Sunday, July 15, 2007

Stanza Sekeping Hati - Part 1

Di ketika ini.... melalui hari-hari yang penuh berliku. Melalui lorong-lorong sempit dan begitu gelap kurasakan. Dan dari hari ke hari, aku merasakan yang ianya semakin sempit. Lorong itu yang dahulunya terdapat sedikit cahaya, kini tiada lagi. Aku hilang.... Hilang arah tuju! Dan malamku pula kini terasa begitu suram, sentiasa bertemankan mimpi ngeri. Saat itu, satu persatu janji-janji yang ditaburkan menujah kotak fikiranku.....

Kenapa manusia perlu berkelakuan begitu? Apa yang tersirat dihatinya? Suka menabur janji tetapi sukar pula untuk melestarikannya? Pernah diri ini cuba untuk melupakan janji-janjinya itu... Menipu diri ini bahawa apa yang telah berlaku sebelum ini hanyalah satu mimpi ngeri, khayalan semata-mata! Tapi apakan daya, ia tetap menghantui diri ini hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi....

Alangkah indah jikalau janji-janji itu dilestarikan.... Meniti hidup berdua, tanpa memikirkan apa jua halangan yang melanda. Ku pasti, semua itu akan dapat kami harungi. Tetapi, terkadang aku terfikir sejenak, apalah gunanya aku terlalu mengharapkan sesuatu yang mustahil bagi diriku untuk memilikinya? Akhirnya siapa yang merana? Tiada yang lain, melainkan hanya aku! Hanya aku yang merana, terseksa dan terluka sendiri....

Hati sering tertanya-tanya, adakah apa yang berlaku ini tiada akhirnya? Hanya padamu ada jawapannya....

ﺮﻱﺯﻦ

1 comment:

  1. Seribu kali aku mengelak, sejuta kali kau mendekat...

    huhuhu....

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...