Saturday, November 3, 2007

Drifting

Assalamualaikum wbt....

Semalam Mouriey's pi tengok pameran keta - Apungan Keta ~ Drift kat Taman Syahbandar. Best gak tengok. Actually Mouriey's tak tau plak ader orang drift keta kat kawasan tu. Sebab malam Jumaat tu Mouriey's ngan famili kuar jenjalan cari makan. Pastu adik-adik ajak pi lepak kat Taman Syahbandar, leh tengok orang mengail. Tetiba Mouroey's dengar cam bunyik enjin keta. Semacam jek. Ingatkan ader racing, sprint test keta. Tup tup derang nak drift.... Tapi sayang masa tu Mouriey's tak sempat nak rakam pasal kamera Mouriey's tak bawak. Rugi siot!!!

Memang gila-gila ah derang drift. Alerr cam dalam citer kartun INITIAL D tu...... Mungkin derang wat latihan, panaskan litar. Esoknya (Jumaat) brau derang buat persembahan. Pas latihan tu berakhir, ader berlaku cket kekecohan apabila seorang budak lelaki disyaki ingin mencuri sebuah motorsikal tapi sempat ditangkap orang ramai. Ehmm biasalah...orang-orang Terengganu ni murah hati cket. Seblom derang bawak budak tu ke balai, derang belasah dulu. Tapi, taklah sampai parah. Tengok keadaan budak tu pon ada gak la bengkak-bengkak kat muka dia. Padan muka!


So... pagi semalam, pas makan nasi dagang kat Chendering (terserempak ngan Papa Rock - Ramli Sarip ~ masih lagi otai rock...) tros jek ke destinasi yang dituju. Tapi agak mengecewakan cket pasal Mouriey's dah banyak terlepas adengan-adengan yang mendebarkan. Huhuhu..... Cuma Mouriey's sempat rakam cket jek. Tu pon derang bawak penonton bertuah naik keta yang derang drift. Best kan? Mouriey's ingat nak naik gak... tapi ayah tak bagi. Mouriey's pon bukan berani sangat. Cuma nak rasai pengalaman naik keta tuh. Mouriey's tak sempat nak snap gambau salah seorang drifter, Tengku Djan. Alerr yang iklan panadol ActiFast tu...yang main go-kart tuh... Alahaiii kempunan gue. Hujan plak turun mencurah-curah, apalagi cabut balik la... Huhuhu!!!



~ Maaf jika video kurang memuaskan ~

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...