Wednesday, May 2, 2007

Kata-Kata Terakhir - BKS

Akhirnya giliran saya terkeluar pada minggu ini. Terkedu... Peluang yang diberikan oleh hakim – Kak Red, nampaknya sia-sia. Walaupun kadang-kadang saya fikir saya telah pun buat yang terbaik. Ternyata tugasan yang saya selesaikan ini tidak berjaya menyakinkan pihak juri dan advokat. Apa yang penting, saya dah sedaya upaya menyiapkan tugasan yang diberi dan mampu bertahan hingga ke minggu ketiga. Sememangnya saya rasa saya tidak berkebolehan dalam mengarang. Mungkin ini kelemahan saya. Ada ketikanya saya tidak memahami soalan dan tidak menumpukan sepenuh perhatian.

Ucapan terima kasih saya tujukan kepada Blogger Kickstart terutama UjangMD & Kak Red, kerana sudi memilih saya untuk menyertai Blogger Kickstart ini. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun saya masih baru dalam dunia blogger ini, dengan menyertai Blogger Kickstart, banyak yang telah saya pelajari. Bagi saya ia amat berguna dan berharga. Dengan menyertai Blogger Kickstart, secara tidak langsung saya mendapat ramai kenalan dan mengeratkan silaturrahim antara peserta Blogger Kickstart. Saya juga berasa amat gembira dan bertuah dan menyertai program seumpam ini.

Buat rakan blogger saya, intan, kurt_kuden, katarsis, kriesz, syawaludin, bro rick & maliha anoushka, teruskan usaha anda. Sememangnya anda merupakan yang terbaik yang pernah saya kenali. InsyaAllah saya akan menyokong anda semua. Teruskan usaha anda dan buat yang terbaik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat juri jemputan minggu ketiga iaitu Puan Pearl yang sudi menilai hasil kerja kami. Kepada mereka yang sentiasa menyokong saya, terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

No comments: