Sunday, August 12, 2007

Chubby Girl



hehehe....ari nih Mouriey's nak masukkan gambau budak chubby nih. geram siot!! sesajer jer nak masukkan. masa ni dia tengah menangis...nak tau knp? sebab...sebab Mouriey's kekoh jari dia...hahahaha!! kejamnyer aku!!! alerrr Mouriey's kekoh sket je. takder laa sampai putus jari dia. slow-slow je Mouriey's kekoh. geram sangat.... hehehe. sorry sayang....

semalam Mouriey's tido awal... ngantuk. hari Jumaat tu Mouriey's tak pergi mana-mana. petang tu je pergi lepak ngan famili kat Pantai Airport. pastu gi makan sotong celup tepong. jom makan-makan.... hikhikhik!! maghrib baru balik. tak per la, at least leh gak lapangkan fikiran. tengok laut luas terbentang yang membiru. rasa nak terjun je...nak mandi. tapi takleh, ombak kuat. Mouriey's ni dah laa tak reti berenang. huhuhuhu....

entah laa, bila Mouriey's tengok laut, rasa tenang cket. mendamaikan hati yang sedang gundah gulana..... sebab tu bila kepala serabut, Mouriey's selalu lepak kat pantai. terkadang hati sering berkomunikasi tanpa disedari. seb baik takder orang dengar... berdialog dalam hati jer. tertanya-tanya diri sendiri... takdir hidup Mouriey's yang tak ketemu hujungnya. seperti laut yang terbentang luas... tak bersempadan, tiada penghujungnya. tak tahu apa yang bakal Mouriey's hadapi pada esok hari. adakah hari ini lebih baik dari semalam atau hari esok lebih baik berbanding hari ini.... sayonara...

1 comment:

  1. semoga bahagia menjadi milik mourieys..

    bahagia harus dicari...

    usah dinanti pada yg tak mengerti!

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...