Nak cter pasal semalam plak. Hehehehe. On da way nak balik umah, hujan lebat. Tempat kejer Mouriey's ngan umah jaraknya dalam 15 minit perjalanan. (Naik motor...) Agak2 dalam 8-9 km kot? But I'm not sure about that. (Wahh speking London nampak...Ekekekeke) Baju hujan ada, tapi malas nak pakai. Lama tak main hujan, alaa gerimis je. Bukan lebat sangat. Lantak laa... Best main hujan. Basah jeruk orang ganu kata. (Basah kuyup le kata orag K.L) Masa tu la memori datang bertandang. Tetiba je rasa sayu... Dengan suasana yang suram, sejuk... Terasa lain macam. Teringat la kat mamat sorang nih. Actually tak tau naper masalahnyer. Mouriey's dah mintak maaf banyak kali. Mungkin berat untuk dia memaafkan Mouriey's. Mouriey's tak nak jadikan dia musuh Mouriey's. Mouriey's tak nak bermusuh dengan dia pon. Hanya satu jer Mouriey's nak, iaitu kemaafan dari dia.... Andainya pintu hatinya dah tertutup untuk memaafkan Mouriey's... Mouriey's redha. Memang salah Mouriey's pon, tak pandai bergurau. Sedar tak sedar Mouriey's dah nak sampai kat umah. Sampai jer kat umah, Mouriey's tros gi mandi. Tido pon awal, belum kol 10.00 dah lentok dah.... Sakit kepala, selsema... Gatal sangat main hujan, kan dah cari penyakit namanya tuh... Kroihh.... Zzzz...
Monday, April 30, 2007
Cute Tak??
Nak cter pasal semalam plak. Hehehehe. On da way nak balik umah, hujan lebat. Tempat kejer Mouriey's ngan umah jaraknya dalam 15 minit perjalanan. (Naik motor...) Agak2 dalam 8-9 km kot? But I'm not sure about that. (Wahh speking London nampak...Ekekekeke) Baju hujan ada, tapi malas nak pakai. Lama tak main hujan, alaa gerimis je. Bukan lebat sangat. Lantak laa... Best main hujan. Basah jeruk orang ganu kata. (Basah kuyup le kata orag K.L) Masa tu la memori datang bertandang. Tetiba je rasa sayu... Dengan suasana yang suram, sejuk... Terasa lain macam. Teringat la kat mamat sorang nih. Actually tak tau naper masalahnyer. Mouriey's dah mintak maaf banyak kali. Mungkin berat untuk dia memaafkan Mouriey's. Mouriey's tak nak jadikan dia musuh Mouriey's. Mouriey's tak nak bermusuh dengan dia pon. Hanya satu jer Mouriey's nak, iaitu kemaafan dari dia.... Andainya pintu hatinya dah tertutup untuk memaafkan Mouriey's... Mouriey's redha. Memang salah Mouriey's pon, tak pandai bergurau. Sedar tak sedar Mouriey's dah nak sampai kat umah. Sampai jer kat umah, Mouriey's tros gi mandi. Tido pon awal, belum kol 10.00 dah lentok dah.... Sakit kepala, selsema... Gatal sangat main hujan, kan dah cari penyakit namanya tuh... Kroihh.... Zzzz...
Sunday, April 29, 2007
No Sedey2 Eek
Mulai ari ni, Mouriey's akan cuba masukkan clip lagu atau clip lawak setiap minggu. Mungkin 2 kali seminggu. Tu pon kalo ader mood laa.... Hehehehe. Mouriey's nak berfikiran positif. Apa yang berlaku sebelum ni, biarlah berlalu. Mouriey's tak nak kenang lagi. Sekarang ni, sementara kita masih hidup, ada orang yang hargai dan sayangi kita... Mouriey's nak gembira. Cam motto ni, "Hidup ini umpama aiskrim, nikmati sepuas2nya sebelum ia cair...". Chaoss!
Saturday, April 28, 2007
Takdir Penentu Segalanya
____________________________________________________________________
Hye uol's... Pekabor? Ari Khamis baru ni kan kita cuti, sempena Pertabalan DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.... Actually pagi tu Mouriey's kene kejer. Tapi sekerat ari jer. Coz kat umah ada kenduri. Petang dalam kol 4, Mouriey's kuar ngan adik. Gie spital, tengok kawan Mouriey's eksiden. Lelaki, satu kampung laa. Teruk gak, koma. Dah 5 hari koma, kalo tak silap. Masa nak masuk wad ICU tu, Ya Allah, berdebar gila. Cam nak tercabut jantung nih. Bila bukak je pintu wad tu....ada 6 pesakit. Sumer cam tenat2 belaka. Dia duk kat katil hujung sekali. Masa tu tak cam langsung muka dia. Berubah, jadi sembab. Dia bernafas menggunakan alat / mesin bantuan pernafasan. Misi tu bagitau member Mouriey's ni alami gegaran otak, tulang rusuk retak, mata dia bengkak sebelah. Tengok dia bernafas cam seksa sangat... Cam tak cukup nafas. Kesian Mouriey's tengok dia. Tak lama laa kami duk dalam tu, kan wad ICU... mana leh duk lama2. Orang lain pon nak tengok gak. Lepas tu Mouriey's g jalan2 ngan adik. G Lagun Kuala Ibai, masuk ikut Ibai Ekuestrian, pantai batu buruk, berenti makan kat A&W. Tengok laut jap. Luas terbentang, biru... Sejuk mata memandang. Tubuh Mouriey's pun sejuk...menggigil...angin kuat sangat! Nasib baik tak terbang... Wakakaka!! Dalam kol 7 sampai kat umah.
