Monday, February 4, 2008

Kerana Mulut

Assalamualaikum wbt....

For entry ari nih... I have no idea.... Otak blurrr... Hati hancur berkecai... Kalo ikutkan hati yang rabak nih, malas nak hapdet blog. Cam gampang jek. Kepada sesiapa yang tak kenal Mouriey's a.k.a Along nih.... mungkin orang tu akan ingat aku ni pendiam, mudah dipijak2 kepalanya, tak berani melawan, marah2... Tapi kalo yang kenal saper aku nih, tau laa camner. Termasuk mung kan, Jard?? Mung tau laa kan aku nih jahat, mulot cam lahanat, suka sakitkan hati orang, tak pandai jaga hati dan perasaan orang, suka laga2kan orang.... Sumer yang jahat2 letak kat aku la. Orang lain jek yang perfect, hebat...

Hati manusia ni kadang2 sukar nak difahami, diselami... apa yang dia mahukan, apa yang dimaksudkan. Ye lah, dimulot kata lain, dalam hati nawaitunya lain. Aku kadang2 penat duk amek peduli pasal orang lain, konon nak jaga hati 'orang tu', dibelai, dimanja bagai..... Tapi yang dia tahu, berkali-kali mempermaikan perasaan aku. Aku tak tau apa yang dia nak sebenarnya. Sekejap cakap camtu, sekejap camni. Alih-alih dia cakap bergurau plak.... Ngan aku nih sekali naik biol.... Seolah2 dia memberi harapan kepada aku, sedangkan tak siapa yang tak tahu samada itu hanyalah gurauan atau hakikat. Aku rasa, dia sendiri tak tau apa yang dia nak. Yang aku tahu, hati aku ni dah berkali-kali dilukai. Kata-kata dia membuatkan aku taknak percaya. Aku pernah cakap kat Jard. Hati kawan2, hati orang yang kita sayang... salu nak kene jaga. Tapi hati kita?? Ada dia amek peduli??

Semalam mak bonda kuarkan lagi topik yang membuatkan aku lemah longlai, nak gugur berderai airmata nih. Bila nak kawin? Mak aku ni cam desperate jek... Tros aku cakap kat mak, alerr kalo ader, ader laa tu.... Blom sampai masa lagi. Malas nak bertekak ngan mak... Buat muka seposen, buat tak dengar. Mama tak tahu, apa yang berlaku dalam hati Along sekarang nih. Saat ni, aku mahu menjerit sepuas hatiii!!!!!!!!!! Mahu saja aku menangis semahu2nya.

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku antara kita. Senang untuk awak mengucapkan kata2 itu. Sedangkan saya hidup disini dengan pengharapan yang tinggi terhadap awak. Cukuplah setakat ini penderitaan yang saya lalui. Saya yang terlalu bodoh, berdegil untuk terus menerus menyayangi awak. Pergilah.... carilah apa awak rasa terbaik untuk diri dan kehidupan awak yang akan datang. Saya hanya diibaratkan seekor serangga perosak yang mampu merosakkan hubungan seseorang. Semoga awak berjaya dalam hidup, jumpa orang yang awak kasihi dan sentiasa dalam keadaan keredhaan Allah hendaknya. Maafkan saya sekiranya selama ini saya banyak menyusahkan awak dan melukakan perasaan awak. Selamat tinggal.

2 comments:

  1. ek eleh... poyo ar! udah ler tuh.. ko ngan aku lebih kurang jek..
    [larikkkkk!!!!!!!!!]

    ReplyDelete
  2. Hawau ko Jard...
    Ko larikk aku kelong nge alu lesong... Padam muke mung!!

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...