Thursday, July 19, 2007

Stanza Sekeping Hati - Part II

setiap detik dan ketika, aku terfikirkan peristiwa yang menimpa diri. bagaimana ianya bermula dan bilakah akhirnya.... hanya masa penentu segalanya. aku disini hanya menunggu sebuah jawapan yang tak pasti. membuatkan aku hidup dalam kesengsaraan. entahlah, aku sendiri tak pasti mengapa aku terkadang terlalu emosional?? ya.... sesekali kita perlu emosional, perlu perasan.... tak salah, bukan? demi Allah, terlalu sukar untuk aku melupakan insan sepertinya. walaupun berkali-kali aku terluka dan disakiti, hatiku masih untuknya. cintaku tetap utuh. tapi, aku tahu.... dia tidak akan sesekali membalas cintaku. sukar untuk aku ungkap dengan kata-kata, betapa aku menyintainya.

terasa begitu bodoh diri ini.... diperbodohkan dan perasaanku dipermainkan olehnya. tetapi aku?? aku masih begini... tetap berdegil....
terkadang aku rasakan seolah-olah dia telah diciptakan oleh-Nya untuk aku... ditakdirkan menjadi milik aku. entah laa... aku keliru!! kalaulah ini jodoh yang telah ditentukan untuk aku, mengapa ujian yang sebegini rupa yang terpaksa aku hadapi? mungkinkah?? semoga Allah Taala bukakan hatinya. aku redha sekiranya dia tidak dapat menerima aku seadanya. siapalah aku untuk memaksa hati dan perasaannya untuk menerima aku sebagai suri dalam hidupnya?

saat itu, aku akan pergi jauh dari hidupnya... bersama luka dihati. dia akan akan kukenang sebagai kenangan terindah dalam hidupku. dan aku harapkan agar segala kesilapanku dimaafkan. kesilapanku kerana muncul dalam hidupnya ta
npa dia sedari.... aku pasti, semua ini akan berakhir sedikit masa lagi.... ku sedar KebesaranMu Tuhan, mungkin terdapat rahmat disebalik semua ini.... dan untuk mengharungi semua ini, semoga diberikan kekuatan oleh-Nya..... biarlah hari esok yang bakal menjelma lebih cerah berbanding hari ini....

No comments:

Post a Comment

Tenkiu...Tenkiu...