Thursday, April 26, 2007
Third Assignment - BKS
2. SATU object MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini dikehendaki menjadi bahan utama dalam penulisan anda.
3. Gambar yang telah diberi MESTI ada di dalam blog anda bersama penulisan assignment anda.
Ringkasan UjangMD:: Cuba anda tanya pada diri anda?? Adakah aku yang terbaik? Adakah aku yang terhebat? Cermin diri anda.. Jika jawapan anda YA... Ini pesanan UjangMD..Buat assignment berdasarkan FAKTA. Usahalah untuk assignment Minggu Ketiga Ini. Semoga berjaya!
Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak makna yang tersirat dan tersurat. Banyak yang perlu dihuraikan. Diatas terdapat satu gambar meja makan. SATU objek MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini adalah BUNGA ROS MERAH.
OBJEK :
BUNGA ROS MERAH ..... kenapa ia menjadi tumpuan para kekasih terutamanya pada Hari Kekasih atau Valentine’s Day sebagai hadiah untuk yang tersayang? Tak kiralah samada diberi pada hari Konvokesyen, hari lahir dan seumpamanya. Dan didalam gambar diatas, ia sekali lagi menjadi ’mangsa keadaan’ dan diletakkan diatas meja makan. Meja makan? Ya, meja makan tempat kita menjamu selera tak kiralah samada makanan rutin, makanan barat dan sebagainya. Meja makan menjadi tempat kepada mereka yang bertuhankan makanan. Lihat saja di hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang, rumah-rumah banglo, sekurang-kurangnya kelihatan sejambak BUNGA ROS MERAH di ruang meja makan atau ruang tamu. Persoalannya disini, adakah perlu bunga ini disetiap kediaman dan diletakkan di tengah-tengah meja makan? Kenapa mesti BUNGA ROS MERAH, bukannya bunga lain seperti daisy, tulip dan sebagainya? Jawapannya mungkin hanya sekadar menjadi hiasan dan sebagai santapan mata sementara menunggu hidangan. Mungkin juga kerana kecantikannya, keharumannya, ia seringkali menjadi pilihan dan ia senang didapati dimana-mana sahaja kedai bunga.
PERSONALITI :
BUNGA ROS MERAH juga merupakan personaliti bagi seseorang. Bagi mereka yang menggemari bunga ini, ia melambangkan penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang menyentuh perasaan. Ia juga memberi makna cinta. Warnanya yang MERAH memberi maksud yang menunjukkan seseorang itu berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Mereka juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain. Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung merupakan sifat negatif yang ada pada dirinya.
CERITAKU :
ROS MERAH, walaupun mampu dihancurkan dengan sebelah tangan, dengan satu hentakan sebelah kaki, jangan lupa akan durinya yang seakan-akan malu untuk menunjukkan dirinya. Bak kata pepatah, ’secantik bunga ros, setajam durinya’ sudah cukup membuktikan betapa tajam durinya yang tersembunyi. Walaupun seketika, ia cukup untuk menyebabkan kita tersentak dan terduduk keperitan. Bukti daripada alam yang kecantikan dan keharuman tersembunyi secret weapon yang membuatkan kita menjerit kesakitan. Keadaan ini boleh disamakan dengan wanita. Disebalik sifatnya yang lemah lembut, mungkin hatinya tabah dan gagah dalam menjalani kehidupan apabila berdepan dengan sesuatu yang bisa mengganggu-gugat akan dirinya.
II
MEJA MAKAN merupakan tempat mereka melempiaskan nafsu makan masing-masing. Disinilah mereka makan dengan suasana yang selesa, tenang dan merasai kenikmatannya. Dihiasi dengan pinggan, sudu, garfu, gelas yang cantik tersusun rapi. Dijamu dengan hidangan yang lazat seperti menu dari barat, samada Spaghetti Bolognise, Beef Steak yang kelihatan begitu esklusif seperti di hotel-hotel 5 bintang. Apabila tiba saja di meja makan, dengan perut yang sudah mula beriramakan keroncong, keadaan disekeliling sudah tidak dihiraukan lagi. Yang penting perut dapat diisi. Dan meja makan juga boleh menjadi tempat yang paling romantis ketika bersama orang yang tersayang meraikan detik-detik indah. Bertemankan lilin ditengah meja makan dan sejambak BUNGA ROS MERAH. Mungkin ia akan menjadi kenangan yang paling indah untuk dikenang seumur hidup.
