Sunday, July 1, 2007

DILEMMA

semalam, disaat Mouriey's mahu melelapkan mata, tetiba je henpon Mouriey's bergetar (vibrate). ehmmm... nombor baru. 017-611xxxx. saper pulak yang call aku tengah malam-malam buta ni? nak tak nak, terpaksa laa angkat. rupa-rupanya kawan sekolah masa form 5 ari tuh. lama betul dia tak call, tak dengar khabar berita. hampir 2 tahun lebih rasanya. masih lagi berkhidmat dengan askar wataniah di Melaka. tak lama kitorang borak. mata Mouriey's pon dah berat, ngantuk. cakap pon cam orang lalok je. Mouriey's suruh dia call esok jer. 5 minit pas letak henpon, ada sms masuk. lerr mamat nih lagi. sms tu berbunyi,

"along, aku dh single skrang ni. aku nk mung jadi makwe aku, bleh? aku x bgurau ni.."

terkedu gak dia cakap camtu. Mouriey's pon balas sms dia, "mung ngigau eek azri? tdo laa dlu. kita ckp hal ni laen kali k?"

"bkn ngigau, tp aku xtau lah. aku tringat kt mung. mung pklah ye. jgn jd cm dlu...."

sms dia yang last tuh, Mouriey's tak reply. "jgn jd cm dlu..." yup, Mouriey's pernah menolak cintanya dulu. Mouriey's tak beri dia jawapan, hanya diam membisu seribu bahasa. terasa kejam diri ini bila membuatnya begitu. kejamkah aku? waa..... itu dolu. tak pandai nak hargai perasaan orang. sukar sekali nak membuat pilihan. ada dua pilihan yang sedang berada didepan Mouriey's sekarang ni.

pertama, pilih janji seseorang yang meminta Mouriey's menunggunya hingga kembali ke pangkuan Mouriey's. ingin menyunting Mouriey's, kononnya. entah betul ke tidak, tak pasti. tanpa sebarang perjanjian bertulis, tanpa hitam dan putih. uol's rasa patut ke Mouriey's tunggu dia? sedangkan selama ni dia banyak mempermainkan perasaan Mouriey's. setiap kali menatap wajah dicermin, parut dan luka lama muncul kembali. makin menambahkan pilu dihati. tak ada gunanya dia membuat janji yang sedemikian rupa jika sejak mula dia hanya mempermainkan perasaan Mouriey's. semuanya lakonan semata-mata. Mouriey's keliru.... Adakah janji manis yang diucapkannya ketika itu hanya mimpi?? sekadar mengambil hati??

kedua, pilih seseorang yang Mouriey's kenali sejak bertahun dulu.... bila suka, Mouriey's ditinggalkan. bila duka, cari Mouriey's. whatta?! sedangkan hati memberontak untuk tidak mahu menerimanya. dia juga pernah membuat Mouriey's terluka. tapi, itu cerita lama. orang tak akan kenang cerita lama. abis, apa ceritanya dengan parut kelukaan?? susah betul hidup dalam dilema ni. ditelan mati emak, diluah mati bapak. kalo diikutkan kata hati, kasih sayang ni masih lagi utuh buat si dia yang sering melukakan perasaan ni dengan janji-janji kosong. terasa bodoh pula, kan? kan? dah orang buat macam tu kat kita, kita plak ikut je, cam hidung ditarik tali... berkali-kali disakiti pon, masih tak reti-reti. masih terhegeh-hegeh walaupun dah terang-terang tak peduli kat kita. apsal laa aku ni degil sangat?!

senang-senang, Mouriey's korbankan diri. dua-dua tak dapat, baru padan muka. ngan muka Mouriey's sekali yang kena. adoih laa.... lantak laa. apa nak jadi, jadi laa. bila Mouriey's berkenan kat seseorang tu, orang tu plak tak berkenan kat kita. bila Mouriey's tak berkenan kat orang tu, orang tu plak yang beria-ia. Alahai... dugaan, sabor je lahhh..... "AKU HIDUP DALAM BLUES.... DALAM DILEMA....." Hukhukhuk!!

2 comments:

  1. TAK TAHU YANG MANA SATU!..

    wahai mouriey, kalau dua dua pon takleh pakai. tolak je dua dua tuh!. Nat tak percaya lah suruh tunggu2 dtg menyunting nih. Kalau betul nak sunting tu.. cepat jelah. Ini jenis orang yang tak berani nak commit. Tak berani pikul bertanggungjawab.

    LUPAKAN!

    biar sedih sekarang, dr dah kawen nanti plak mnyesal. kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  2. hukhukhuk!!waa...hidup dalam dilema.betul tu nat, baik sedih skrang dr sedih kemudian hari.lg pon, org lelaki, bkn leh caye sgt.kan? kan? kan? hipokrit namanya tuh!xberani nak commit.aler, mouriey bkn kemaruk sgt nk kawen...hik2.thanx nat!!

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...