang

Suatu malam minggu, seorang lelaki keluar dari kelab malam di Bukit Bintang dalam keadaan mabuk gila babi. Muntah hijau dua tiga kali. Dia berjalan melelong-lelong menuju ke arah teksi yang sedia menunggu di tepi jalan dan....'BAAMM!!!' tutup pintu, terbungkang di kerusi belakang.

Pemandu teksi : Incik... mana mau pigi??
Jantan mabuk : Hik... hik... Hotel park Royal... hik...
Pemandu teksi : (Geleng kepala, kemudian berkata dengan marah) Aiyaa... itu hotel sana seberang jalanlah!!
Jantan mabuk : (Keluarkan dompet dan kemudian beri RM50 kepada pemandu teksi) Hik... tengkiu... hikk... lain kali... hikk... jangan bawak laju sangat, okey... hikk..

*********************************************************************

Dipertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.

Pak Pandir : Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?
Pak Kaduk : Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul... kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada engkau!

Pak Pandir termenung. Berapa ya?

Pak Pandir : Emmm....... empat kut?

*********************************************************************

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia.

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM 8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM 1,250 sebulan.

2. Pemandu tak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha)

5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberikan gelaran nama 'binatang'.

~ Sekadar berkongsi ~
Petikan dari Mastika

Monday, July 9, 2007

Bukan Nokhtah Terakhir


assalamualaikum..... hye uol's. salam sayang Mouriey's ucapkan. hari nie merupakan hari terakhir Mouriey's bekerja. pas ni nak duk umah plak. nak bela tubuh kasi naik sikit. hikhikhik!! insya-Allah, Mouriey's akan cuba update blog nih hari-hari. dan pagi td, dengan bersemangatnyer Mouriey's breakfast, makan nasi lemak, keropok lekor goreng (bukan beli ngan
Mak Cik ZainunG yeaa...), telur separuh masak 2 biji dan air tea 0. Berselera sekali, tak tau laa kenapa. suka dalam duka kot....?? suka nak tinggalkan kerja yang memenatkan, yang dibayar ciput dan duka kerana pas ni dah tak boleh singgah umah Nat, Noushy, En. BeiB and the geng. Borak2.... Sembang ngan Junkopile... Huhuhu..... Kalo ader paper, just tinggalkan pesanan tu kat shoutbox sebelah ni atau email me k.... Jangan kutuk dah lerr... hikhik!!

Buat member2 Blogger Kickstart, teruskan berblogging. Untuk Syawal, Noushy, Intan dan Katarsis, teruskan usaha anda. sama-samalah kita menunggu finat result for Blogger Kickstart yang entah bila penganjurnya (UjangMD) nak umumkan who is the winner! Ehmm... tak bermakna Mouriey's dah berhenti kerja, Mouriey's dah tak nak update lagi blog ni. Kalau tak, sia-sia je la Mouriey's wat blog ni, kan? kan? wat perabihkan boreh ajo.... hikhikhik!!

Semalam, Mouriey's ngan famili keluar jalan-jalan cari makan. First, pegi Pantai Batu Buruk. Festival Terengganu masih berlangsung. Mouriey's ngan dua orang adik Mouriey's naik buai pusing je. Kebetulan, masa tu pon Mouriey's rasa mual, pening.... Seb baik tak muntah. Kalau tak.... perghh!! malu giler la jawabnya. Round-round kat gerai jualan. Tengok konsert Ameng Spring ngan Nieyl Mentor. Duk kejap je. Pastu gi makan-makan. Menu malam tadi ikan kerapu masak stim, telur bungkus, tomyam, kailan ikan masin. Air laici jer... Slurppp... Bon appetit!! Kenyang giler... Balik umah tengok kejap cter Bleach, mata pon berat je.... tros masuk tido. Ngantuk gilers... Kroihh.....Zzz... zz....

Sunday, July 8, 2007

Renungkanlah


Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan.

Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian maupun kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.

Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, semiskin manapun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.

K
ita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics


K
ita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.

Thursday, July 5, 2007

Usah Dikenang

~ khas untuk NAT a.k.a NatsUmi ~
(Nanti belikan Natasha Adilla kasut camni ek? Hikss!!)