Wednesday, April 25, 2007
Download Testing
Terima Kasih
Tuesday, April 24, 2007
Rindu Lagi....
HUJAN - SUDIRMAN
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi....
c/o Selembut hujan bercurahan
Begitulah cintaku ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini....
Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi....
Ulang c/o
** RINDUNYEEEE......
** Mulut kata BENCI, hati kata SAYANG. Ehmm camner eek...
Monday, April 23, 2007
MONOLOG DIRI
Dan semalam.... menjadi malam yang suram dalam hidupku dan bertemankan airmata. Bukan niatku untuk membuatmu terluka. Akibatnya diri sendiri yang merana jiwa! Aku sendiri yang terluka dan sengsara. Oh Tuhan, apakah ini dugaanMu buatku? Ingin sekali aku mengecap bahagia bersama insan yang aku sayangi. Tapi...mungkinkah ada untuk aku hari yang berbahagia itu? Adakah aku dihukum diatas kesalahan yang telah kulakukan? Insan seringkali melakukan kesilapan. Aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan itu. Itu hanyalah gurauan semata-mata. Tiada niat sebesar kuman pun untuk aku membuatmu terluka. Apa yang mampu aku katakan hanyalah MAAF....
MAAF kerana aku terlalu hipokrit.
MAAF kerana tidak memahamimu.
MAAF kerana telah membuatmu terluka.
MAAFkan aku kerana menyakitimu.
Sudikah kiranya kau meMAAFkanku? Aku rela mengundurkan diri jika itu kemahuanmu. Terima kasih kuucapkan kerana pernah membuatku bahagia bersamamu, walaupun untuk seketika. Engkau akan kuingati sebagai kenangan yang paling indah dan bermakna buatku. MAAF sekali lagi.....
Sunday, April 22, 2007
Tak Puas Hati
Haa satu lagi, kalo jumpa member mama (member masa sekolah dulu) diorang pon tanya laa, "anak ke ke ni? umur braper? tingkatan braper doh skoloh? anok yang ke wape?" Alahaii... Sabor jer laa. "Hoo, anok laa ni, hok sulong. Ishh abih doh skoloh. Besor gung doh.... 2* doh ni...."mama Mouriey's bagitau sedangkan Mouriey's tersipu2 malu. Hikss!! "Laa... 2* dohh...ambe ingatkan skoloh lagi. Base kecik dekpong.... " Waaa.... sedeynyer.... Tak nak laa kecik, nak besor.... Tapi bila difikirkan balik kan.... Mouriey's patut bersyukur pada Tuhan kerana walaupun tubuh kecik, tapi tak penyakit, sihat tubuh badan. Masa Mouriey's kecik2 dulu ye la, Mouriey's ada paru2 berair. Selalu buat date ngan doktor tiap2 minggu... Ahaks!! Sekarang ni, alhamdulillah dah okey. Maybe ni effect dier kot.... Bila dah besar ni jadi kurus kering, kecik jer... Huhuhuhu.... Dan Mouriey's bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah. Hehehe.... uol's nak tau tak... Kalo Mouriey's naik motor ngan mama, tak kira laa g pasar ker, bandar ke... Kan kita sebagai awek cun (blueekkk!! perasan cun tuh....) biasa kena usha dek mat2 motor. Diorang biasa buat cam tu kan.... So, mama Mouriey's pon terkejut la, "Allah... galoknyer. Heyy ni bukan awek ni, MOK AWEK nih..." Mouriey's gelak ajer laa... Muahahaha!! Nakal betul la. Memang, kalo uol's tengok mama Mouriey's rasanya uol's tak kata mak Mouriey's tapi kakak Mouriey's. Betul... Ramai cakap camtu. Muka kami lebih kurang jer.... Awek muda kot? Ahaks!! Lupa nak bawak gambau mama. Nanti kalo Mouriey's masukkan gambau mama Mouriey's, uol's tengok sendiri laa k. Chaoss!! Mmmmuaahhss!!
