Tuesday, July 7, 2009

Micheal Jackson's Ghost??


Betul ke roh Micheal Jackson (MJ) berkeliaran di kediamannya di Neverland?? Sama-sama kita saksikan kesasihannya. Mungkinkah ia benar seperti sesetengah dakwaan yang mengatakan MJ tidak mahu mati dan meninggalkan kediamannya itu? Dan ini menyebabkan rohanya masih berkeliaran walaupun beliau sudah meninggal dunia hampir 2 minggu yang lalu? Atau sekadar illusi?? Urmm....



LOS ANGELES : Nampaknya kematian Michael Jackson mencetuskan pelbagai fenomena, termasuk dakwaan rohnya masih berkeliaran di kediamannya di Neverland. Dalam satu klip video di rumah besar raja pop itu, peminat mendakwa bayangan di hujung laluan di rumah berkenaan membuktikan kehadiran roh Michael. Ia adalah khabar angin terbaru mengenai Michael sejak kematiannya hampir dua minggu lalu. Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa konsert jelajah dunia Michael akan diadakan menggunakan teknologi hologram. Mayat Michael juga didakwa akan ditanam tanpa otaknya kerana ia perlu menjalani ujian makmal. Rakaman video di Neverland itu dibuat Miko Brando - anak kepada legenda filem, Marlon Brando - bersama jurukameranya. Pada peringkat awal, tiada sesiapa menyedari kewujudan bayang yang didakwa roh Michael itu. Namun, selepas rakaman berkenaan dipaparkan dalam laman web YouTube, khabar angin mengenainya merebak dengan cepat di Internet. Pengunjung turut meninggalkan komen dan berdebat dengan penuh minat mengenai kemungkinan roh Michael kini berkeliaran di Neverland. Seorang daripada mereka meninggalkan komen: “Ya, itu adalah MJ (Michael Jackson), malah gaya rambutnya menjadi bukti...!! Dia tak mati!” - dipetik dari MyMetro Online.

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...