Saturday, August 8, 2009

Infulenza H1N1 + Heartbreak

Assalamualaikum wbt....

Sekrang nih macam-macam dah berlaku kat Mesia. Kes terbaru, wabak penyakit Influenza H1N1 yang telah melanda Mesia. Setakat ni, dah 18 orang mangsa terkorban. Huhuhu.... Dunia akhir zaman. Allah turunkan berbagai bala bencana dan
wabak penyakit. Ya Allah... takot rasanya. Kat tempat aku keje, ader beberapa orang pekerja demam-demam. Harap-harap laa bukan wabak tu. Selisih malaikat 44! Nampak gayanyer aku kene pakai mask r datang keje besok. Huhuhu....

Aku nak cter pasal aku pon dah takder mood rasanya. Kalo bleh, nak aje luahkan kat blog nih. Nak aje aku maki hamun... biar puas hati aku. Tapi takleh... aku bukannya jenis yang suka sangat maki hamun orang. Tak baek tau. At least aku pendamkan aje. Biar Tuhan balas.... Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Untuk dia, aku sanggup korbankan walaupun 10 orang kekasih hati. Dia umpama seorang kakak; Kakak yang terbaik buatku. Cukuplah setakat ini keperitan dan kepedihan yang aku rasakan. Aku nak idop bahagia dan mencari keredhaan-Nya.. insyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...