Monday, October 22, 2007

Selamat Mendarat

Assaamualaikum wbt.....
Muszaphar selamat mendarat

KEADAAN BAIK: Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan isyarat bagus sejurus tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dibawa dari tempat kapsul pendaratan mendarat, semalam.

Kapsul pendaratan dinaiki angkasawan negara, dua krew tersasar 420 kilometer

ANGKASAWAN pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke bumi semalam apabila kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawanya pulang, mendarat mengikut jadual dekat bandar Arkylk, Kazakhstan, petang semalam.

Soyuz mendarat tepat jam 2.37 petang waktu tempatan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi

Selain angkasawan Malaysia, kapal angkasa itu turut membawa bersamanya krew Ekspedisi ke-15 di ISS iaitu dua angkasawan Russia, Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang sudah berada di sana sejak enam bulan lalu. Pemeriksaan kesihatan kecemasan yang dilakukan sebaik pasukan penyelamat menemui kapsul pendaratan itu, kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal, mendapati kesihatan Dr Sheikh Muszaphar dan semua krew Soyuz berada dalam keadaan baik. Sejurus kemudian, ketiga-tiga krew itu dibawa ke Kustanai, bandar di sempadan Kazakhstan-Russia sebelum diterbangkan sejauh 1,500km ke Lapangan Terbang Chkalovsky milik tentera Russia berhampiran Star City, di sini.
- Sumber : Berita Harian Online


Syabas Mouriey's ucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana telah berjaya mengharumkan nama negara dan telah membuktikan Malaysia Boleh! Pas balik keje, Mouriey's tros terpacak depan tv. Excited nak tengok pendaratan kapal angkasa Soyuz TMA-10. Tapi petikan pendataran tu tak ditunjukkan. Huhuhu.... Malam, Mouriey's duk umah jek. Bersms ngan dah senak tuh.... Wakaka!! Lentok kol 10.30.... Hikss!!

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...