Hari nie pon semalam gak. Busy memanjang. Tapi seb baik ada masa nak buat entry untuk hari ni. Actually, tak ada paper nak diceritakan. In my life, so far so good. Alhamdulillah, semakin hari semakin bersemangat Mouriey's untuk meneruskan hidup ini. Setiap kejadian yang berlaku, membuatkan Mouriey's semakin berfikiran matang. Belajar dari kesilapan dan kebodohan dari diri sendiri.

Buat masa nie, Mouriey's nak tumpukan sepenuhnya pada pekerjaan Mouriey's. Nak kumpul duit dulu. Apa yang berlaku sebelum ni, biarkanlah berlalu. Malas nak kenang lagi. Bak lagu Allahyarham P. Ramlee, "Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri...." Betul, makin dikenang, makin menyakitkan hati. Terkadang membuatkan parut lama berdarah kembali tanpa disedari. Hal-hal berkaitan hati dan perasaan, Mouriey's nak biarkan dulu. Duk fikir pon, buat sakit kepala je. Kalau dah tiba jodoh Mouriey's nanti, kawin terus je. Tak nak tunang-tunang bagai.... bajet lari. Hikhik.... Mouriey's nak enjoy dulu puas-puas. Satu Semenanjung Malaysia ni pon Mouriey's belum habis round-round lagi. Soooo..... Kita Enjoyyyyyy!!! Muahahaha!!!

Wednesday, July 4, 2007

Citer JeponG

Huhuhu.... Penat gilers ari nih, berlambak keje kena settle. Sakit buah pinggang den! Seb baik sempat siap. Fuhh!! Ehmm... tadi gi usha blog NAT, ada bahan yang boleh menyegarkan mata. Memang menyegarkan mata, membuatkan darah berderau, jantung berdegup kencang.... Hikss!!

*** Nat, I sayang U lebih laa.... Muahahaha!! ***

TAKASHI SORIMACHI


POWER OFFICE GIRLS


Dulu Mouriey's pon sama cam Nat. Suka tengok cter Jepon nih. Betul kata Nat, bahasa Jepun ni besh dengor. Kalo Korea tu, kureng sikit la. Cara percakapannya pon bersembur ayaq liuq, berkahak jer... Hikss!! Mouriey's pon suka gak tengok citer-citer Jepun yang feymes masa tu cam Great Teacher Onizuka (GTO), Power Office Girls, Beach Boys, Narita Divorce. Best, romantik, kelakar, sumer ada.... Hehehehe.

Mouriey's saja jer yang continued entry Nat nyer. Tak der idea. Sakit kepala. Rasa cam nak makan orang je ari nih. Tension lerr.... Haa untuk Nat, nama pelakon GTO tu TAKASHI SORIMACHI. Minat giler-giler kat mamat nih... Hehehehe... Chaoss!!!

Tuesday, July 3, 2007

Ruang Rindu

ari nih Mouriey's nak ucapkan time kasih banyak-banyak kat NAT coz sudi share lagu ni. first time Mouriey's dengar lagu... tak berapa besh. pastu dah play hari-hari kat realplayer, tangkap jiwang laks! ekekekeke. mendayu-dayu je kan... hikss!! seb baik dapat video klip dia. so, Mouriey's share laa ngan uol's.

ehmmm... ruang rindu. masih adakah ruang rindu untuk Mouriey's?? apalah maknanya jika rindu Mouriey's disia-siakan. adakah rindu ini akan terbalas? mungkinkah? seperti pungguk rindukan bulan. walaupun bebas terbang dilangit yang terbentang luas, mustahil baginya menggapai sang purnama. begitulah rasa yang terpendam di hati ini. ingin Mouriey's menggapai bulan tetapi tidak kesampaian. entah bila semua ini akan berakhir.... ingin rasanya terbang. terbang meneroka langit yang membiru.... melepaskan diri dari belenggu masalah. jika tak ada masalah bukan hidup namanya, bukan? mungkin sedikit masa lagi Mouriey's akan lebih mengerti dan memahami sebalik peristiwa ini. mungkin juga dihatinya tiada lagi ruang rindu. huwaa... melalut ler!!!

