Thursday, January 31, 2008

Belasungkawa

Assalamualaikum wbt....

Belasungkawa
Loloq (1957-2008): Hilangnya penulis kreatif

Loloq gemar guna perkataan baru dalam karya meninggal dunia selepas tak sedar diri sejak Ahad lalu. Apabila menghayati seni kata yang ditulis oleh Loloq, sering kali kita akan menemui perkataan baru yang kadang-kadang tidak pernah kita dengar. Itulah kelebihan dan keistimewaan Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis ketika berkarya yang agak 'gila-gila' apabila menggunakan bahasa.

Pelbagai kamus tidak pernah lekang daripada dirinya ketika menulis seni kata. Bahkan, dia mempunyai himpunan buku daripada pelbagai genre untuk dijadikan sumber ilhamnya. Loloq pernah berkata, dia tidak terlalu berkira membelanjakan sejumlah wang semata-mata membeli buku yang berkaitan dengan keagamaan, biografi, sejarah, kebudayaan dan bahasa. Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut. Selain itu, Anugerah Lirik Nasyid pada majlis Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini 2006 serta Anugerah Galakkan Penulis Lirik pada Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005. Beliau juga turut terbabit dalam menulis skrip filem Aduh Saliha yang judul asalnya ialah Misteri Mimpi Syakila arahan M Nasir. Bagaimanapun, filem itu tidak dapat disiapkan sehingga sekarang.

Loloq berasal dari Singapura. Bapanya, Rosli Dayut berasal dari Masjid Tanah, Melaka adalah bekas polis Tanah Melayu. Ibunya, Maimunah adalah Cina mualaf. Mungkin tidak ramai yang tahu selain menggunakan nama Loloq, dia juga turut menggunakan nama pena Nurbisa pada seni kata lagu tulisannya. Hasil perkahwinannya dengan Hairiah, Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10, Jaevn Nur (7) dan Yasha Nur (5). "Nama anak saya memang agak pelik bunyinya. Krsty bermaksud rahsia, manakala Jaevn sebenarnya bermaksud Jawa. Jawa ini pula kalau dihalusi berasal dari kaum Nabi Noh," katanya. Loloq meninggal dunia Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.37 tengah hari kelmarin selepas dimasuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Ahad lalu kerana dipercayai berlaku pendarahan di kepalanya. Al-Fatihah

Sumber - Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...