Wednesday, November 28, 2007

Berc0ti....

Assalamualaikum wbt.....

Hye uol's... maaflah lama Mouriey's tak hapdet blog. Bukan menyepikan diri, walau hakikat masalah seringkali mengganggu-gugat jiwa ini. Mouriey's ke Kuantan selama 5 hari. Emak saudara Mouriey's belah mak bonda Moriey's, yakni kakak pada mak bonda telah menjalani pembedahan membuang barah pangkal rahim / fibroid. Barah tu dah merebak keseluruh rahim dan terpaksa buang skali ngan rahim. Lagipun mak saudara dah nak menopous.

Moriey's bertolak dengan menaiki bas ekspress Transnasional pada hari Khamis, jam 9.30 pagi. Dah lama benor Mouriey's tak naik bas. Biasanya naik kete. Mouriey's gi ngan satu famili, kecuali ayah. Ayah takder, tu pasal laa kene naik bas. Leceh tol.... Memula ok lagi, sempat tido...and then sampai jek kat Kemaman, kepala dah mula rasa pening, tekak loya. Nak muntah!! Alamak.... Mouriey's dah kene mabuk bas. Huhuhuhu.... Dalam 30 menet, kami berhenti makan kat hentian rehat di Bandar Baru Chenor kalo tak silap. Mouriey's gi tandas, cuba jolok. Tapi tak muntah. Nak pitam lak rasanya. Tapi sempat lagi balun burger sebijik...

Sampai kat stesen bas Kuantan kol 2.00 lebih. Hello kat sepupu suh datang amik, campak kami kat umah mak dia. (Kakak ayah) Tros terbungkam...cam nak pecah kepala nih. Hari Jumaat petang, baru gi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Cian kat mama (panggilan kat mak saudara).... Mouriey's pon dah kene operate sekali. Masa tu Mouriey's dalam keadaan sedar. Malu siot!!! Malamnya main-main ngan anak sepupu, si Nabila Aisya. Dah boleh bertatih, makin comel dier. Geram sangat.... Hikss!! Mak bonda Mouriey's tido kat hospital, jaga mama.

Ayah datang ke Kuantan pada hari Sabtu malam. Ingatkan dah boleh balik hari Ahad tu.... tapi tak jadi, balik hari Senin. Huwaa.... dah ler aku boring tahap cipan nih...terperap jek kat umah. Bukan gi mana-mana pon!! Pagi Senin tu gi shopping jab sblom tunggu waktu melawat kat spital. Petang kol 6, barulah bertolak pulang ke Terengganu. Sakit bontot nih duk dalam kete lelama. Sampai kat umah dah tengah malam, bersih umah cket. Ye la, lima hari tinggalkan umah..... Pas mandi, tros masuk tido. Ngantuk, pening kepala... Kroihh...Zzz...

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...