Sunday, June 17, 2012

Luahan Hati - Part 1

Assalamualaikum wbt & Good Day

Aku sebenarnya tak kisah ada orang nak baca ke, taknak ke, anggap blog aku ni cam sampah, tak berfaedah, useless.. lantak koranglah. Apa yang penting aku ada tempat nak luahkan apa yang aku pendam, apa yang terbuku di hati memandangkan aku sekarang ni sukar untuk meluahkan sesuatu. Aku lebih suka pendam masalah aku, even with my fiancee.

Nak luah kat mak, mak pun dah cukup banyak dengan masalah yang ayah aku timbulkan. Fullstop. Setakat ni yang perlu aku perkatakan. Aku rasa ini hal peribadi keluarga kami. Walaupun aku dan mak, mungkin adik-adik aku yang lain sudah lama memendam rasa, kecewa dengan sikap ayah sejak lima tahun kebelakangan ini. Bermacam ujian yang Allah turunkan buat kami sekeluarga. Aku redha... Orang ramai akan melihat pada luarannya kami adalah sebuah keluarga yang bahagia, harmoni, gembira... Hakikatnya wajah kami bertopengkan keceriaan dan kegembiraan. Didalam diri dan hati masing-masing mempunyai satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Pretending about the truth.. Memang menyakitkan. Hari-hari yang dilalui seolah-olah sebuah lakonan, menyembunyikan perasaan yang sebenar.

Aku lebih rapat ngan mak berbanding ayah. Walaupun dalam perkara tertentu, tak semua aku luahkan pada mak. Mungkin bagi sesetengah orang, mak bukan sekadar "Mak" tapi lebih dari itu, boleh dibuat kawan. Tempat meluahkan perasaan, berkongsi suka duka dan masalah. Mak boleh berkongsi airmata dengan aku, tapi seboleh-bolehnya aku akan cuba untuk tidak menitiskan airmata. Aku mahu kelihatan kuat, tabah bila didepannya. Sebab aku tahu, bila aku turut sama mengalirkan airmata, aku akan menjadi lemah, tidak akan menjadi sumber kekuatan mak nanti. Maafkan aku mak!

Kadang-kadang terdetik dihati, adakah aku akan lalui pengalaman sepertimana yang mak aku telah lalui. Adakah nasib kami sama? Tak guna berjanji sumpah setia ketika bercinta, akhirnya dikhianati sumpah itu sedangkan nyawa masih dikandung badan dan sudahpun melalui alam perkahwinan yang telah berusia puluhan tahun. It's not fair, right? Who is to blame? Husband or wife?? Apalah salahnya sama-sama melestarikan sumpah itu sehingga ke akhir hayat... Adakah pengorbanan dan kesetiaan selama ini tidak cukup baginya?? Aku telah melihat, mendengar, memahami semua perkara, baik buruk, sejak aku kecil hingga dewasa ini. Aku cukup takut jika aku tidak setabah mak. Aku takut jika aku bertindak diluar batasan seorang manusiawi. Aku takut Ya Allah... Engkau tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah!

Tak lama lagi aku akan mula hidup berkeluarga. Harap semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah... Biarlah aku bersakit ketika ini, jangan bersakit di kemudian hari. Aku tahu, adat berumahtangga bila berlaku salah faham.. Bak kata pepatah, sedangkah lidah lagi tergigit. Dan aku harapkan ia tidaklah berlarutan. Aku mahu istana yang dibina dengan kasih sayang, sumpah taat setia dan dihiasi dengan zuriat yang berharga nanti akan berkekalan. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...