Sunday, May 9, 2010

Bila Cinta Didustai

Assalamualaikum & Good Day

Pertama-tama sekali Mouriey nak ucapkan
Selamat Hari Ibu buat MakBonda Mouriey,
Puan Zaleha Haji Omar. Mouriey doakan agar
kesihatan Mama bertambah baik, dipanjangkan
usia oleh Allah Taala, dimurahkan rezeki dan
berbahagia hendaknya.. Aminn...
Sayang Mama... Mmmmuahhhsss!!!!

Makbonda Mouriey sebenarnya tak berapa
sihat sangat. Jantung dah tak sekuat dulu,
ditambah lagi dengan penyakit darah tinggi.
Riso gak sebenarnya nih.. Lebih-lebih lagi
berhadapan dengan dugaan yang datang
melanda. Benar-benar mencabar iman dan
kewibawaannya sebagai seorang isteri
dan ibu kepada 5 orang cahayamata..

Mouriey turut merasai kedukaannya...
Walaupun tahu semua ni tak semudah
yang disangkakan... Mouriey sedaya upaya
untuk berkongsi kedukaanya. Namun,
Mouriey tak berdaya... Enggan lagi melihat
airmata Mama mengalir.. Tersiat hati ni
kurasakan. Pada siapa Mouriey nak luahkan
apa yang terbuku dihati? Tak mungkin untuk
menambahkan lagi beban dihati Mama. Cukuplah
selama ini Mama tertipu dengan sandiwaranya...
Cukup!! Mouriey mahu semua ini cepat
berakhir. Pengakhiran sebuah sandiwara...

Mouriey mahu pada pandangan Mama,
Mouriey seorang yang tabah, berpendirian..
Namun, sebaliknya. Hati ni serapuh arang...
Hanya Allah yang tahu apa yang bersarang
dihati Mouriey, bermonolog sendirian. Bukan niat
tidak mahu mendengar luahan Mama.. Mouriey
cuma enggan melihat airmata Mama tumpah
lagi... Hanya menambahkan luka di hati, makin
pedih, perit...

Ya Allah, betapa besar dugaan yang Kau berikan
pada hambaMu ini... Aku redha Ya Allah dengan
ketentuanMu. Aku terima dengan dada yang
lapang... Aku redha...

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...