Monday, April 23, 2007

MONOLOG DIRI

Aku sering tertanya-tanya. Adakah aku terlalu hipokrit? Hipokrit terhadap diri sendiri dan orang lain? Hipokrit terhadap orang yang aku sayangi? Mengapa sering saja hati ini terasa asing, sentiasa membentak meminta kasih dan sayang? Bukan mudah untuk kita mencintai dan menyayangi seseorang. Begitu juga sebaliknya, bukan mudah untuk kita membenarkan diri kita dicintai dan disayangi seseorang.... Sesekali aku terfikir, adakah aku ini tidak layak untuk bercinta, dicintai dan menyintai? Adakah aku juga tidak layak untuk saling sayang menyayangi dan disayangi? Aku tidak tahu apa yang aku mahukan. Aku keliru... dan seringkali saja airmata menjadi teman pengubat jiwa dikala sebak dan sendu datang bertandang dihati....

Dan semalam.... menjadi malam yang suram dalam hidupku dan bertemankan airmata. Bukan niatku untuk membuatmu terluka. Akibatnya diri sendiri yang merana jiwa! Aku sendiri yang terluka dan sengsara. Oh Tuhan, apakah ini dugaanMu buatku? Ingin sekali aku mengecap bahagia bersama insan yang aku sayangi. Tapi...mungkinkah ada untuk aku hari yang berbahagia itu? Adakah aku dihukum diatas kesalahan yang telah kulakukan? Insan seringkali melakukan kesilapan. Aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan itu. Itu hanyalah gurauan semata-mata. Tiada niat sebesar kuman pun untuk aku membuatmu terluka. Apa yang mampu aku katakan hanyalah MAAF....


MAAF kerana terlalu memaksa.
MAAF kerana aku terlalu hipokrit.
MAAF kerana tidak memahamimu.
MAAF kerana telah membuatmu terluka.
MAAFkan aku kerana menyakitimu.

Sudikah kiranya kau meMAAFkanku? Aku rela mengundurkan diri jika itu kemahuanmu. Terima kasih kuucapkan kerana pernah membuatku bahagia bersamamu, walaupun untuk seketika. Engkau akan kuingati sebagai kenangan yang paling indah dan bermakna buatku. MAAF sekali lagi.....


1 comment:

  1. Kadang-kadang orang yang paling kita sayanglah paling sukar untuk di sayang..hekhek...teringat filem CINTA

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...