Saturday, May 12, 2007

Pastikan

"Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas

Niatku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang

Bila Belum Kau Bahagia

Sejauh Langit Di Atas

Kan Ku Kejar Bahagiamu..."


Semenjak dua menjak ni, Mouriey's banyak sangat berfikir. Hati tak tenteram, makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah..... Dah angau lagi ke aku nih? Asyik teringatkan kat seseorang... I'm fall in love again? Oh tidakkk!! Is that true? My God!! I can't believe it.... Nak tido malam seringa teringat 'si dia'.... Ya Allah, apa dah jadi pada aku ni?


Betul, sukar Mouriey's nak lupakan dia. Seringkali muncul dalam fikiran Mouriey's.... Pernah Mouriey's 'berperang' dengan perasaan sendiri apabla menafikan hati ini menyimpan perasaan terhadapnya. Semakin kuat Mouriey's nak lupakan, semakin kuat rasa sayang ini... Mouriey's mengaku Mouriey's ni kadang2 mudah tersentuh hatinya, mudah jatuh hati dan mudah pula patah hati. Sehingga berdosa Mouriey's rasakan apabila terlintas difikiran, 'Ya Allah, kenapa Kau berikan aku hati yang sebegini rapuh dan lemah? Aku tak sanggup lagi hidup dengan hati yang sebegini lemah.... Terlalu mudah aku untuk menyintai seseorang... Kenapa aku dikurniakan hati yang terlalu mudah dihancurkan oleh seseorang yang aku kasihi? This is not fair!! Tak adil...' Saat itu, hanya airmata menjadi jawapannya... Seketika kemudian, Mouriey's merasakan Mouriey's begitu berdosa dan bersalah kerana mepersoalkan semua ini. Mouriey's seharusnya sedar, bahawa setiap yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya. Ntah la... itu semua kerja Tuhan. Mouriey's tak sepatutnya mempertikan semua tu. Ya Allah, ampunilah aku.....

Bukan sekali hati ini dihancurkan, sudah banyak kali. Pernah Mouriey's ditinggalkan setelah menyemai kasih selama hampir 2 tahun... Tiada sebarang khabar berita darinya. Doa Mouriey's hanyalah semoga dia berbahagia hendaknya. Mouriey's tak mahu berdendam, kerana lama-kelamaan perasaan dendam itu akan memakan diri. Dan diberikan peluang bertemu kembali, hanya satu Mouriey's inginkan, penjelasan darinya. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti... Kata orang cinta pandang pertama sukar nak dilupakan. Ada betulnya... Mungkinkah Mouriey's tidak bernasib baik dalam bercinta? Entahlah... Mungkin begini sudahnya cerita kasih Mouriey's, tidak berkesudahan menunggu 'dia' yang tak kunjung tiba.....

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...