Tuesday, July 10, 2007

Senyum Pisang

Suatu malam minggu, seorang lelaki keluar dari kelab malam di Bukit Bintang dalam keadaan mabuk gila babi. Muntah hijau dua tiga kali. Dia berjalan melelong-lelong menuju ke arah teksi yang sedia menunggu di tepi jalan dan....'BAAMM!!!' tutup pintu, terbungkang di kerusi belakang.

Pemandu teksi : Incik... mana mau pigi??
Jantan mabuk : Hik... hik... Hotel park Royal... hik...
Pemandu teksi : (Geleng kepala, kemudian berkata dengan marah) Aiyaa... itu hotel sana seberang jalanlah!!
Jantan mabuk : (Keluarkan dompet dan kemudian beri RM50 kepada pemandu teksi) Hik... tengkiu... hikk... lain kali... hikk... jangan bawak laju sangat, okey... hikk..

*********************************************************************

Dipertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.

Pak Pandir : Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?
Pak Kaduk : Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul... kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada engkau!

Pak Pandir termenung. Berapa ya?

Pak Pandir : Emmm....... empat kut?

*********************************************************************

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia.

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM 8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM 1,250 sebulan.

2. Pemandu tak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha)

5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberikan gelaran nama 'binatang'.

~ Sekadar berkongsi ~
Petikan dari Mastika

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...