Saturday, September 22, 2007

Bermulanya....


Ditakdirkan Allah, ditemukan pada suatu hari Si A dan Si B. Setelah tali persahabatan persahabatan bertukar kepada satu jalinan yang lebih mendalam maknanya. Suka dan duka dikongsi bersama. Saat itu Si A berasa amat bahagia dan diri dirasakan begitu dihargai. Walaupun cukup disedari oleh Si B bahawa hadirnya dia kerana mengubat luka dihati Si A, sebagai pengganti kepada 'mereka' yang telah mengecewakan Si A. Si A merasakan Si B adalah pilihan yang tepat untuk dirinya. Semua ciri-ciri lelaki idaman ada padanya.

Ketika Si A menghulurkan tangan, meluahkan apa yang terbuku dihati... 'sudikah awak terima saya?' Ternyata Si B sedikit tersentak dengan permintaan Si A. Setelah dihujani pelbagai persoalan, kenapa, apa, dan bagaimana.... Alhamdulillah Si B menerima Si A seadanya dengan tangan yang terbuka. Si A tidak pula pasti adakah keputusan Si B pada ketika itu berdasarkan simpati dan dalam keadaan waras. Ahh...semua itu tidak penting lagi buat Si A. Apa yang penting, Si A sudah mendapat putera idaman hatinya.

Pepatah mengatakan bahawa langit tidak selalunya cerah.... Si A menyangkakan bahagia dikecapinya akan berpanjangan dan berjalan lancar. Sepertinya Si B baru seminggu yang lalu menyemai benih, menyiramnya setiap hari. Tetapi apabila mula mencambahkan tunas, tidak semena-mena dia telah memijak-mijak pula tunas yang baru itu. Begitulah perumpaan yang tepat untuk Si B pada padangan mata Si A. Kenapa harus jadi begitu? Apa salahku.... Fikir Si A. Hatinya pula sudah hancur luluh.... Mudahnya meremukkan hati ini yang ikhlas mengasihi dan menyayanginya. Mudahnya 'membunuh' kepercayaannya terhadap Si B.

Setiap kejadian di muka bumi Allah yang indah ini, semua ciptaan-Nya bersebab. Tidak ada cipataan-Nya itu yang tidak mempunyai sebab. Contohnya; Nabi Adam a.s memerlukan Hawa. Dan dari mana asalnya Hawa? Dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. Setiap manusia perlukan pasangan hidup. Cuba kita lihat pula ruang diantara jari-jemari kita, terdapat ruang bukan? Untuk apa ruang itu diciptakan? Ruang itu diciptakan untuk diisikan jari-jemari orang lain yakni pasangan kita.

Teringat Si A pada satu cerita; Kisah Bunga dan Rama-Rama. - Seorang lelaki meminta pada Allah agar diberikan BUNGA dan RMA-RAMA. Namun, Allah memberinya KAKTUS dan ULAT. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaanya. Kemudian, dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan tidak lagi memepersoalkannya. Setelah suatu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. lelaki ini amat terperanjat dari pokok KAKTUS yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula BUNGA yang cantik.

Dan daripada ULAT yang terselindung, telah bertukar menjadi seekor RAMA-RAMA yang cantik. Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul! Cara Allah sentiasanya cara yang terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH pastinya Allah mengurangkan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Apa yang anda pinta, tak semestinya apa yang diperlukan! Allah tidak akan gagal dalam memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini adalah BUNGA hari esok!

ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA.

Oleh itu, Si A tidak lagi mengharap pada Si B. Mungkin terdapat hikmah disebalik semua yang berlaku. Apa yang penting kini, cerita Bunga dan Rama-Rama telah membuka matanya. Hendak turutkan mata yang menipu atau kata hati yang sentiasa benar...... Si A tetap gagahkan diri meneruskan hidup dan akan terus berdoa supaya permintaannya akan dipenuhi....

~ Nukilan Noor Hatida Mamat, K. Trg.


No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...