Monday, June 18, 2012

Luahan Hati - Part 2

Assalamualaikum wbt & Good Day

Selama aku mengenalinya, berada di hati aku.... Aku mula rasa curiga. Mula timbul pelbagai persoalan. Adakah dia orang yang tepat untuk aku jadikan suami? Adakah dia ikhlas dan jujur menerimaku? Sanggupkan dia untuk sehidup semati denganku? Hidup susah senang bersama? Mungkin ini adalah sebahagian ujian yang Allah turunkan kepada kami. Yelah, orang kata.. selama dalam tempoh bertunang ni, macam-macam benda berlaku, macam-macam masalah kita kena hadapi. Hal yang kecil, remeh boleh jadi besar. Merumitkan... Hati mudah tersentuh, rapuh, terluka, terguris.. Walhal perkara yang kecil. 

Rawan seorang perempuan. Hatinya amat rapuh, begitulah aku. Terkadang aku tak mengerti apa aku mahu, atau apa yang dia mahu. Ya, aku akui aku amat menyayanginya. Bersyukur atas kurniaan Allah, menemukan aku dengan lelaki sepertinya. Aku sedaya upaya yang mungkin untuk tidak membuat hatinya terluka. Habis, hati aku macamana? Adakah hanya hati kaum lelaki yang perlu kita jaga? Ingatlah, kaum Hawa dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S. Kenapa diajadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S? Sebab ianya dekat dengan jantung, hati... Dalam apa jua keadaan, kaum Adam boleh menjadi pelindung kepada kaum Hawa, memiliki, memahami dan menyayanginya... Bukan untuk menyakitinya.

Jika mahu diberikan nasihat, berilah nasihat dengan cara yang paling halus, paling baik... Cuba kita lihat tulang rusuk. Ia bengkok bukan? Bukan senang untuk meluruskannnya. Jika kita terlalu kasar, ia akan patah. Seboleh-boleh nya berlembutlah dengan kaum Hawa. Jaga hatinya, jaga perasaannya. Perempuan bersifat manja, mahukan belaian, mahukan kasih sayang.. Aku harap hubungan kami yang terjalin kini akan berkekal dan kami akan saling melengkapi. Kelebihannya akan menutupi kekurangannya dan kelebihanku akan menutupi kekurangannya.  

Aku hanya mahukan sebuah keluarga yang bahagia, bukan saja didunia, malah akhirat. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, suami yang boleh membimbing aku, menjadikan aku seorang muslimah dan memberikan keharmonian dalam hidup berumahtangga serta memberkati hidup kami sekeluarga. InsyaAllah, semoga Allah akan mempermudahkan segala-galanya. Buat masa ini, biralah aku yang menanggung rasa sakit, perit dihati ini. Cukuplah...

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...