Saturday, April 21, 2007
Bukit Besar VS Sakit
Ehmm... adik Mouriey's yang last sekali demam. Dah 3 hari dia demam. Semalam dia meracau. Mak cakap dia bersilat. Hah?! Bersilat? Biar betul mama nih. Hehehehe.. maksud mama, adik meracau, seolah2 cam pukul something sambil mulut dia mengomel entah paper, tapi mama tak nampak apa2 pon. Uol's agak2 laa kan, kenapa kalo budak2 demam, dia akan meracau. Pastu dia cakap, "Mak, halau la benda tu. Dia tengok kat adik, marah kat adik, mata dia merah, bergayut kat pokok..." Kenapa eek? Memang kita tak nafikan, benda2 halus ni ada kat sekeliling kita. Tapi kita sebagai orang dewasa, tak nampak sumer tu. Mungkin budak2, masa dia demam, sistem imun dia tak kuat, letih, penat, fikiran terganggu, semangat dia lemah... jadi otak tak dapat nak tafsirkan apa yang dia lihat. (Cheewah, cam doktor laa plak. Muahaha... Mouriey's agak jer, selebihnya wallahu 'alam.) Sebab tu laa dia meracau, cakap yang bukan2 dan ini akan menyebabkan kita meremang bulu roma! Betul tak? Adik Mouriey's yang no 3 ada bacakan Ayat Kursi kat kepala adik Mouriey's yang demam tu, tak pasal2 kena marah. Mata dia bulat marah kat abang dia nih. Tengok muka adik pon dah laen, meremang bulu roma Mouriey's masa tu. Pas 3 kali baca, baru la okey cket. Dah la malam tu malam Jumaat, lagi meremang beb. Dalam kol 11, lagi sekali dia meracau, lagi teruk. Mouriey's call ayah suruh balik, bawak adik g umah tok bomoh. 12.30 baru balik. Dah okey cket, bibir dia pon nampak merah cket. Mouriey's pon bleh tido lena (walaupun tak kena jaga adik. Ekekeke...)
Erk?? Rasanya cam laen laa plak duk cter pasal benda2 ni kan? Hehehehe..... Alaa, sekali sekala apa salahnya. Ahh, biarlah yang tu, ni nak bagitau ni kat uol's. Mouriey's tak puas hati tau. Minggu depan Mouriey's nak naik bukit tu sampai atas. Yang tak sempat sampai tu bukan pasal apa, Mouriey's dah lama tak naik. Hampir 3 minggu, Dulu ye laa, tiap2 minggu naik atas bukit tu, tak der paper pon. Mouriey's ok jer. Minggu depan, Insya-Allah...sampailah kat atas. Walaupun sumer urat2 kaki Mouriey's ni dah tegang dan sakit, Mouriey's tetap nak naik. Huhuhuhu..... Jumpa lagi...
Thursday, April 19, 2007
Late Update.... ;)
Second Assignment - BKS
Kerana kota itu kotor
Aku mahu tidur di sini
Kerana kota itu hanyir
Tetapi ada lolongan yang memanggil
Untuk aku terus tinggal di kota nan sampah
Di desa nan permai ini aku kembali. Kembalinya aku untuk mencari erti kedewasaan dan kematangan yang tidak aku temui ketika di kota. Seringkali wajah-wajah tenang manusia di desa menerpa ke fikiranku. Terasa berbelah bagi perasaan ini untuk kuteruskan langkah, menapak di kota yang penuh kepura-puraan. Nun di desa aku tinggalkan wajah-wajah kebimbangan orang tuaku suatu ketika dulu. Tidak seperti dikota, di desa nan permailah aku ingin hidup dan mencari ketenangan. Berudarakan bayu laut yang membiru, penuh ketenangan dan keindahan. Diselang-selikan dengan deruman ombak yang menghempas ke pantai, siulan si camar dan bot-bot nelayan yang pulang dari mencari rezeki. Mereka mungkin tidak tahu apa-apa mengenai kota itu. Aku ingin sekali menjadi manusia yang ada kemanusiaannya. Ingin sekali aku hidup di desa yang permai ini dalam mencari erti kemanusiaan seorang manusia.... Manusia-manusia yang hidup di kota itu hanyalah hamba kepada dirinya sendiri yang bersifat rakus.
