Thursday, June 14, 2007

Berserah

Semalam Mouriey’s kurang sihat sket. Selsema... cam nak demam je. Tau-tau je laa, Mouriey’s ni bila selsema… Duk leleh jer… Srrott sroottt!! Keje plak bertimbun. Waa… Ditambah pulak dengan resdung. Makin menjadi-jadi. Bila nak tido semalam, mula laa payah. Dah tersumbat lobang hidung ni, sesak napas dibuatnya.

Pusing kanan, pusing kiri… mata ni plak tak nak pejam. Pastu mula laa pikir macam-macam. Banyak sangat benda yang berlaku kat Mouriey’s. Mouriey’s tak tahu kenapa jadi camtu. Kenapa Mouriey’s betul-betul dah tangkap jiwang kali ni. Sebelum ni tak pernah pulak jadi sampai camni. Susah betul nak buang ‘mamat’ ni jauh-jauh dari hidup Mouriey’s. Tentu uol’s pon pernah melalui pengalaman yang camni kan? Memendam perasaan terhadap seseorang dalam diam. Setiap manusia, Mouriey’s percaya… dia akan melalui saat-saat begini.

Manusia juga kadang-kadang ada egonya. Egonya plak adakalanya tak bertempat. Asyik dia je yang nak menang, dia je yang betul. Mouriey’s rasa laa kan…. ‘mamat’ ni ego dia tinggi la. Dah banyak kali Mouriey’s jumpa lelaki yang egonya tinggi. Tapi tak sumer lelaki egonya tinggi, kan? Kan? Pheww…. Ntah laa. Mungkin itu dah sifat semulajadi kaum lelaki. Perempuan plak dengan fiil merajuknya. So hard to explain.

Dan malam tadi, Mouriey’s tidak keseorangan. Mouriey’s ditemani cahaya bulan…. Cerah. Seolah-olah ingin mendamaikan perasaan Mouriey’s yang bergelora diketika itu. Untuk seketika, Mouriey’s berfikir sendirian. Sudah terlalu banyak Mouriey’s sia-siakan kasih sayang Mouriey’s untuk dirinya. Hampir kering airmata kerana sering meratapi nasib diri. Terkadang, Mouriey’s terasa bodoh… teramat bodoh bila menyerahkan cinta dan kasih Mouriey’s kepada orang yang tak pernah menghargai pemberian itu. Dan natijahnya, malu pada diri sendiri dan hidup berulamkan sengsara.

Dan untuk yang entah berapa kali, mengalir lagi airmata ini. Begitu mudah Mouriey’s rasakan airmata ini mengalir, menangisi seseorang yang tak pernah menghargai diri ini. Bukankah ianya sesuatu yang bodoh dan sia-sia?? Pada waktu itu, Mouriey's memohon kepada Yang Maha Esa, "Ya Allah Ya Tuhanku, jika ada jodoh diantara kami, Engkau dekatkanlah hati kami. Jika tiada jodoh, Engkau jauhkanlah hati kami. Amin Ya Rabbal Alamin...." Cahaya bulan pula semakin suram… berlindung dibalik awan. Seolah-olah mengerti dan berkongsi kemelut yang Mouriey’s hadapi ketika itu. Sedang diri disimbahi cahaya purnama yang suram, Mouriey’s terlena kehampaan….

3 comments:

  1. mourieys... cian dia cema cema...
    jgn ngelat makan ubat tau!..

    Nat pon pernah doa mcm du dulu, waktu Nat dalam dilema antara 2 persimpangan. Alhamdulillah. Dah kawen anak sorang pon, berkat doa!. Ada doa kat blog Nat yg mourieys leh amalkan. Tak pon buat je sembahyang istikharah..

    ReplyDelete
  2. dik... kentalkan semangat yere.. hadapi apa jua dengan tenang.. kawan2 sedia membantu selagi terdaya.. ingat u not alone dear

    ReplyDelete
  3. huhuhu... thanx a lot nat, abg ujang. insyaAllah, mourieys cekalkan hati. bior le nat, mourieys tak kesah. jodoh tu ada, cuma lambat atau cepat je hadirnya. kawan2 pon setia disisi.love u all...:)

    ReplyDelete

Tenkiu...Tenkiu...