Waa... semalam dah abis 26 episod cter Kau Yang Ku Sayang arahan pengarah tersohor, Rashid Sibir. Alerr yang ada scene tarik rambut, tampar menampar antara pelakon Lisdawati ngan Rita Rudaini dalam swimming pool tu. Actually Mouriey's tak hadap dari mula, dari episod 1. Mak ngan adik Mouriey's duk hadap sangat coz diorang nak tengok scene tarik rambut tu laa. Nasib baik tak potong. Hehehe....
Semalam, klimaks dia bila dia nak bertunang tapi belum tahu siapa tunangan masing-masing. Walaupun masa tu hati antara Lia ngan Kamal dah bertaut. Oleh kerana taknak kecewakan their parents, so diorang setuju untuk bertunang dengan pilihan parents diorang. (Huhuhu.... sedey tu. Cam keterpaksaan la plak...) So, untuk terakhir kalinya si Kamal ni call laa orang yang dia sayang ni and then dia cakap kat Lia yang dia sayangkan si Lia ni. Waa... Syoknyer....
Kuasa Allah, siapa dapat menduga. Dah jodoh diorang, akhirnya bersama jugak. Terharu betul... Terasa sampai ke tangkai jantung... Tulah kan, dah jodoh... tak kemana. Takkan lari gunung dikejar. Bukan ada kaki pon gunung tu nak lari... Kat bawah ni ada lagu tema dia. Mouriey's suka sangat dengar lagu ni. Nasib baik jumpa... Hehehe.
|
Ehmm for u NAT... thank you sooo much for your advice. Apa yang penting, sekarang ni Mouriey's tak lagi rasa beban dihati ni coz Mouriey's dah luahkan apa yang Mouriey's nak luah. Walaupun tidak ketahuan apa kata putusnya....
** Nak download lagu, klik je tajuk lagu.
Kau yang kusayang
Dari dulu kini dan selama lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku
Kata hatiku selalu membisik
Engkau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Dan ku tak pernah jemu menantimu
Disaat ku sendiri kubayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi tentang dikau dan aku
c/o Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan ku berjanji
Kanku bahagiakan dirimu selamanya
Ku harapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti bukan hanya
Sekadar impian belaka
Nat ponG suka lagu ni mourieys... tapi nat tak sempat tgk cerita tu. Nat minat Fahrin n Rita Rudaini! huhuhu...
ReplyDelete