Di kota itu hanyalah sebuah kota yang kotor dan hanyir. Dari manakah asalnya bau hanyir itu? Mungkinkah dari si apek yang menjual ikan di pasar borong? Atau… barangkali bau hanyir dari titik-titik noda hitam mereka yang berada di kota itu sendiri. Titik noda hitam itu menyebabkan manusia di kota berbau hanyir kerana kesilapan dan dosa yang mereka lakukan sendiri. Mungkin juga bau hanyir itu terhasil dari najis Najis? Ya, najis. Bukan najis manusia atau haiwan, tetapi najis dadah. Di kota-kota besar, bau hanyir itu menyesakkan hidung.. Di lorong-lorong sempit dan suram itu kelihatan mayat-mayat hidup menunggu maut datang menjemput. Mereka-mereka inilah yang dianggap sampah masyarakat, sampah dikota yang pesat membangun menuju ke arah pemodenan dan era globalisasi. Menyakitkan mata yang memandang. Wajahnya pucat, kurus melidi, tak ubah macam Zombi... Zombi Kampung Pisang agaknya. Cuma yang ni nampak lebih real, tak perlu nak touch-up lebih-lebih, tak perlu pakai foundation atau compact powder sampai tebal 4 inci.... tak payah. Tapi tidaklah seaktif dan seganas zombi-zombi itu. Bezanya zombi ini satu makhluk yang berani melantik dirinya sebagai doktor yang tidak bertauliah. Menyuntik dirinya sendiri dengan ubat cari penyakit, walhal tubuhnya sihat wal-afiat. Saja-saja, mungkin suka-suka je nak suntik. Hingga disuatu ketika dia tidak lagi mampu lagi bergerak aktif dan kemudian mati dengan sia-sia. Tak ada penyakit, cari penyakit..... ’Mengapa mereka memilih jalan dan cara hidup yang begini?’ fikirku. Pada mulanya mereka hanya ingin mencuba sesuatu yang baru, tetapi akhirnya menjerat diri sendiri.
Aku tidak mahu menjadi seperti sampah itu. Bau hanyir dan kotor juga ada kemungkinannya datang dari tangan-tangan mereka yang melakukan kekejaman. Bermandikan darah kerana terlalu ikutkan nafsu dek tekanan hidup di kota atau termakan hasutan iblis. Sanggup melakukan kekejaman dan berbunuhan sessama sendiri. Manusia-manusia ini sudah mula hilang kemanusiaannya. Mula menunjukkan kebinatanganya. Di kota itu seolah-olah sudah bertukar wajah. Hidung ini juga sudah pedih menghidu asap-asap pemodenan yang datangnya dari tapak-tapak pembinaan. Ehmm... bau hanyir dan kota yang kotor ini boleh jadi pekerja asing kot? Yang bekerja keras siang malam membangunkan bangunan yang mencakar langit. Bukan saja hanyir dan kotor, hapak, tungkik, tengik.... Semua la kasi kat mereka. Mana taknya, dah pekerja kontrak, kerja pulak di bawah panas terik matahari, berpeluh. Anak-anak muda kita? Mungkin hanya ada segenlintir yang sanggup melakukan pekerjaan ini. Tidak kurang juga hanya mahu bersuka-ria dengan hiruk-pikuk dikota. Yalah, mak bapak mereka orang kaya.... tak payah kerja pun tak apa. Ini ke anak-anak muda bangsa kita yang bakal mencorak dan memimpin masa depan negara? Mereka-mereka inilah yang menyumbang kepada kehanyiran dan kekotoran di kota itu sendiri.
Lolongan yang sering aku dengari membuatkan aku terpaksa akur. Lolongan kemewahan, kemahsyuran, nafsu dan hiburan. Di kota nan sampah inilah segala-galanya dapat dimiliki. Wang, harta, kekayaan dan sebagainya. Tetapi untuk memiliki semua itu tidak mudah. Aku perlukan kekuatan untuk menghadapi rintangan hidup dikota metropoltan ini. Jika aku gagal , tidak mustahil juga aku menjadi sampah di lorong-lorong gelap. Rasanya tidak sanggup lagi untuk aku melihat sampah-sampah berlonggok di lorong-lorong itu yang semakin membusuk, bau-bau hanyir yang menusuk hidung dan meloyakan anak tekak. Inikah wajah-wajah kota? Indah mimipi dari realiti. Inilah kenyataannya, walaupun pahit terpaksa kutelan. Hidup di kota bersama-sama manusia yang semakin hilang sifat kemanusiannya. Kini aku kembali ke desa yang kucintai bersama tekad di hati untuk tidak kembali lagi ke kota nan sampah....
Monday, April 16, 2007
April GurLs
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
*
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
Kalo ari minggu, hari Jumaat kan Terengganu tak keje.... Pagi-pagi lagi dalam kol 7 Mouriey's ngan 2 orang adik Mouriey's pergi 'khabak' Bukit Besar. Jongging ler.... Ramai gak orang duk jongging. Masa paling best bila sampai kat puncak bukit. Betapa indahnya pemandangan kurniaan Yang Maha Esa. Bukit-bukau, sawah padi yang menghijau.... redup mata memandang. Hilang penat walaupun masa tu rasa tak cukup nafas. Ekekeke.... Kita bleh nampak Jambatan Sultan Mahmud bila berada di puncak bukit..... Cantik... Ehmm... Mouriey's pon lama dah tak naik Bukit Besar. Kalo Mouriey's pegi, balik mesti suruh mama urutkan betis Mouriey's, sakit wooo.... Mouriey's pegi jongging bukan pasal nak kuruskan badan, Mouriey's nak hidup sihat. Kita kena amalkan cara hidup sihat, betul tak? Muahaha..... Nak kuruskan badan apa kebendanya udah tubuh Mouriey's ni kurus kering..... Tak payah nak kuruskan lagi... Ni pon berat badan dah naik cket, walaupun body maintain slim.... Wakakaka!! Chaoss!!