Jom kita karaoke : Letto - Ruang Rindu



myspace layouts, myspace codes, glitter graphics


Sunday, July 1, 2007

DILEMMA

semalam, disaat Mouriey's mahu melelapkan mata, tetiba je henpon Mouriey's bergetar (vibrate). ehmmm... nombor baru. 017-611xxxx. saper pulak yang call aku tengah malam-malam buta ni? nak tak nak, terpaksa laa angkat. rupa-rupanya kawan sekolah masa form 5 ari tuh. lama betul dia tak call, tak dengar khabar berita. hampir 2 tahun lebih rasanya. masih lagi berkhidmat dengan askar wataniah di Melaka. tak lama kitorang borak. mata Mouriey's pon dah berat, ngantuk. cakap pon cam orang lalok je. Mouriey's suruh dia call esok jer. 5 minit pas letak henpon, ada sms masuk. lerr mamat nih lagi. sms tu berbunyi,

"along, aku dh single skrang ni. aku nk mung jadi makwe aku, bleh? aku x bgurau ni.."

terkedu gak dia cakap camtu. Mouriey's pon balas sms dia, "mung ngigau eek azri? tdo laa dlu. kita ckp hal ni laen kali k?"

"bkn ngigau, tp aku xtau lah. aku tringat kt mung. mung pklah ye. jgn jd cm dlu...."

sms dia yang last tuh, Mouriey's tak reply. "jgn jd cm dlu..." yup, Mouriey's pernah menolak cintanya dulu. Mouriey's tak beri dia jawapan, hanya diam membisu seribu bahasa. terasa kejam diri ini bila membuatnya begitu. kejamkah aku? waa..... itu dolu. tak pandai nak hargai perasaan orang. sukar sekali nak membuat pilihan. ada dua pilihan yang sedang berada didepan Mouriey's sekarang ni.

pertama, pilih janji seseorang yang meminta Mouriey's menunggunya hingga kembali ke pangkuan Mouriey's. ingin menyunting Mouriey's, kononnya. entah betul ke tidak, tak pasti. tanpa sebarang perjanjian bertulis, tanpa hitam dan putih. uol's rasa patut ke Mouriey's tunggu dia? sedangkan selama ni dia banyak mempermainkan perasaan Mouriey's. setiap kali menatap wajah dicermin, parut dan luka lama muncul kembali. makin menambahkan pilu dihati. tak ada gunanya dia membuat janji yang sedemikian rupa jika sejak mula dia hanya mempermainkan perasaan Mouriey's. semuanya lakonan semata-mata. Mouriey's keliru.... Adakah janji manis yang diucapkannya ketika itu hanya mimpi?? sekadar mengambil hati??

kedua, pilih seseorang yang Mouriey's kenali sejak bertahun dulu.... bila suka, Mouriey's ditinggalkan. bila duka, cari Mouriey's. whatta?! sedangkan hati memberontak untuk tidak mahu menerimanya. dia juga pernah membuat Mouriey's terluka. tapi, itu cerita lama. orang tak akan kenang cerita lama. abis, apa ceritanya dengan parut kelukaan?? susah betul hidup dalam dilema ni. ditelan mati emak, diluah mati bapak. kalo diikutkan kata hati, kasih sayang ni masih lagi utuh buat si dia yang sering melukakan perasaan ni dengan janji-janji kosong. terasa bodoh pula, kan? kan? dah orang buat macam tu kat kita, kita plak ikut je, cam hidung ditarik tali... berkali-kali disakiti pon, masih tak reti-reti. masih terhegeh-hegeh walaupun dah terang-terang tak peduli kat kita. apsal laa aku ni degil sangat?!

senang-senang, Mouriey's korbankan diri. dua-dua tak dapat, baru padan muka. ngan muka Mouriey's sekali yang kena. adoih laa.... lantak laa. apa nak jadi, jadi laa. bila Mouriey's berkenan kat seseorang tu, orang tu plak tak berkenan kat kita. bila Mouriey's tak berkenan kat orang tu, orang tu plak yang beria-ia. Alahai... dugaan, sabor je lahhh..... "AKU HIDUP DALAM BLUES.... DALAM DILEMA....." Hukhukhuk!!