Sunday, December 9, 2007

Kepercayaan & Kejujuran

Assalamualaikum wbt....

Sejak kebelakangan nie…. Hati sering tertanya-tanya. Mana yang perlu aku turuti. Kata hati iaitu naluri, atau akal fikiran. Perlukah aku berkorban untuk orang yang aku kasihi? Haruskah aku membiarkan hidup aku pada masa akan datang terumbang ambing, tanpa cinta yang tulus dari hati?? Aku percaya pada cinta yang tulus dan suci. Tapi korang percaya pada cinta selepas korang berumahtangga? Yakni, cinta tersebut akan hadir selepas kita berkahwin. Bleh percaya ke? Logikkah fakta-fakta yang tersebut? Mungkin fakta tersebut berasas. Jika kita lihat zaman tok nenek kita dulu, rata-rata mereka berkahwin atas pilihan keluarga, bukannya pilihan sendiri. Alhamdulillah, hingga ke anak cucu cicit mereka hidup bahagia. Apa yang ingin aku katakan disini, aku cumalah manusia biasa, yang terkadang perlu ‘perasan’. Perasan tentang orang yang kita sayang. Walau hakikat orang yang kita sayang itu tidak memberi sebarang reaksi atau bersifat mendiamkan diri.

Dan terkadang keluarnya sifat egois, yang beralaskan topeng ‘keinginan’ yang membuak-buak. Suatu ketika dulu, bila aku rasakan aku telah pun temui apa yang aku inginkan, aku cukup percaya itulah jodohku yang Alllah telah tentukan. Sukar untuk aku mencari sesorang sepertinya di zaman yang kian ke pengakhiran ini. Seperti biasa, “ku sangkakan panas berpanjangan… rupanya gerimis… rupanya gerimis, mengundang….” Aku cukup terkilan. Aku tak mahu membelakangkan Tuhan, aku masih waras. Cuma aku tak mampu mengenangnya, bimbang air mata ini akan jatuh berguguran. Aku pasti, ada hikmah disebalik semua ini. Seperti juga manusia lain, aku yakin suatu hari nanti dia akan bertemu dengan orang diidam - idamkan selama ini. Semoga selepas ini, ikatan persahabatan antara kita akan berpanjangan, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...