Monday, April 30, 2007

Cute Tak??


Pose tido yang paling seksi... Ahakss!!

Ehmm cakap pasal kucing ni kan... Mouriey's suka sgt kat kucing. Dulu kat umah penah bela kucing sampai 15 ekor. Siam tak siam, kampung... sumer ada. Tapi la ni dah tinggal 3 ekoq (kucing dewasa), anak kucing 3 ekoq. Bila balik kejer penat2, main2 ngan anak kucing. Hilang cket tensionnya. Betul laa kata Ustazah dulu masa Mouriey's belajar kat PKKT. Kucing adalah satu2nya haiwan yang suka berfoya-foya. Muahahaha!! Kucing pon tau berfoya-foya gak eek... Ye la, bila nak beranak pinak, tak tau saper ayah dier. Dah tu dapat le adik beradik tiri. Hikss!! Betul tak? Hehehehe... Satu lagi (lantaklah korang nak kata apa kat Mouriey's... ) Mouriey's pantang tengok kucing yang kene langgar. Rasa sebak semacam jer, sedey sangat, mula la nak menangis. Mouriey's pon dah berapa kali tengok kucing kena langgar depan mata Mouriey's. Masa tu dah tak ingat apa dah, mula la menyumpah seranah kat orang tu. Tapi dalam hati jer la. Mak ngan ayah Mouriey's faham sangat ngan perangai Mouriey's. Kucing kat umah eksiden pon Mouriey's ubatkan. Tu pon kalo yang cedera sikit je, patah kaki ke contohnye. Biasanya kucing kat umah mati kene lenyek. Umah Mouriey's kat tepi jalan besar. Banyak jugak yang mati kene lenyek. Hancur lebur... Tapi kalo yang ok tu, tak hancur, ayah ambil dan tanam dia. Bukannya apa. Korang bayangkanlah.... kalo dan hancur nanti, tetiba hujan, baunyer mula la menusuk hidung nih. Perghh... hanyir semacam jer. Cam nak terkeluar isi perut nih. Pastu mengalir kat depan umah... Tak ke kotor, hanyir? Tu kadang2 kalo kucing Mouriey's yang nakal2 tu Mouriey's terpaksa humbankan ke dalam 'gok' (sangkar). Tapi rezab la cket, kena buang taik dier, bagi dia makan. Kucing Mouriey's yang otai2 biasanya duk kat dapur je. Pandai berak kencing dalam jamban. Coz sejak kecik lagi dah diajar supaya berak kencing dalam jamban. Tak mo berak kencing di merata-rata rawa. Penat nak mencucinya nanti.

Nak cter pasal semalam plak. Hehehehe. On da way nak balik umah, hujan lebat. Tempat kejer Mouriey's ngan umah jaraknya dalam 15 minit perjalanan. (Naik motor...) Agak2 dalam 8-9 km kot? But I'm not sure about that. (Wahh speking London nampak...Ekekekeke) Baju hujan ada, tapi malas nak pakai. Lama tak main hujan, alaa gerimis je. Bukan lebat sangat. Lantak laa... Best main hujan. Basah jeruk orang ganu kata. (Basah kuyup le kata orag K.L) Masa tu la memori datang bertandang. Tetiba je rasa sayu... Dengan suasana yang suram, sejuk... Terasa lain macam. Teringat la kat mamat sorang nih. Actually tak tau naper masalahnyer. Mouriey's dah mintak maaf banyak kali. Mungkin berat untuk dia memaafkan Mouriey's. Mouriey's tak nak jadikan dia musuh Mouriey's. Mouriey's tak nak bermusuh dengan dia pon. Hanya satu jer Mouriey's nak, iaitu kemaafan dari dia.... Andainya pintu hatinya dah tertutup untuk memaafkan Mouriey's... Mouriey's redha. Memang salah Mouriey's pon, tak pandai bergurau. Sedar tak sedar Mouriey's dah nak sampai kat umah. Sampai jer kat umah, Mouriey's tros gi mandi. Tido pon awal, belum kol 10.00 dah lentok dah.... Sakit kepala, selsema... Gatal sangat main hujan, kan dah cari penyakit namanya tuh... Kroihh.... Zzzz...

1 comment:

Tenkiu...Tenkiu...