Saturday, April 21, 2007

Bukit Besar VS Sakit

Hye uol's. Semalam kan... Mouriey's pegi jogging kat Bukit Besar. Tapi kantoi, tak dan sampai atas bukit. Sesak napas!! Mouriey's sempat berenti rehat kat ada tanda Allah Selamatkan Terengganu tu. Kat situ diorang ada sediakan tempat lapang, untuk orang ramai rilex kejap. Masa tu Mouriey's rasa cam xleh nak bernafas, sendat, ketat dada ni. Pastu plak tetiba jer rasa nak muntah. Dah ler ramai orang duk lepak kat situ. Kalo muntah, tak ke malu? Adoi la.... Tapi kalo muntah pon tak kuar apa2 kot, coz angin jer yang kuar. Hehehehe.... Kepala plak start pening.... Konon nak cover line, Mouriey's buat senaman ringan. Tu pun tetap rasa nak muntah, adik Mouriey's cakap muka Mouriey's dah pucat lesi. Alamak!! Camner ni?? Tak per, tak per, cool....cool. Yang adik Mouriey's ni plak tak sabor2 nak naik atas bukit. Mouriey's pon cakap la kat dia, ''Doh mung gi laa naik. Orang dok leh tebeng (takleh nak teruskan). Orang tunggu kat motor ah." Dia dengan muka poyonyer... teruskan perjalanan sorang diri. Mouriey's plak, terus turun. Kat depan bukit tu ada disediakan taman. Orang ramai bleh berjogging, bagi orang yang tak nak atau tak sanggup naik bukit tu. Pastu ada, alat2 exercise, ada senamrobik. Ingat nak g join senamrobik, malu la plak. Wakakaka!! Laen la kalo ada geng. Takder laa Mouriey's sorang diri jer. Dalam setengah jam Mouriey's duk pusing2 dalam taman tu, terserempak ngan adik. uikz?? Cepatnyer. Pastu dia ajak balik. Sampai kat umah dalam kol 9.45 a.m. Petang, takder buat apa pon... tido jer la. Penat woo lama tak gi jogging.

Ehmm... adik Mouriey's yang last sekali demam. Dah 3 hari dia demam. Semalam dia meracau. Mak cakap dia bersilat. Hah?! Bersilat? Biar betul mama nih. Hehehehe.. maksud mama, adik meracau, seolah2 cam pukul something sambil mulut dia mengomel entah paper, tapi mama tak nampak apa2 pon. Uol's agak2 laa kan, kenapa kalo budak2 demam, dia akan meracau. Pastu dia cakap, "Mak, halau la benda tu. Dia tengok kat adik, marah kat adik, mata dia merah, bergayut kat pokok..." Kenapa eek? Memang kita tak nafikan, benda2 halus ni ada kat sekeliling kita. Tapi kita sebagai orang dewasa, tak nampak sumer tu. Mungkin budak2, masa dia demam, sistem imun dia tak kuat, letih, penat, fikiran terganggu, semangat dia lemah... jadi otak tak dapat nak tafsirkan apa yang dia lihat. (Cheewah, cam doktor laa plak. Muahaha... Mouriey's agak jer, selebihnya wallahu 'alam.) Sebab tu laa dia meracau, cakap yang bukan2 dan ini akan menyebabkan kita meremang bulu roma! Betul tak? Adik Mouriey's yang no 3 ada bacakan Ayat Kursi kat kepala adik Mouriey's yang demam tu, tak pasal2 kena marah. Mata dia bulat marah kat abang dia nih. Tengok muka adik pon dah laen, meremang bulu roma Mouriey's masa tu. Pas 3 kali baca, baru la okey cket. Dah la malam tu malam Jumaat, lagi meremang beb. Dalam kol 11, lagi sekali dia meracau, lagi teruk. Mouriey's call ayah suruh balik, bawak adik g umah tok bomoh. 12.30 baru balik. Dah okey cket, bibir dia pon nampak merah cket. Mouriey's pon bleh tido lena (walaupun tak kena jaga adik. Ekekeke...)

Erk?? Rasanya cam laen laa plak duk cter pasal benda2 ni kan? Hehehehe..... Alaa, sekali sekala apa salahnya. Ahh, biarlah yang tu, ni nak bagitau ni kat uol's. Mouriey's tak puas hati tau. Minggu depan Mouriey's nak naik bukit tu sampai atas. Yang tak sempat sampai tu bukan pasal apa, Mouriey's dah lama tak naik. Hampir 3 minggu, Dulu ye laa, tiap2 minggu naik atas bukit tu, tak der paper pon. Mouriey's ok jer. Minggu depan, Insya-Allah...sampailah kat atas. Walaupun sumer urat2 kaki Mouriey's ni dah tegang dan sakit, Mouriey's tetap nak naik. Huhuhuhu..... Jumpa lagi...