Friday, June 15, 2012

Fasa Kehidupan

Assalamualaikum wbt & Good Day...

Jumpa lagi kita ye.. Hehehe. Tatau laa nape tak kene ngan haku nih. Makin hari makin malas nak hapdet blog. Sunyi, sepi jek... Tak seceria blog-blog yang lain. Hurmmm??? Alhamdulillah tak lama lagi aku akan melangkah ke fasa yang baru dalam hidup aku. Fasa ini ku kira adalah Fasa Keempat.. (kunun-kunun laa...hikhikhik!) 

Fasa Pertama : Dilahirkan, dibesarkan dengan didikan dan kasih sayang yang aku rasa cukup sempurna, Alhamdulillah. Fasa Kedua : Kebudak-budakan dan mula mengenal apa itu alam persekolahan dan tuntutan dalam mencari ilmu, mencari erti sebuah persahabatan, merasai sakit apabila dikhianati, merasa dikasihi, diminati dan kesedihan. 

Fasa Ketiga : Tamat belajar dan mula mencari hala tuju selepas ini... Mula merasai untuk memiliki duit poket sendiri... (alaaa memang lah lepas abis skolah nak laa merasa pegang duit sendiri, imbuhan atas penat lelah yang kita lakukan, kan?  :D Takkan nak duk melepak kat umah, makan tido, mintak duit ngan mak bapak ataupun tunggu orang masuk minang..(Macamlah aku ni lawa sangat.. Mwahaha!!)

Fasa Keempat : Setelah bekerja bertahun-tahun, mula terdetik di hati untuk merasai plak nikmat berumahtangga... (Duit yang dikumpul tu dah ckup ke?? Hehehe..) Sudah menjadi lumrah hidup manusia, mempunyai naluri untuk hidup berkeluarga. Menambah umat Nabi Muhammmad S.A.W dan meneruskan pewaris Nabi Adam A.S. Inilah Fasa yang bakal aku lalui... Amat mendebarkan dan terfikir bagaimanakah hidup aku selepas mendirikan rumahtangga dan hidup berkeluarga. Wallahu'alam...

Fasa Kelima : Berlaku apabila aku dimamah usia, tua, mempunyai anak cucu cicit... Sakit demam, terlantar kaku dan akhirnya kembali Sang Pencipta. 

Hidup ini umpama  roda.. Tak selamanya kita diatas dan tak selamanya kita senantiasa muda. Berjiwa muda lainlah kot. Sepertimana kita mula-mula dilahikan, ada orang yang memandikan, memakaikan pakaian dan menyuapkan makanan serta memberi kasih sayang. (Iaitu ibu bapa kita)  Begitu lah kita ketika kita sudah berusia dan tidak lagi mampu untuk menguruskan kita. Anak cucu pula yang akan mengambil alih, memikul tanggungjawab sama seperti yang ibu bapa telah berikan. So, takkan nak biarkan mereka menutup mata baru kita nak laksanakan tanggungjawab kita? Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..! (Cam Prof. Izzi laa plop... :D)

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...