Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu

MySpace Graphics

~SELAMAT HARI IBU ~

Hye uol's.... Selamat Hari Ibu buat Ibu-Ibu di Malaysia....:) Pagi tadi Mouriey's dah ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama Mouriey's yang tersayang. Mouriey's mengucapkan Selamat Hari Ibu Mama... Lantas mencium di kedua-dua belah pipinya.... Dengan harapan agar Mama dipanjangkan usia, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan hidup ceria disamping keluarga yang tercinta... Mouriey's mengkagumi Mama Mouriey's sebagai ibu Mouriey's. Dah bersyukur sangat2 dapat ibu macam Mama...

Buat Mama yang Along kasihi...

Mama...
Di mata Along, Mama seorang yang tabah, cekal dan kuat semangat ketika mengharungi saat2 getir suatu ketika dulu apabila melibatkan keluarga
sendiri. Along faham perasaan Mama ketika itu, betapa hancur luluhnya hati seorang isteri. Hanya pada Along tempat Mama meluahkan rasa sedih, terkilan dan kecewanya. Tapi, Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan rumahtangga yang dibina hampir 24 tahun. Bagi Along, itu adalah dugaan yang paling besar buat Mama. Alhamdulillah, akhirnya... ketabahan Mama terbalas. Hidup Mama kembali ceria. Along tahu, hati Mama sentiasa merintih dan menangis walau hakikatnya tidak setitik pun airmata yang tumpah. Along tak mahu lagi melihat Mama dalam kesedihan. Selama ini, Mama sudah banyak kali terluka…

Mama...

Menjaga kami adik-beradik bukanlah sesuatu yang senang. Dengan berbagai karenah, membuatkan Mama sering tegang dan membuatkan Mama meradang. Lebih2 lagi sekarang ini Mama mengalami tekanan darah tinggi. Kami tahu, kami tidak sepatutnya membuat Mama lebih tertekan. Maafkan kami Mama!! Terutamanya Along, sering yang membuatkan Mama sering terluka. Maafkan Along, Mama. Maafkan!! Along tahu, Mama sayangkan Along. Sebab itulah bila Along menyatakan hasrat untuk mencari kerja diluar, Mama membantah. Setiap kali Mama membantah, Along akan menarik muncung... tanda protes dengan keputusan Mama itu. lama-kelamaan Along sedar, apa yang Mama la
kukan itu semata-mata tak mahu apa2 terjadi pada anak perempuan tunggalnya ini. Mama terlalu risaukan Along, takut terjadi perkara yang tidak elok....

Mama...
Betapa besar pengorbananmu, menjaga dan memelihara kami adik beradik. Sejak dalam kadungan; selama 9 bulan hinggalah dilahirkan, dari tapak kaki sebesar dua jari sehingga kami dewasa.... kasih sayang Mama sebagai seorang ibu tetap utuh terhadap kami, tidakpun berubah. Kerana Mama, kami dapat melihat bulan dan matahari, melihat alam yang indah ini. Mama tidak pernah minta sebarang balasan dan tidak pernah
meminta ganjaran kerana telah menjaga dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada kami! Kami pula, bila diminta oleh Mama untuk membelikan barang keperluan, dengan mudah meminta upah. Mama hanya mendiamkan diri dan menghulurkan wang seperti yang diminta. Mama sedaya upaya memberi kesenangan kepada kami. Apa saja yang kami hajati dan diluahkan kepada Mama, akan cuba dipenuhi oleh Mama. Terima kasih Mama!

Mama....
Tak sanggup rasanya untuk Along bayangkan bila
Along berjauhan dari Mama. Maklumlah, Along dan Mama tidak pernah berenggang. Kita diumpamakan seperti kawan rapat, malah seperti adik dan kakak! Segala suka dan duka, gelak tawa, kita kongsi bersama… Ketika Along melanjutkan pelajaran di salah sebuah Institusi di Terengganu, malam pertama tinggal di hostel Along sudahpun menangis sendirian walaupun ketika itu Along dah dapat kawan baru. Hampir sepanjang malam Along menangis dan kekesokan paginya Along mengalami pendarahan hidung. Tidak pernah Along mengalami keadan sebegitu. Ketika itu mahu saja Along menjeri memanggil Mama! Terasa kosong hidup Along bila berjauhan dari Mama.

Mama…
Mama pernah bercerita kepada kami adik-beradik betapa senangnya kehidupan kami kini. Apa yang dihajati, mudah diperolehi. Zaman kanak2 Mama dipenuhi dengan kerja2 yang memenatkan, membantu ibu Mama menambah pendapatan. Tidak ada masa untuk bermain seperti kanak2 lain. Hinggakan kasar tapak tangan Mama kerana setiap hari setelah pulang dari sekolah, Mama mengambil upah menggiling lada. Cuba kita perhatikan, adakah tapak tangan kita terasa kasar seperti kertas pasir atau lembut bak sutera? Moral daripada cerita Mama ialah sejak kecil lagi Mama sudah belajar hidup berdikari, mencari rezeki untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga. Kami sedar, kami kini tidak perlu bersusah payah seperti itu. Tiap-tiap hari Mama akan berikan duit belanja sekolah. Along yang sudah
bekerja, tahu betapa peritnya mencari duit walaupun tidak perlu menggiling lada. Sekarang Along telah cuba untuk hidup berdikari, mencari duit dengan usaha sendiri. Terima kasih Mama…

Mama…
Terima kasih sekali lagi kerana menjaga dan menyayangi kami. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati Along dan adik2 yang lain agar tidak melupakan dan mengabaikan Mama. InsyaAllah, kami akan menjaga dan menyayangi Mama sepertima
na Mama menjaga dan menyayangi kami selama ini. Kami tidak mahu menjadi anak yang membelakangkan ibunya, derhaka pada ibunya…. Kerana sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu…. Setiap anak yang derhaka kepada ibunya akan mendapat balasan yang setimpal ketika di dunia dan di akhirat sana. Seboleh-bolehnya kami tak mahu jadi anak derhaka pada ibunya. InsyaAllah.

~ LOVE U ALWAYS ~
SELAMAT HARI IBU, MAMA!!

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...