Sunday, April 15, 2007
Lonely Day.....
Mouriey's juga kurang bersosial, lebih suka duduk dirumah. Kebiasaannya klau nak keluar umah, nak gi bandar ke, pasar ke, mesti kene ajak mama atau adik. Sebagai bodyguard kot?? Ehmm??? Alaa uol's faham2 je laa zaman sekarang ni cmner kan? Dulu nak jalan sorang2 malam buta bleh laa. Tapi sekarang dah laen. Perangai manusia akhir zaman ni susah cakap. Macam2 bleh berlaku. Ngan member2 kadang2 jer. Tu pon mesti POMPUAN. Ayah Mouriey's plak tak berape nak benarkan Mouriey's kawan ngan budak2 lelaki. Klau satu kampung, ye laa. Sebab tu Mouriey's tak berani nak ngeyrek ke, ngeypong ke.... (Ni ayat Ganu kot.... Maknenye naik motor ngan pakwe/makwe... Rasa2nye laa....) Nak naik motor ngan sepupu lelaki pon kadang2 dengan keizinan ayah. Nak g dating kat taman bunga jauh sekali. Tu laa kadang2 Mouriey's rasa jeles sangat bila tengok couple remaja berdating. Terasa sangat2.... Mungkin peluang tu takkan ada untuk Mouriey's. Tak kisahlah, yang penting Mouriey's tak nak sakitkan hati mak dan ayah Mouriey's....
Mouriey's lebih suka pendamkan seorang didalam hati. Apa saja yang terbuku di hati Mouriey's, akan Mouriey's benamkan jauh didasar hati Mouriey's. Mungkin dengan air mata saja yang mampu mengubati kedukaan Mouriey's. (Erkk?? Naper emosional sangat ari nie...???) Dah... malas dah nak tulis.... Bimbang air mata ini mengalir lagi....Pastu melalut lagi ntah paper..... Babai...
Saturday, April 14, 2007
THanK YoU Sooo MucH....
Ehmm...Buat Intan, Meen, Noushy, Zeleo thanx a lot coz your wish. Intan, nak tengok teddy bear Mouriey's? Alaa bese2 jer.... Mouriey's ni tengok sumer benda dikatanya cute. Muahahaha.... Nanti laa, ada masa nanti Mouriey's masukkan k. My birthday party pon tak wat lagi nih. (Alaa setakat beli kek birthday je. N then celebrate ngan family Mouriey's.....) Huhuhu!! Xder org nak sponsor my birhday party ker?? Wakakaka!!! Junkopile, thanx a lot coz sudi dgr masalah ambe. Ambe sayang mung lebih laa!!! Ekekekeke.... Buat Pearl@Home, Bro Rick dan Engku Darius, terima kasih banyak2 atas sokongan kalian. Doakan Mouriey's agar terus bertahan. Cheewahh!! Mouriey's akan lakukan yang terbaik dan termampu untuk BKS. Chaoss....
Thursday, April 12, 2007
BirTHdAy GurLs.....
Semalam xder orang pon wish kat Mouriey's .... Huhuhu.... sedih tau. Selain Junkopile ngan adik Mouriey's. Thanx a lot. Diorang la org yang pertama ucap, blom masuk kol doblas lagi dh wish kat Mouriey's. (Ambe sayang mung due org lebih laa... Ahaks!~) Ehmm... buat Abang Ujang, Nat, ADam Dryx..... terima kasih banyak2. Err hadiah xder ker? Muahaha... Just kidding!! Mouriey's dah cukup bahagia dan gembira dgn doa2 kalian untuk Mouriey's. Mak Mouriey's wish pagi tadi, bagi kiss je kat pipi Mouriey's. Hehehehe... Ok laa tuh. Owhh pasal BKS tu, itu jer yang mampu Mouriey's huraikan. Mouriey's taknak meleret2.... Takut terkeluar dari tajuk. Kita mana tahu pendapat org yang menilai task kita. At least kene kutuk gak... Waa..... Yang penting 'Hidup Mesti Diteruskan....' ekekekeke... Buat peserta BKS yang laen, teruskan usaha anda. Sama2 kita tunggu result dan kutukan bertalu-talu dari hakim dan juri. Bak kata Kak Ogy, "Kalo xnak dengar, tolong tutup telinga...." Muahaha!! Good Luck for uols..... Chayok chayok!! ~ The End ~
Wednesday, April 11, 2007
Ketenangan Jiwa....
