Thursday, April 26, 2007

Third Assignment - BKS

"Sekeping gambar boleh mencerminkan seribu perkataan". BKS mengkehendaki setiap perserta untuk : -


1. Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman (interior image) yang telah ditetapkan kepada setiap perserta, dalam bentuk cerita ataupun pengalaman sebenar tidak kurang dari 1000 perkataan. (INGAT bukan dalam script dialogue, pantun atau sajak!!)

2. SATU object MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini dikehendaki menjadi bahan utama dalam penulisan anda.

3. Gambar yang telah diberi MESTI ada di dalam blog anda bersama penulisan assignment anda.

Ringkasan UjangMD:: Cuba anda tanya pada diri anda?? Adakah aku yang terbaik? Adakah aku yang terhebat? Cermin diri anda.. Jika jawapan anda YA... Ini pesanan UjangMD..Buat assignment berdasarkan FAKTA. Usahalah untuk assignment Minggu Ketiga Ini. Semoga berjaya!

Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak makna yang tersirat dan tersurat. Banyak yang perlu dihuraikan. Diatas terdapat satu gambar meja makan. SATU objek MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini adalah BUNGA ROS MERAH.


OBJEK :
BUNGA ROS MERAH
..... kenapa ia menjadi tumpuan para kekasih terutamanya pada Hari Kekasih atau Valentine’s Day sebagai hadiah untuk yang tersayang? Tak kiralah samada diberi pada hari Konvokesyen, hari lahir dan seumpamanya. Dan didalam gambar diatas, ia sekali lagi menjadi ’mangsa keadaan’ dan diletakkan diatas meja makan. Meja makan? Ya, meja makan tempat kita menjamu selera tak kiralah samada makanan rutin, makanan barat dan sebagainya. Meja makan menjadi tempat kepada mereka yang bertuhankan makanan. Lihat saja di hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang, rumah-rumah banglo, sekurang-kurangnya kelihatan sejambak BUNGA ROS MERAH di ruang meja makan atau ruang tamu. Persoalannya disini, adakah perlu bunga ini disetiap kediaman dan diletakkan di tengah-tengah meja makan? Kenapa mesti BUNGA ROS MERAH, bukannya bunga lain seperti daisy, tulip dan sebagainya? Jawapannya mungkin hanya sekadar menjadi hiasan dan sebagai santapan mata sementara menunggu hidangan. Mungkin juga kerana kecantikannya, keharumannya, ia seringkali menjadi pilihan dan ia senang didapati dimana-mana sahaja kedai bunga. Atau sekadar membuatkan suasana menjadi lebih romantik apabila bersama yang tersayang. BUNGA ROS MERAH juga merupakan bunga kesukaan Allah S.W.T.

PERSONALITI :
BUNGA ROS MERAH
juga merupakan personaliti bagi seseorang. Bagi mereka yang menggemari bunga ini, ia melambangkan penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang menyentuh perasaan. Ia juga memberi makna cinta. Warnanya yang MERAH memberi maksud yang menunjukkan seseorang itu berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Mereka juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain. Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung merupakan sifat negatif yang ada pada dirinya.

CERITAKU :

I
BUNGA ROS MERAH melambangkan seorang wanita. Seperti bunga, keharuman dan kecantikannya tidak akan kekal untuk selama-lamanya. Ia boleh diibaratkan kecantikan dan keayuan seorang wanita, akan hilang suatu hari nanti dan dimamah usia. Apabila sudah tiada lagi bau harum dan kelopaknya mula berguguran, ia akan dibuang dan akan diganti dengan bunga yang lain. Begitu juga juga dengan manusia , pada akhirnya kita akan mulai tua dan tidak lagi secantik dulu sehingga mendapat pujian yang menggunung. Kecantikan yang kita miliki adalah pinjaman cuma. Tak perlu dijaga dan diperlihara kerana benihnya a.k.a hati yang perlu dijaga agar senantiasa melahirkan dan menerbitkan bunga baru yang mungkin lebih cantik, lebih merah dan lebih harum daripada sebelumnya.

ROS MERAH, walaupun mampu dihancurkan dengan sebelah tangan, dengan satu hentakan sebelah kaki, jangan lupa akan durinya yang seakan-akan malu untuk menunjukkan dirinya. Bak kata pepatah, ’secantik bunga ros, setajam durinya’ sudah cukup membuktikan betapa tajam durinya yang tersembunyi. Walaupun seketika, ia cukup untuk menyebabkan kita tersentak dan terduduk keperitan. Bukti daripada alam yang kecantikan dan keharuman tersembunyi secret weapon yang membuatkan kita menjerit kesakitan. Keadaan ini boleh disamakan dengan wanita. Disebalik sifatnya yang lemah lembut, mungkin hatinya tabah dan gagah dalam menjalani kehidupan apabila berdepan dengan sesuatu yang bisa mengganggu-gugat akan dirinya.

II

MEJA MAKAN merupakan tempat mereka melempiaskan nafsu makan masing-masing. Disinilah mereka makan dengan suasana yang selesa, tenang dan merasai kenikmatannya. Dihiasi dengan pinggan, sudu, garfu, gelas yang cantik tersusun rapi. Dijamu dengan hidangan yang lazat seperti menu dari barat, samada Spaghetti Bolognise, Beef Steak yang kelihatan begitu esklusif seperti di hotel-hotel 5 bintang. Apabila tiba saja di meja makan, dengan perut yang sudah mula beriramakan keroncong, keadaan disekeliling sudah tidak dihiraukan lagi. Yang penting perut dapat diisi. Dan meja makan juga boleh menjadi tempat yang paling romantis ketika bersama orang yang tersayang meraikan detik-detik indah. Bertemankan lilin ditengah meja makan dan sejambak BUNGA ROS MERAH. Mungkin ia akan menjadi kenangan yang paling indah untuk dikenang seumur hidup.



P/S : Buat Hakim dan Advokat, terima kasih kerana menilai hasil penulisan saya dengan memberikan kritikan yang membina.

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...