Monday, May 7, 2007

Haruskah...


Bercakap pasal kehidupan…hidup ini terlalu indah untuk dinikmati. Untuk mengecap nikmat bukanlah sesuatu yang mudah… kita hidup didunia ini memerlukan seorang teman disisi kita. Berkongsi suka dan duka, menghulurkan tangan ketika kita memerlukan bantuan. Mouriey’s plak.... masih begini, tercari-cari kemana arah tuju Mouriey’s. Pernah hati ini tertanya-tanya, sampai bila aku harus begini? Apa yang aku cari sebenarnya? Cinta sejati? Kadang-kadang keliru Mouriey’s dibuatnya. Mouriey’s lebih senang menyintai dari dicintai. Entah laa... Kawan-kawan Mouriey’s ramai yang dah berkeluarga. Mulut ni pulak terasa ringan je nak menjawab ‘tak mau laa kawin…’ bila ada kawan-kawan atau saudara mara yang tanya. Orang tua-tua ada biasa pesan, klau sekali anak dara cakap camtu, sampai bila-bila dia takkan kawin. Mungkin ada betulnya...... bukannya betul-betul taknak kawin. Just untuk elakkan diri daripada soalan camtu. Saper yang taknak kawin. Semua orang nak kawin kan? Tapi Mouriey’s rasa blom sampai masanya, blom sampai seru lagi....

Mouriey’s ada berkawan rapat ngan budak lelaki ni. Mouriey’s senang berkawan dengannya. Seorang yang happy go lucky, suka melawak, romantik. Umurnya 3 tahun lebih muda dari Mouriey’s. Hampir setengah tahun kami kenal. Seingat Mouriey’s hanya 2 kali je kami berjumpa. Baru-baru ni dia ada contact Mouriey’s. Dia ada menyatakan hasrat untuk menyunting Mouriey’s. OH TIDAK!! Adakah aku bermimpi?? Mouriey’s terkedu... Sampai macam tu sekali... Bagi Mouriey’s ia satu penghargaan buat Mouriey’s. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang tahu untuk menghargai dan menyintai diri ini. Mouriey’s sedar, Mouriey’s banyak kekurangannya. Rupa menjadi ukuran dalam bercinta. Orang macam Mouriey’s ni rasanya tak siapa memandang. Tapi Mouriey’s bersyukur kepada Allah Taala, kerana dikurniakan wajah yang sempurna. Bukan Mouriey’s tidak mahu menerimanya, tapi dia terlalu muda untuk Mouriey’s. Mouriey’s bimbang kalau-kalau mahligai yang dibina nanti roboh ditengah jalan. Dah berkali-kali Mouriey’s terangkan padanya, kawin bukan perkara main-main! Kita nak hidup bukan untuk sehari dua, tapi hingga ke akhir hayat. Namun dia tetap berkeras, katanya dia sudah fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Malah ibubapanya sudah sedia maklum perkara ni. Ya Allah.... mahu saja Mouriey’s menjerit masa tu. Jantung ini terasa seperti mahu tercabut dari tangkainya. Dia juga menyatakan hasratnya untuk datang kerumah untuk berjumpa dengan mak ayah Mouriey’s. Tapi Mouriey’s menghalang. Tak tahulah apa natijahnya nanti bila mak ayah Mouriey’s tahu tentang perkara ni. Mouriey’s keliru... takut, bimbang.... semuanya bercampur-baur.

Biarlah, apa salahnya jika kita menerima cinta seseorang jika seseorang yang lain yang kita cintai tidak menghargai cinta yang kita berikan. Seseorang pernah berkata, kita harus mencintai orang yang mencintai diri kita. Biar ‘dia’ sendiri yang datang kepada kita, dan menyerahkan cintanya kepada kita dengan sepenuh hati.... Mungkin Mouriey’s patut belajar mengenai perkara ini. Belajar menyintai orang yang mencintai diri Mouriey’s. Mouriey’s sudah penat kerana terlalu murah hati memberikan cinta kepada Mouriey’s kepada orang lain sedangkan ianya tidak pernah dihiraukan. Terlalu pedih rasanya bila cinta kita yang diberikan disia-siakan.... InsyaAllah, Mouriey’s akan berbincang perkara ini dengan mama Mouriey’s terlebih dahulu. Apa saja yang keluar dari mulut mama, baik atau buruk... Mouriey’s akan terima. Harap kalian doakan Mouriey’s. Mouriey’s dah malas nak pikir lagi dah hal cintan-cintun ni... Penat sangat.... Ehmm... lega rasanya dapat berkongsi masalah dengan uol’s. Terasa ringan beban yang ditanggung. Harap-harap laa kan, Mouriey’s dapat membuat keputusan yang betul untuk hidup Mouriey’s.... See u again...

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...