Monday, October 29, 2007

Luahan Rasa

Assalamualaikum wbt.....

Actually Mouriey’s tak der benda nak tulis. Mouriey’s pon dah lama tak tulis entry. Bukannya apa, tenet ke potong. Towkey tak bayor. Banyak benda yang berlaku dan yang Mouriey’s fikirkan. Tapi..bila dh duk ngadap pc nih….dah jadi blur. Vengong je wase. Dalam masa seminggu ni…. Banyak sangat perkara yang menguji kesabaran Mouriey’s. Ejard pon sama. Sian kat Ejard…. Paper hal, paper masalah…aku laa yang dikabor nye, ader je benda yang buat dia tak puas hati, bagitau kat aku nih. Ehmmm…udah namanya kawan, so kene tolong solvekan problem dia tu. Aku pon dalam dilema sekarang nih. Tapi, tak tau nak wat pilihan. Penah luahkan kat Ejard, tapi dia pon takleh nak buat apa. Alamatnye kene sembahyang istikharah laa ni. Buat masa ni…ader 3 orang jejaka (jejaka ke?? Huhuhu….) hadir dalam hidup aku. Satu, orang yang aku kasihi, sayangi dan cintai (mungkin tidaklah semekar dulu…). Dua lagi masih setia menunggu kata putus dari aku, tapi aku hanya menyayanginya atas nama kawan... Aku keliru!! Kalau boleh aku taknak hancurkan hati sesiapa. Aku tak mahu dikalangan mereka terluka hatinya, hampa jiwanya. Entahlah….. Aku rasa cam nak jerit jek kuat-kuat, tak pon terjun kat laut. Berkecamuk rasanya jiwa ni. Untuk awak, seandainya awak terbaca tulisan saya ni, harap awak tak kesah. Awak mungkin anggap saya ni gila, tak mahu terima hakikat yang kita tak ditakdirkan bersama. Tak apa, anggap je lah begitu. Saya tak kesal apa yang berlaku sekarang ini. Cuma yang saya kesali, kenapa awak guriskan hati saya setelah awak berjanji untuk sembuhkan luka dihati saya? Awak seolah-olah sudah mengaku kalah walau hakikatnya perlumbaan belum lagi dimulakan! Terkadang saya rasa cukup benci, menyampah, meluat bila teringat kembali kata-kata manis awak. Dah la…aku malas dah nak layan perasaan sangat. Bukan untung paper pon! Lagipun awak tu tak suka jiwang-jiwang karat ni summer kan?!

Hal kat umah pon sama. Ayah aku, bengkengnye tak abis-abis! Kadang-kadang aku dah naik meluat tengok perangai dia. Mengalahkan budak-budak. Ni laa kaum lelaki, sikit-sikit nak marah… Balik umah tau marah jek, walhal benda tu hal kecik jek. Punca dia marah sangat tu dari topi / kep. Dialah yang pakai, dialah yang sangkut balik kep tu dan tak penah-penah nak basuh. Kotor la kan… Pastu dia baling kep tu, dah start dah hangin dia. Marah-marah kat mak aku, dicakap mak aku nih tak reti nak jaga barang kat dalam umah tu. Aku dah panas tinge duk dengor nih. Kang kalo aku sampuk kang dikatanya aku menjawab. Tak pasal-pasal karang kang sakit yang aku dapat. Pastu, nak menunjukkan yang dia nih marah sangat, dia hempas pintu almari kuat-kuat sampai berderai cermin almari tu pecah. Ada ke patut?!! Dalam hati aku ni, Allah saja yang tahu. Tau pakai jek…apalah salahnya kalo rajinkan diri basuh topi tu. Bukannya orang lain yang pakai, dia jugak yang pakai. Dia ingat mak aku duk umah hari-hari, goyang kaki, tido?! Banyak benda nak dibuat kat umah tu. Aku tengok mak aku, dia duk diam membatu jek. “Mama, along mintak maaf sebab tak daya nak bela mama. Along rasa cam tak guna je jadi anak pompuan. Along sedih tak dapat nak bela mama. Mama tak salah pon. Along pompuan, ma… along tahu perasaan mama. Betapa sakit, perit, pedih hati ni bila dihamburkan dengan kata-kata begitu. Lebih-lebih lagi seorang yang kita sayangi, kasihi dan cintai, yang bergelar suami.” Aku rasa terbeban dengan luahan mak aku mengenai ayah. Sepanjang aku hidup 23 tahun ni, tak pernah sekali pon aku tengok ayah aku tolong mak aku masak ke, basuh kain ke, kemas rumah ke. Paling-paling komang pon, sapu habuk ngan sarang labah-labah kat syiling. Pastu sapu laman umah. Tu jek yang dia tahu buat. Bukan nak mengungkit atau nak jadikan dia sebagai mangsa queen control, tapi orang kata cukuplah sekadar menolong isteri. Ini tidak, bila makanan lambat siap dihidang, mulut tu tak reti duk diam. Membebel ntah paper, marah-marah. Aku tensen tau kadang-kadang duk umah. Rasa cam nak lari jek. Bukan main kejar-kejar! Tapi, aku nak lari dari umah, cari ketenangan kat luar. Bila difikirkan balik, aku batalkan niat aku yang tak bermoral tu. Bila aku takder nanti, macam mana ngan mak aku? Pada siapa mak aku nak mengadu? Setakat ni, aku tak pernah lagi lihat tangan ayah naik kat muka mak aku. Kalaulah betul-betul terjadi macam tu, aku nak bawak lari mak aku. Dayus kan kalo lelaki pukul perempuan? Aku tak kira dah. Mak aku pon penah cakap, dia boleh hidup tanpa lelaki bergelar suami. Sanggup buat apa saja untuk besarkan anak-anak. Mak aku dah cukup bersabar selama ni!!

Melihat perangai ayah, terkadang aku terfikir. Sumer lelaki berperangai macam tu ke? Aku ingat malas nak fikir soal kawin, andainya ini yang berlaku kelak. Aku redha kalo aku ikut jejak langkah sepupu aku yang tak kawin-kawin sampai sekarang. Umur dh lewat 40 pon masih blom kawin. Tak pe laa, aku leh duk bawah ketiak mak aku selalu!!Hikss!! Aku tulis ni pon sebab aku rasa beban sangat dihati ni. Tak der tempat nak luahkan. Tak der niat nak burukkan ayah sendiri. Tapi itulah hakikatnya. Aku sayangkan ayah aku tapi aku tak suka lelaki yang hanginnya tu tak bertempat. Memang summer orang berhak untuk marah, tapi biarlah kene pada tempatnya, kene pada sebabnya. Betul tak? Ermmm….rasa lapang kepala otak aku ni cket. Cuma pasni aku slow-slow nak settlekan masalah berkenaan hati dan perasaan aku ni. Susah bebenor lerrr… Adakah aku memilih?? Huhuhu…. K la, penat dah duk menaip. Jumpa lagi sok. Tata….

1 comment:

  1. sembahyang istikarah adalah yg sebaiknya...

    dlm bab ni.. kita kene pilih orang yg sayang kita lebih dari kita sayang dia....kalau dpt jumpa parents dia.. kita tgk camne falily dia... kalu dia ok family dia tak ok pon susah gak dek...

    pasal ayah along tu... cuba adik slow talk dgn dia time dia angin baik... tanya apa masalah dia... mungkin dia terlepas pandang yg mak along tu duk umah saje bukan duk goyang kaki...kan?

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...