Thursday, April 19, 2007

Second Assignment - BKS

ASSIGNMENT MINGGU KEDUA

Aku pulang ke desa dari kota
Kerana kota itu kotor
Aku mahu tidur di sini
Kerana kota itu hanyir
Tetapi ada lolongan yang memanggil
Untuk aku terus tinggal di kota nan sampah

Di desa nan permai ini aku kembali. Kembalinya aku untuk mencari erti kedewasaan dan kematangan yang tidak aku temui ketika di kota. Seringkali wajah-wajah tenang manusia di desa menerpa ke fikiranku. Terasa berbelah bagi perasaan ini untuk kuteruskan langkah, menapak di kota yang penuh kepura-puraan. Nun di desa aku tinggalkan wajah-wajah kebimbangan orang tuaku suatu ketika dulu. Tidak seperti dikota, di desa nan permailah aku ingin hidup dan mencari ketenangan. Berudarakan bayu laut yang membiru, penuh ketenangan dan keindahan. Diselang-selikan dengan deruman ombak yang menghempas ke pantai, siulan si camar dan bot-bot nelayan yang pulang dari mencari rezeki. Mereka mungkin tidak tahu apa-apa mengenai kota itu. Aku ingin sekali menjadi manusia yang ada kemanusiaannya. Ingin sekali aku hidup di desa yang permai ini dalam mencari erti kemanusiaan seorang manusia.... Manusia-manusia yang hidup di kota itu hanyalah hamba kepada dirinya sendiri yang bersifat rakus.

Di kota itu hanyalah sebuah kota yang kotor dan hanyir. Dari manakah asalnya bau hanyir itu? Mungkinkah dari si apek yang menjual ikan di pasar borong? Atau… barangkali bau hanyir dari titik-titik noda hitam mereka yang berada di kota itu sendiri. Titik noda hitam itu menyebabkan manusia di kota berbau hanyir kerana kesilapan dan dosa yang mereka lakukan sendiri. Mungkin juga bau hanyir itu terhasil dari najis Najis? Ya, najis. Bukan najis manusia atau haiwan, tetapi najis dadah. Di kota-kota besar, bau hanyir itu menyesakkan hidung.. Di lorong-lorong sempit dan suram itu kelihatan mayat-mayat hidup menunggu maut datang menjemput. Mereka-mereka inilah yang dianggap sampah masyarakat, sampah dikota yang pesat membangun menuju ke arah pemodenan dan era globalisasi. Menyakitkan mata yang memandang. Wajahnya pucat, kurus melidi, tak ubah macam Zombi... Zombi Kampung Pisang agaknya. Cuma yang ni nampak lebih real, tak perlu nak touch-up lebih-lebih, tak perlu pakai foundation atau compact powder sampai tebal 4 inci.... tak payah. Tapi tidaklah seaktif dan seganas zombi-zombi itu. Bezanya zombi ini satu makhluk yang berani melantik dirinya sebagai doktor yang tidak bertauliah. Menyuntik dirinya sendiri dengan ubat cari penyakit, walhal tubuhnya sihat wal-afiat. Saja-saja, mungkin suka-suka je nak suntik. Hingga disuatu ketika dia tidak lagi mampu lagi bergerak aktif dan kemudian mati dengan sia-sia. Tak ada penyakit, cari penyakit..... ’Mengapa mereka memilih jalan dan cara hidup yang begini?’ fikirku. Pada mulanya mereka hanya ingin mencuba sesuatu yang baru, tetapi akhirnya menjerat diri sendiri.

Aku tidak mahu menjadi seperti sampah itu. Bau hanyir dan kotor juga ada kemungkinannya datang dari tangan-tangan mereka yang melakukan kekejaman. Bermandikan darah kerana terlalu ikutkan nafsu dek tekanan hidup di kota atau termakan hasutan iblis. Sanggup melakukan kekejaman dan berbunuhan sessama sendiri. Manusia-manusia ini sudah mula hilang kemanusiaannya. Mula menunjukkan kebinatanganya. Di kota itu seolah-olah sudah bertukar wajah. Hidung ini juga sudah pedih menghidu asap-asap pemodenan yang datangnya dari tapak-tapak pembinaan. Ehmm... bau hanyir dan kota yang kotor ini boleh jadi pekerja asing kot? Yang bekerja keras siang malam membangunkan bangunan yang mencakar langit. Bukan saja hanyir dan kotor, hapak, tungkik, tengik.... Semua la kasi kat mereka. Mana taknya, dah pekerja kontrak, kerja pulak di bawah panas terik matahari, berpeluh. Anak-anak muda kita? Mungkin hanya ada segenlintir yang sanggup melakukan pekerjaan ini. Tidak kurang juga hanya mahu bersuka-ria dengan hiruk-pikuk dikota. Yalah, mak bapak mereka orang kaya.... tak payah kerja pun tak apa. Ini ke anak-anak muda bangsa kita yang bakal mencorak dan memimpin masa depan negara? Mereka-mereka inilah yang menyumbang kepada kehanyiran dan kekotoran di kota itu sendiri.

Lolongan yang sering aku dengari membuatkan aku terpaksa akur. Lolongan kemewahan, kemahsyuran, nafsu dan hiburan. Di kota nan sampah inilah segala-galanya dapat dimiliki. Wang, harta, kekayaan dan sebagainya. Tetapi untuk memiliki semua itu tidak mudah. Aku perlukan kekuatan untuk menghadapi rintangan hidup dikota metropoltan ini. Jika aku gagal , tidak mustahil juga aku menjadi sampah di lorong-lorong gelap. Rasanya tidak sanggup lagi untuk aku melihat sampah-sampah berlonggok di lorong-lorong itu yang semakin membusuk, bau-bau hanyir yang menusuk hidung dan meloyakan anak tekak. Inikah wajah-wajah kota? Indah mimipi dari realiti. Inilah kenyataannya, walaupun pahit terpaksa kutelan. Hidup di kota bersama-sama manusia yang semakin hilang sifat kemanusiannya. Kini aku kembali ke desa yang kucintai bersama tekad di hati untuk tidak kembali lagi ke kota nan sampah....


1 comment:

Tenkiu...Tenkiu...