Sebelah malam pekena lempeng nyior. Best gak... lama xmkn lempeng. Dulu masa kecik2 nenek selalu buatkan untuk Mouriey's. Huhuhu... teringat la plak. Balik tros tido. Kol 3 pagi layan bola ngan adik, Chelsea VS Valencia. Tak sampai setengah jam, mata da takleh nak bukak. Masuk bilik tros kroihh...zzz...zzz...
Petang tadi balik kejer, lapo la plak. Singgah kat warung beli kuey teow goreng. (My favourite food nih....) Balik umah, masuk bilik... Humang aih... terkojut den... Guess what?? Ada present atas katil.
Lawa... Siap ada love2 lagi kat kotak tuh... Wahh...seronok btol!! Melonjak keriangan hati ini... Wakakaka!! Tapi, takleh bukak lagi... Esok la baru beshh!! Muahahaha!! Kasi lagi surprise... Well malam nie tentu tak tido lena. Tak sabar nak bukak present tu pagi sok... Apa agaknyer eek?? To be continued....
First Assignment...
P/s:: Ingat HAKIM kita memang arif tentang "warna merah". Jadi berhati-hatilah, supaya tidak disembur. (Ingat BAHASA menunjukkan sesuatu BANGSA)
Jawapan :
Semasa membulatkan titik tersebut, mata kita tertumpu pada titik tu jer. Tanpa kita sedari, semakin lama semakin ia membesar jika bulatan dibuat berulang2 dan berterusan. Dan ini akan mengubah bentuk titik kecil itu tadi. Walau apapun warna untuk titik kecil tersebut, ia akan tenggelam dalam warna MERAH yang kita bulatkan tadi. Ini akan mewujudkan satu titik besar yang berwarna MERAH. (a) (Warna bergantung kepada pen yang digunakan.) Jika bulatan tidak dibuat secara berterusan, yang kelihatan hanyalah titik dan garisan yang melingkarinya (b).
Tuesday, April 10, 2007
Aiyakk!!
Macam semalam..... Aahh malas nak ingat lagi. Apa yang berlaku semalam, biarkanlah berlalu. Kalo diingat balik, buat sakit kepala jer. Adoi laa.... Nak fikir jawapan untuk soalan BKS. Power gilerrr!! Chow!
Monday, April 9, 2007
Menghitung Hari
Semalam.... Takder apa2 yang boleh Mouriey's ceritakan. Semakin hari Mouriey's rasakan semakin cepat masa berlalu... Minggu ke minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun!! Ehmm... ari tu Mouriey's ada surf Internet.... Hemmy.net. Mungkin korang dah masuk web nie... Banyak gak maklumat dan ilmu yang bleh kita dapat. Antaranya makhluk dan kejadian yang pelik2... bukan makhluk asing tau!! (Tp...Wallahu'alam...) Kat bawah nie ada gambau yang sempat Mouriey's ambil. Fikir-fikirkanlah...
Haa... Kepada yang kepala 'blue' tu... jangan fikir yang bukan2 eek...Cuba korang tengok betul2... Agak2 korang laa kan... berapa JUMLAH DOLPHIN dalam gambau kat bawah ni....
Jawapan : 9 ekor...
Sunday, April 8, 2007
~ Ada Apa Dengan Cinta ~
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.
Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.
Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark
Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka
Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi
Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.
Buat insan yang insan yang Mouriey's kasihi dan rindui.... Maafkan sayang kerana sentiasa membuatmu terluka. Sesungguhnya sayang amat merindui abang setiap detik dan waktu.Tetapi abang..?? Kita sentiasa mencari alasan dan menyalahkan antara satu sama lain...Kadang2 fikiran ini seringkali diterjah oleh soalan2 yang membuatkan sayang keliru...sehinggakan kepercayaan terhadap abang semakin berkurangan. Apakah kesudahan cerita cinta kita? Sayang doakan semoga hubungan kita ini mampu bertahan dan berpanjangan hendaknya. Sekiranya sudah ditakdirkan-Nya tiada jodoh antara kita, sayang redha....
(Sorry....jiwang karat cket ari nie...Huhuhu...)
Saturday, April 7, 2007
Kenangan Lalu.
Kalo ader sesiapa yang terputus hubungan ngan kawan2, hubungilah mereka. Ingati kembali detik-detik indah yang dilalui bersamanya, saat suka dan duka..... Mungkin mereka perlukan anda.... Dan perasaan Mouriey's tersentak..... Terasa kehilangan seorang sahabat yang dikasihi. Yang telah pergi untuk selama-lamanya. Terlalu banyak kenangan kami bersama di bangku sekolah, Sifatnya yang kelakar, peramah, periang... Sukar untuk dilupakan. Selagi mereka masih hidup, hargailah mereka.... Sentiasalah disisinya ketika mereka memerlukanmu.... Untuk sahabatku, semoga rohmu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....
Kena Dera.
Haa... nie ada lirik lagu untuk korang... Best gak, dengar radio jiran sebelah... Ekekeke... 'KERABU PUCUK PAKU' Enjoyy.... Buat masa nie lagu ye tak dok lag ekk... Jangan maree haa... Muahaha!!!
Kerabu pucuk paku sayur kacang
Panggang ikang puyu tumbuk sambal belacang
Celur pucuk labu buat ulam
Tanok nasi beras usang
Ikang kering anok tambang
Nak makan sedak kita pitih tak dok
Bini beranok rapat anok rama telajok
Kalau pisang sikat kite dok dang koyok
Ade lagi hok duk teriok
Hok ni kecing hok ni berok
Tamboh pulok keje buleh sikit sikit
Banyok hok duk sajer perabih duit
Lepah-lepah isyak dok dang makang nasi
Bosang anok duk jerit
Pagi-pagi mitok duit
c/o
Kadang-kadang mari pikir dalang hati
Macang maner care nak tamboh rezeki
Mujurlah pagi ni ade saing mari
Ajok nega kecik-kecik
Rase senang dalam ati
Ambe nega buat kusi rotan
Ade warne coklat warne itang
Nak ator dekat jabat keraftangang
Jalan Conley Bukit Bintang
Ooo Buleh tamboh pendapatang
Begitulah care kalu mau idup
Buat ape saje yang kite sanggup
Jangan duduk saje buat bucit perut
Lame-lame buleh meletup
Ooo....Anok bini buleh cabut
Ulang (c/o)
Orang tue dulu ade bese pesan
Kalu-kalu kite nok wi anok jarang
Rebuh akor kayu buwi bini makang
10 tahun buleh sorang
Ooo... baru ceroh mase depang
Friday, April 6, 2007
Penatnyer....
Sampai kat umah, ayah ajak pi kat sprint test. Kat Lembah Bidong. Pas isyak nanti katanya. Ok gak.... Bukan motor, tapi kereta. Last Mouriey's pegi awal tahun lepas. Masa tu turn motor tengah merempit... Heheheh. Bising arr... Tak suka la Mouriey's, cam nak terkeluar taik tinge ni haa... Kalo kereta tu kureng cket dier punya sound yang kuar... Ahaks!~ Dalam kol 9, kami pun bertolak. Bila masuk je kat kawasan tu... gelap gulita je. Kiri kanan semak merimbun, bulan plak terang benderang. Berdiri bulu roma beb!! "Tak dok pong Long? Gelap katuk jer nih....." tetiba je ayah bersuara. "Mane orang tahu..." Mouriey's menjawab perlahan.... "Aahh... celakak sunggoh... Kena tipu doh!!!" Kueng... kueng... Kena tipu da..... Nak tergelak gak masa tuh... Tapi Mouiey's tahan.... Ekekeke... Tak pasal2 kami 'dikencing hancing pering'kan oleh member ayahku... "Base me&@$**&^#* sunggoh budok tuh!!" Mouriey's senyap jer la.... Tak kata apa... Sebaliknya didalam hati, gelak sakan kat ayah. Muahahaha!!! Jangan marah eek my beloved dad...
Thursday, April 5, 2007
Ada Hikmahkah??
Tapi tulah kadang2.... gerun rasanya bila tengok kat tv, suratkhabar.... Banyak sangat kemalangan berlaku. Ada yang kena gilis lori, hancur kepala.... Nauzubillah.. Mintak2 jauhlah jadi cmtu. Selisih malaikat 44! Mouriey's ni pon kadang2 time ingat, slow jer.... ayu semacam jer bawak motor. Bila tak ingat, minah rempit ler jawabnyer... Tapi takat 80-90 km/j jer laa. Muahahaha!! Tak berani woo laju2... takut terbabas. Mouriey's ingat lagi... masa tu on da way nak g kelas, PKKT...nak cepat, terkejut lewat. Atas jambatan Sultan Mahmud, Mouriey's potong 2 buah lori balak pada kelajuan 100 km/j. Abih rapat Mouriey's pulas minyak. Fuyyoohh!! Masa tu tak pikir apa dah.... Nak cepat sampai jer. Tapi alhamdulillah, selamat juga akhirnya sampai kat PKKT. Pastu.. tobat tak buat lagi dah... So, apa yang Mouriey's nak bagitau kat sini, hatil2lah bawak motor tu. Jangan ingat nak cepat jer. Kadang2 nasib tak selalunya menyebelahi kita. Mungkin kita terselamat atau bernasib baik pada ari nie... Tapi sok2... Sapa tahu, kan? Kan? Wallahua'lam....
Kat bawah nie ada gambau masa gi berkelah kat lata Tembakah. (Kalo korang nak tau kat mana tempat nie, tanya Abang Ujang. Muahaha!!) Jangan marah eek Abang Ujang....